Anda di halaman 1dari 22

1.0 Pendahuluan Maklumat adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan dan aktiviti kita seharian.

Maklumat menurut McLead JR (1983), telah mentaksirkan ianya sebagai data yang telah diproses atau data yang memberi makna yang difahami kepada seseorang individu yang kemudiannya akan dibuat kesimpulan mengenai sesuatu isu atau permasalahan dan membuat tindakan susulan bagi

penambahbaikan (hlm. 592). Maklumat telah disimpan dan diedarkan dalam empat media, iaitu kertas, filem, magnetik dan optik. Media magnetik termasuk pita video, pita audio, cakera keras, cakera liut sementara media optic adalah CD audio, CD-ROM dan DVD. Maklumat itu disebarkan melalui empat saluran elektronik iaitu radio, televisyen, panggilan telefon dan internet. Walaupun internet adalah media terbaru dalam penyebaran maklumat, ia adalah media pertama dipilih oleh orang ramai sebagai sumber maklumat utama.

Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi mengubah cara manusia menerima dan menyimpan maklumat. Kita juga boleh mendapatkan berita dunia terbaru, maklumat cuaca, maklumat saham dan berbagai-bagai maklumat dengan mendengar radio, menonton televisyen serta melayari internet.

Pada masa ini, peralatan teknologi maklumat terutamanya computer peribadi menjadi peralatan wajid di semua pejabat dan hamper setiap rumah. Hal ini berlaku keraana kita perlu bekerja dengan mancari, menyimpan, dan bertukar-tukar maklumat yang banyak dengan cepat. Dalam hal ini, apa yang penting adalah maklumat manakala peralatan teknologi yang digunakan bertindak membantu memproses kerja-kerja dengan pantas. Oleh itu, selain menjadi celik teknologi

maklumat atau celik IT, apa yang lebih penting adalah menjadi celik maklumat.

Oleh itu, dalam tugasan ini akan membincangkan tentang kemahiran perolehan dan pengurusan maklumat yang perlu dikuasai oleh seseorang pelajar.
1

2.0 Definisi Maklumat Maklumat merupakan data yang berasal dari fakta yang tercatat dan selanjutnya dilakukan pemprosesan menjadi bentuk yang berguna atau bermanfaat bagi pemakainya. Bentuk maklumat yang kompleks dan terintegrasi dari hasil pemprosesan sebuah database yang akan digunakan untuk proses pengambilan keputusan pada pengurusan akan membentuk Sistem Maklumat Pengurusan. Maklumat merupakan fakta atau nilai yang tercatat atau mempresentasikan keterangan dari suatu objek. Maklumat merupakan suatu sumber yang sangat berguna bagi hampir di semua organisasi. Dengan tersedianya data yang melimpah, maka masalah tatacara data secara berkesan menjadi suatu hal yang sangat penting dalam pembangunan sistem maklumat pengurusan. Maklumat juga ialah suatu bentuk penerangan yang dibuat berdasarkan sumber yang diperolehi dalam bentuk data hasil daripada pemprosesan, pengumpulan dan penganalisaan data yang kemudiannya dapat memberi manfaat dan menambah tahap pengetahuan kepada penerima maklumat tersebut. Menurut Brown (seperti yang dipetik dalam Paisley dan Chen, 1982), maklumat boleh didefinisikan sebagai sistem yang menterjemahkan mesej supaya dapat disimpan, mendapatkan kembali dan kemudiannya dimanipulasikan dan akhirnya menjadi sumber akhir yang sedia untuk digunakan (Definisi ICT, t.t.). Menurut Irma Indayu Omar dan Yushiana Mansor (2005), maklumat adalah satu fenomena yang unik. Contohnya, perkara X mungkin dianggap maklumat kepada seorang individu, tetapi tidak bagi individu lain. Justeru, dapat dikatakan, maklumat adalah satu fenomena yang berubah berdasarkan situasi dan mempunyai ciri-ciri tertentu. Maklumat juga dikatakan sebagai satu komoditi iaitu ia boleh dijual beli, ditukar, dikumpulkan dan disimpan, dipatenkan dan dimiliki. Walau bagaimanapun, ia tidak habis apabila digunakan. Definisi maklumat juga boleh diperolehi secara formal melalui kamus. Menurut Kamus Dewan, maklumat dimaksudkan sebagai pengetahuan. Dalam Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan pula, maklumat dimaksudkan sebagai laporan, siaran, kenyataan, keterangan, butir-butir dan pengetahuan. Oxford English Dictionary pula
2

mentakrifkan maklumat sebagai berita, pengetahuan, apa yang diketahui oleh seseorang dan apa yang diberitahu kepada seseorang. Jelas di sini, maklumat didefinisikan dengan pelbagai erti ataupun makna.

