Anda di halaman 1dari 25

940502-10-5399

ISI KANDUNGAN

3PERKARA

HALAMAN

Penghargaan 1.0) Pengenalan 2.0) Objektif Kajian 3.0) Lokasi Kajian 4.0) Kaedah Kajian 5.0) Dapatan Kajian 5.1: bentuk cerun 5.2: Proses kegagalan cerun 5.3: Faktor kegagalan cerun 5.4: Kesan kegagalan cerun 5.5: langkah untuk mengatasi kegagalan cerun 6.0) Kesimpulan 7.0) Rujukan 8.0) Lampiran

2 3 4 5-7 8 9 9 10-14 15-17 18-19 20-21

22 23 24-25

940502-10-5399

PENGHARGAAN

Alhamdulillah Dengan Izin dan Rahmat-Nya, saya berjaya menyiapkan Kerja Projek ini dengan jayanya. Ribuan terima kasih ditujukan kepada Guru Matapelajaran Geografi (STPM 942) saya, puan Sumiati, guru-guru dan tenaga pengajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang, ibubapa saya banyak beri bantu dari segi wang ringgit, pihak berkuasa tempatan yang sudi memberi kerjasama serta rakan-rakan saya yang banyak beri kerjasama yang terbaik dan menolong untuk menyiapkan kajian yang dilakukan Muhamad Shahrizal Bin Abdul Rahman Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang 42500 Telok Panglima Garang Selangor Darul Ehsan.

940502-10-5399

1.0)

PENGENALAN

Cerun merupakan suatu permukaan tanah yang terdedah yang membentuk suatu sudut terhadap satah ufuk. Kebiasaannya kegagalan cerun dikaitkan dengan keadaan cerun yang curam tetapi ini adalah tidak benar kerana terdapat banyak kes kegagalan cerun yang berlaku pada cerun yang landai (Dunn et. al, 1980). Kegagalan cerun atau tepatnya tanah runtuh merupakan satu kajian geologi yang melibatkan sebahagian besar pergerakan tanah, jatuhan batuan atau cantuman dari keduaduanya. Kebanyakan tanah runtuh bermula di lereng-lereng cerun dan seringkali dicetuskan oleh air larian permukaan. Runtuhan tanah berlaku mungkin secara berperingkat dan mungkin berlaku dengan pantas tanpa disedari sewaktu hujan lebat serta bergerak bersamanya bahan bumi yang menggelonsor mengikut tarikan graviti.

Menurut kajian yang telah dibuat, air yang mengalir di permukaan akan sentiasa menyebabkan hakisan. Kadar hakisan semakin tinggi sekiranya tanah sesuatu kawasan itu terletak di tempat yang tinggi dan curam seperti di lereng-lereng bukit. Pengaliran air yang teramat deras akan menghakis bunga tanah atau lapisan atas permukaan. Berkaitan dengan proses hakisan, runtuhan tanah juga akan berlaku di cerun bukit, terutamanya berlaku semasa hujan lebat. Proses kegagalan cerun menjadi satu masalah di kawasan berbukit-bukau seperti Cameron Highland, Fraser Hill, Genting Highland di Pahang dan beberapa kawasan tanah tinggi di Malaysia.

Kebiasaannya kegagalan cerun atau tanah runtuh akan meragut nyawa manusia serta memusnahkan harta benda. Contohnya, beberapa kajian tanah runtuh besar yang telah berlaku seperti di Highland Tower dan Taman Hillview di Hulu Klang (Selangor), Gua Tempurung (Perak), Paya Terobong (Pulau Pinang), Persimpangan Lebuh Raya NKVE, Bukit Lanjan serta beberapa kegagalan cerun bersaiz kecil dan sederhana. Fenomena ini seringkali dikaitkan dengan musim tengkujuh, di mana sejumlah curahan hujan yang tinggi bertindak sebagai pencetus kepada kegagalan cerun (The Malaysian Journal of Analytical Sciences, 2011).

