Anda di halaman 1dari 18

Isu-isu Penyelewengan dalam Aqidah

Ajaran Sesat

DEFINISI AJARAN SESAT


Ajaran salah atau sesat boleh diertikan sebagai sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa ajaran atau amalan yang dibawanya itu adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam; sedangkan pada hakikatnya ajaran atau amalan yang dibawa itu bertentangan dengan ajaran Islam yang berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah serta bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam.
(Definisi yang disepakati oleh MABIMMS dan diterima oleh JAKIM.)

Hj. Mohamed Amin Salleh, mantan Pengarah YADIM, mendefinisikan ajaran salah atau sesat sebagai semua bentuk ajaran atau amalan yang didapati bertentangan dengan syariat Islam atau bertentangan dengan mana-mana sumber hukum Islam (al-Quran, Hadis, Ijma dan Qias) sedangkan ajaran dan amalan yang bertentangan itu didakwa atau dikatakan dari ajaran Islam, serta diajarkan kepada masyarakat sama ada dengan secara sulit atau rahsia atau untuk ahli sahaja atau diajarkan dengan secara terbuka kepada orang ramai, seterusnya ajaran itu diamalkan atau menjadi pegangan kepada individu atau kumpulan yang berkenaan.

SEJARAH PENYELEWENGAN AQIDAH


Ajaran sesat telah mula wujud semenjak kewafatan Rasulullah S.A.W. dengan

kemunculan Musailamah al-Kazzab yang mendakwa dirinya sebagai nabi.


Adalah dipercayai ajaran sesat telah muncul di Malaysia pada awal abad ke 19 di

Kampung Seronok, Seberang Perai, Pulau Pinang. Ia dikenali sebagai Ajaran Taslim
yang diasaskan oleh Hj. Mohammad bin Shafie atau lebih dikenali sebagai Hj. Ahmad Matahari. Di Selangor, ajaran sesat yang mula bertapak adalah Ajaran

Ahmadiah/Qadiani bertempat di Jeram, Kuala Selangor pada tahun 1930-an.


Ajaran ini telah difatwakan oleh para ulama seluruh dunia sebagai terkeluar daripada ajaran Islam.

CIRI-CIRI AJARAN SESAT


Ajaran yang meletakkan ketua atau guru pada taraf yang amat tinggi dan melebihi had yang biasanya diberikan kepada manusia, atau menyamatarafkan ketua atau guru dengan para wali atau para nabi/rasul. Ajaran seperti ini juga menghendaki supaya menghormati ketua atau guru dan meyakini bahawa tidak akan berhasil sesuatu maksud itu kecuali dengan usaha atau kekuasaan ketua atau guru tersebut.

Meyakini bahawa setiap keberkatan yang diperolehi di dunia dan diakhirat kelak adalah hasil atau disebabkan oleh keberkatan dari ketua atau gurunya. Menggunakan syarat-syarat tertentu kepada pengikut atau anak murid seperti perlu melunaskan bayaran yang tertentu kepada guru sebagai jaminan untuk menghapus atau menebus dosa.

Ketua atau guru kebiasaannya menghina, memperlekeh serta merendahkan kebolehan dan tahap ilmuan para ulama. Mereka mendakwa para alim ulama yang ada pada hari ini hanya mengetahui dan memperbesarkan persoalan zahir (kulit) sahaja dan tidak membongkar rahsia yang ada dalam hukum-hukum Islam. Mereka menuduh para alim ulama yang ada hari ini menyembunyikan ajaran Islam yang sebenar .

Mengamalkan penggunaan azimat dan tangkal sebagai pelindung. Mendakwa bahawa ajaran dan ilmu yang diterima itu melalui ilham dan ilmu laduni yang diterima terus daripada Allah s.w.t. atau Rasulullah s.aw. secara jaga atau melalui mimpi. Ketua atau guru mendakwa dirinya masum (terpelihara daripada dosa).

CONTOH-CONTOH AJARAN SESAT


Qadiani 1. Pengasasnya ialah Mirza Ghulam Ahmad yang meninggal dunia pada tahun 1908 Masihi.

2. Nama Qadiani ialah sempena tempat lahir pengasasnya di Qadian iaitu sebuah kampung di Daerah Gusdapur, India.
3. Ajaran ini mula muncul pada tahun 1889 Masihi. 4. Ajaran ini dibawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq bin Barakatullah pada tahun 1949 Masihi.

Ciri-ciri kesesatan ajaran Qadiani ialah:

(a) beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi, nabi, dan jelmaan Krisyna (tuhan mengikut kepercayaan Hindu);

(b) beriktikad bahawa Allah S.W.T. menurunkan kepada Mirza Ghulam Ahmad sebuah kitab suci yang bernama Al-Tazkirah;
(c) beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad memiliki sejuta jenis mukjizat; (d) menghapuskan jihad; (e) Mengubah ayat Al-Quran seperti ayat 6 surah Al-Saf, ayat 52 surah Al-Haj, dan ayat pertama surah Al-Qadr; (f) mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah S.W.T; (g) mengisytiharkan Qadian sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji; (h) mendakwa bahawa Nabi Isa meninggal dunia dan dimakamkan di Srinegar, India; (i) menghukum kafir selain penganut Qadiani.

Bahai
1. Bahai diasaskan oleh Husain Ali Al-Mazandani yang meninggal dunia pada tahun 1892 Masihi. 2. Bahai adalah nama sempena pengasasnya yang digelar sebagai Baha'ullah. 3. Ajaran Bahai adalah lanjutan kepada ajaran Al-Babiah yang diasaskan oleh Ali Muhammad Al-Syirazi yang meninggal dunia pada tahun 1850 Masihi.