3.0 Ciri-ciri Maklumat Sesuatu maklumat dapat dikategorikan sebagai maklumat yang baik sekiranya ia memiliki sifat-sifat berikut: Tepat Maklumat yang dicari haruslah tepat. Ia dapat menolong pengguna membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Sekiranya maklumat yang dicari itu tepat, pengguna tidak perlu lagi membuat perbandingan dengan maklumat dari sumber lain. Semakin tepat maklumat yang diperolehi, maka semakin rendah risiko yang bakal dihadapi oleh pengguna. Cepat Maklumat mestilah mudah dicapai apabila diperlukan. Maklumat yang dapat diperolehi dengan cepat dan tepat akan membolehkan pengguna memperolehi keuntungan atau manfaat yang besar dan sebaliknya jika maklumat yang lambat diperolehi, maka besar kemungkinan maklumat itu sudah lapuk dan tidak memberi makna lagi. Lengkap Maklumat yang lengkap dapat menjimatkan masa pengurusan maklumat. Maklumat yang lengkap dan tersusun dapat membantu dan menjimatkan masa untuk pengguna membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Ringkas Maklumat hendaklah ringkas kerana dapat menjimatkan masa. Selain itu, ia juga mudah difahami oleh pengguna. Oleh itu, maklumat yang dibekalkan hendaklah tepat dan ringkas. Kuantiti maklumat yang terlampau banyak hanya akan membebankan pengguna. Berkaitan Makumat yang diterima oleh pengguna mesti mempunyai kaitannya dengan
3

tujuan pengguna. Maklumat yang tidak relevan hanya akan menyebabkan kelewatan memproses maklumat dan penilaian serta keputusan juga akan lambat tercapai.

4.0 Jenis-jenis Sumber Maklumat Maklumat dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu maklumat utama, maklumat sekunder dan maklumat peringkat ketiga. 4.1 Sumber Maklumat Utama Maklumat utama ialah maklumat yang diperoleh secara lansung daripada sumbernya. Ia termasuk maklumat yang diperoleh melalui kajian saintifik, bancian penduduk dan rakaman temu ramah. Surat, ucapan, e-mel, salinan asal perjanjian atau kontrak, minit mesyuarat, temu ramah, autobiografi dan diari adalah maklumat utama. Begitu juga dengan karya kreatif seperti puisi, drama dan novel. Maklumat utama adalah dalam bentuk yang asal, ia tidak diubah ataupun diedit. Menurut Louis Gottschalk, dalam bukunya Understanding History: A Primer of Historical Method, sumber primer adalah sumber yang diperolehi daripada saksi-saksi dalam bentuk tulisan, catatan, dan juga saksi utama kepada sesuatu peristiwa yang berlaku. Bagi Arthur Marwick, beliau menyifatkan sumber pertama adalah sebagai bahan yang wujud dalam keadaan asas,mentah, dan tidak sempurna atau dengan kata lain sumber primer merupakan sumber yang masih belum diproses oleh ahli sejarah. Menurut Muhd. Yusof Ibrahim dalam bukunya Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah, beliau menyatakan sumber primer ialah kumpulan sumber mahupun bahan yang dirujuk tetapi keadaannya masih asli dan belum ditafsirkan. 4.2 Sumber Maklumat Sekunder Maklumat sekunder ialah maklumat yang sudah diubah, diedit dan ditafsirkan. Ia adalah penyataan semula ataupun ringkasan daripada maklumat utama. Ini menunjukkan sumber sekunder mempunyai perkaitan yang rapat dengan sumber utama. Louis Gottschalk, dalam bukunya Understanding History: A Primer of Historical Method, sumber sekunder adalah sumber yang berbentuk catatan yang diperolehi daripada sesiapa sahaja yang bukan saksi iaitu seseorang yang tidak hadir semasa kejadian itu berlaku. Menurut Muhd. Yusuf Ibrahim, sumber sekunder ialah
4

kajian-kajian ataupun penulisan-penulisan yang telah dilaksanakan oleh seseorang mahupun suatu kumpulan tentang sesuatu peristiwa, tokoh-tokoh dan sebagainya. Manakala berdasarkan pandangan Abdul Rahman Haji Abdullah, sumber sekunder ialah keterangan daripada seorang yang tidak hadir atau menyaksikan kejadian tersebut dan sumber sekunder merupakan karya yang sudah diproses daripada bahan mentah. Contoh maklumat sekunder termasuk buku teks, biografi, artikel dalam jurnal ataupun majalah yang melaporkan ataupun mengulas sesuatu kejadian ataupun artikel dalam surat khabar yang melaporkan sesuatu berita. 4.3 Sumber Maklumat Tertier Maklumat tertier juga dipanggil maklumat rujukan. Ia terbahagi kepada maklumat kawalan capaian dan maklumat terus rujukan. Maklumat kawalan capaian digunakan bagi mencari maklumat yang lebih lengkap. Ia berfungsi sebagai petunjuk ataupun panduan kepada maklumat yang sebenar. Dalam konteks ini, ia berfungsi sebagai peralatan memperoleh maklumat. Ini adalah kerana ia menyenaraikan, mengumpul, dan memberitahu kepada pengguna berkenaan maklumat yang wujud. Contohnya bibliografi, indexs dan abstrak. Maklumat terus rujukan pula seperti kamus, ensiklopedia, almanak dan direktori. Dalam usaha menjadi celik maklumat, kemahiran menggunakan maklumat dalam kategori ini penting kerana ia

menunjukkan jalan bagi mencapai maklumat yang dikehendaki. Dengan mengenali maklumat tertier, pencarian maklumat menjadi lebih mudah dan praktikal.