940502-10-5399

2.0)

OBJEKTIF KAJIAN

Sebelum menjalankan kajian lapangan di sekitar kawasan Bukit Kuantan, beberapa objektif atau matlamat kajian perlulah dibincangkan dan dikenalpasti terlebih dahulu sebelum memulakan tinjauan ke kawasan kajian. Secara khususnya kajian luar ini adalah untuk:

2.1) 2.2) 2.3) 2.4) 2.5)

Mengenalpasti bentuk-bentuk cerun di kawasan kajian Menjelaskan proses kegagalan cerun yang berlaku di kawasan kajian Menghuraikan faktor-faktor kegagalan cerun di kawasan kajian Mengenalpasti kesan-kesan kegagalan cerun di kawasan kajian Mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah kegagalan cerun di kawasan kajian.

940502-10-5399

3.0)

LOKASI KAJIAN

Rajah 1: Peta Daerah Jerantut

Daerah jerantut merupakan daerah terbesar di negeri Pahang dan semenanjung Malaysia. Keluasan daerah jerantut ialah 7561m2. Jumlah penduduk daerah jerantut seramai 96600 orang pada tahun 2008. Pendapatan utama penduduk di daerah jerantut merupakkan aktiviti pertanian. Pertanian merasaskan kelapa sawit dan getah merupakan pertanian utama daerah jerantut. Selain itu, aktiviti pelancong juga merupakan pendapatan utama daerah jerantut. Daerah jerantut mempunyai pelbagai tempat pelancongan yang wajib dilawati antaranya Taman Negara, Pahang dan Gua Kota Gelanggi. Pengankutan utama bagi daerah jerantut ialah jalan raya utama dan masih lagi menggunakkan kereta api sebagai alat perhubungan ke kawasan tertentu. Kawsan petempatan merupakan pembangunan berjajar dan berpusat. Daerah jerantut mempunyai 3 bandar utama iaitu Bandar baru Jerantut, Bandar lama Jerantut dan Bandar Inderaputra.
5

940502-10-5399

Majlis Daerah Jerantut merupakan majlis yang mentadbir daerah jerantut. Bentuk muka bumi di daerah Jerantut berbentuk bukit-bukau. Melalui pemerhatian saya sepanjang perjalanan ke daerah Jerantut permukaan bumi yang berbukit bukau dapat dilihat sepanjang jalan raya. Selain itu, penanaman pokok kelapa sawit dan getah dan menyokong bahawa kawasan tersebut mempunyai bentuk muka bumi berbukit bakau. Kelapa sawit dan getah dapat menbesar dengan baik di kawasan yang berbukit bukau. Daerah Jerantut mempunyai 2 batang sungai iaitu sungai tahan dan sungai tembeling. Pengankutan air masih dijalankan di daerah Jerantut kerana wujudnya 2 buah sungai di daerah Jerantut iaitu sungai tahan dan sungai tembeling. Aktiviti perikanan merupakan pendapatan utama bagi penduduk daerah Jerantut kerana wujudnya 2 buah sungai yang besar dan mempunyai hasil sungai yang banyak. Daerah jerantut terkenal dengan ikan patinnya. Oleh itu, penduduk daerah Jerantut dapat menjual ikan patin kerana mendapat permintaan yang tinggi.

940502-10-5399

940502-10-5399

4.0)

Kaedah kajian

Antara tujuan kaedah ini ialah menyediakan reka bentuk kajian yang mempunyai hubung kait dengan objektif kajian dengan hasil kajian. Reka bentuk kajian yang dijalankan adalah menemu bual pagawai, melalui pemerhatian, dan mencari sumber sukender. 1. Mendapatkan maklumat Dalam kajian ini saya menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan maklumat untuk menyelesaikan masalah ini. Terdapat 2 kategori sumber maklumat iaitu sumber primer dan sumber skunder. 1) Sumber skunder Data sukender diperoleh dari perpustakaan dan Majlis Daerah Jerantut. Data boleh diperoleh dari buku, majalah, risalah, keratin khabar yang berkaitan dengan kajian ini. Selain itu, kami mendapatkan maklumat dari Majlis Daerah Jerantut yang memberi taklimat sebelum ke kawasan kajian. Sumber primer Kaedah temu bual dan permehatian merupakkan kaedah yang digunakan untuk mendapat maklumat dari wakil Majlis Daerah Jerantut. Kami menemu bual wakil Majlis daerah Jerantut untuk mendapatkan maklumat dan melakukan pemerhatian terhadap kawasan kajian. A) Temu bual Temu bual merupakan kaedah utama dalam melakukan kajian ini. Dengan kaedah menemu bual kita lebih mudah untuk mendapatkan maklumat dengan cepat dan betul. Kaedah ini dijalankan dengan memberikan soalan yang berkaitan dengan objektif. Kaedah ini amat terkenal dijalankan oleh penyelidik untuk mendapatkan maklumat dengan cepat dan tepat. B) Permerhatian Kaedah dijalankan di kawasan kajian untuk melihat situasi yang berlaku di kawasan kajian. Kaedah ini dapat melihat gambaran tentang apa yang berlaku di kawasan kajian.
8