4. Ajaran Bahai muncul di Iran pada tahun 1847 Masihi.


5. Ajaran Bahai mula tersebar di Malaysia pada tahun 1953 melalui Yan Kee Leong.

.Ciri-ciri kesesatan ajaran Bahai ialah:

(a) beriktikad bahawa pengasasnya ialah jelmaan Allah S.W.T.; (b) beriktikad bahawa semua agama adalah sama dan digabungkan dalam ajaran Bahai; (c) beriktikad bahawa alam ini bersifat baqa'(kekal); (d) beriktikad bahawa kitab suci mereka iaitu Al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi;

(e) beriktikad bahawa Nabi Isa mati disalib;


(f) mengagungkan kod 19 hingga kononnya Al-Quran dipengaruhi oleh kod tersebut; (g) menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga, dan neraka;

(h) memansukhkan agama Islam;


(i) menganggap Acre di Palestin sebagai kiblat baru; (j) mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti puasa 19 hari, solat sebanyak 9 rakaat dan dikerjakan 3 kali sehari, dan berwuduk dengan air mawar atau diganti dengan bacaaan Bismillahil Athar sebanyak lima kali; menghapuskan jihad.

Taslim

1. Taslim diasaskan oleh Haji Muhammad Syafie atau lebih dikenali dengan panggilan Haji Muhammad Matahari. 2. Ajaran ini mula wujud pada tahun 1870-an di Kampung Seronok di Bayan Lepas, Pulau Pinang. 3. Ajaran ini merupakan ajaran sesat yang paling tua di Malaysia. Ajaran ini juga mempunyai persamaan dengan kepercayaan Syiah Ismailiah Batiniah.

Ciri-ciri kesesatan ajaran Taslim ialah:

(a) beriktikad bahawa diri batin manusia ialah Allah dan diri zahir manusia ialah nur Muhammad; (b) beriktikad bahawa alam ini bersifat qadim; (c) mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran mengikut hawa nafsu;

(d) mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin;


(e) menolak kewujudan hari kiamat, syurga,dan neraka; (f) solat secara niat tanpa rukun qauli(perkataan) dan fikli (perbuatan); (g) menganggap Haji Muhammad Matahari sebagai pemimpin yang maksum.

KESAN BURUK MENGAMALKAN AJARAN SESAT


Kesan terhadap individu:

(a) akidah seseorang akan rosak. Orang Muslim yang mempercayai atau beramal dengan ajaran sesat boleh merosakkan akidah.Mereka wajib bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam;
(b) masa terbuang. Masa banyak terbuang dengan aktiviti yang tidak sihat dan bertentangan dengan ajaran Islam seperti memuja dan melakukan amalan-amalan syirik serta khurafat; (c) minda seseorang akan tertutup. Pemikiran mereka sering dikongkong oleh pemimpin yang mendakwa mendapat wahyu. Tindakan dan kelakuan mereka menjadi tidak rasional dan fanatik; (d) kehidupan tidak stabil. Penglibatan dengan ajaran sesat membawa kepada pengabaian tanggungjawab sebagai pelajar, suami, isteri, ibu, atau bapa.

Kesan terhadap masyarakat:


(a) keruntuhan institusi kekeluargaan. Keretakan boleh berlaku di kalangan ahli keluarga yang menganut ajaran sesat disebabkan perbezaan akidah dan rasa curiga sesama mereka; (b) perpaduan tergugat. Sikap fanatik penganut ajaran sesat terhadap kumpulan dan pemimpin mereka menyebabkan mereka tidak menghormati masyarakat sekeliling.Ini menjejaskan perpaduan dan keharmonian hidup dalam masyarakat; (c) berlaku keganasan. Kepatuhan membuta tuli kepada pemimpin ajaran sesat memudahkan pengikutnya dipergunakan untuk melakukan keganasan.

Kesan terhadap negara:

(a) negara akan mundur. Penglibatan dalam ajaran sesat menjadikan diri seseorang tidak proaktif dan membuang masa. Perkara itu akan menjejaskan prestasi ekonomi negara yang bergantung kepada sumbangan dan produktiviti individu;
(b) negara tidak stabil. Penglibatan dalam ajaran sesat akan mengancam perpaduan dan keharmonian masyarakat. Ini boleh menggugat kestabilan politik dan ekonomi negara. Akibatnya negara terpaksa menghabiskan banyak masa dan perbelanjaan untuk mengekalkan kestabilan negara.

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI AJARAN SESAT


1. Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar. Pengaruh ajaran sesat dapat ditangkis dengan kefahaman Islam yang sebenar melalui proses pembelajaran secara formal atau tidak formal. 2. Menyebarkan ajaran Islam. Ajaran Islam hendaklah sentiasa didedahkan kepada masyarakat menerusi pelbagai kaedah seperti media cetak, elektronik, ceramah, seminar, forum, dan simposium. 3. Kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang Penguatkuasaan undangundang secara bersepadu oleh semua pihak akan dapat membendung kegiatan ajaran sesat daripada terus menular dalam masyarakat.

4. Program pemulihan akidah. Orang yang terlibat dengan ajaran sesat amat memerlukan kepada program pemulihan akidah, Di Malaysia terdapat beberapa buah pusat pemulihan akidah seperti Pusat Pemulihan Akidah Jelebu, Negeri Sembilan dan Pusat Pemulihan Akidah Ulu Yam, Selangor.

Anda mungkin juga menyukai