Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN INDEKS KESUKARAN Indeks kesukaran yang dianalisa adalah mengikit rumus berikut.

RUMUS ARAS KESUKARAN ITEM SOALAN INDEKS KESUKARAN 0.00 0.20 0.21 0.40 0.41 0.60 0.61 0.80 0.81 1.00 ARAS KESUKARAN Terlalu sukar Sukar Sederhana sukar Mudah Terlalu mudah

Berdasarkan jadual taburan soalan berdasarkan kepada aras kesukaran untuk item soalan objektif,dapat disimpulkan bahawa terdapat 8 item yang mempunyai aras kesukaran sangat rendah (terlalu mudah), 4 item mempunyai aras kesukaran rendah (mudah),3 item mempunyai aras kesukaran sederhana sukar,4 Item mempunyai aras kesukaran tinggi (sukar) dan 1 item yang dikategorikan sangat tinggi (terlalu sukar).

Sepertimana maklumat awal sebelum ini,semakin bertambah nilai indeks kesukaran semakin mudah aras kesukaran sesuatu item.Jadi,item soalan yang kami gubal terdiri daripada soalan pelbagai aras,40% soalan yang telah kami bina adalah terlalu mudah,20% pula adalah soalan mudah,15% pula adalah solan sederhana sukar ,20% adalah soalan sukar manakala 5% lagi adalah soalan terlalu sukar.Jika dilihat pada sudut markah yang dianalisa ,10 orang murid mendapat gred A dalam ujian yang dilaksanakan,13 orang mendapat gred B manakala selebihnya sebanyak 4 orang mendapat gred C. Responden kami untuk calon-calon yang menjawab ujian penilaian adalah muridmurid tahun 5 Pintar.Kelas tersebut merupakan kelas pertama daripada dua kelas di Sekolah Kebangsaan Rendah Kg Raja.,Pasir Puteh,Kelantan.Topik item yang kami bina adalah berkenaan tema menyiasat alam fizikal yang mengandungi topik-topik

cahaya,tenaga,haba dan elektrik.Murid-murid sudah mempelajari topik-topik kira-kira 5 bulan yang dulu. Faktor-faktor yang mempengaruhi kesukaran item ialah pengajaran guru.Antara kemungkinan yang menyebabkan murid tidak dapat menjawab beberapa soalan yang diberikan adalah guru kurang memberikan penekanan terhadap topik yang diajar.Hal ini kerana,kami sempat bertanyakan murid-murid kelas-kelas tersebut dan mereka mengatakan bahawa mereka tidak memahami topik yang diajar oleh guru

tersebut.Tambahan pula,topik-topik tersebut diajar oleh guru yang kurang pengalaman iaitu guru pelatih.Jadi hal ini menyebabkan murid tidak begitu faham akan topik pengajaran.Oleh itu sebagai guru,kita seharusnya melebihkan masa pengajaran dan pembelajaran bagi setiap topik serta mengguatkan teknik pengajaran yang sesuai dengan tahap murid-murid.Walaupun sebagai seorang guru pelatih,kita seharusnya berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,faktor yang menyumbang adalah dari sisi kami sendiri yang menggubal soalan.Sebelum menganalisa soalan kami perlu menggubal dan mentadbir sendiri soalan yang diperlukan iaitu sebanyak 20 soalan objektif dan 2 soalan struktur.Jelas sekali kami tiada pengalaman langsung dalam menggubal soalan ,jadi dengan hanya merujuk kepada contoh-contoh soalan di dalam buku dan internet kami sedaya upaya menjadikannya sesuai mengikut aras taksonomi.Banyak kelemahan yang terdapat pada soalan yang digubal tetapi kami menanggapnya sebgai satu pengalaman yang berguna kepada kami.Banyak soalan yang sepatutnya berada dalam aras paling tinggi iaitu soalan senang menjadi soalan yang mudah kerana arahan soalan yang dibina kurang sesuai. Disamping itu,setiap pelajar mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza kerana masing-masing mempunyai perkembangan individu masing-masing.Sebahagian pelajar mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi manakala sebahagian lagi mempunyai tahap kecerdasan yang rendah walaupun kelas 5 Pintar merupakan kelas pertama.Perbezaan ini menyebabkan tafsiran mengenai aras kesukaran yang berlainan dalam kalangan mereka.Pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi tidak dapat menjawab soalan yang disoal dengan betul.Hal ini kerana mereka kurang berminat untik

menjawab soalan yang ditadbir tersebut.Tambahan pula,ujian tersebut ditadbir pada waktu petang,menyebabkan emosi mereka tidak bersedia serta tidak mahu menjawab soalan.

Anda mungkin juga menyukai