940502-10-5399

5.0)

DAPATAN KAJIAN

Kajian yang telah dilaksanakan di Bukit Kuantan, Jerantut, Pahang mempunyai beberapa objektif utama. Pelbagai kaedah yang diambil untuk melaksanakan kajian ini. Oleh itu, hasil kajian akan lebih mudah untuk tercapai. 5.1) Bentukbentuk cerun

Berdasarkan pengetahuan geografi, bentuk-bentuk cerun terbahagi kepada 3 bentuk iaitu bentuk cerun komposit, bentuk cerun cekung, bentuk cerun cembung. Berdasarkan kaedah yang digunakan, bentuk-bentuk cerun di kawasan Bukit Kuantan, Jerantau, Pahang adalah berbentuk cerun komposit dan cerun bentuk cekung. 5.1.1) Cerun cekung Cerun cekung terbentuk daripada kedudukan garisan kontur yang rapat di atas dan jarang di bahagian bawah. Keadaan ini terjadi kerana terdapat proses pemendapan dan gondola yang bermaksud cekung ini diliputi oleh lapisan tanih yang nipis atau batu-batuan yang terdedah. Berdasarkan Hamirdin Ithnin (1990), kebanyakan cerun cekung menunjukkan bahagian yang lurus atau rectilinear yang bermaksud berbeza-beza dari segi ukurannya. Cerun cekung berbahaya kerana mudah untuk runtuh kerana ketepatan air di permukaan tanah lebih tepat. Berdasarkan rajah 2, di halaman lampiran bentuk di kawasan Bukit Kuantan berbentuk cekung. 5.1.2) Cerun komposit Cerun komposit ini terbentuk daripada garisan kontur yang berselang-seli antara rapat dan jarang.Cerun ini juga terbentuk kerana kesan daripada tanih yang berselang-seli antara keras dan lembut. Tanah di kawasan Bukit Kuantan merupakan tanah berbatu granit dan berbatu kapur. Batu kapur merupakan batuan yang lembut dan mudah terluluhawa menyebabkan batuan kapur tersebut menjadi nipis dan batu granit yang sukar untuk terluluhawa mengambil masa yang lama untuk terhakis. Oleh itu, kawsan cerun komposit berbentuk seperti anak tangga kerana proses luluhawa. Berdasarkan rajah 3,di halaman lampiran bentuk di kawasan Bukit Kuantan Berbentuk seperti anak tangga.

940502-10-5399

5.2)

