Anda di halaman 1dari 4

SOALAN 2 : Interpretasi data yang diperolehi daripada bahan audio atau klip video.

Saya bersama seorang lagi rakan saya telah menjalankan satu sesi kaunseling dan bimbingan berdasarkan kerja kursus yang telah diberikan kepada kami. Kami menjalankan sesi kaunseling ini di Sekolah Kebangsaan Kuala Tembeling. Salah seorang daripada kami haruslah menjadi kaunselor untuk menjayakan kerja kursus ini. Setelah hampir 2 bulan kami berada di sekolah tersebut, kami telah mendapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid kami. Kami telah memilih seorang klien yang mempunyai masalah dari segi masalah pembelajaran. Masalah yang dihadapi oleh klien tersebut ialah dia tidak menyukai guru subjek Matematik.

Sebelum memulakan sesi kaunseling, kami telah memilih tempat yang sesuai iaitu di bilik kaunseling Sekolah Kebangsaan Kuala Tembeling. Kami memastikan bahawa tempat tersebut sesuai untuk menjalankan sesi rakaman kaunseling. Kami meletakkan dua buah kerusi secara bertentangan tetapi dijarakkan sedikit supaya klien merasa selesa apabila sesi kaunseling dijalankan. Klien mestilah menghadap dinding yang kosong supaya dia tidak terganggu dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap sesi kaunseling. Ini adalah penting kerana jika klien tidak menumpukan sepenuh perhatian terhadap sesi tersebut, kaunselor tidak akan dapat mengetahui masalah sebenar pelajar terbabit. Apabila persiapan tempat telah selesai, barulah kami memanggil pelajar tersebut. Kami memanggil pelajar tersebut selepas rehat kerana untuk memastikan klien kami tidak mempunyai masalah seperti kelaparan semasa menjalankan sesi kaunseling. Sebelum memulakan sesi, kami memastikan pelajar tersebut selesa dan tidak berasa takut. Kami juga memesan bahawa anggap sahaja kamera tidab berada di hadapannya. Pada mulanya dia berasa terkejut kerana kami ingin merakam perbualannya. Tetapi setelah kami menerangkan keadaan sebenar barulah dia faham dan kami memulakan sesi tersebut.

Pada minggu lepas kami ditugaskan untuk melatih murid-murid bercerita sempena Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Zon Tembeling. Kami telah melatih dua orang murid untuk bercerita. Semasa sesi latihan tersebut, salah seorang daripada murid kami sangat tidak menyukai seorang guru di sekolah tersebut. Kami ingin mencari sebab kenapa murid itu tidak menyukai guru tersebut. Kami bertanya kenapa dia tidak menyukai guru tersebut. Pada mulanya, dia tidak mahu bercerita kepada kami. Setelah hampir 2 hari dia menjalankan sesi latihan barulah dia menceritakan masalahnya kepada kami kenapa dia tidak menyukai guru tersebut.

Kami tertarik dengan masalah yang dihadapi olehnya. Jadi, kami membuat keputusan untuk memilih murid tersebut sebagai klien kami. Nama murid tersebut ialah Shya Insyirah Uzma bt Mohd Sofi. Insyirah merupakan murid tahun 3 dan merupakan pelajar yang pintar. Semasa dia berada di tahun 2, dia telah mendapat Band 6 dalam matapelajaran yang tertentu dan memperoleh hadiah. Ibunya bekerja sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Kuala Tembeling manakala ayahnya juga seorang guru di Sekolah Kebangsaan Mela. Dia mempunyai 6 orang adik-beradik dan dia merupakan anak bongsu. Walaupun dia anak bongsu di dalam keluarga, ayahnya tetap tegas dalam mendidik.

Insyirah mempunyai masalah dalam pembelajaran. Masalah ini tidak terlalu menjurus kepada masalah pembelajaran sebenarnya. Ianya lebih kepada masalah emosi yang dihadapi oleh Insyirah. Masalah Insyirah ialah dia tidak menyukai guru dalam mata pelajaran Matematik. Guru yang dia maksudkan ialah guru mata pelajaran Matematik di dalam kelasnya. Oleh sebab dia tidak suka kepada guru Matematik secara automatiknya dia tidak menyukai mata pelajaran Matematik. Walaupun Insyirah tidak suka akan guru Matematiknya tetapi semua yang diajar oleh guru tersebut dia faham. Cuma dia tidak menyukai guru tersebut kerana guru tersebut selalu memukul pelajar jika pelajar tidak membuat kerja.

