Anda di halaman 1dari 10

Penggunaan Papan Tulis

PENGGUNAAN PAPAN TULIS


Papan tulis jika dimanfaatkan secara optima menjadi media yang efektif dalam pencapaian kompetensi hasil belajar murid. Media atau teknologi yang dikatakan efektif untuk mengekplorasi kompetensi murid ialah apabila: (1) Digunakan untuk menyajikan maklumat secara sistematik. (2) Memperjelas idea-idea yang masih kabur dalam sumber belajar lain. (3) Memberikan penerangkan kontekstual terhadap isi pelajaran. (4) Maklumat yang disajikan dapat dilihat/dibaca dengan jelas oleh sebagian besar murid. (5) Kesan dari maklumat yang disajikan menarik dan memiliki makna (misalnya dengan penggunaan warna, grafik, jadual). (6) Dapat dimanfaatkan secara seimbang antara kegiatan guru dan kegiatan murid.

Jika papan tulis dianggap sebagai sebuah bidang utuh, maka bidang tersebut dapat dibahagikan secara khayal oleh guru kepada tiga bahagian. Bahagian tersebut komposisinya adalah 20% di sebelah kiri, 60% di tengah, dan 20% di sebelah kanan. Bahagian kiri untuk menuliskan fokus pembelajaran, dan sering juga dikenal sebagai tujuan pembelajaran. Bahagian ini harus dipertahankan tidak dihapus sebelum pelajaran diakhiri. Bahagian tengah dapat digunakan oleh guru untuk menulis bahan pembelajaran dan juga digunakan sebagai tempat untuk unjuk kerja murid dalam menyelesaikan soalan latihan. Bahagian tengah dapat ditulis-dihapus berkali-kali selama proses pembelajaran berlangsung.

Bahagian kanan dari papan tulis digunakan untuk menuliskan kesimpulan-kesimpulan hasil proses pembelajaran. Kesimpulan tersebut harus ditulis secara sistematik dan dapat dibandingkan korelasinya dengan indikator hasil belajar. Jika murid telah memiliki buku cetak dan sumber belajar yang lengkap, bahagian di papan tulis kanan tetap perlu ditulis kembali sebagai rangkuman yang dapat mengingatkan kepentingan maklumat selama proses pembelajaran.

PENGGUNAAN LAIN PAPAN TULIS


Papan tulis juga dapat digunakan sebagai media untuk menempelkan atau menayangkan maklumat. Poster-poster atau hasil pembuatan peta konsep murid dan guru pada kad manila dapat ditampalkan pada papan tulis untuk menggantikan kaedah menulis. Jika papan tulis yang dimiliki sekolah berwarna putih, papan tulis tersebut juga dapat dimanfaatkan sebagai pengganti layar untuk menayangkan slide OHP atau slide dari LCD Projektor.

KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS


Kemahiran menggunakan papan tulis adalah penting dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran di bilik darjah Kemahiran ini memmerlukan guru merancang dan menyusun tulisan,nota, ilustrasi dan gambarajah di atas papan tulis dengan baik. Guru yang berkemahiran menggunakan papan tulis dengan sempurna akan memudahkan murid memahami pengajarannya dan dapat menarik minat mereka mengikuti pelajarannya.

OBJEKTIF PENGGUNAAN PAPAN TULIS


Untuk menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak. Untuk menarik perhatian murid terhadap perkara-perkara yang penting di setiap peringkat pengajaran. Untuk memperkukuhkan sesuatu fakta, konsep atau idea yang dihuraikan. Untuk mendemonstrasikan langkah-langkah penyelesaian masalah secara sistematik Untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru dan pembelajaran murid Untuk membeikan peluang kepada murid-murid mencatit mota dari papan tulis.

PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN PAPAN TULIS


Rancangan penggunaan papan tulis lebih awal supaya tulisan, mota dan gambarajah dapat diletakkan ditempat yang sesuai. Guru hendaklah memahirkan diri dengan kemahiran melukis gambarajah yang menarik. Tulisan dan gambarajah yang digunakan hendaklah jelas kelihatan kepada seluruh kelas Kapur warna hendaklah dignakan untuk menggambarkan penonolan atau penekanan. Aktiviti penggunaan papan tulis hendaklah dipelbagaikan Pelajar-pelajar hendaklah diberi peluang untuk melibatkan diri dalam penggunaan papan tulis. Masa penggunaan papan tulis hendaklah sepadan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Jangan menggunakan papan tulis dengan masa yang berlebihan sehingga pelajar-pelajar merasa bosan.

KESAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS


Pelajar-pelajar dapat memahami sesuatu fakta, konsep atau idea dengan lebih jelas dan tepat. Pelajar-pelajar menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru. Pelajar dapat mengikuti perkembangan pengajaran guru dengan penuh berminat. Pelajar menaruh keyakinan terhadap pengajaran guru Aktiviti pembelajaran pelajar menjadi lebih menarik. Konsep, fakta atau idea yang dihuraikan dapat didedalkan dalam ingatan.

Kriteria Penggunaan Papan Tulis


KEJELASAN Saiz tulisan yang sesuai Tulisan kemas dan tepat Gambar rajah jelas dan ringkas Penggunaan ruang untuk tulisan Rajah sesuai dan seimbang Susunan dapat dilihat dan teratur

SUSULAN

PENONJOLAN ATAU PENEKANAN Bentuk satu konsep dengan jelas dan tepat Permudahan konsep atau idea yang susah Libatkan murid dalam aktiviti pengajaran pembelajaran Gunakan dalam masa yang sesuai.

Anda mungkin juga menyukai