Proses kegagalan cerun

Melalui pemerhatian saya proses bermula dari kawasan bukit yang tiada lipuan tumbuhan untuk mencekam tanah dari mengelongcor turun ke bawah. Kawasan yang tiada tumbuhan mudah menerima haba dari matahari secara banyak lalu menjadikan tanah itu menjadi gersang dan mudah untuk terhakis. Akar-akar banir pokok yang terdapat di kawasan bukit akan mudah bergerak. Ini akan merbahayakan kawasan sekitar jika ada berlaku pergerakkan tanah. Bukan itu sahaja, hujan yang lebat boleh menyebabkan berlakunya kegagalan cerun. Hujan yang lebat menyebabkan tanah terhakis secara sedikit demi sedikit dan menyebabkan tanah menjadi longgar akibat hakisan yang berlaku. Tiadanya tumbuhan yang menghalang air hujan untuk terus jatuh ke tanah menyebabkan senang berlakunya kegagalan cerun. Daundaun pokok mampu menghalang air-air hujan dari jatuh ke tanah secara terus. Selain itu pokok yang mampu menyerap air hujan untuk dijadikan makanan kepada pokok. Penyerapan air ini mampu mengurangkan pergerakan air di permukaan kawasan cerun. Air sebagai agen pelekat membawa tanah yang sudah terluluhawa ke bawah mengikut hukum graviti. Luluhawa berlaku dengan giat di kawasan bukit yang tiada liputan pokok kerana menerima haba matahari dan hujan secara terus menyebabkan batuan-batuan terhakis dan menjadi tanah. Kawasan bukit yang terdiri dari batuan kapur memudahkan luluhawa kimia berlaku dengan aktif apabila bertemu dengan air. Batuan kapur mudah terhakis dengan adanya kehadiran air yang banyak, batuan kapur mudah pecah dan mengecil apabila bertindak balas dengan air. Kegagalan cerun bukan berlaku disebabkan secara semulajadi tetapi aktiviti manusia turut menyebabkan masalah ini berlaku. Sikap manusia yang tamat menyebabkan mereka tidak berfikir jauh tetang perkara yang dilakukan. Aktiviti manusia yang menarah kawasan bukit untuk aktiviti pembagunan. Pembagunan di kawasan bukit amat merbahayakan jika tidak mengikut syarat yang ditetapkan untuk melakukan aktiviti tersebut. Aktiviti membina rumah di kawasan bukit mendatang risiko untuk runtuh. Pembinaan akan menyebabkan kawasan flora musnah dan boleh membahayakan penduduk di kawasan perumahan berdekatan bukit tersebut. Aktiviti pembangunan di lereng bukit boleh menyebabkan

10

940502-10-5399

kawasan bukit menjadi tidak stabil dan boleh terhakis sedikit demi sedikit. Kekurangan kawasan tanah rata menyebabkan pengusaha perumahan mengambil jalan mudah dengan pembangunan di kawasan bukit. Pihak pengusaha yang mengambil jalan pintas dengan menbangunkan kawasan tersebut tanpa mengikut standard yang terlah ditetapkan. Berdasarkan pemerhatian saya, kawasan Bukit Kuantan mempunyai kawasan perumahan yang berdekatan serta sesetengah kawasan bukit kuantan telah dimajukan. Ini dapat dibuktikan dengan gambar di bahagian lampiran.

3 Jenis kegagalan cerun adalah: 1. Kegagalan Putaran 2. Kegagalan Majmuk 3. Kegagalan Jatuhan Batuan

11

940502-10-5399

1) Kegagalan putaran

Rajah4: Bentuk Kegagalan Putaran

Kegagalan cerun ini berlaku apabila wujudnya pergerakan pada satah kegagalan yang berbentuk bulatan. Semasa gelinciran putaran berlaku, bahagian atas cerun akan hilang kestabilan dan keadaan ini menyebabkan tanah di permukaan atas yang tidak stabil mengalami pergerakkan pada satah kegagalan dalam bentuk bulatan akan bergerak ke bawah. Pergerakkan tanah menyebabkan keretakan tanah bersiri di kawasan kecil lalu menyebabkan fenomena cerun tidak stabil. Berdasarkan pemerhatian saya, kawasan Bukit Kuantan telah berlaku bentuk kegagalan putaran. Kawasan Bukit Kuantan telah belaku hakisan di bahagian atas bukit. Pergerakan tanah dari atas ke bawah berbentuk seperti bulatan.

12

940502-10-5399

2) Kegagalan majmuk

Rajah 5: bentuk kegagalan majmuk

Kegagalan ini berlaku apabila strata tanah yang keras berada pada jarak yang agak jauh dari permukaan cerun. Seterusnya, gelinciran majmuk terbentuk apabila gelinciran putaran dan gelinciran peralihan terjadi di kawasan yang sama. Kegagalan cerun ini akan mengakibatkan kegagalan dalam bentuk permukaan lengkuk dan bersatah. Kawasan kajian di Bukit Kuantan mempunyai bentuk kegagalan majmuk kerana tanah di kawasan cerun merupakan tanah yang keras di atas cerun. Oleh itu, kegagalan majmuk boleh berlaku.

13

940502-10-5399

3) Kegagalan jatuhan batuan

Rajah 6: Bentuk Kegagalan Jatuhan Batuan

kegagalan cerun ini berlaku kerana bahan geologi seperti batu-batuan runtuh dari cerun akibat daripada hakisan di kawasan batuan lembut. Pergerakan batuan tersebut berlaku secara jatuh bebas, melantun, dan bergolek menyebabkan kawasan tersebut mengalami tanah runtuh. Bentuk berlaku disebabkan cuaca dan graviti. Di kawasan Bukit Kuantan mempunyai jenis batuan lembut dan keras. Jenis tanah yang terdapat di kawasan tersebut ialah batuan granit dan batuan kapur. Oleh itu, kegagalan jatuhan batuan boleh berlaku di kawasan kajian. Batuan kapur mudah terhakis akibat daripada luluhawa yang berlaku.

14

940502-10-5399

5.3)

Faktor berlakunya kegagalan cerun

5.3.1) Luluhawa Berdasarkan pemerhatian saya, kawasan Bukit Kuantan berlaku kegagalan cerun secara semulajadi disebabkan proses luluhawa yang tinggi berlaku di kawasan hujan tropika. Kawasan hujan tropika mengalami panas dan hujan sepanjang tahun. Ini mengalakkan proses luluhawa di kawasan bukit. Batuan di kawasan Bukit Kuantan terdiri daripada batuan kapur dan granit. Apabila bantuan kapur bersampur dengan air, batuan tersebut mudah terurai lalu menjadi batuan kecil dan tanah di kawasan bukit tersebut. Kawasan tropika lembap mengalami hujan sepanjang tahun, ini akan mengalakkan proses penguraian kerana air sebagai ajen perebut batuan. Semakin banyak air yang diterima batuan tersebut akan mudah pecah terutamanya batuan jenis batu kapur. Jumlah hujan tahunan bagi iklim khatulistiwa ialah antara 2000mm hingga 3000mm. keadan ini menjamin proses pembasahan batuan secara berterusan membolehkan luluhawa dalam berlaku secara aktif. Suhu dikawasan tropika lembap mempunyai purata suhu tahunan yang tinggi sepanjang tahun , iaitu antara 27C hingga 32C ini mengalakkan proses penguraian batuan menjadi aktif.

5.3.2) Hujan
Selain luluhawa yang boleh menyebabkan berlakunya kegagalan cerun. Faktor hujan yang turun adalah lebat dan berkuantiti banyak di Bukit Kuantan. Apabila sesuatu permukaan menerima kuantiti air dengan banyak boleh menyebabkan permukaan tanah menjadi tepu dengan air lalu menyebabkan tanh menjadi longgor kerana banyak kuantiti air telah diserap oleh tanah. Pori-pori tanah menjadi besar kerana menyerap banyak kuantiti air hujan di permukaan. Tanah menjadi lemah dan hukum graviti menyebabkan tanah itu runtuh. Bukan itu sahaja, hujan yang lebat boleh menghakis tanah apabila berlakunya hujan. Kawasan Bukit Kuantan yang tidak mempunyai tumbuh-tumbuhan berisiko tinggi untuk mengalami hakisan yang lebih teruk kerana tiada tumbuhan yang menghalang pergerakan hujan dari terus ke permukaan bumi. Titisan air hujan boleh menghakis permukaan tanah secara sedikit demi

15

940502-10-5399

sedikit, ini merbahayakan penduduk setempat jika berlaku hujan lebat kerana boleh menyebabkan tanah runtuh di kawasan kajian di Bukit Kuantan, Jerantut.

5.3.3) Kurang liputan tumbuhan Selain itu, kurang yang liputan tumbuhan menjadi sebab utamanya berlakunya kegagalan cerun di kawasan kajian Bukit Kuantan. Tiadanya liputan tumbuhan menyebabkan permukaan tanah di kawasan bukit menerima hujan dan panas secara terus lalu menyebabkan berlakunya luluhawaa dengan giat di kawsan tersebut. Bukan itu sahaja, akar pokok untuk mencengkam tanah tidak wujud di kawasan bukit menyebabkan tanah menjadi longgar dan mudah untuk tergilincir jika ada berlaku pergerakkan tanah di kawasan tersebut. Ini merbahayakan kawasan berhampiran dengan bukit ini. Akar pokok yang besar tidak dapat menghalang pergerakkan tanah. Pokok kecil tidak dapat menghalang air hujan dari terus menyerap ke dalam permukaan bumi.

5.3.4) Sistem saliran

Pembinaan sistem saliran amat penting dalam aspek kesabilan cerun. Jika sistem saliran berfungsi dengan baik maka kegagalan cerun dapat dielakkan. Sistem saliran dapat menyalurkan air permukaan dan subpermukaan tanah dengan baik. Oleh itu, peranan sistem saliran bagi permukaan cerun amat penting khususnya ketika hujan lebat. Ini disebabkan, aliran air permukaan boleh menghakis kawasan cerun dan membawa tanah turun ke bawah. Perkara ini amat merbahayakan penduduk sekitar kerana kemungkinan besar boleh berlaku tanah runtuh. Berdasarkan pemerhatian, kawasan kajian di Bukit Kuantan tidak mempunyai sistem saliran baik untuk mengawal aliran air tanih di kawasan cerun Bukit Kuantan. Air mudah bergerak secara bebas dan merbahayakan kawsan tanih yang lembut dan mudah terhakis.

16

940502-10-5399

5.3.5) Geometri cerun Menyentuh kepada faktor geometri cerun pula, geometri cerunadalah dimana keadaan yang melibatkan keadaan rupabentuk cerun tersebut. Dahal et al. (2008) dan Avanzi et al. (2004) mengkategorikan kecerunan cerun kepada 4 kumpulan: 3035, 35-40, 40-45 dan lebih daripada 45; setelah diperhatikan, secara amnya daripada keputusan analisis ianya meunjukkan bahawa kecerunan cerun antara 40-45 mempunyai kekerapan yang tinggi terhadap kejadian tanah runtuh. Geometri cerun merangkumi ketinggian lereng, kelebaran lereng dan bilangan lereng di kawasan cerun. Aspek kestabilan cerun amat penting dalam aspek geometri. Keadaan cerun yang amat curam amat berbahaya kepada penduduk setempat kerana mempunyai risiko yang tinggi untuh runtuh. Berdasarkan temu ramah yang telah dilakukan, kawasan kajian di Bukit Kuantan mempunyai geometri cerun yang boleh berlakunya kegagalan cerun.

17

940502-10-5399

5.4)

KESAN-KESAN KEGAGALAN CERUN

Kesan kegagalan cerun terbahagi kepada dua iaitu terhadap alam sekitar fizikal dan alam fizikal manusia. Kesan terhadap alam sekitar fizikal ialah kemusnahan flora dan fauna. Kawasan bukit mempunyai pelbagai spesis flora dan fauna. Apabila berlaku kegagalan cerun kawasan tersebut habitat flora dan fauna akan musnah di kawasan bukit tersebut. Binatang seperti monyet akan menyerang di kawasan perumahan untuk mencari makanan kerana kawasan habitat mereka telah musnah akibat daripada kegagalan cerun. Berdasarkan permerhatian saya, kawasan kajian di Bukit Kuantan mengalami kemusnahan flora dan fauna. Kegagalan cerun boleh menyebabkan habitat di kawasan cerun akan musnah. Ini akan merugikan daerah Jerantut kerana kehilangan habitat yang berharga di Bukit Kuantan. Kesan kedua ialah tanah runtuh. Apabila berlaku kegagalan cerun tanah menjadi tidak stabil dan mudah terhakis. Ini akan mudah untuk berlaku tanah runtuh di kawasan bukit tersebut. Apabila berlaku tanah runtuh kawasan bukit tersebut boleh berubah bentuk. Tanah runtuh boleh menyebabkan kematian pada kawasan sekitar Bukit Kuantan. Kemusnahan harta benda di kawasan sekitar. Bukit Kuantan mempunyai kawasan perumahan yang berhampiran iaitu Taman Woodland yang berisiko untuk terlibat dalam tanah runtuh. Ini akan merugikan penduduk di taman tersebut. Pada masa akan datang kemungkinan besar kawansan tangki air di Bukit Kuantan akan runtuh kerana berlakunya kegagalan cerun. Tangki air ini mempunyai 1 juta gelen air untuk menampung seluruh penduduk di daerah Jerantut. Jika tangki air ini musnah penduduk di daerah Jerantut akan terputus bekalan air dan menjadi masalah kepada penduduk tentang bekalan air bersih untuk kegunaan harian seperti memasak, membasuh baju dan lain-lain kegunaan. Selain itu, kawasan sekitar daerah Jerantut akan mengalami banjir lumpur kerana air yang berada di dalam tangki tersebut mampu mengelami kawasan penduduk yang berhampiran.

