Anda di halaman 1dari 13

Kaedah dan Teknik Mengajar

Definisi Kaedah dan teknik mengajar adalah dua istilah yang kerap digunakan bersama atau silih berganti. Kaedah ditafsirkan sebagai peringkat sesuatu teori pengajaran itu cuba dipraktikkan. Pemilihan dibuat untuk menentukan kemahiran-kemahiran tertentu yang hendak diajar. Susunan bagaimana isi pelajaran itu akan disampaikan juga ditentukan. Teknik adalah peringkat pelaksanaan pengajaran di bilik darjah. Teknik yang sesuai memudahkan pencapaian sesuatu objektif pengajaran. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Kaedah Mengajar Terdapat pelbagai kadeah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru uutk menyampaikan pelajaran. Walaubagaimanapun, guru perlu memilih kaedah yang tepat dan sesuai gar penyampaiannya lebih berkesan dan menarik. tidak ada satu kaedah yang boleh dikatakan sebagai kaedah terbaik. Beberapa factor yang perlu diberikan pertimbangan dan diubahsuaikan agar sesuatu kaedah itu lebih berjaya dan berkesan. Menurut Pierce dan Lorber (1977) terdapat lima faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah mengajar. I. Objektif pengajaran yang hendak dicapai. II. Jangka masa pengajaran. III. Bahan-bahan pengajaran yang ada. IV. Latar belakang pelajar. V. Jumlah dan susunan pelajar. Objektif pengajaran Sebelum memulakan pengajaran guru perlu memikirkan apakah objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak disampaikan.setelah memastikan objektif-objektif, barulah guru

menentukan apakah kaedah yang paling sesuai untuk mencapai objektif tersebut. Penyediaan objektif semestilah berdasarkan isi atau kandungan mata pelajaran yang terkandung dalam sukatan pelajaran mata pelajaran tersebut. Jumlah objektif tertakluk kepada kelas yang diajar, bagi kelas yang agar baik pencapaian pelajarnya, bilangan objektif pengajaran mungkin lebih daripada kelas yang agak lemah pencapaian pelajarnya. Jangka Masa pengajaran Kebanyakan sekolah menetapkan jangka masa pengajaran di antara 30 minit hingga 40 minit atao 60 minit hingga 80 minit sekiranya pelajarn tersebut diberikan dua masa yang berturutan. Dengan jangka masa yang telah ditetapkan itu, guru perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan dalam masa tersebut. Beberapa kaedah perlu diubahsuai agar pelajar tidak melebihi masa. Misalnya, sekiranya guru memilih kaedah perbincangan yang bercorak perbahasan, sebaik-baiknya menggunakan dua masa pelajaran. Jumlah pelajar yang terlibat dan masa menyampaikan hujah-hujah perlu diambil kira agar perbahasan dapat dijalankan dalam jangka masa yang sepatutnya.

Bahan Pengajaran Selain isi pelajaran, alat-alat bantu mengajar juga termasuk di dalam bahan pengajaran. Guru perlu menentukan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Sekiranya isi pelajarn itu berbentuk kemahiran seperti kemahiran mendengar dan bertutur di dalam pelajaran bahasa, guru perlu memilih kaedah dan teknik yang sesuai supaya pelajar dapat mempraktikkan kemahirankemahiran tersebut.

Sekiranya guru perlu menggunakan alat bantu mengajar, alat tersebut hendakalah sesuai digunakan dengan kaedah atau teknik yang dipilih. Biasanya alat bantu mengajar boleh disesuaikan dengan kaedah. Penggunaan papan tulis atau carta misalnya, boleh digunakan dengan pelbagai kaedah. Cuma masa menggunakan alat-alat tersebut mungkin perlu diubah suai, sama ada di peringkat awal, pertengahan atau akhir pengajaran. Guru juga perlu meninjau kelengkapan yang ada di sekolah supaya boleh menggunakannya dan memastikan kelengkapan tersebut dalam keadaan yang baik. Alat-alat seperti carta, sebaik-baiknya dibuat sendiri agar sesuai dengan objektif dan kaedah yang dipilih. Latar Belakang Pelajar Kaedah atau teknik yang dipilih hendaklah sesuai dengan latar belakang pelajar. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah umur, jantina dan peringkat pencapaian atau keupayaan pelajar. Kaedah yang agak rumit seperti kaedah menyelesaikan masalah yang memerlukan pelajar mencari penyelesaian sesuatu masalah, tentulah tidak sesuai bagi murid-murid di peringkat rendah. Guru boleh mengetahui latar belakang pelajar dengan bertanya kepada guru kelas atau guru mata pelajaran. Cara lain ialah dengan menjalankan ujian pada hari pertama untuk mengetahui tahap pencapaian kelas tersebut.

