Anda di halaman 1dari 2

Kesan Gangguan Emosi Di Kalangan Murid Tidak ada manusia yang dapat rnengelakkan diri dari tekanan.

Seperti yang dinyatakan oleh Hans Selye (1956) dalam bukunya The Stress of Life "No one can liveWithout experiencing some degree of stress at all." Tekanan boleh membawa kesan yang positif bagi sesetengah Individu kerana Ia boleh mendorong seseorang untuk memperbaiki pencapaian diri, menghadapi cabaran dan membuat penyesuaian dengan corak kehidupan yang sentiasa berubah (Iohnson, 1997). Sebaliknya, tekanan yang tidak dapat dikawal oleh individu yang mengalaminya mungkin mendatangkan kesan yang negatif Terdapat sesetengah pelajar melakukan cara yang tidak sihat untuk rnengatasi gangguan tekanan yang akhimya cara sedemlklan mendatangkan kesan negatif kepada diri rnereka sendiri contohnya denganmengambil dadah dan alkohol, tidur dan makan berlebihan atau menahan lapar, Penemuan data kajian-kajian lalu menunjukkan tekanan yang dialami oleh pelajar mempunyai kaitan dengan penghargaan kendiri yang rendah (Arora, Kurnari dan Enright, 1988; Youngs, Rathge, Mullis dan Mullis, 1990), lokus kawalan yang lemah (Cole dan Sapp (1988), kemurungan (Toler dan Murphy, 1985), tingkahlaku delinkuen (Vaux dan Ruggiero, 1983) dan masalah penyalahgunaan (Mates dan Allison (1992). Penemuan yang diperolehi oleh para pengkaji ini membuktikan bahawa tekanan yang tidak terkawal boleh mendatangkan implikasi yang negatif kepada pelajar yang mengalaminya. Justeru, identifikasi awal kepada simptom-simptorn tekanan boleh membantu remaja berkenaan. Antara simptom-sirnptom yang menunjukkan seseorang mengalami tekanan ialah mengalami gangguan tidur. Pelajar tersebut tidak dapat tidur dengan betul dan ini akan menyebabkan matanya merah dan selalu berair dan pelajar itu juga mungkin selalu kelihatan kehausan dan keletihan disebabkan tidak cukup tidur. Kesan yang seterusnya ialah menunjukkan reaksi berlebihan terhadap kejadiankejadian biasa. Apabila seseorang pelajar itu mengalami tekanan emosi dia akan menunjukkan reaksi-reaksi yang abnormal dan berlebihan .Contohnya marah dan maki hamun mana mana pelajar jika terlanggarnya di tangga. Kesan yang seterusnya ialah pelajar sebegini akan menunjukkan rasa tidak gembira terhadap pencapalan diri. Walaupun mereka telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang di akademik ataupun kokurikulum tetapi dirinya sendiri tidak akan menghayati dan menghargainya pencapaian tersebut dan hanya mengambilnya tanpa makna. Pelajar-pelajar yang telah mengalami tekanan emosi akan mengamali keletihan yang melampau dan kurang bertenaga, menunjukkan tingkahlaku gelisah seperti mata berkelip-kelip dan menggeleng-gelengkan kepala, sakit perut atau saklt kepala pada setiap hari atau pada setiap minggu, menunjukkan tingkahlaku untuk mendapatkan perhatian seperti tingkahlaku agresif, tidak berupaya rnembuat keputusan dan hilang sifat kelucuan.

Kewujudan salah satu atau sebahagian daripada perkara-perkara yang dinyatakan menunjukkan bahawa individu tersebut berkernungkinan mengalami tekanan. Pelajar yang mengalaminya berkemungkinan sedar atau tidak sedar bahawa mereka sedang mengalami gangguan tekanan. Pengenalpastian kesan-kesan yang dinyatakan bukan sahaja dapat memudahkan golongan ibu bapa mernbantu pelajar yang tertekan bahkan pelajar yang menyedari bahawa mereka menunjukkan simptom-simptom tersebut boleh mendapatkan bantuan lebih awal sebelum kesan negatif yang mungkin berlaku akibat tekanan berlaku pada diri pelajar.

Anda mungkin juga menyukai