Anda di halaman 1dari 2

Definisi Kemahiran Menurut Kamus Dewan Bahasa (Edisi ke-3), kemahiran diertikan sebagai kecekapan atau kepandaian.

Manakala, belajar diertikan sebagai memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran. Tidak dinafikan kejayaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam berkait rapat dengan kemahiran dan peranan guru yang berkesan. Kemahiran asas pengajaran dan pembelajaran yang perlu dikuasai meliputi penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM), mengendalikan set induksi, penerapan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK), kemahiran menyoal dan pengendalian kelas untuk pengayaan dan pemulihan. Kepentingan Pendidikan Islam merangkumi aspek pembacaan, pemahaman, dan hafazan ayat alQuran, akidah, ibadat, akhlak Islamiyyah, sirah, tokoh dan tamadun Islam.Penguasaan dan penghayatan keseluruhan aspek ini mampu membentuk murid menjadi insan soleh. Dalam bidang akhlak, guru dapat menilai kemahiran murid dalam sesuatu tajuk melalui pemerhatian atau amali didalam kelas. Misalnya, dalam mengajar tajuk Pendidikan Islam mengenai adab makan, murid boleh melakukan kemahiran lakonan iaitu dengan melakonkan situasi semasa hendak makan. Seorang akan membaca doa makan dan yang lain akan melakonkan situasi makan mengikut adab yang telah dipelajari. Melalui kemahiran lakonan ini, murid dapat menguasai kefahaman isi pelajaran dan guru dapat mengenalpasti sejauhmana kefahaman murid terhadap isi pelajaran yang dipelajari. Selain itu, kemahiran lain yang boleh diguna didalam bidang akhlak adalah kemahiran main peranan. Misalnya dalam tajuk akhlak adab terhadap ibu bapa kemahiran main peranan ini membolehkan murid boleh merasai sendiri bagaimana cara beradab yang betul dengan ibu bapa. Oleh itu, melalui kemahiran main peranan ini guru dapat menilai tahap penguasaan murid terhadap pelajaran yang dipelajari.

Definisi Penghayatan dan Amalan Dari segi bahasa, penghayatan berasal dari hayat iaitu perkataan Arab bermakna hidup, manakala kata kerja menghayati memberi maksud mengalami dan

merasai (dalam batin) atau meresap ke dalam jiwa . Bersesuaian dengan maksud dari segi bahasa, seseorang yang menghayati agama akan menjadikan agama itu hidup dalam diri dan luarannya. Selain itu, dari sudut bahasa "amal" pula berasal dari bahasa Arab yang bererti perbuatan atau tindakan, sedangkan soleh bererti yang baik atau yang patut. Menurut istilah, amal soleh ialah perbuatan baik yang memberikan manfaat kepada pelakunya di dunia dan balasan pahala yang berlipat ganda di akhirat. Pengertian amal dalam pandangan Islam adalah setiap amal soleh, atau setiap perbuatan kebajikan yang diredhai oleh Allah SWT. Dengan demikian, amal dalam Islam tidak hanya terbatas pada ibadah, sebagaimana ilmu dalam Islam tidak hanya terbatas pada ilmu fikh dan hukum-hukum agama. Ilmu dalam Islam ini mencakupi semua yang bermanfaat bagi manusia. Oleh itu, dalam kandungan pelajaran Pendidikan Islam dapat membantu murid untuk lebih mengahayati apa yang dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian mereka.

Anda mungkin juga menyukai