Jumlah dan susunan pelajar Jumlah pelajar dan susunan tempat duduk pelajar juga boleh mempengaruhi kaedah ang hendak digunakan. Kelas yang agak ramai jumlah pelajarnya, biasanya menimbulkan masalah dari segi kawalan kelas dan keberkesanan pengajaran. Walau bagaiamanapun, guru boleh mengubah suai kaedah yang digunakan supaya jumlah pelajar tidak menjadi halangan bagi memilih kaedah. Misalnya, sekiranya guru memilih kaedah permainan, pelajar boleh dipecah-

pecahkan menjadi kumpulan-kumpulan kecil dan setiap kumpulan ini menjalankan permainan masing-masing. Tempat duduk pelajar yang mudah alih boleh membantu kaedah pengajaran dan selain bilik darjah guru juga boleh menggunakan tempat lain yang sesuai sepeti di dalam dewan, Pusat Sumber atau di persekitaran sekolah.

Kaedah dan Teknik Pengajaran I. Kaedah Syarahan Kaedah ini dikatakan yang paling popular digunakan di sekolah-sekolah. Sesuai untuk memperkenalkan sesuatu topic atau tajuk baru. Guru boleh terus menerangkan tentang topic tersebut tanpa membuang masa. Isi atau kandunagn yang sukar dapat dijelaskan. Guru boleh mengulangi penjelasan sekiranya terdapat pelajar yang kurang faham. Dapat melatih pelajar mendengar, sambil mereka membuat catatan atau mereka diberi masa untuk menyalin nota-nota yang dicatat oleg guru. Guru dapat mengawal kelas dengan baik keran guru bersemuka dengan pelajar, namun guru perlu memastikan bahawa perhatian pelajar tertumpu kepada pelajaran

Dalam kaedah ini, suara guru amat penting. Oleh kerana itu suara guru seharusnya boleh didengar dengan jelas oleh semua pelajar. Intonasi suara guru amat penting supaya tidak mendatar kerana suara yang mendatar akan membosankan pelajar. Bagi memastikan tumpuan pelajar, guru perlu mengemukakan soalan-soalan kepada mereka. Teknik penyoalan begini adalah perlu agar pelajar tidak bersikap pasif. Antara kelebihan kaedah ini ialah guru dapat mengawal masa pengajaran. Sekiranya masa lebih daripada mencukupi, guru boleh menambahkan contohcontoh atau mengulangi semula isi-isi penting. Namun jika kesuntukkan masa, guru boleh mempercepatkan pengajaran dengan mengurangkan contoh-contoh.

II. Kaedah perbincangan Teknik perbincangan melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dengan pelajarnya di dalam kelas, ianya bertujuan melatih pelajar memberikan pendapat mengenai sesuatu topic yang ditetapkan. Pelbagai cara yang melibatkan aktiviti perbincangan diadakan di dalam kelas. Guru boleh merancangkan perbincangan secarakelas kumpulan kumpulan kecil, perbahasan, forum dan sebagainya.kaedah ini menggalakkan pelajar member pendapat dengan cara sistematik. Melalui aktiviti ini juga pelajar dapat dilatih mengeluarkan pendapat yang bernas dalam bahasa yang teratur dan mudah difahami oleh orang lain. Selain itu juga, pelajar dapat didisiplinkan supaya mendengar dan menghormati pendapar rakan-rakan yang lain walaupun tidak sealiran dengan pendapat sendiri.

