Anda di halaman 1dari 22

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D

1.0 KONSEP KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

Dalam konteks kecerdasan emosi, kompetensi bermaksud kecekapan atau kelayakan untuk menguruskan kecerdasan emosi diri dengan sempurna. Menurut Marshall, Patricia dalam buku Kompetensi Kecerdasan Emosi, karya Mok Soon Sang bahawa istilah kompetensi merupakan ciri potensi seorang individu yang membolehkannya menghasilkan prestasi yang tinggi untuk sesuatu tugas, peranan atau dalam sesuatu situasi. Menurut Whiddett dan Hollyfords dalam buku Kompetensi Kecerdasan Emosi, karya Mok Soon Sang bahawa kompetensi ditakrifkan sebagai tingkah laku yang didemostrasikan oleh individu secara efektif atas kerja yang ditugaskan di bawah konteks organisasinya. Maka, kompetensi kecerdasan emosi dapat diertikan sebagai ciri-ciri kecekapan menggunakan kecerdasan emosi diri yang melibatkan kemahiran empati, intrapersonal dan interpersonal, termasuk kemahiran sosial. Menurut Daniel Goleman (1997) dalam buku yang sama, menyatakan bahawa emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biological, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak. Manakala, Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) pula didefinisikan oleh A.J.Micheal dalam buku Kompetensi Kecerdasan Emosi, sebagai kebolehan untuk mengecam perasaan diri sendiri dan juga perasaan orang lain serta memotivasikan diri untuk mengurus emosi diri serta perhubungan dengan orang lain dengan baik. Kecerdasan emosi amat penting. Hal ini dapat dilihat melalui pandangan Daniel Goleman (1995) dalam buku Mok Soon Sang (2010), iaitu Emotional Quotient (EQ) ataupun kecerdasan emosi merupakan prasyarat untuk keberkesanan Intelligence Quotient (IQ) ataupun kecerdasan intelektual. Maksudnya IQ tidak akan berfungsi dengan baik jika bahagian otak kita rosak akibat kecacatan emosi. Oleh itu, Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) amat penting kepada kehidupan seseorang individu, masyarakat dan juga kepada negara.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

PPISMP BM SEM 3

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


1.2 KEPENTINGAN KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

Antara kepentingan Kompetensi Kecerdasan Emosi kepada individu ialah dapat membantu dalam perkembangan menyeluruh seseorang individu itu. Hal ini adalah

disebabkan kompetensi kecerdasan emosi meliputi segala keperluan seseorang individu. Contohnya, jika seseorang individu itu mempunyai kompetensi kecerdasan emosi yang kurang baik maka hidupnya akan porak-peranda. Hal ini kerana seseorang individu itu tidak akan mahir dalam menguruskan emosinya dan berkemungkinan akan menghadapi stres yang kronik yang akhirnya boleh membawa kepada penyakit berbahaya seperti gila, darah tinggi dan sebagainya. Selain itu, KKE juga membantu individu dalam

menguruskan perhubungannya dengan orang lain. Dengan ini salah faham dan pergaduhan akan dapat dielakkan. Seterusnya kepentingan Kompetensi Kecerdasan Emosi kepada masyarakat. KKE dapat melahirkan sebuah masyarakat yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan juga sosial. Keseimbangan ini penting bagi menentukan kejayaan dan kegagalan sesebuah masyarakat dalam membentuk dan menjalin kesatuan fikiran yang utuh. Jika kesatuan hati dan pemikirann sukar untuk terjalin, maka sudah tentulah sebuah masyarakat yang penyayang, adil, saling mengambil berat dan lain-lain akan menjadi khayalan. Jika masyarakat tidak mampu bersatu, bagaimana mungkin hasrat negara yang ingin mencapai tahap perpaduan yang jitu akan dapat mengintegerasikan hubungan di kalangan masyarakat. Masyarakat yang dapat mengawal emosinya akan dapat menyuburkan semangat kejiranan serta mampu menguatkan ukhwah. Rentetan itu, melalui kompetensi kecerdasan emosi, individu dan masyarakat yang cerdas intelektual tetapi tidak cergas emosi lebih banyak menunjukkan kegagalan daripada kejayaan. Kecerdasan emosi yang tinggi akan mampu meningkatkan motivasi kendiri agar berusaha, bersabar dan tekun. Manakala berbeza dengan kawalan emosi seseorang yang kurang kecerdasan akan mengalami kesukaran, gelisah, kelam kabut dan tidak tenteram dalam kehidupan seharian. Sesungguhnya kegembiraan dan ketenangan sebenar adalah bergantung kepada hati yang sentiasa dapat mengawal kehendak naluri hati.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

PPISMP BM SEM 3

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


2.0 GEJALA VANDALISME

2.1

Punca Gejala Vandalisme

Kita sering terserempak dengan bangunan yang diconteng dan dilukis dengan lukisan yang pelbagai. Gambar-gambar lucah dan ayat-ayat merapu dapat ditemukan di

tembok, tandas awam, pondok telefon, dan sebagainya. Perbuatan merosakkan harta awam atau vandalisme itu banyak membawa kerugian kepada negara, Selalunya,

golongan yang dikaitkan dengan vandalisme ialah remaja yang melepak dan kutu rayau. Vandalisme disebabkan oleh faktor dalaman dan faktor luaran. Vandalisme berlaku kerana remaja terbabit mengalami tekanan perasaan. Mereka mungkin hidup keseorangan dan merasakan dunia ini amat sempit. Kesunyian yang dialami menyebabkan mereka melakukan perbuatan menconteng harta awam untuk menarik perhatian orang ramai. Hal ini demikian kerana mereka tidak ada tempat yang sesuai untuk meluahkan isi hati mereka. Oleh itu, mereka meluahkan Tulisan dan lukisan hasl

ketidakpuasan hati mereka melalui tulisan dan lukisan.

contengan mereka yang tidak tentu hala itu jelas memaparkan kekacauan dalam jiwa mereka. Vandalisme juga disebabkan oleh keruntuhan institusi keluarga. Sejak kecil lagi, seseorang itu akan mempelajari segala ilmu, sama ada secara langsung atau tidak lamgsung, daripada ibu bapa mereka. Oleh itu, ibu bapa yang bertabiat buruk akan dicontohi anak-anaknya. Misalnya, apabila kedua-dua ibu bapa bergaduh dengan

memecahkan kerusi meja, pinggan mangkuk, dan sebaginya, perbuatan tersebut akan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

PPISMP BM SEM 3

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


meresap ke dalam sanubari remaja itu sejak kecil lagi. Apabila remaja itu dewasa, tindakan ini akan dijadikan falsafah dalam kehidupan hariannya. Remaja tersebut akan mencontohi perbuatan itu apabila menghadapi masalah yang sama. Keadaan ini jelas menunjukkan sikap ibu bapa mampu mempengaruhi nilai murni seseorang remaja. Oleh itu, ibu bapa haruslah menunjukkan nilai yang baik kepada anak mereka. Pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berlakunya vandalisme. Golongan remaja lebih gemar mencontohi sikap dan tingkah laku rakan sebayanya. Biasanya, vandalisme dilakukan oleh kumpulan remaja yang tidak ada pegangan hidup. Golongan ini biasanya berkumpul dan berpelesiran di tempat awam. Mereka berbual kosong dan mencipta bahasa kutu tersendiri untuk memperkaya perbualan mereka. Seterusnya, mereka menconteng karya-karya mereka pada dinding untuk menunjukkan kehebatan masing-masing. Hal ini jelas menunjukkan remaja kita tidak mempunyai

pegangan hidup yang mulia. Selain itu, mereka asyik mengecap keseronokan tanpa memikirkan perbuatan ini mencacatkan pemandangan. Media massa mempunyai pengaruh yang kuat dalam membentuk sahsiah seseorang remaja. Pemaparan adegan-adegan negatif dalam filem yang mempunyai unsur-unsur vandalisme dapat mempengaruhi remaja melakukan perbuatan sedemikian. Hal ini demikian kerana tindak-tanduk artis-artis dapat mempengaruhi seseorang remaja mencontohi perbuatan artis-artis pujaan mereka. Demi menunjukkan kesetiaan dan

sokongan kepada artis, mereka mengikut apa-apa sahaja yang dilakukan oleh artis pujuaan mereka di dalam filem.

2.2

Kesan Gejala Vandalisme

Walaupun punca yang menyebabkan gejala vandalisme menjadi fokus utama, namun kesan gejala vandalisme tidak boleh dipandang dengan sebelah mata. Kesan yang paling ketara akibat daripada gejala vandalisme ialah telefon awam yang

disediakan oleh pihak kerajaan untuk memenuhi keperluan penduduk setempat telah dirosakkan. Hal ini menyebabkan masyarakat setempat tidak dapat menggunakan

kemudahan yang disediakan ketika kecemasan atau ketika ingin meminta pertolongan. Tandas awam yang terdapat di negara kita juga tidak terkecuali dalam hal ini. Dinding tandas awam telah diconteng dan paip di dalam tandas juga telah dirosakkan. Apabila

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

PPISMP BM SEM 3

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


kejadian ini berlaku, tandas awam di negara kita tidak menjadi pilihan utama bagi pelancong yang melawat ke negara kita, dan yang lebih buruk lagi ialah apabila perkara ini diadukan kepada pihak kerajaan. Maka, nama negara kita akan tercemar. Oleh itu, jelaslah bahawa gejala vandalisme yang kian meningkat memberi kesan yang amat ketara kepada negara kita sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sementelahan itu, ekonomi negara kita juga menurun secara mendadak. Hal ini demikian kerana pelancong luar tidak sudi untuk datang melancong ke negara kita akibat keadaan alam sekeliling yang buruk dan sikap rakyat yang tidak berprihatin. Kesannya, industri pelancongan akan merosot. Pada masa yang sama, hal ini akan memberikan kesan yang buruk kepada rakyat negara tersebut. Industri pelancongan menyumbang kepada sektor lain seperti perhotelan. Sektor perhotelan tidak akan Hal ini

mendapat sambutan handal akibat industri melancong yang merosot. menyebabkan rakyat menganggur akibat kekurangan sektor pekerjaan.

Seterusnya,

pihak kerajaan terpaksa membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membaikpulihkan infrastruktur yang dimusnahkan. Tindakan membaiki kemudahan awam ini

membuktikan berlakunya satu pembaziran kerana wang tersebut boleh digunakan untuk membantu rakyat dalam aspek pembangunan yang lain pula.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

PPISMP BM SEM 3

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


3.0 JENIS-JENIS EMOSI YANG BERKAITAN DENGAN GEJALA VANDALISME

Sebab yang mendorong berlakunya gejala vandalisme berkait rapat dengan kurang penguasaan Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) dalam kehidupan seharian. Berikut merupakan komponen-komponen Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) yang berkaitan dengan gejala vandalisme.

Kompetensi Kecerdasan Emosi


Kompetensi Personal Kesedaran Emosi Kendiri Pengurusan Emosi Kendiri Kompetensi Sosial Kesedaran Emosi Sosial Pengurusan Emosi Sosial

Kesedaran Emosi Kendiri

Kawalan Emosi Kendiri Kebolehpercay aan Empati

Komunikasi Pengaruh Pengurusan Konflik

3.1

Kesedaran Emosi Kendiri

Menurut Mok Soon Sang (2010) dalam bukunya Kompetensi Kecerdasan Emosi, kesedaran emosi kendiri merujuk kepada keupayaan mengenal pasti dan mengenali emosi serta kesannya. Kita mempunyai peluang yang amat terhad untuk mengawal emosi yang menguasai diri. Kemampuan kita juga agak terbatas untuk menentukan emosi yang akan menguasai kita. Emosi datang tanpa diundang kerana bila-bila masa sahaja emosi boleh muncul tanpa direncana. Emosi marah akan menjadi aktif dan

bertindak dengan cepat sekali tanpa diduga apabila terdapat rangsangan emosi seperti apabila ego kita dicabar, keselamatan kita diancam ataupun keupayaan atau hak kita dirampas ataupun dinafikan. Jika emosi negatif ini tidak dibendung dengan segera

maka ia akan membawa mudarat.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

PPISMP BM SEM 3

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


Berdasarkan karangan gejala vandalisme di atas, dapat dirumuskan bahawa remaja yang terbabit dalam gejala vandalisme tidak mampu untuk mengawal tekanan perasaan yang dihadapi dan meluahkan isi hati mereka dengan merosakkan harta benda yang sedia ada. Hal ini bermakna emosi mereka yang menguasai mereka, bukan mereka yang menguasai emosi. Mereka tidak sedar bahawa emosi mereka berkaitan rapat dengan ciri sahsiah mereka. Jika amalan merosakkan harta benda diteruskan, mereka secara tidak langsung akan menjadi pemarah dan agresif. 3.1.1 Keyakinan Kendiri

Keyakinan kendiri didefinisikan sebagai nilai dan kepercayaan yang tinggi terhadap diri sendiri di samping mempamerkan kesungguhan untuk mencapai sesuatu. Apabila

semangat dan keyakinan diri kita sudah meningkat sedikit akibat aktiviti perkara pertama, kita perlu tingkatkan lagi kejayaan kita dengan membandingkan diri kita dengan orang yang lebih berjaya. Jika kita sedang lemah semangat dan tidak yakin pada diri sendiri, ia akan menjadi lebih buruk jika kita bandingkan diri kita dengan orang yang berjaya. Ini kerana kita akan berasa semakin jauh ketinggalan di belakang. Jadi, apa kata

kita naikkan dulu sedikit semangat kita. Kemudian, apabila ia sudah meningkat sedikit, kita pun sudah mula mampu hilangkan rasa sedih dan kecewa akibat rasa tidak yakin diri tadi, barulah kita bandingkan diri kita dengan orang-orang berjaya. Ini akan menambahkan dan meningkatkan lagi semangat dan keyakinan diri kita sendiri. Merujuk kepada kes yang dikaji, remaja yang terlibat dalam gejala vandalisme mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya. Sekiranya berkawan dengan rakan yang berniat baik maka masa depan seseorang itu akan cerah dan sebaliknya. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Arab, jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan berbau wangi dan jika berkawan dengan tukang besi kita akan terasa bahangnya. Rakan yang baik boleh dianalogikan seperti bunga ros yang sentiasa mekar dan harum baunya. Remaja terbabit tidak mempunyai keyakinan untuk mempengaruhi rakannya

supaya tidak merosakkan harta benda. Sebaliknya, mereka terikut-ikut perbuatan buruk yang dilakukan oleh rakan sebaya mereka.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

PPISMP BM SEM 3

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


3.1.2 Kawalan Emosi Kendiri

Menurut Mok Song Sang (2010:58), Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) terbahagi kepada dua komponen utama iaitu Kompetensi Personal dan Kompetensi sosial. Kawalan emosi adalah salah satu subtopik yang berada di bawah topik Pengurusan Emosi Kendiri yang berada di bawah komponen Kompetensi Personal. Kawalan emosi bermakna seseorang itu dapat mengurus emosi yang destruktif dan dapat mengurus perasaan dan emosi yang negatif dengan baik. Selain itu, guru juga perlu memiliki sifat tenang dan positif semasa tertekan serta berfikiran waras dan berfokus dalam tekanan. Antara ciri-ciri seorang guru yang mempunyai kompetensi personal yang tinggi ialah guru yang memiliki sifat dan kualiti peribadi seperti kebolehan kawalan emosi yang baik. Seseorang guru yang mempunyai kecerdasan emosi adalah guru yang dapat mengawal perasaan diri. Guru yang memiliki kecerdasan emosi yang baik juga tidak mudah meradang dalam sebarang situasi lebih-lebih lagi dalam situasi yang tegang seperti pertengkaran. Sesungguhnya emosi seperti marah amat berbahaya jika tidak dikawal dengan baik seperti sabda Rasulullah yang bermaksud "Ingatlah sesungguhnya marah itu adalah bara api di dalam hati anak Adam. (hadith riwayat At Tarmizi). Hadis ini menerangkan bahawa kawalan emosi itu amat penting kerana apabila marah seseorang itu akan hilang pertimbangan akal. Hal ini adalah kerana apabila seseorang individu itu tidak dapat mengawal emosinya terutama emosi marah maka akan berlakulah kejadian-kejadian yang tidak diingini. Dalam kes yang dianalisis ini menunjukkan bahawa remaja yang mengalami tekanan perasaan tidak mempunyai kemahiran mengawal emosi yang baik sehingga melepaskan tekanan mereka dengan merosakkan harta benda. Mereka juga

meluahkan ketidakpuasan hati mereka melalui tulisan dan lukisan. Tulisan dan lukisan hasil contengan mereka yang tidak tentu hala itu jelas memaparkan kekacauan dalam jiwa mereka. 3.1.3 Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan merupakan ciri individu yang memiliki kompetensi pengurusan emosi kendiri. Menurut Mok Soon Sang (2010: 55), kebolehpercayaan ialah mempunyai jujur dan amanah, menepati janji, dan bertindak mengikut peraturan. Emosi kendiri

kebolehpercayaan ini sangat penting dalam diri setiap guru terutamanya dalam aspek

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

PPISMP BM SEM 3

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


bertindak mengikut peraturan. Merujuk kepada kes yang dikaji, ibu bapa remaja berkenaan tidak melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik. Mereka telah

menunjukkan tabiat buruk dengan memecahkan kerusi meja, pinggan mangkuk dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung akan meresap ke dalam sanubari kanakkanak bahawa perbuatan ini merupakan salah satu cara untuk melepaskan kemarahan. Konsep yang salah ini akan menimbulkan kesan yang buruk iaitu merosakkan harta benda sama ada di sekolah mahupun di tempat awam.

kesedaran sosial

empati

pengurusan kompetensi sosial

komunikasi pengaruh pengurusan konflik

3.1.4

Empati

Sebagai seorang guru, kita mestilah mempunyai kecekapan dalam kompetensi empati seperti peka akan emosi orang lain, bersedia mendengar, prihatin dan memahami perasaan dan keperluan orang lain serta bersedia untuk membantu bagi yang memerlukan. Kemahiran ini amat penting dimiliki oleh seseorang individu terutama para guru yang akan menjadi pembimbing kepada para pelajar. Menurut Mok Song Sang (2010:63), empati ialah kebolehan membayang dan menghayati emosi atau perasaan orang lain. Ianya merupakan kemahiran asas

manusia. Orang yang menguasai kemahiran empati dapat mewujudkankan suasana

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

PPISMP BM SEM 3

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


harmoni dalam interaksi sosial, iaitu menggambarkan apa yang diperlukan dan keinginan oleh orang lain. Sikap empati merupakan cermin kepada sikap bertimbang rasa, dan mempertimbangkan kebajikan orang lain sebelum kebahagian dirinya. Guru yang mempunyai kompetensi empati ini merupakan guru yang berupaya membaca emosi orang lain, prihati dan memahami perasaan dan keperluan orang lain. Namun, dalam gejala yang dikaji ini menunjukkan bahawa ibu bapa remaja berkenaan tidak menunjukkan nilai yang baik. Mereka tidak sedar bahawa tabiat buruk mereka iaitu memecahkan kerusi meja dan pinggan mangkuk semasa bergaduh telah melukai hati anak-anak mereka. Ibu bapa tidak sedar bahawa tabiat buruk ini akan mempengaruhi tingkah laku, perangai dan sahsiah anak-anak mereka secara tidak langsung.

3.1.5

Komunikasi

Komunikasi, di bawah konteks pendidikan, boleh diertikan sebagai sesuatu proses penyampaian atau pertukaran maklumat di antara dua individu, atau di antara seorang individu dengan sekumpulan orang. Dengan perkataan lain, komunikasi merupakan

interaksi sosial dalam kalangan orang melalui aktiviti pemindahan mesej secara lisan. Di dalam bilik darjah, komunikasi biasanyan berlaku di antara guru dengan murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran, atau di antara murid dengan murid semasa aktiviti kumpulan dijalankan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

PPISMP BM SEM 3

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


Orang yang mempunyai kemahiran komunikasi biasanya berupaya bertutur atau menulis dengan jelas dan tepat, berempati emosi orang lain, mahir menggunakan bahasa bukan lisan (body language), cekap menjalin hubungan mesra, dan mempunyai kemahiran memimpin. Berdasarkan gejala di atas, kita boleh melihat bahawa sebab yang menuju kepada kesunyian dan keseorangan yang dirasakan oleh remaja ialah keabaian ibu bapa. Ibu bapa pada masa kini yang leka mengejar kemewahan dan keselesaan hidup sehingga menyinggirkan anak-anak mereka. Hal ini secara tidak langsung juga

membuktikan bahawa komunikasi antara ibu bapa dengan anak-anak juga tidak berkesan. Lama-kelamaan, hubungan mereka akan semakin renggang. Oleh itu,

kemungkinan besar anak-anak yang diabaikan oleh ibu bapa itu akan mencari keseronokkan di luar dunia yang serba bahaya. 3.1.6 Pengaruh

Pengaruh bererti menggunakan teknik yang berkesan untuk mendapat penerimaan, kepercayaan dan keyakinan orang lain. Individu yang mempunyai kemahiran pengaruh biasanya memiliki kemahiran berkomunikasi dan kemahiran memimpin, cekap membuat persembahan dengan kemampuan menarik perhatian orang, berupaya merancang dan melaksanakan stratrgi yang berkesan, boleh memberi demonstrasi dengan berkesan dan berorientasi pencapaian. Melalui perkara vandalisme di atas, boleh menunjukkan bahawa remaja berkenaan tidak mempunyai pengaruh untuk mengubah tingkah laku rakan sebayanya. Bukan sahaja tidak mempunyai daya mempengaruhi, malah remaja itu sendiri

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

PPISMP BM SEM 3

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


dipengaruhi oleh rakannya untuk menconteng karya-karya mereka pada dinding untuk menunjukkan kehebatan masing-masing.

3.1.7

Pengurusan Konflik

Konflik merupakan salah satu kehidupan dalam organisasi dan kerap kali berlaku dalam individu sendiri, antara individu, individu dengan kumpulan dan kumpulan dengan kumpulan. Walaupun konflik pada amnya diperhatikan sebagai dysfunctional dan boleh membawa kesan yang buruk, ia juga membawa manfaat kerana konflik organisasi menggerakkan tindakan analisis dan penyelesaiannya berlandaskan kepentingan organisasi. Kemahiran pengurusan konflik bererti kemahiran berunding untuk menyelesaikan perselisihan dalam kumpulan sosial. Orang yang mempunyai kemahiran pengurusan konflik biasanya mempunyai ciri diplomasi, boleh memikir secara kritis dan logikal, mahir memudahcara, bersikap tolak ansur serta berupaya membaca situasi penyelesaian yang memuaskan. Dalam gejala ini, ibu bapa yang tidak berkemahiran untuk mengurus konflik yang timbul. Mereka melepaskan ketidakpuasan mereka dengan cara keganasan. Mereka memecahkan kerusi meja dan pinggan mangkuk. Padahalnya, cara perundingan adalah penyelesaian yang terbaik untuk mengelakkan pergaduhan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

PPISMP BM SEM 3

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


4.0 PERANAN GURU DALAM GEJALA VANDALISME

Gejala vandalisme yang semakin menular pada hari ini juga tergolong dalam isu disiplin. Dalam hal ini, guru memainkan peranan demi membasmi gejala vandalisme. Apabila kita mendidik para pelajar supaya menjadi insan yang berdisiplin, ia bukanlah tugas yang mudah. Perlu diingati, ia juga adalah tanggungjawab tugas harian kita sebagai bakal guru. Para pelajar memerlukan bantuan guru bagi membantu mereka ke arah membentuk insan sempurna yang mempunyai disiplin yang tinggi. Pendisiplinan dan juga pengawalseliaan daripada guru adalah dua perkara penting dalam mengubah hidup pelajar. Tugas mendisiplinkan pelajar memerlukan masa yang panjang walaupun para pelajar itu sudah agak dewasa. Perkara paling penting dalam isu disiplin adalah mendidik insan menjadi sempurna. Ia juga sebagai latihan bagi mengawal perkembangan moral dan etika yang tinggi. Pelajar yang melanggar peraturan perlu dihukum supaya kesalahan yang Contohnya, menconteng dinding, merosakkan harta benda Apabila hukuman dikenakan, mereka akan disedarkan

dilakukan tidak diulangi. sekolah dan sebagainya.

tentang kesilapan yang dilakukan dan memastikan supaya mengulangi perbuatan tersebut. Demi ke arah membentuk insan berdisiplin, guru perlu mendekati dunia pelajar bergantung pada keupayaan guru untuk mempunyai beberapa sifat jati diri. Antaranya ialah guru perlu mempunyai minat yang mendalam hendak mendekati pelajar yang bermasalah. Selain itu, guru juga perlu mempunyai keikhlasan yang tinggi, menjadi pendengar yang baik dan tidak selalu mendominasi perbualan serta dapat mencari penyelesaian melalui kekuatan-kekuatan yang ada pada pelajar sendiri. Guru perlu memahami setiap pelajar mempunyai masalah mereka tersendiri seperti tekanan-tekanan yang mereka peroleh daripada ibu bapa, pengetua, guru, ancaman dadah, arak, seks rambang, rakan sebaya, kerja-kerja sekolah dan musuhmusuh yang selalu mendendami mereka. Oleh itu, guru sebaik-baiknya menumpukan pada kekuatan dan memahami cara mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada pada pelajar. Tumpuan ini penting kerana guru ada sebab supaya memberi kata perangsang kepada pelajar.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

PPISMP BM SEM 3

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


Guru juga perlu tahu berkenaan cara menaikkan semangat pelajar. Semua

pelajar mahu berbuat baik pada diri sendiri, guru, sekolah, masyarakat dan negara. Guru boleh berdiri teguh jika mereka sendiri dapat menyelesaikan persoalan-persoalan kenapa pelajar melakukan tingkah laku yang negatif. Guru sendiri perlu sedar akan kelemahan ataupun kekuatan diri sendiri bagi menangani pelajar dengan mudah dan berlaku adil pada mereka. Pelajar adalah manusia yang selalu bermain dengan emosi mereka. Oleh itu, apabila sesuatu emosi mengganggu gugat perasaan mereka dan memberi kesan ke atas kelakuan mereka, maka guru perlu ingat, amaran, nasihat ataupun denda tidak mencukupi dalam menangani mereka. Guru perlu menjadi model terbaik dan

menunjukkan sikap positif supaya diikuti oleh pelajar sepanjang masa guru. Guru perlu ingat bukan mudah menangani tingkah laku negatif dan ia mengambil masa yang lama hendak diselesaikan. Guru perlu berkelakuan positif sepanjang masa tidak kira sama ada di sekolah ataupun di luar sekolah bagi memberi contoh kepada pelajar berkenaan tingkah laku yang terbaik untuk mereka lakukan. Menghormati antara satu sama lain bermaksud melayan setiap individu sebagaimana seadanya. Ini dapat membantu guru dalam menangani setiap masalah dengan mudah kerana tidak semua orang yang mempunyai masalah tingkah laku yang serupa mempunyai masalah yang sama untuk guru tangani. Guru perlu mempunyai sikap ingin tahu yang ikhlas dan bukan sekadar merasakan diri mereka terpaksa menilai pelajar disebabkan sudah diarah oleh pihak atasan. Guru perlu menunjukkan sikap ambil berat dan ikhlas pada setiap pelajar yang guru akan berinteraksi bagi menangani kes-kes salah laku. Ini bagi menyakinkan mereka yang guru memang mengambil berat ke atas mereka sebagai individu dan bukan kerana ingin menghukum mereka. Pelajar menunjukkan sikap tertentu dengan maksud yang tertentu melalui perlakuan ganjil. Mungkin pelajar bersikap negatif kerana menyangkakan itu tidak

menyalahi peraturan-peraturan pada pandangan mereka ataupun mungkin kerana mereka sendiri tidak faham apa yang mereka lakukan. Mereka juga mungkin bereaksi sebegitu kerana mereka mempunyai perasaan dendam yang menebal dalam jiwa mereka. Walaupun pedih untuk kita menerima hakikat mereka berkelakukan sebegitu,

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

PPISMP BM SEM 3

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


tetapi ini tidak bermaksud guru perlu berdiam diri. Tugas guru adalah membetulkan tingkah laku negatif bagi mencapai keseimbangan dalam persekitaran sekolah.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

PPISMP BM SEM 3

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


5.0 REFLEKSI

Saya berasa besar hati kerana berjaya menyempurnakan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Semua ini tidak akan begitu lancar sekiranya tiada bantuan, sokongan, dan bimbingan daripada pensyarah, ibu bapa dan rakan-rakan. Dalam menyempurnakan tugasan ini, saya ingin mendedikasikan ucapan ribuan terima kasih kepada pensyarah tercinta saya, Encik Awang Ahmad Awang Siring kerana dengan adanya tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya, telah membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. Jasa beliau akan saya kenang hingga ke akhir hayat. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai tugasan kerja kursus amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan dan memberi peringatan terhadap apa yang saya telah alpa. Dalam melaksanakan kerja kursus ini, kami telah mengadakan perbincangan bersama-sama dan Hal ini secara tidak

mendapatkan persetujuan sebelum memulakan tugasan kami.

langsung telah memberi faedah kepada kami kerana melalui perbincangan yang dilakukan sudah pasti hasil kerja yang dilakukan bersama lebih bermanfaat. Semasa melaksanakan tugasan ini, saya telah didedahkan dengan kompetensi kecerdasan emosi. Kebolehan untuk mengecam perasaan diri sendiri dan juga

perasaan orang lain serta memotivasikan diri untuk mengurud emosi diri serta perhubungan kita dengan orang lain dengan baik dipanggil Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE). Menurut Young dalam buku Kompetensi Kecerdasan Emosi, karya A.J. Michael bahawa kecerdasan emosi juga didefinisikan sebagai sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi di antara emosi sendiri atau emosi orang lain dan serterusnya manfaatkan maklumat ini sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu. Berdasarkan kerangka kompetensi kecerdasan emosi merangkumi kompetensi personal dan kompetensi sosial. Secara amnya, komponenkomponen di bawah

kompetensi personal meliputi kesedaran emosi kendiri, pengurusan emosi kendiri dan motivasi kendiri. Manakala, komponen-komponen kompetensi sosial merangkumi

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

PPISMP BM SEM 3

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


empati dan kemahiran sosial. Melalui tugasan ini, saya dapat memahami tentang Dalam bidang kecerdasan emosi, tajuk yang

kepentingan kecerdasan emosi.

disentuhkan ialah kepentingan mengenal pasti dan memahami emosi diri sendiri, kebijaksanaan mengurus emosi, memanfaatkan emosi, empati dan mengurus hubungan. Kecerdasan emosi merupakan faktor yang lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam menentu kejayaan hidup seseorang individu. Berdasarkan kajian, orang yang berjaya dalam hidup mereka puratanya mempunyai 80% kecerdasan emosi dengan 20% kecerdasan intelek. Kecerdasan intelek yang tinggi tidak semestinya

menjamin kejayaan dalam hidup mereka sekiranya kecerdasan emosi adalah rendah. Kami juga diarahkan untuk menulis sebuah esei pendek yang mengenai peristiwa atau gejala sosial yang pernah dibaca atau dialami. Peristiwa yang dihuraikan berhubung kait dengan tajuk Kompetensi Kecerdasan Emosi. Dalam tugasan ini, saya memilih isu vandalisme sebagai bahan rangsangan saya. Vandalisme merupakan suatu tabiat yang membinasakan atau merosakkan harta benda awam dan harta benda orang lain. Vandalisme juga dirujuk kepada penambahan, penghapusan, atau pengubahan dengan segaja. Pada lazimnya, vandalisme dianggap sebagai satu bentuk jenayah

tetapi pada keadaan tertentu, vandalisme merupakan satu bentuk ritual yang dilakukan oleh segolongan manusia yang berasa tidak puas hati terhadap keadaan masyarakat. Melalui gejala vandalisme ini, dapat mengenal pasti secara terperinci tentang emosi-emosi dalaman yang secara tidak langsung mempengaruhi. Contohnya, ibu bapa yang mengapliksikan cara keganasan untuk menyelesaikan masalah telah

mempengaruhi anak-anak. Mereka memecahkan kerusi meja, pinggan mangkuk dan perkara ini dianggap benar oleh anak-anak. Hal ini terbuktilah bahawa ibu bapa tidak melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik. kebolehpercayaan. Mereka tidak menimbulkan

Mereka tidak mampu mengurus emosi mereka dengan baik

sehingga memecahkan kerusi meja. Melalui tugasan ini, saya dapat mempelajari cara-cara berkomunikasi dan Kami berbincang tentang

berinteraksi dengan rakan saya dengan lebih berkesan.

perbezaan antara kompetensi personal dan kompetensi sosial dan mengenal pasti jenisjenis emosi yang berkaitan dengan gejala masing-masing. Semangat tolong-menolong dan bekerjasama juga disemarakkan antara satu sama lain.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

PPISMP BM SEM 3

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penyiapan tugasan kerja kursus ini. Terima kasih.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

PPISMP BM SEM 3

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


PENGHARGAAN Saya, Wong Ik Mei, ingin merakamkan kesyukuran saya kerana telah menyiapkan tugasan dengan berjaya. Tugasan kerja kursus ini akan banyak memberikan manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan pada masa hadapan. Pertama sekali, sejunjung kasih dan penghormatan kepada Encik Awang

Ahmad Awang Siring selaku tutor bagi kerja kursus ini. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar serta komen beliau yang bernas lagi jitu, tidak mungkin dapat saya melaksanakan tugasan saya dengan begitu lancar dan jayanya. Kata-kata semangat beliau telah

membuatkan saya begitu terangsang untuk melakukan yang terbaik. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu bapa saya, Wong Chai Hiong dan ibu saya, Ting Moi Ching yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan saya yang sudi membantu saya dalam sebarang pertanyaan dalam tugasan ini dan mempunyai semangat setia kawan yang utuh dalam memberikan buah fikiran dan semangat serta cadangan. Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyempurnakan tugasan kerja kursus ini.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

PPISMP BM SEM 3

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D


7.0 BIBLIOGRAFI

Abdul Rahim M. Ali (2001). Ilmu Pendidikan untuk KPLI. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. A.J.Michael (2006). Kompetensi Kecerdasan Emosi. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Hafiz Atan (2012). Kompetensi Kecerdasan Emosi. Dimuat turun daripada http://hafizatan.blogspot.com/2012/11/kompetensi-kecerdasan-emosi.html 2013 Khor Wei Ling (2012). Model Kecerdasan Emosi. Dimuat turun daripada pada 8 pada 9 Ogos

http://khorweiling.blogspot.com/2012/07/model-kompetensi-emosi.html Ogos 2013 Lim Tzuen Tze (2012). Pengenalan. Dimuat turun

daripada

http://limtzuentze.blogspot.com/

pada 5 Ogos 2013

Mohd. Azhar Abd. Hamid (2006). Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi. Pahang Darul Makmur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2010). Kompetensi Kecerdasan Emosi. Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2008). Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran-Pembelajaran. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Nadzim Bakri (2009). Kompetensi Kecerdasan Emosi. Dimuat turun daripada http://nadzimbakri.blogspot.com/2012/06/kompetensi-kecerdasan-emosi-kke.html pada 6 Ogos 2013 Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

PPISMP BM SEM 3

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D

Isi Kandungan
Bil Butiran Penghargaan 1.0 Soalan 1 : Konsep dan kepentingan Kompetensi Kecerdasan Emosi 2.0 Sebab dan akibat berlaku gejala yang terpilih 3.0 Jenis-jenis emosi yang berkaitan dengan gejala tersebut 4.0 Peranan guru dalam menangani gejala tersebut 5.0 6.0 7.0 8.0 Soalan 2 : Refleksi Borang Kolaborasi Bibliografi Lampiran 16 18 19 ii 13 6 3 Muka Surat i 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

PPISMP BM SEM 3

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI EQ 3311D

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

PPISMP BM SEM 3

Anda mungkin juga menyukai