Anda di halaman 1dari 4

BACAAN MELUAS (Bacaan Ekstensif )

Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang


menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan ekstensif biasanya memberi tumpuan kepada beberapa aspek terutamanya menitikberatkan aspek pengukuhan asas bacaan. menambah kemahiran memaham dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting. Mengikut kebiasaannya, melalui bacaan ekstensif ini murid akan dapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan.

Konsep bacaan ekstensif


Bacaan ekstensif merupakan satu kegiatan membaca yang dilakukan oleh murid di luar kelas secara bersendirian tanpa bimbingan guru. Bahan bacaan harus luas, bukan sahaja sesuai dari segi perbendaharaan katanya tetapi juga sesuai dengan minat, umur, jantina, pengalaman, sikap dan cita-cita murid itu. Bahan bacaan ekstensif harus daripada bahan-bahan yang berbeza

Bacaan ekstensif mempunyai peranannya yang tersendiri khususnya dalam pembelajaran bahasa.

Meningkatkan pemahaman murid terhadap bahan bacaan. Meningkatkan ketrampilan berbahasa dalam kalangan murid. Mendedahkan murid kepada aspek-aspek bahasa. Menambahkan kosa kata.

Anda mungkin juga menyukai