Kaedah yang menarik terutamanya dari segi penyertaan atau penglibatan pelajar. Kaedah ini terbahagi kepada dua jenis iaiti perbincangan formal dan perbincangan tidak formal. Perbincangan formal Dijalankan secara perbahasan, forum, pembentangan kertas kerja dan sebagainya. Ciriciri perbincangan formal adalah seperti berikut: Guru perlu menentukan terlebih dahulu pelajar yang kan mengambil bahagian. Misalnya, jika guru ingin mengadakan perbahasan, terlebih dahulu ditentukan pelajar akan mewakili pihak pencadang dan pelajar yang akan mewakili pihak pembangkang. Begitu juga dengan tugas-tugas lain seperti pengerusi, penjaga masa dan hakim. Pelajar diberi masa yang mencukupi untuk mencari bahan-bahan yang akan disampaikan. Bahan-bahan boleh didapati daripada pelbagai sumber seperti daripada majalah, buku rujukan dan akhbar. Guru perlu memastikan agar ramai pelajar yag terlibat. Dalam aktivti perbahasan misalnya, pelajar yang menjadi penonton juga perlu diberi peluang unutk menyampaikan pendapat mereka. Aktiviti perbincangan perlu disusuli dengan kegiatan lain. Setelah tamat sesuatu perbincangan, guru perlu menambahkan atau membuat ulasan tentang perkara yang menjadi topik perbincangan.

Perbincangan Tidak Formal Ciri-ciri perbincangan tidak formal ialah:

Guru menjadi pengerusi dan perbincangan dibuka kepada semua pelajar. Guru perlu memberi peluang kepada seberapa ramai pelajar unutk menyampaikan pandangan mereka. Guru juga perlu menggalakkan pelajar yang pasif supaya turut mengambil bahagian. Kawalan kelas adalah penting untuk mengelakkan pelajar supaya tidak berebutrebut untuk bercakap. Ketegasan guru dapat menjadikan perbincangan lebih sempurna. Pelajar boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Mereka diberi masa yang mencukupi untuk membincangkan tajuk-tajuk yang telah ditentukan. Kaedah perbincangan ini merupakan satu kaedah yang menarik kerana pelajar-pelajar diberi peluang untuk berbincang sesame mereka. Mereka dilatih untuk mendengar pandangan orang lain dan turut sama merancang sesuatu tugas baru atau mencari sesuatu keputusan.

Kaedah Projek Merupakan satu kaedah yang boleh digunakan oleh guru. Ia berbeza dengan kebanyakan kaedah lain, kaedah projek biasanya memerlukan lebih daripada satu jangka masa pengajaran. Masa yang lebih diperlukan untuk menyediakan projek-projek tersebut. Walau bagaimanapun, waktu pengajaran sebenar boleh digunakan untuk membincangkan projek-projek yang akan dibuat, atau digunakan untuk memperlihatkan hasil yang didapati daripada projek-projek tersebut. Namun begitu, istilah projek itu bukanlah bermaksud sesuatu aktiviti atau rancangan yang dibuat secara besar-besaran dan memerlukan perbelanjaan yang besar. Aktiviti secara kecil-kecilan dan yang tidak memerlukan apa-apa perbelanjaan boleh dianggap sebagai satu projek juga. Kaedah projek boleh dibahagikan kepada 3 jenis:

1. Projek Pengeluaran 2. Projek Pengguna 3. Projek Latih Tubi Langkah yang perlu ada dalam penggunaan kaedah projek ini lebih teratur dan berkesan: Sesuatu projek perlu mempunyai objektif tertentu. Sekiranya projek itu digunakan untuk pelajaran bahasa, pastikan apakah kemahiran bahasa yang hendak ditekankan dan adakah aktiviti yang dibuat oleh pelajar dalam projek tersebut akan mencapai objektif yang diharapkan? Perancangan adalah penting untuk memastikan kejayaan sesuatu projek itu. Guru perlu merancang dari segi jumlah masa dan bila aktiviti itu dapat dijalankan. Penglibatan pelajar adalah penting. Guru perlu memastikan semua pelajar diberi peluang mengambil bahagian dalam projek yang dijalankan. Sebaik-baiknya pelajar dibahgikan kepada beberapa kumpulan kecil. Projek yang tekah dirancangkan perlu dlaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan

Kaedah Menyelesaikan Masalah Menurut Donald C. Orlich ( 1980 ), kaedah ini merupakan satu kaedah yang bertujuan untuk member peluang kepada pelajar supaya mereka menjadi lebih produktif dan dapat bertukar-tukar fikiran dengan lebih berkesan tentang masalah yang berkaitan. Kaedah ini adalah sesuai

terutamanya kepada pelajar-pelajar di peringkat menengah. Dalam kaedah ini, pelajar-pelajar diberikan satu atau beberapa masalah. Kemudian mereka diberi peluang dan kebebasan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kaedah ini sesuai bagi semua mata pelajaran. berikut beberapa langkah untuk menjalankan kaedah ini:

Guru mengemukakan masalah di dalam kelas. Pelajar, sama ada secara perseorangan atau kumpulan, diminta mencari menjalan atau cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pelajar juga boleh mengemukakan masalah-masalah mereka. Pelajar diberi masa unutk mencari penyelesaian, sama ada secara berbincang atau mendapatkan bahan dan idea daripada pelbagai sumber seperti perpustakaan dan temubual.

Segala maklumat yang diperolehi perlu berbincang bersama dan merangka satu penyelesaian. Kesimpulan awal yang didapati perlu dikaji semula. Setelah menilai kesimpulan awal barulah dibuat kesimpulan yang muktamad. Kesimpulan yang muktamad ini merupakan jawapan atau jalan bagi menyelesaikan masalah yang diberi. Seperti kaedah projek, kaedah ini memerlukan masa yang lebih lama. Masa pengajaran di dalam kelas boleh digunakan oleh guru untuk mengemukakan masalah dan bagi pelajar-pelajar mengemukakan penyelesaian yang mereka peroleh. Bagi memastikan penggunaan kaedah ini berkesan, guru perlu memastikan bahawa bahanbahan sumber dan rujukan mencukupi dan mudah didapati. Kaedah ini sesungguhnya member peluang kepada pelajar-pelajar berusaha sendiri unutk mencari ilmu pengetahuan.

Kaedah Dapatan Ciri-ciri kaedah ini tidaklah berbeza sangat dengan ciri-ciri kaedah menyelesaikan masalah. Kaedah ini mencabar pelajar supaya mencari jawapan berdasarkan maklumat yang diberi oleh guru. Guru memberikan maklumat yang kurang lengkap menganai sesuatu masalah dan pelajar diminta melengkapkan atau mencari jawapan bagi tugasan yang dikemukakan oleh guru.

Peranan guru dalam kaedah ini ialah untuk member panduan dan bantuan kepada pelajar ketika mereka mencuba mendapatkan jawapan. Guru perlu berbincang dan mendorong pelajar supaya berusaha mendapatkan penyelesaian. Kaedah dapatan ini sangat sesuai bagi mengajar mata pelajaran yang memerlukan pelajar membuat penyelesaian contohnya mata pelajaran Sejarah. cabaran yang diberi kepada pelajar menjadikan kaedah ini lebih menarik dan berkesan.

Kaedah Permainan Kaedah ini merupakan kaedah yang menarik dan menyeronokkan pelajar. Biasanya kaedah ini digunakan oleh guru untuk memenuhi masa yang terluang ataupun digunakan pada akhir penggal setelah murid-murid selesai menghadapi peperiksaan. Kaedah ini sebenarnya boleh dijadikan kaedah pengajaran yang berkesan sekiranya dikendalikan secara bersungguh-sungguh dan teratur. Kaedah permainan merupakan satu kaedah menggunakan unsur-unsur permainan. Walaupun pelajaran disampaikan dalam bentuk permainan, tetapi objektif pengajaran dapat dicapai. Kaedah permainan boleh digunakan pada masa tertentu dan untuk tujuan berikut: Kaedah atau teknik permainan ini boleh digunakan untuk memulakan pengajaran. Tujuan menggunakan teknik ini di awal pengajaran ialah untuk menarik minat dan perhatian pelajar. Teknik juga sesuai untuk mengakhiri sesuatu pelajaran. Ianya digunakan untuk mengulangkaji pelajaran yang telah diberi atau sebagai pengukuhan.

