Anda di halaman 1dari 8

Kepentingan Konsep Falsafah dan Falsafah Pendidikan dalam Latihan Perguruan

Konsep Falsafah

Falsafah boleh dianggap sebagai satu sistem idea yang komprehensif mengenai fitrah manusia dan makna realiti di mana kita berada. Merupakan satu panduan hidup kerana isu-isu yang difokuskan adalah bersifat asas seperti ilmu, sumber ilmu, kewujudan manusia, kebaikan, kecantikan dan sebagainya. usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara penting. Oleh itu, falsafah boleh diertikan sebgai satu usaha untuk berfikir yang rasional dan kritis terhadap perkara yang penting mengenai pendidikan. (ED Miller)

Falsafah Pendidikan

Merupakan satu cara pemikiran yang analitikal yang digunakan untuk menjelaskan konsepkonsep asas berhubung dengan pendidikan. Membantu seseorang guru untuk memahami asas-asas teoritikal berhubung dengan pendidikan khususnya proses pengajaran dan pembelajaran- mempengaruhi amalannya sebagai seorang guru. Falsafah pendidikan sebagai pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan.

Kepentingan dalam Latihan Perguruan

Membolehkan guru pelatih untuk menetapkan hala tuju pengajaran dan pembelajaran murid di sekolah kelak. Falsafah dijadikan sebagai pedoman untuk tujuan pendidikan yang lebih mantap dan efisien. Sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum, bahan-bahan pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran guru terhadap murid.

Dapat membentuk seorang guru yang menilai apa yang sepatutnya (what ought to be) dan kemudian memupuk seorang guru yang diidamkan serta jenis murid yang ingin dibentuk. Membentuk guru yang menuju ke arah menyempurnakan pendidikan pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Anda mungkin juga menyukai