5.0 Contoh-contoh Sumber Maklumat 5.1 Sumber Maklumat Terus Sumber maklumat terus adalah bahan meklumat yang menyediakan maklumat lengka di dalamnya. Dengan merujuk atau membaca bahan maklumat ini, kita terus mendapat maklumat yang diperlukan tanpa perlu mencari dalam bahan maklumat lain. Sumber maklumat terus terbahagi kepada sumber rujukan dan bukan rujukan. 5.1.1 Sumber Maklumat Terus Rujukan

5.1.1.1 Ensiklopedia Ensiklopedia adalah sumber rujukan yang berharga. Ia mengandungi maklumat
5

yang lengkap, tepat dan kerap dikemas kini. Maklumat di dalam ensiklopedia merangkumi apa sahaja yang anda ingin ketahui dalam alam semesta ini. Di dalam ensiklopedia, maklumat dapat dicari dengan mudah. Sekiranya

dibandingkan dengan carian di internet, belum tentu kita akan mendapat maklumat lengkap seperti yang terdapat di dalam ensiklopedia. Terdapat dua jenis ensiklopedia iaitu umum dan khusus. Ensiklopedia umum merangkumi semua perkara ataupun bidang dan cabang ilmu pengetahuan. Ensiklopedia khusus pula khusus kepada satu bidang ilmu pengetahuan sahaja. Ensiklopedia biasanya mempunyai maklumat seperti rencana yang terperinci berkenaan sesuatu topik, peristiwa, tempat dan orang. Rencana-rencana tersebut akan disertakan dengan gambar, tarikh-tarikh penting dan bibliografi. 5.1.1.2 Kamus Kegunaan utama kamus adalah mencari makna perkataan, menyemak ejaan yang betul, mengetahui sebutan yang betul dan menyemak suku kata ataupun pembahagian kata. Kamus dapat dianggap sebagai sumber rujukan sedia yang paling banyak digunakan oleh semua peringkat umur. Kamus sentiasa disemak dan dikemas kini. Edisi baru biasanya dikeluarkan dalam tempoh 7 hingga 10 tahun. Ini termasuk penambahan kata-kata baru, menyemak definisi kata-kata lama yang membawa makna baru dan membatalkan istilh yang tidak digunakan lagi. Perkataan baru yang diperkenalkan dalam radio, televisyen ataupun filem wajar dimasukkan ke dalam kamus sekiranya ia sesuai dan tidak melnggar tatabahasa. 5.1.1.3 Almanak Almanak adalah kumpulan data dan statistic berkaitan sesebuh negara, personality, kejadian dan seumpamanya. Ia seperti ensiklopedia ringkas. Almanak biasanya memberikan maklumat ringkas tanpa penjelasan atau huraian. Antara almanak yang popular termasuk World Almanac, Information Please Almanac dan Whitakers Almanac. 5.1.1.4 Buku Tahunan Buku tahunan ialah kumpulan data dan statistik dalam satu tahun sahaja.
6

Tujuannya adalah merekodkan aktiviti dalam satu tahun sesebuah negara, subjek ataupun bidang tertentu. Ia biasanya digunakan bagi merujuk maklumat yang khusus dan terbatas dalam sesuatu bidang dalam tempoh satu tahun. Antara buku tahunan yang banyak dijadikan rujukan ialah The Europa World Yearbook dan Statemans Year Book. Sumber-sumber maklumat yang disebutkan di atas digunakan bagi mencari maklumat terbaru berkenaan sesuatu ataupun seseorang. Isi kandungan di dalamnya adalah berkenaan tahun sebelumnya. Contohnya almanac ataupun buku tahunan tahun 2012 mengandungi maklumat tahun 2011. 5.1.1.5 Internet Terdapat banyak sumber maklumat terus rujukan di internet. Internet ialah sumber maklumat paling popular pada masa ini. Antara maklumat yang terdapat dalam internet dan boleh dirujuk ialah akhbar. Berita akhbar-akhbar harian adalah percuma di internet. Berita terbaru seperti pengumuman majlis ataupun acara tertentu seperti konsert, perlawanan bola sepak dan seumpamanya banyak terdapat di internet. Terdapat juga berita hiburan dan selebriti. Maklumat selebriti televisyen dan filem yang sukar dicari dalam akhbar dan majalah, boleh didapati dengan banyak di internet. Maklumat yang benar-benar boleh dipercayai di internet adalah maklumat dalam laman web kerajaan. Terdapat juga banyak laman web yang memberikan maklumat terperinci dan terkini berkenaan pelbagai aspek pelancongan.

5.1.2

Sumber Maklumat Terus Bukan Rujukan

5.1.2.1 Buku Buku menyediakan maklumat yang baik kepada sesuatu subjek atau topik. Buku biasanya ditulis menggunakan pelbagai sumber maklumat sebagai rujukan. Maklumat dikumpulkan dan disusun semula mengikut kehendak pengarang bagi golongan pembaca tertentu. Tempoh menerbitkan buku biasanya mengambil masa yang lama. Oleh itu, isi kandungannya mungkin sudah sedikit ketinggalan. 5.1.2.2 Jurnal Jurnal adalah sumber penting bagi ahli akademik terutamanya mereka yang
7