Sebagai seorang guru saya berpendapat bahawa tidak salah jika guru memukul pelajar kerana mungkin guru tersebut ingin mengajar pelajar tersebut cuma pelajar menyalah anggap tentang perbuatan guru tersebut. Dalam video tersebut, kaunselor bertanya Insyirah belajar Matematik dengan siapa apabila berada di rumah. Dia menjawab yang dia belajar bersama ayahnya. Ayahnya juga garang seperti guru tersebut tetapi ayahnya tidak pernah memukulnya. Jadi kedua-dua individu ini bersikap garang cuma bezanya ialah guru tersebut suka memukul pelajar tetapi ayahnya tidak. Ini menyebabkan Insyirah mengalami masalah emosi.

Masalah emosi dalam kalangan kanak-kanak telah semakin dikenal pasti. Masalah emosi kanak-kanak boleh menjadi lebih kronik sekiranya tidak dikendalikan segera dan dengan cara yang terbaik. Kebanyakan emosi orang dewasa seperti ibu dan bapa kanak-kanak akan mempengaruhi emosi kanak-kanak berkenaan tetapi agak sukar untuk dikesan. Sekiranya ini berlaku, masalah tersebut akan menjadi lebih sukar untuk dikendalikan dan memerlukan masa yang panjang. Dalam hal ini, emosi Insyirah akan terganggu jika dia terus berada di dalam kelas semasa mata pelajaran Matematik kerana perasaan tidak suka kepada guru tersebut akan bertambah. Tambahan pula guru tersebut memukul atau merotannya.

Disamping itu juga, Insyirah ada menceritakan bahawa guru Matematik tersebut suka kepada seorang pelajar di dalam kelasnya. Maknanya guru tersebut memilih kasih semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana guru tidak boleh memilih bulu dikalangan pelajar. Walaupun pelajar tersebut baru berumur 9 tahun tetapi pelajar dapat mengetahuinya melalui perbuatan guru yang suka memilih kasih. Kesan guru memilih kasih ialah pelajar akan merasa diri mereka tersisih seperti mana yang Insyirah rasakan terhadap guru Matematiknya.

Jika dilihat di dalam video berkenaan, pada mulanya Insyirah tidak menceritakan dengan lebih lanjut kenapa dia tidak menyukai guru Matematiknya tetapi lama kelamaan dia menceritakan sedikit demi sedikit. Mungkin pada mulanya dia berasa takut jika kaunselor tersebut memberitahu kepada guru berkenaan. Apabila guru tersebut tahu, mungkin dia akan dimarahi olehnya. Tetapi kaunselor di dalam video berkenaan memberi rangsangan supaya jangan malu dan hanya mereka berdua sahaja di dalam bilik kauseling tersebut. Apabila kaunselor memberi rangsangan sebegitu barulah dia ingin bercerita walaupun tidak banyak.

Di dalam video tersebut, kaunselor ada bertanyakan Insyirah apakah cita-cita apabila besar nanti. Insyirah menjawab dia ingin menjadi seorang doktor. Kaunselor memberi nasihat kepada klien bahawa jika dia ingin menjadi seorang doktor, dia perlulah mendapat Band 6 dalam mata pelajaran Matematik. Dia hanya mendapat Band 5 dalam mata pelajaran tersebut sedangkan dalam mata pelajaran lain dia mendapat Band 6. Ini menyebabkan guru tersebut mempengaruhi keputusan dalam mata pelajaran Matematik. Sebenarnya dia boleh mendapat keputusan yang lebih baik lagi tetapi dek kerana dia tidak menyukai guru Matematik ia mempengaruhi keputusan Insyirah.

Apabila kaunselor bertanyakan guru yang bagaimana Insyirah ingin dan dia menjawab guru yang baik. Kaunselor juga ada bertanyakan jika guru Matematik sekarang bertukar menjadi baik adakah dia akan menyukai mata pelajaran Matematik. Dia menafikan persoalan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai