Anda di halaman 1dari 14

1.

PENGENALAN Model ASSURE adalah satu model yang telah direka bentuk oleh R. Heinrich,

M. Molenda , J. Russell dan S.Smaldino. Perancangan pengajaran dan pembelajaran akan jadi lebih baik dan berhasil apabila guru menjadikan model ini sebagai panduan pengajaran mereka kerana ianya berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan ditujukan kepda setiap pelajar. Model rancangan ini dibina secara sistematik bagi memastikan penggunaan alat dan bahan bantuan mengajar memberi kesan optimum dalam proses mencapai objektif yang ditetapkan bagi satu pengajaran dalam bilik darjah. Malah penyerapan penggunaan teknologi dalam kaedah pengajaran ini mampu membantu murid untuk lebih menguasai mata pelajaran tersebut. Bagi memahami teknologi tersebut digunakan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran kita perlu juga mengetahui tentang apa itu rancangan mengajar dan Model ASSURE. Model ASSURE yang direka bentuk adalah merangkumi enam elemen utama iaitu: A = Analyse Learner ( Analisis Pelajar ) S = State objective ( Nyatakan Objektif ) S = Select,Modify or make media ( Pilih Kaedah, Media Dan Bahan ) U = Utilise Media and Material ( Gunakan Media dan Bahan ) R = Require Learner Participation ( Dorong Penglibatan Pelajar ) E = Evaluate and Revise ( Menilai Dan Semak Semula)

Keenam-enam elemen diatas akan menjadi satu rangkaian langkah berturutan di dalam rancangan pengajaran yang disediakan. Hubungan yang berkait antara satu sama lain menjadikan model ASSURE ini satu rancangan yang mantap bagi satu sesi pengajaran.

2.0

MODEL REKA BENTUK MODEL ASSURE

Rancangan pengajaran ini adalah untuk rancangan pengajaran harian selama 70 minit bagi Tingkatan 2 Fasih yang mempunyai pelajar seramai 35 orang. Mata pelajaran yang diajar adalah Sains.

2.1

Analisis pelajar (Analyze Learners) Pelajar-pelajar dalam lingkungan umur 14 tahun dan mempunyai tahap

kecerdasan yang sederhana. Terdiri dari pelbagai latar belakang samada dari keluarga anak pekerja estet, peniaga dan pelbagai pekerjaan lain. Tajuk Kelas Makanan adalah agak hampir dengan pelajar kerana pelajar telahpun sinonim dengan makanan tetapi mereka kurang arif dengan fungsi-fungsi makanan. Gaya pembelajaran perlulah pelbagai untuk menarik minat murid kerana mereka mempunyai pelbagai kecenderungan sama ada yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik, kecerdasan visual-spatial ataupun kecerdasan fizikal-kinestatik. Apabila mengguna pelbagai media yang menarik minat murid membolehkan tumpuan mereka di dalam kelas lebih terfokus.

2.2

Nyatakan Objektif (State Objektif)

Objektif pengajaran yang hendak dicapai adalah mengikut Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tingkatan 2. Objektif yang disediakan itu seharusnya realistik dan sejajar dengan aras kebolehan serta minat murid. Contohnya bagi tajuk Kelas-kelas Makanan, hasil pembelajaran adalah pelajar dapat menyatakan sekurang-kurangnya satu fungsi bagi setiap kelas makanan.

2.3

Pilih Kaedah, Media dan Bahan. (Select Method, Media and Materials)

Perbincangan, soal jawab, pembentangan kumpulan adalah antara kaedah yang dipilih untuk pengajaran dan pembelajaran ini. Pemilihan media adalah seperti

tayangan video, persembahan power point manakala untuk bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti bahan-bahan maujud, peralatan menulis, kertas mahjong,

kertas putih, kertas warna, buku teks sains tingkatan 2, gambar-gambar makanan dari majalah, internet dan surat khabar. Perbincangan

Perbincangan merupakan kaedah yang banyak digunakan di dalam rancangan pengajaran ini. Kaedah ini dipilih kerana

bersesuaian dengan tempoh masa pengajarannya yang panjang dan memerlukan pelajar mencari seberapa banyak contoh untuk membina peta minda dan buku skrap.

Soal jawab

Soal jawab merupakan kaedah yang paling popular digunakan dalam kaedah pengajaran. Kaedah soal jawab digunakan di dalam rancangan pengajaran ini kerana ia berupaya

mewujudkan interaksi guru dan murid secara berkesan dan juga mudah dilaksanakan. Guru mengemukakan soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dengan tujuan : i.Untuk mengesan pengetahuan pelajar iiUntuk menggalakkan pelajar berfikir iii.Untuk menggalakkan pelajar berfikir Keadah ini digunakan di sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran yang dipilih ini. Demonstrasi adalak sesuatu kaedah mengajar di mana pelajar guru atau

Demonstrasi menunjukkan

tunjukcara

kepada

sekelompok pelajar. Kaedah ini dipilih bagi memudahkan murid melihat kemahiran yang perlu dipraktikkan. Kaedah ini berlaku ketika pelajar membuat peta minda dan buku skrap.

Penggunaan CD dan slaid powerpoint

Penggunaan media ini digunakan ketika set induksi dan sesi soal jawab bagi menarik minat pelajar dan pelajar membantu mencetus idea buat pelajar.

2.4

Gunakan Media dan Bahan.(Utilise Media and Materials)

Anjakan fokus daripada strategi berpusatkan guru kepada strategi berpusatkan pelajar turut menjadikan penggunaan sumber pembelajaran oleh pelajar lebih utama berbanding media penyampaian guru. Kajian hendaklah dilakukan sebelum menggunakannya di dalam kelas dan memastikan pelajar mendapat seoptimum mungkin keberkesanan penggunaan media tersebut di dalam kelas. Media yang pelbagai seperti pertunjukan video dan tayangan slaid dapat menarik tumpuan perhatian pelajar kepada penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu pelajar dapat memanafaatkan media dari surat khabar, majalah dan internet untuk memperkayakan pengetahuan mereka. Dengan ini selain ilmu bersumberkan guru mereka dapat mendapat mengaplikasikan pengetahuan dari sumber-sumber media dari sekeliling mereka.

2.5

Memerlukan Penglibatan Pelajar ( Require Learner Participation)

Perbincangan dalam kumpulan dan pembentangan hasil perbincangan melibatkan suasana yang aktif di kalangan pelajar. Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Pandangan teori konstruktivis mengambil kira keaktifan pelajar dalam proses membina pengetahuan sendiri sebagai bentuk pengalaman pembelajaran yang paling berkesan. Kegiatan pengukuhan (reinforcement activities) seperti pengukuhan serta merta di beri selepas pelajar memberi tindak balas yang betul (Skinner,1954). Di sini guru yang berkesan sentiasa memikirkan bagaimana hendak melibatkan pelajarnya dalam proses pengajaran dengan menjalankan aktiviti penyoalan dan perbincangan

dalam kumpulan. Untuk aktiviti seterusnya , murid-murid diminta menyatakan jenisjenis makanan berserta dengan fungsinya ke dalam buku skrap.

2.6

Nilai dan Semak Semula ( Evaluate and Revise)

Penilaian pembelajaran boleh dibuat dalam pelbagai bentuk iaitu penilaian formal dan penilaian informal. Penilaian formal adalah berbentuk ujian contohnya menjalani ujian Pentaksiran Berasaskan Sekolah manakala penilaian informal seperti pemerhatian dan pembentangan sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain daripada itu guru dapat membuat rumusan yang lebih tepat jika pelajar dapat menghasilkan suatu persembahan dalam bentuk maujud seperti buku skrap. Seterusnya guru dapat menggunakan maklumat refleksi ini dan maklum balas pelajar untuk merancang pengajaran yang lebih efektif.

Menurut Heinich (1982) penilaian perlu dibuat secara berterusan dan bersepadu serta menyeluruh di semua peringkat untuk memberi gambaran sejauh mana keberkesanan media yang dipilih terhadap prestasi pelajar. Jika murid-murid dapat memahaminya ini bererti objektif pengajaran telah tercapai.

Oleh yang demikian, guru boleh menilai sejauh mana keberkesanan rancangan pengajaran yang dibuat terhadap pengajaran dan pembelajaran pelajar tahun 2 Fasih. Antaranya adalah seperti berikut: Penilaian sebelum pembelajaran. Penilaian dibuat dengan melihat analisis pelajar semasa sesi pembelajaran sebelum ini berlangsung. Kemudian, analisis baru dibuat ketika langkah 1 pengajaran dilaksanakan. Ketika ini, pelajar dapat bersoal jawab dengan guru dan menjawab soalan guru secara lisan serta merasai dan melihat sendiri jenis makanan tersebut melalui bahan maujud.

Penilaian semasa pembelajaran Penilaian semasa pembelajaran dilakukan bermula langkah 2 pengajaran hingga langkah ke 5 apabila pelajar perlu melakukan pembelajaran aktif. Dalam setiap langkah pengajaran yang dilakukan, telah dapat dikenalpasti pelajar yang lemah dalam matapelajaran tersebut dengan melihat kemampuan mereka memberi respon terhadap setiap soalan dan aktiviti yang dilakukan. Oleh itu, penerangan semasa pengajaran dapat dibuat, menjurus kepada memberi pemahaman pelajar yang bermasalah.

Penilaian setelah pembelajaran Penilaian setelah pembelajaran pula dapat dilaksanakan dengan memberikan pelajar latihan melalui lembaran kerja serta meminta pelajar menyatakan fungsi kelas-kelas makanan mengikut pemahaman murid.

Menilai Dan Mengulang Kaji:Perancangan Guru (Evaluate and teachers plan) Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap

Keputusan penilaian akan

perkara yang dinilai. Namun keputusan ini bukan diambil apabila semuanya telah berakhir. Ia berlaku sepanjang proses pengajaran iaitu sebelum, semasa dan pelajar dilakukan untuk

selepas pengajaran.

Sebelum pengajaran, analisis

disesuaikan dengan dengan kandungan, kaedah dan media yang digunakan. Penilaian diumpamakan sebagai cara untuk menuju ke garis penamat.

Menilai media dan kaedah Setelah selesai pengajaran, penilaian tentang kekuatan dan keberkesanan alat/bahan media secara menyeluruh harus dijalankan. Dalam penilaian itu, soalan berikut harus difikirkan : a) Adakah objektif-objektif pembelajaran tercapai ? b) Adakah alat/bahan media yang digunakan membantu proses pengajaran dan pembelajaran ? c) Adakah semua pelajar menggunakan alat atau bahan dengan cara yang betul ? d) Adakah suasana pembelajaran selesa ? e) Adakah peluang-peluang pemerhatian individu diberi ?

Menilai pencapaian pelajar Setelah sesi pembelajaran selesai , guru menyediakan lembaran kerja untuk

menilai keberkesanan pengajaran yang telah disampaikan. Walaupun tugasan hanya diberi pada akhir pengajaran, pelajar pelajar telah diuji dari awal sehingga akhir pengajaran. Latihan yang dibekalkan bukannya bertujuan untuk mencari kelemahan pelajar tetapi untuk merangka langkah-langkah yang boleh membantu pelajar yang di bawah tahap penguasaan. Di dalam contoh pengajaran dan pembelajaran ini, latihan diberikan bertujuan

untuk menilai kembali kefahaman murid terhadap proses pengajaran yang telah berlaku.

RUJUKAN
1. 2. 3.

pismpteknologi.blogspot.com/.../contoh-penggunaan-model assure kinana91.blogspot.com/.../contoh-rancangan-pengajaran-har... Ng Chee Kin, Fadhilah Muhamad, Noraini Munasib. Sains Tingkatan 2 (2012). Pencetakan Rina Sdn. Bhd.

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN BERDASARKAN MODEL ASSURE

Tarikh Kelas Tempoh Masa Bilangan pelajar Mata pelajaran

: 5 Mac 2013 : 2 Fasih : 70 minit ( 1jam 10 minit) : 2.25 3.35 petang : 35 orang : Sains

Bidang Pembelajaran : Bab 2. Nutrisi (Kelas Makanan) Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat a) Menerangkan melalui contoh kelas makanan b) Menyatakan sekurang-kurangnya satu fungsi bagi setiap kelas makanan c) Membentangkan laporan kumpulan berkenaan kelas makanan. Pengetahuan Sedia Ada Pelajar : Pelajar telah didedahkan dengan Piramid Makanan

Bahan Bantu Mengajar : Video mengandungi orang sedang makan, gambar-gambar makanan, slaid power point kepelbagaian makanan, kertas mahjong, lembaran kerja, kertas warna dan putih, majalah, buku teks sains ting.2 KBKK Kem. Proses Sains : Menjana idea, membuat keputusan, kreatif dan kritis : Menganalisis

Nilai-nilai Murni

: Hormat menghormati, keberanian dan bekerjasama

LANGKAH

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

Set Induksi

Video mengandungi situasi orang sedang

1.Guru menayangkan video situasi orang sedang makan. 2.Pelajar diminta meneliti video itu. Guru menyoal mengapa kita perlu makan dan pelajar memberi respon.Sesi soal jawab berlangsung. 3.Guru mengaitkan video dengan isu pembelajaran pada hari ini. Contoh soalan: i. Apakah yang sedang dilakukan oleh orang itu? ii. Mengapakah kita perlu makan?

Strategi P&P Kaedah : Perbincangan

5 minit

makan

Teknik: Soal jawab

Penggunaan Media: Tayangan video

Nilai: Patuhi arahan guru

KBKK: Berfikir untuk menjana idea

Langkah 1

1.Penerangan tentang 7 kelas

1. Pelajar-pelajar diperkenalkan dengan tajuk yang akan diajar iaitu Kelas Makanan sambil mempamerkan contohcontoh bahan maujud (makanan sebenar) serta menyebut khasiat dan

Strategi P&P Kaedah : Demonstrasi Teknik : Soal jawab Bahan-bahan Maujud: Telur, bayam,

10 minit

makanan dari segi khasiat dan kepentingan. 2. Penggunaan bahan maujud.

kepentingan makanan tersebut kepada kesihatan manusia.

marjerin,ayam, kacang tanah, air mineral, jus oren, nasi, susu, tembikai

Langkah 2

1.Pelajar menonton slaid power point.

1.Pelajar-pelajar menonton slaid power point tentang makanan yang mengandungi

Strategi P&P Kaedah: Kaedah: Perbincangan

10 minit 2.Pelajar mencatat contoh makanan yang dilihat melalui slaid

khasiat tertentu. 2.Guru meminta pelajar mencatat jenis makanan yang ditayangkan untuk tujuan perbincangan. Contoh: Catatkan jenis-jenis makanan yang terdapat dalam slaid powerpoint yang ditayangkan dalam lembaran kerja yang disediakan.