berada dalam bidang sains dan teknologi. Di dalam jurnal, ada beberapa jenis maklumat seperti artikel penuh, artikel ringkas, pemberitahuan dan ulasan. Jurnal akademik dapat dibahagikan kepada dua jenis. Jenis pertama adalah jurnal yang mengandungi artikel-artikel yang dinilai dan diperakui oleh sidang editor sebagai artikel yang berkuaiti tinggi. Jenis kedua adalah jurnal yang tidak mempunyai kaedah penilaian. Bagi jurnal jenis ini, kawalan mutunya agak longgar dan tidak mempunyai kriteria tertentu sebelum menerbitan artikel itu. Namum demikian, sekiranya ia tergolong dalam jurnal akademik, artikel-artikel yang dimuatkan di dalamnya adalah bermutu tinggi dan boleh dipercayai. 5.1.2.3 Tesis Tesis adalah hasil kajian yang dijalankan oleh pelajar lepasan ijazah pada peringkat sarjana dan doktor falsafah. Tesis ini diperiksa oleh

sekurang-kurangnya seorang pemeriksa luar yang bukan daripada kakitangan akademik university di mana tesis itu dihasilkan. Tesis adalah sumber maklumat penting dan berharga kerana ia mempunyai maklumat terperinci berkaitan topic kajian dan juga mempunyai ulasan ataupun maklumat latar belakang yang baik pada bahagian pengenalannya. Tesis juga mempunyai senarai rujuakn ataupun bibliografi yang komprehensif.

6.0 Kepentingan Memperoleh Maklumat Zaman ini dikatakan sebagai zaman atau era maklumat. Maklumat adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan dan aktiviti kita seharian. Apabila timbul situasi bermasalah iaitu keadaan di mana pengetahuan seseorang itu tidak mencukupi bagi mencapai sesuatu tujuan, maka maklumat adalah diperlukan. Maklumat telah mengambil peranan yang sangat penting kepada kita untuk mengurus masalah dalam kehidupan kita. Persoalannya, apakah kepentingan kita memperolehi maklumat? 6.1 Menangani Masalah Yang Dihadapi Maklumat selalunya diperlukan bagi memenuhi kehendak ataupun menangani masalah. Kita selalu mencari maklumat bertujuan menggunakan maklumat itu bagi
8

membantu menyelesaikan masalah ataupun membuat keputusan. Contohnya, jika salah seorang ahli keluarga telah menghadapi penyakit kronik, ahli keluarga yang lain akan mencari apa sahaja maklumat yang dapat membantunya menyembuhkan penyakit itu. Selain membawa berjumpa dengan doktor, pelbagai jenis maklumat juga boleh diperolehi dalam perpustakaan atau internet. Mereka juga akan berjumpa dengan orang lain yang menghadapi masalah yang sama untuk membantu mereka berkongsi maklumat dalam hal yang sama. Ini dapat membantu mereka mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka dengan lebih baik. 6.2 Mempelajari Sesuatu Yang Baru Selain itu, kita selalu mendapat maklumat bagi mempelajari perkara baru yang dapat meningkatkan pengetahuan kita berkenaan sesuatu perkara. Pencarian maklumat tidak terbatas pada tujuan pembelajaran dalam bidang akademik sahaja. Contohnya, seorang suri rumah ingin mempertingkatkan pengetahuannya dalam bidang masakannya, dia boleh mendapat maklumat yang diperlukan dengan pelbagai cara. Ini termasuklah melalui cara membeli buku masakan, mencari resipi di dalam akhbar dan youtube, bertanya pakar masakan ataupun menonton rancangan masakan di televisyen. Maklumat yang diperolehi akan meningkatkan pengetahuan suri rumah tersebut dalam bidang masakannya. Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi telah menyebabkan proses pencarian maklumat menjadi lebih cepat dan mudah. 6.3 Menyelesaikan Tugasan Maklumat sangat penting bagi seseorang pelajar apabila dia ingin menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru. Contohnya, kita boleh mendapat maklumat yang berkaitan dengan tugasan kita melalui internet atau buku-buku rujukan. Maklumat yang banyak dan berguna akan membantu kita menghasilkan tugasan yang berkualiti dan bermutu. Keadaan ini juga akan menjimatkan masa kita untuk menyiapkan tugasan. Dengan memperoleh maklumat yang banyak daripada berbagai sumber, kita dapat lebih memahami dan mendalami tentang topik tugasan yang kita buat. Selain menyiapkan tugasan yang diberi, kita juga boleh mempelajari kemahiran mencari maklumat daripada buku dan internet dan kemahiran ini amat berguna
9

kepada kita untuk menyelesaikan tugasan yang diarah oleh orang lain dengan lebih mudah pada masa depan. 6.4 Menambahkan Ilmu Pengetahuan Di samping itu, kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita apabila kita memperoleh maklumat. Misalnya, kita dapat mencari e-book melalui laman web dan membacanya dengan percuma. Dalam e-book tersebut kita boleh memperoleh banyak ilmu yang tidak terdapat dalam pembelajaran kita di sekolah. Bukan itu sahaja, kita akan mengetahui pelbagai isu-isu semasa yang sedang berlaku di dunia melalui pembacaan surat khabar. Surat khabar juga merupakan salah satu media yang boleh kita memperoleh maklumat. Maklumat itu penting kepada kita kerana tanpa maklumat kita akan menjadi katak di bawah tempurung . 6.5 Memudahkan Tugasan Maklumat yang diperoleh juga akan memudahkan tugasan kita. Sebagai contoh, seorang guru memerlukan banyak maklumat apabila beliau menyediakan bahan pengajarannya. Dengan adanya maklumat, guru tersebut akan menjimat banyak masa untuk menyediakan bahannya. Sekiranya beliau mempunyai banyak mklumat, beliau akan mengajar dengan baik kerana tidak akan keluar topik dan juga ilmu yang disampaikan telah disokong oleh banyak maklumat. Maklumat diperlukan agar bahan yang disediakan untuk mengajar akan menjadi lebih efektif dan sesuai digunakan. Maklumat telah membawa banyak manfaat kepada kita. Dalam era yang morden ini, kita memerlukan maklumat bagi melaksanakan pelbagai aktiviti. Ini termasuk penggunaan maklumat bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,

pembelajaran, hiburan dan berkomunikasi. Dalam organisasi sekaraang, setiap daripada kita perlu bertanggungjawab memperoleh maklumat kerana maklumat adalah peralatan utama bagi melakukan segala-galanya. Yang lebih penting lagi adalah kita perlu tahu menggunakan maklumat tetapi sangat sedikit antara kita yang celik maklumat Peter Drucker.

10

7.0 Pengurusan Maklumat Mengumpul dan memahami maklumat daripada pelbagai jenis sumber merupakan satu proses yang penting, maka pengurusan maklumat juga merupakan satu proses pembelajaran yang sangat penting untuk membantu kita membuat rujukan yang tepat dan bersistematik. Kita harus mempelajari cara mengurus maklumat yang telah kita dapati dengan baik. Ini adalah kerana pengurusan maklumat boleh memudahkan kita mencari balik maklumat yang sedia ada dan menggunakannya. Strategi pengurusan maklumat terbahagi kepada dua jenis, iaitu pengurusan maklumat dalam media cetak dan media elektronik.

7.1 Strategi Pengurusan Maklumat Media Cetak Media cetak mempunyai makna sebuah media yang menggunakan bahan dasar kertas atau kain untuk menyampaikan pesan-pesannya. Unsur-unsur utama adalah tulisan dan gambar visualisasi. Media ini biasa dijadikan sebagai bahan referensi. Menurut Cingara (2004) media cetak dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang berkaitan dengan proses produksi teks menggunakan tinta, huruf dan kertas, atau bahan cetak lainnya. Media cetak dapat dibahagikan kepada pelbagai jenis, iaitu surat khabar, majalah-majalah, dan buku-buku. Pengurusan media cetak haruslah menggunakan cara yang kemas dan teratur agar maklumat media cetak boleh mudah dicari balik sekiranya ingin merujuk.

Salah satu cara untuk mengurus buku-buku rujukan atau majalah-majalah ialah menyusunnya mengikut abjad A hingga Z. Selain itu, kita juga boleh menyusun maklumat bercetak mengikut tarikh atau tahun peroleh. Cara ini bersesuaian dengan akhbar, majalah mingguan atau tahunan.

11

Di samping itu, Sistem Katalog Perpustakaan ( On-line Public Access Catalog OPAC ) merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh para pengguna untuk mancari maklumat pada masa kini. Biasanya OPAC digunakan oleh pihak perpustakaan untuk mengurus bahan bacaan yang begitu banyak di dalam perpustakaan. Semua buku terdapat di perpuatakaan telah dimasukkan dalam sistem OPAC untuk memudahkan penggunanya semasa mencarinya. OPAC juga dikenali sebagai kad katalog atas talian dan ia digunakan untuk mengganti kad katalog pada masa dulu. Dalam sistem OPAC ini terdapat banyak punca capaian yang telah disimpan, misalnya nama, tajuk, subjek ataupun penerbit, tempat terbitan, siri dan nombor panggilan. Punca capaian digunakan untuk memperoleh dan mencari maklumat yang dikehendaki oleh pengguna dengan pantas dan mudah.

12

Bukan itu sahaja, ERIC ( Education Resources Information Center ) juga telah digunakan untuk mengurus maklumat agar maklumat tersebut mudah dicari. ERIC telah mengumpulkan maklumat dalam bidang pendidikan sahaja. Maklumat itu termasuk dalam buku, artikel dalam jurnal, kertas persidangan, laporan, dan sebagainya. Pelbagai maklumat dalam bidang pendidikan boleh didapati dalam pangkalan data abstrak ini. Kelebihannya ialah pencarian maklumat dapat dibuat dengan pantas berbanding dengan versi cetak yang tebal dan membosankan. Kita hanya perlu menganalisiskan kata kunci berkaitan dengan maklumat yang hendak dicari dan memasukkan kata kunci ke dalam ruang yang diberi pada halaman pertama pangkalan data ERIC. Selepas itu, enjin pencari akan mencari maklumat yang tersimpan dalam pangkalan data dengan menggunakan kata kunci tersebut.

13

7.2 Strategi Pengurusan Maklumat Media Elektronik Media elektronik adalah media yang menggunakan elektronik atau energi elektromekanis untuk mengakses isi padunya. Istilah ini merupakan kontras dari media cetak yang meskipun sering dihasilkan secara elektronis tetapi tidak menggunakan elektronik untuk diakses oleh pengguna akhir. Sumber media elektronik yang biasa digunakan oleh pengguna umum ialah rekaman video, rekaman audio, presentasi multimedia, dan lain-lain. Media elektronik berbentuk analog mahupun digital, walaupun media baru pada umumnya berbentuk digital.

Kita boleh mencari maklumat yang berbentuk video atau lagu melalui Youtube. Kita hanya memasukkan kata kunci atau tajuk maklumat yang hendak diperoleh pada ruang yang disediakan. Enjin pencari akan membantu kita mencari maklumat yang dikehendaki dan terdapat banyak video-video yang berkaitan dengan topic tersebut akan dikemukakan. Kita hanya perlu memilih bahan maklumat yang dianggap bersesuaian dengan kehendak kita.

14

Selain itu, laman web Google, Yahoo, Teoma dan sebagainya juga digunakan untuk mengurus maklumat yang terlampau banyak dari seluruh dunia. Apabila kita hendak mencari maklumat atau dokumen dalam internet dengan memasukkan kata kunci, kita sebenarnya tidak mencari maklumat itu di internet. Kita mencarinya dalam komputer pelayan yang berada di seluruh dunia. Komputer hanya mencapai beberapa pangkalan data peralatan carian ataupun koleksi laman web yang sebenarnya adalah sebahagian kecil daripada www. Peralatan carian itu

menyediakan pautan hiperteks yang mengandungi URL kepada laman-laman tertentu. Apabila kita klik kepada URL itu, kita dapat melihat apa yang ada di dalamnya. Kita boleh menggunakan jenis peralatan carian yang berbeza, bergantung pada topic dan maklumat yang diinginkan.

15

8.0 Kaedah Mencari Maklumat Pencarian maklumat berlaku apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti yang bertujuan hendak mendapatkan maklumat. Maklumat itu selalunya diperlukan bagi memenuhi kehendak atau menangani masalah. 8.1 Mengenali Masalah Maklumat Langkah pertama dalam mencari maklumat bermula dengan mengenal pasti maklumat yang dikehendaki. Kita harus memahami masalah yang sedang dihadapi. Jika masalah yang dihadapi agak rumit, ia perlu dipecahkan kepada tahap yang terperinci dan jelas agar lebih mudah mengenal pasti keperluan maklumat. 8.2 Menyatakan Keperluan Maklumat Langkah seterusnya adalah menyatakan dengan terperinci dan jelas maklumat apa yang diperlukan bagi menangani masalah yang sudah dikenal pasti. Ini dapat dilakukan dengan merujuk kembali pecahan masalah yang sudah dibuat dan memikirkan maklumat-maklumat yang diperlukan bagi menjawab setiap persoalan. 8.3 Mengenal Pasti Sumber Maklumat Aktiviti seterusnya adalah mengenal pasti di mana maklumat itu boleh didapati. Sumber maklumat boleh didapati dalam apa saja bentuk asalkan ia mampu memenuhi keperluan maklumat. Contohnya, kita boleh menbuat rujukan daripada orang yang pernah mengalami masalah yang sama. Mereka dapat memberi banyak maklumat yang berguna. Selain itu, kita juga boleh mendapat maklumat melalui sumber maklumat yang telah direkodkan dalam bentuk cetakan atau elektronik. 8.4 Mencapai dan Mamahami Maklumat Selepas mendapatkan maklumat, tidak bermakna bahan maklumat yang diperolehi dapat diguna pakai. Oleh itu, kita harus memahami maklumat yang telah dicari dan pasti ia merupakan maklumat yang berkaitan dengan tajuk yang hendak kita cari. 8.5 Menyaring dan Menilai Maklumat Akhir sekali, kita harus menyaring dan menilai maklumat yang diperoleh itu. Hanya sumber maklumat yang bersesuaian dengan kehendak persoalan dipilih. Di samping itu, kualiti maklumat perlu diberi perhatian dalam menentukan pemilihan
16

maklumat. Kita harus memilih bahan maklumat yang betul-beetul boleh dipercayai kesahihannya adalah penting. Oleh itu, seseorang itu perlu mempunyai kemahiran menilai maklumat semasa mencari maklumat.

9.0 Rumusan Kemajuan sains dan teknologi mendorong penciptaan pelbagai peralatan teknologi dan komunikasi yang menjana penghasilan maklumat dengan pantas dan banyak. Maklumat pula dihasilkan dalam pelbagai format dan diedarkan melalui banyak media. Dengan bantuan teknologi yang maju ini, kita dapat memperoleh maklumat yang dikehendaki dengan cepat dan mudah. Maklumat yang diperoleh harus disusun dengan teratur agar mudah dicari dan diguna pada masa depan. Oleh itu, pengurusan maklumat amat penting dipelajari oleh setiap individu. Selain itu, seseorang individu harus mempelajari cara-cara mencari maklumat dan mengetahui bahawa kepentingan maklumat kepada aktiviti kehidupan kita. Akhir sekali, masyarakat celik maklumat perlu dipupuk bagi mengharungi arus ledakan maklumat masa kini. Menurut Taizo Nishimuro, Presiden Toshiba, dalam sektor swasta masa kini, untuk berupaya mengendalikan cabaran-cabaran era maklumat, banyak organisasi melakukan reformasi dalam perniagaan mereka, antaranya adalah menjadi celk maklumat.

Refleksi Semasa menjalankan tugasan ini, saya membuat pemerhatian ke atas tajuk tugasan saya, iaitu bincangkan jenis-jenis dan contoh-contoh maklumat, kepentingan memperoleh maklumat dan bagaimana mengurus pelbagai maklumat yang diperoleh agar mudah dicari dan digunakan. Pada mulanya, saya langsung tidak tahu apa yang harus saya buat untuk melaksanakan tugasan ini. Saya tidak pernah mengetahui jenis-jenis, kepentingan, dan cara untuk mengurus maklumat. Bagi saya, sekiranya ingin mendapatkan sesuatu maklumat hanya perlu mencarinya dari internet atau buku. Tidak pernah saya berfikir tentang kepentingan maklumat. Oleh sebab tajuk ini merupakan perkara baharu bagi saya, saya mendengar penjelasan daripada
17

pensyarah saya dengan teliti. Saya juga membaca soalan-soalan dan cuba memahami kehendak soalan, agar dapat menepati kehendak soalan apabila menjalankan tugasan ini. Setelah memahami kehendak soalan tersebut, saya mula mencari dan mengumpul bahan-bahan daripada pelbagai sumber dan rujukan. Saya telah mencari buku-buku yang berkaitan dengan jenis-jenis dan contoh-contoh maklumat di pusat sumber tetapi saya tidak memperoleh mana-mana buku yang berkaitan dengan tugasan saya dan saya telah meminta bantuan daripada pensyarah serta rakan-rakan sekelas saya. Akhirnya, pensyarah saya telah memberitahu saya cara untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan tugasan ini. Terlebih dahulu, saya harus melihat senarai kandungan buku yang dicari, kemudian jika terdapat bahan yang berkaitan dengan tajuk tugasan, saya pun membaca dan cuba memahaminya. Selain itu, saya juga melayari internet untuk mencari bahan supaya saya mempunyai idea untuk menghuraikan kepentingan maklumat. Pelbagai maklumat telah saya cari untuk mendalami tajuk tugasan saya, contohnya, saya telah merujuk definisi, ciri-ciri maklumat yang baik cara pengurusan maklumat daripada internet dan juga buku-buku rujukan. Apabila saya membuat kerja kursus saya, saya telah menghadapi masalah semasa saya ingin melengkapkan bahagian kepentingan memperoleh maklumat dan pengurusan maklumat. Saya telah meminta bantuan daripada rakan-rakan saya dan juga membaca lebih banyak buku yang berkaitan dengan tajuk yang sedang dibuat agar dapat memperoleh pengetahuan yang lebih mencukupi untuk melengkapkan bahagian tersebut. Di samping itu, saya telah menggunakan masa yang panjang untuk memahami cara menggunakan OPAC dan ERIC. Saya mendapat bantuan daripada rakan-rakan saya dan juga perpustakawan untuk lebih mendalami sistem terrsebut dan mahir menggunakannya. Dengan itu, saya dapat menerangkan tentang pengurusan maklumat menggunakan kedua-dua cara itu. Sebenarnya, melalui tugasan ini saya telah memperoleh banyak pengalaman. Pengalaman pertama ialah saya haruslah berfikir dengan lebih terperinci ketika
18

membuat tugasan ini. Contohnya, saya harus membincangkan jenis-jenis dan contoh-contoh maklumat, kepentingan memperoleh maklumat dan bagaimana mengurus pelbagai maklumat yang diperoleh agar mudah dicari dan digunakan dalam tugasan ini. Soalan ini nampaknya senang tetapi sebenarnya soalan ini mempunyai isi tersirat dan haruslah dikaji dahulu sebelum mula membuat tugasan ini. Pengalaman kedua ialah tugasan ini telah mengajar saya pelbagai strategi untuk mencai sesuatu maklumat. Misalnya, saya telah mempelajari cara menggunakan internet, OPAC, ERIC, ensiklopedia, kamus, dan sebagainya untuk mencari maklumat. Pada masa dulu, saya hanya tahu mencari maklumat melalui buku dan google. Tidak pernah saya mencari maklumat dari surat khabar, majalah, ensiklopedia, OPAC dan sebagainya. Bagi saya, ini merupakan ilmu yang baru saya pelajari dan amat berguna kepada saya. Pengalaman keempat ialah saya telah menambah ilmu pengetahuan saya dari segi membahagikan maklumat kepada pelbagai jenis, iaitu sumber maklumat utama, sekunder dan tertier. Saya mengetahui bahawa surat, e-mel, puisi, minit mesyuarat dan lain-lain merupakan maklumat utama, manakala buku teks, majalah, artikel dalam jurnal merupakan sumber maklumat sekunder. Maklumat tertier pula dipanggil maklumat rujukan, iaitu bibliografi, indexs dan abstrak. Pengalaman yang kelima ialah sebagai seorang guru pelatih, masa memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Semasa membuat tugasan ini, saya berasa kesuntukan masa. Masa yang diberi adalah tiga minggu untuk menyelesaikan tugasan ini. Oleh sebab saya tidak merancang masa saya dengan baik, malah saya hamper tidak dapat menyelesaikan tugasan saya dalam masa yang ditetapkan. Pengalaman yang keenam ialah saya telah mempelajari cara untuk menyediakan power point. Sebahagian dalam tugasan ini adalah memerlukan saya menyediakan pembentangan dalam bentuk power point dan bentang di dalam kelas. Saya sangat risau akan pembentangan saya kerana saya tidak yakin kepada diri saya. Saya telah membuat persediaan yang banyak supaya saya akan bentang dengan lancar semasa pembentangan saya dalam kelas. Pada pendapat saya, sebagai seorang guru pelatih, saya sepatutnya
19