18

940502-10-5399

Ekonomi daerah Jerantut akan terjejas akibat daripada kegagalan cerun. Apabila berlaku tanah runtuh jalan perhubungan seperti jalan raya utama akan terputus. Ini akan menyebabkan aktiviti ekonomi akan terjejas teruk. Sektor perindustrian akan terjejas kerana bekalan bahan mentah akan lambat sampai untuk memproses barang industri.

Bukan itu sahaja, akibat daripada kegagalan cerun ialah keselamatan penduduk di kawasan perumahan yang berdekatan dengan kawasan bukit amat menbahayakan. Apabila berlakunya kegagalan seperti tanah runtuh nyawa penduduk di kawasan perumahan akan terancam kerana batuan akibat tanah runtuh akan memusnahkan kawsan tinggal mereka. Taman Woodland berhampiran dengan Bukit Kuantan akan mengalami masalah besar jika berlaku kegagalan cerun. Berdasarkan temu ramah yang dilakukan, penduduk melakukan aduan tentang habuk yang dihasilkan oleh pihak pemaju. Habuk ini disebabkan pembangunan di sepanjang kawasan cerun Bukit Kuantan. Habuk ini boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada kesihatan penduduk setempat terutamanya penduduk yang mengalami penyakit asma. Selain itu, kawasan perumahan akan setiasa kotor terutamnya tingkap-tingkap rumah dan kereta akan kotor akibat daripada habuk tersebut.

19

940502-10-5399

5.5)

LANGKAH-LANGKAH KEGAGALAN CERUN

UNTUK

MENGATASI

MASALAH

5.5.1) MENGKUAT KUASA UNDANG-UNDANG Pihak Majlis Daerah Jerantut perlu mengabil tindakan yang drastik untuk menangani masalah ini dari berleluasa. Pihak berkuasa tidak perlu memberi kebenaran untuk melakukan pembangunan di kawasan cerun di Bukit kuantan jika pemaju tidak mengikut standard yang telah di tetapkan. Pihak berkuasa perlu bertindak tegas kepada pemaju yang ingkar mengikut peraturan yang ditetapkan. Pihak berkuasa perlu sentiasa memantau kawasan pembangunan di cerun bukit. Pihak kerajaan perlu menambah peruntukan kepada pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini dari bertambah teruk. Pihak berkuasa perlu mengubal undang-undang yang ada kepada lebih tegas supaya pihak pemaju akan lebih takut untuk melakukan kesalahan. 5.5.2) MEMBINA TEMBOK KONKRIT Tembok konkrit mampu mengahalang pergerakan tanah dari jatuh ke bawah. Ini mampu mengelakkan kawasan cerun dari runtuh. Pembinaan tembok ini mampu mengeluarkan air yang berada di dalam kawsan cerun. Tembok-tembok konkrit mempunyai ruang udara yang mampu mengalirkan air dalam tanah. Air mempunyai sifat menghakis tanah secara perlahan bergantung kepada jenis tanah. Berdasarkan pemerhatian saya, kawasan kajian di Bukit Kuantan mempunyai tembok konkrit. Ini dapat dibuktikan dengan gambar di lampiran.

5.5.3) PENANAMAN SEMULA Berdasarkan temu ramah yang dijalankan, antara cadangan yang di kemukakan oleh penduduk setempat di Bukit Kuantan ialah penanaman semula di kawasan cerun bukit. Penanaman tumbuhan-tumbuhan renek mampu menghalang berlakunya kegagalan cerun.
20