Teknik: Soal jawab Pengulangan maklumat

Penggunaan Media: -Slaid powerpoint

i.Kelas makanan Karbohidrat: -komputer roti, ubi kentang ii. Kelas makanan Protein : ayam, ikan. iii.Kelas makanan Lemak: minyak masak, mentega. iv. Kelas makanan Vitamin: lobak merah, kekacang. v. Kelas makanan Garam mineral: susu, daging. vi. Kelas makanan Serat: sawi, nenas vii. Kelas makanan Air: Nilai : Berusaha -lembaran kerja

Air mineral, jus oren. 3.Guru mengimbas kembali ingatan pelajar tentang penerangan secara lisan oleh guru di langkah1. -Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang kelas makanan dan fungsinya berdasarkan gambar yang telah ditayangkan. Contoh: 1.Apakah contoh-contoh makanan yang mengandungi karbohidrat? 2. Apakah fungsi makanan karbohidrat? Langkah 3 1.Penerangan guru mengenai fungsi 15 minit kelas-kelas makanan tersebut kepada kesihatan manusia. 1.Pelajar diberi bimbingan tentang kelas-kelas makanan dan fungsinya kepada kesihatan manusia. Bahan kedua berbentuk filem dalam power point membantu 2. Menulis maklumat dalam bentuk peta minda. Contoh: 3. Pelajar mendapatkan maklumat juga dari buku teks sains ting. 2 m/s 41-45 i.Karbohidrat seperti nasi, gula, ubi kentang dan tepung gandum membekalkan tenaga utama kepada tubuh manusia. ii.Protein seperti ayam, Nilai: Bekerjasama Teknik: Soal jawab pelajar menjawab soalan seterusnya. Penggunaan Media: Slaid power point Strategi P&P Kaedah: Demonstrasi Perbincangan

3.Pelajar menerangkan hasil perbincangan

kekacang, susu, telur berfungsi untuk tumbesaran yang sihat. 2.Pelajar dibahagikan kepada 7 kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki melantik seorang ketua. 3.Pelajar di dalam kumpulan diminta membuat peta minda menggunakan pen marker dan kertas mahjong berdasarkan tajuk-tajuk kelas makanan yang telah diberi.. 4.Setiap ketua kumpulan mempamerkan dan menerangkan hasil perbincangan.

KBKK: Kritis dan kreatif

Langkah 4

1.Pelajar dibimbing membuat buku skrap

1.Guru membimbing pelajarpelajar cara-cara membuat buku skrap berpandukan peta minda.

Strategi P&P Kaedah : Perbincangan

15 minit

secara berkumpulan.

2.Setiap kelas makanan dan fungsinya hendaklah dinyatakan.

2. Guru mengedarkan kertas warna, kertas putih,gam dan gambar-gambar pelbagai jenis makanan kepada setiap kumpulan. 3.Pelajar menggunting dan mengelaskan gambar mengikutb fungsinya sambil dibimbing oleh guru. 4.Murid menampal gambar untuk dijadikan buku skrap.

Teknik: Bimbingan

Penggunaan Media: Majalah,surat kahbar, gambargambar dari internet

Bahan: Gam, gunting, kertas warna, kertas putih A4.

Nilai : Bekerjasama

Langkah 5 1.Menyatakan satu fungsi bagi setiap 10 minit kelas makanan. 2.Pelajar menjawab soalan soalan dengan cepat dan tepat.

1.Pelajar menjawab soalan secara lisan sebelum menjawab lembaran latihan yang diberi. 2.Lembaran latihan diedarkan pada pelajar. 3.Murid diminta melengkapkan lembaran latihan.

Strategi P&P Kaedah : Pengujian

Teknik: Menjawab soalan

Bahan Media: Lembaran latihan

Langkah 6

1.Pelajar diberi pengukuhan

1.Pelajar diberi pengukuhan positif dengan cara guru memberi pujian kepada kumpulan yang berjaya menghasilkan buku skrap yang kemas dan menarik. 2.Pelajar meletakkan buku skrap yang telah dihasilkan di sudut pameran untuk tujuan rujukan.

Strategi P&P Kaedah: Membuat rumusan

5 minit

2.Melihat penghasilan buku skrap murid.

Nilai: Menghargai

Anda mungkin juga menyukai