Anda di halaman 1dari 14

AMALI: PENGARATAN

Faktor-Faktor Pengaratan

Masalah:
Apakah yang menyebabkan paku besi berkarat ?

Tujuan:
Untuk menyiasat faktor-faktor yang menyebabkan pengaratan paku besi.

Hipotesis:
Kehadiran air dan udara adalah faktor-faktor yang menyebabkan pengaratan

Bahan dan radas:


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Penanda berperekat. Tabung uji. Paku besi. Penutup getah. Air paip. Air didih tiada udara. Minyak masak. Kalsium klorida kontang agen pengering menyerap wap air dalam udara

Langkah-langkah
1. 2. 3. 4. Lakukan aktiviti ini di dalam kumpulan. Kumpulkan bahan yang diperlukan. Label tabung uji dengan A, B dan C. Guna tiga batang paku baharu yang tidak berkarat. 5. Masukkan sebatang paku ke dalam setiap tabung uji.

6. Tuangkan sedikit air paip ke dalam tabung uji A. 7. Masukkan tiga sudu kalsium klorida kontang ke dalam tabung uji B dan tutup dengan penutup getah. 8. Tuangkan air panas yang mendidih ke dalam tabung uji C sehingga separuh penuh diikuti dengan sedikit minyak masak.

9. Simpan semua tabung uji di tempat yang selamat selama seminggu. 10. Perhatikan paku dalam setiap tabung uji selepas seminggu. 11. Bincangkan pemerhatian anda. 12.Rekodkan pemerhatian anda dalam jadual seperti yang diberi.

Ramalan:
Tabung uji Ramalan ke atas paku besi selepas seminggu A B C

Soalan:
1. Paku di dalam tabung uji manakah yang akan berkarat? 2. Mengapakah paku tersebut berkarat? 3. Paku di dalam tabung uji yang manakah tidak berkarat? Berikan sebab anda.

Pemboleh ubah:
Dimanipulasikan (perkara yang diubah/berbeza): kehadiran/ketiadaan air dan udara. Bergerak balas (perkara yang diperhatikan): Pengaratan paku besi. Dimalarkan (perkara yang dibiarkan sama/tetap): jenis paku / tempoh eksperimen.

Pemerhatian:
Tabung uji A B C Pemerhatian ke atas paku besi selepas seminggu.

Inferens:
1. Paku besi di dalam bikar A berkarat kerana ada kehadiran udara dan air 2. Paku besi di dalam bikar B tidak berkarat kerana tiada kehadiran air. 3. Paku besi di dalam bikar C tidak berkarat kerana tiada kehadiran udara.

Kesimpulan:
Kehadiran air dan udara adalah faktor-faktor yang menyebabkan pengaratan