menggunakan masa lapang saya untuk mencari maklumat di perpustakaan. Dalam perpustakaan mempunyai pelbagai ilmu pengetahuan dan juga terdapat banyak maklumat yang akan membawa manfaat kepada saya. Oleh itu, saya haruslah melengkapkan diri saya dengan pelbagai ilmu dan juga maklumat untuk menjadi seorang guru yang baik dan berpengetahuan pada masa depan. Selain itu, saya juga seharusnya merancang masa saya dengan bijak supaya dapat menyelesaikan tugasan saya dalam masa yang ditetapkan. Saya perlu membuat satu jadual waktu untuk membahagikan masa saya. Mengikut George Downing, istilah tidak ada masa bukan merupakan alasan yang jujur kerana pada dasarnya kita semua memiliki 24 jam setiap hari. Yang perlu ditingkatkan ialah membahagikan masa dengan lebih cermat. Pembahagian masa merupakan aspek yang terpenting bagi setiap individu. Dengan ini, kita dapat menggunakan masa kita dengan sepenuhnya. Di samping itu, kerjasama antara kawan amat penting untuk mencapai sesuatu kejayaan iaitu menyiapkan tugasan pada masa yang ditetapkan. Saya telah bekerjasama dengan kawan sekelas saya semasa menjalankan tugasan saya. Kami telah mencari maklumat dalam kumpulan dan berkongsi maklumat bersama-sama. Hal ini bukan sahaja dapat menjimatkan banyak masa tetapi juga memupuk hubungan silaturahim antara rakan-rakan kita. Bukan itu sahaja, kesihatan merupakan aspek yang harus dititikberatkan. Hal ini kerana tanpa kesihatan, semua perkara tidak dapat dilaksanakan degan baik. Misalnya, tanpa badan yang sihat, saya tidak dapat menyelesaikan tugasan saya dengan baik. Badan yang sihat akan menghasilkan minda yang cerdas. Kerja kursus ini banyak memberi manfaat kepada saya dan ia telah menambahkan ilmu pengetahuan saya tentang apa itu maklumat, jenis, contoh dan kepentingan maklumat serta cara untuk mengurus maklumat yang diperoleh agar mudah dicari dan digunakan. Pada pandangan saya, tugasan projek ini amat berguna kepada saya pada masa akan datang. Sebagai guru pada masa depan, saya harus menguasai teknik-teknik yang dapat memperoleh maklumat, iaitu melalui internet, kamus, OPAC, ensiklopedia, laman perpustakaan negara dan sebagainya.
20

Teknik-teknik ini amat penting kepada saya kerana dapat digunakan semasa saya mengajar atau menyediakan bahan untuk mengajar. Bukan itu sahaja, dengan adanya ilmu pengetahuan melalui tugasan projek ini, saya boleh mengajar anak murid saya tentang ciri-ciri maklumat yang baik dan cara untuk menilai dan mengesan sesuatu maklumat. Akhirnya, saya berharap saya akan menjadi seorang guru yang cemerlang pada masa akan datang dan menghasilkan generasi muda yang mempunyai kemahiran belajar.

21

Rujukan Ahmad Fawzi bin Mohd. Basri, Mohd. Fo'ad bin Sakdan, Azami bin Man. (2010). Sejarah Tingkatan 1 Buku Teks. Cheras, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka . Cottrell, S. (2008). The Study Skills Handbook Third Edition. New York: Palgrave Macmillan. Hassan, R. A. (2004). Mengenali dan Mentafsir Sumber Sejarah. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan: Karisma Publications Sdn Bhd . Irma Indayu Omar dan Yushiana Mansor. (2005). Panduan Mencari Maklumat . Bentong Pahang Darul Makmur: PTS Professional. Sharifah binti Mohamed, Harlina binti M. Agus. (2012, June 4). Jenis-jenis Sumber Maklumat. Retrieved from http://student20std.blogspot.com/2012/06/jenis-jenis-sumber-maklumat.html ( Dilayari pada25 Ogos 2013 ) ___________, Definisi Maklumat. (2010, November 9). Retrieved from http://ms.shvoong.com/social-sciences/communication-media-studies/207204 0-definisi-maklumat/#ixzz2dW8mZrpS (Dilayari padda 31 Ogos 2013)

___________, Definisi Maklumat. (2009) Retrieved from http://www.scribd.com/doc/53254673/DEFINISI-MAKLUMAT-EDITED ( Dilayari pada 27 Ogos 2013)

___________, Kaedah Mengumpul Maklumat. Retrieved from http://www.scribd.com/doc/113761233/KAEDAH-MENGUMPUL-MAKLUMAT ( Dilayari pada 1 September 2013) ___________, Kaedah Mengumpul Maklumat. Retrieved from http://www.scribd.com/doc/138460738/KAEDAH-MENGUMPUL-MAKLUMAT ( Dilayari pada 22 Ogos 2013) ___________, Perertian Media Cetak. (2010). Retrieved from
http://pelangii21sekretariis.blogspot.com/2010/01/pengertian-media-cetak.html

( Dilayari pada 3 September 2013)

22

Anda mungkin juga menyukai