940502-10-5399

Tumbuhan ini mampu menghalang pergerakkan air di permukaan cerun yang boleh menyebabkan berlakunya hakisan di kawasan tersebut. Akar-akar pokok mampu mencengkam tanah dari longgar. Selain itu, tumbuhan ini mampu menghalang pergerak air hujan dari terus sampai ke kawasan cerun. Tumbuuhan tersebut menapis air hujan dan menyerap air di permukaan bumi supaya tidak berlaku pergerak air di permukaan cerun. 5.5.4) PEMBINAAN SUNGKUP PLASTIK Pembinaan ini mampu dijalankan di kawasan cerun yang hampir berlakunya kegagalan cerun. Sungkup plastik mampu menghalang cahaya matahari dari terus sampai ke tanah secara terus. Ini akan menyebabkan tanah di kawasan cerun menjadi gersang dan mudah terhakis. Bukan itu sahaja, sungkup plastik ini mampu menghalang air hujan untuk menghakis tanah di kawasan cerun tersebut. Pembinaan sungkup plastik telah dijalankan di kawasan kajian iaitu di Bukit Kuantan. Namun langkah tersebut sia-sia dilakukan di Bukit Kuantan kerana cuaca yang tidak menentu di kawsan tersebut menyebabkan sungkup plastik rosak. 5.5.5) PENYIMENAN PERMUKAAN CERUN Antara langkah yang dicadangkan oleh penduduk setempat ialah penyimenan permukaan cerun di Bukit Kuantan. Langkah ini banyak dilakukan di kawasan lebuh raya kerana langkah ini mampu menghalang dari berlakunya hakisan di permukaan cerun. Penyimenan di kawasan cerun merupakan langkah yang terbaik kerana sifatg simen yang kukuh dapat menahan cerun daripada runtuh. Keseluruhan kawasan cerun harus disimen dan menbuat lubang-lubang kecil untuk menjadi saliran air keluar. Selain itu, penyimenan permukaan cerun dapat mengurangkan susupan air masuk ke dalam tanah.

21

940502-10-5399

6.0)

RUMUSAN

Didalam sepanjang kajian yang dijalankan, pengkaji melakukan kajian ini berdasarkan objektif yang telah diberikan. Pengkaji telah memilih kawasan kajian di Bukit Kuantan,Jerantut kerana kawasan kajian sesuai untuk menjalankan aktiviti tersebut. Pelbagai kaedah yang digunakan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan Pemerhatian di Bukit Kuantan, Jerantut itu mengambil beberapa jam.Kami telah menerima taklimat daripada pegawai-pegawai daripada Majlis Daerah Jerantut apabila sebelum dan semasa di lokasi tersebut.Terdapat berlaku temubual antara pegawai dan beberapa orang responden daripada kawasan sekitar Bukit Kuantan, Jerantut.Beberapa soalan yang berkaitan dengan cerun telah ditanyakan kepada responden tersebut. Kesimpulanya kawasan kajian kami iaitu Bukit Kuantan di Jerantut mempunyai cerun berbentuk komposit dan cekung. Terdapat pembangunan di kawasan Bukit Kuantan yang menjadi punca berlakunya kegagaalan cerun. Kegagalan cerun sudah berlaku di kawasan kajian iaitu Bukit Kuantan. Tanah runtuh dan hakisan tanah merupakan kegagalan yang berlaku di kawsan Bukit Kuantan. Keadan ini amat merbahayakan penduduk setempat di kawasan Bukit Kuantan. Pada masa akan datang kemungkinan tangki air di kawsan Bukit Kuantan boleh runtuh akibat kegagalan cerun. Hal ini akan menbimbangkan penduduk di daerah jerantut kerana tangki air tersebut mempunyai 1 juta gelen air untuk satu daerah jerantut. Jika tangki air itu musnah maka penduduk di jerantut akan terputus bekalan air bersih. Oleh itu pihak berkuasa harus mengambil tindakan yang segera untuk menangani masalah kegagalan cerun di kawasan Bukit Kuantan.

22

940502-10-5399

7.0)

Rujukan

1. Lynn M. Highland and Robert L. Schuster , 2001. Significant Landslide Events in the United States. California,LM Highland. 2. Albert Bates, 1990. Climate in Crisis: The Greenhouse Effect and What We Can Do. United States Of America, Jr. Gore Albert. 3. Norhafiza Mohd Atar, 2013. Bimbang tangki air pecah, Sinar Harian, 15 Januari 4. Daniel Vallero, 2007. Fundamentals of Air Pollution. Miami, Academic Press. 5. Richard J Autor Chorley, Stanley Alfred Autor Schumm dan David E Autor Sugden, 1985. Geomorphology. Cambridge, Methuen.

8.0)

Lampiran
23

940502-10-5399

Rajah 2: cerun berbentuk cengkung

Rajah 3: gambar rajah cerun berbentuk komposit

24

940502-10-5399

Rajah 4: gambar rajah pembinaan tembok di Bukit Kuantan

Rajah 5: gambar rajah tangki air di atas Bukit Kuantan mengalami kegagalan cerun

25

Anda mungkin juga menyukai