Aktiviti mengulangkaji atau pengukuhan juga boleh dijalankan semasa mengajar. Teknik permainan boleh digunakan bagi tujuan tersebut. Peraduan Teka Silang atau pertandingan berbentuk kuiz sesuai digunakan untuk mengulangkaji pelajaran. Objektif pengajaran yang tertentu memerlukan kaedah pengajaran yang tertentu. Oleh kerana itu objektif-objektif tersebut akan lebih mudah difahami, mudah dicapai dan lebih berkesan sekiranya guru menggunakan kaedah yang sesuai. Namun kemudahan yang terhad di sekolah-sekolah kerap menghalang usaha guru untuk mencuba kaedah-kaedah tertentu dan guru perlu menghadapi cabaran ini. Sesuatu kaedah atau teknik itu perlu diubah suai dengan keadaan atau suasana pengajaran dan pembelajaran. Perkara yang penting ialah pelajar di sekolah tidak disogokkan dengan hanya satu atau dua kaedah sahaja. Guru perlu lebih berusaha dan berani mencuba.

Kaedah Koperatif Koperatif bermaksud bekerja bersama-sama bagi mencapai sesuatu objektif yang ditetapkan bersama. Sewaktu menjalankan aktivtiti secara koperatif, semua individu terlibat cuba menyelesaikan apa saja permasalahan yang dihadapi demi kebaikan diri sendiri dan juga ahli kumpulan secara keseluruhannya. Pembelajaran koperatif pula merujuk kepada penggunaan kaedah kumpulan-kumpulan kecil bagi memaksimakan hasil pembelajaran, sama ada secara individu atau kumpulan. Melalui kaedah koperatif guru akan memulakan pengajarannya secra kelas dan memberikan penerangan awal aktiviti yang akan mereka lakukan pada hari tersebut. Segala maklumat penting berkaitan aktiviti seperti objektif dan langkah-langkah yang perlu diberikan perhatian dimaklumkan sebelum pelajar memulakan aktiviti mereka. Selepas itu barulah guru membahagikan kleasnya kepda kumpulan-kumpulan kecil dengan tugasan-tugasan tertentu.

Prinsip utama di sebalik kaedah koperatif ini ialah pelajar perlu sedar bahawa peranan masingmasing sangat penting dalam menentukan kejayaan kumpulan. Setiap ahli kumpulan mempunyai tugas dan tanggungjawab kepada kumpulan mereka. Kejayaan individu menentukan kejayaan kumpulan, begitu juga sebaliknya sekiranya seorang gagal, maka seluruh ahli kumpulan juga gagal. Dalam kaedah ini juga akan terdapat kebebasan yang positif dalam kalangan pelajar yang menentukan pencapaian matlamat kumpulan iaitu kumpulan tersebut hanya akan mencapai objektif sekiranya setiap ahli kumpulan berupaya mencapai objektif masing-masing. Contohnya, sekiranya suatu kumpulan ditugaskan menyediakan pembentangan mengenai bagaimana Islam tersebar di Makkah, semua ahli kumpulan perlu member sumabangan masing-masing sama ada berbentuk kemahiran menggunakan perisian computer, mengumpul data, maklumat, menjadi juru cakap kumpulan dan sebagainya. Terdapat beberapa kompenan penting yang perlu diberi perhatian sewaktu merancangkan kaedah koperatif di dalam bilik-bilik darjah. i. Mewujudkan semangat saling bergantung antara satu sama lain dalam kumpulan ii. Menjalankan aktiviti pembelajaran secara bersemuka. iii. Setiap ahli kumpulan mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi kepada kumpulan masing-masing. iv. Mengajar kemahiran interpersonal kepada pelajar. v. Pemprosesan kumpulan.

Pengajaran Secara Kelas Dalam kaedah ini guru menyampaikan isi kandungan pelajaran kepada seluruj kelas. Ini bermakna semua pelajar diberikan penerangan, isi pelajaran, masa dan latihan dan lain-lain yang sama. Amalan ini dapat dikenalpasti dengan kedudukan susunana kerusi meja yang semuanya mengadap guru ketika mereka mengajar. Kaedah secara kelas ini sangat sesuai sewaktu guru memulakan pengajaran dengan set induksi. Pada waktu ini guru perlu mendapatkan perhatian daripada seluruh kleas pada apa yang ingin diajarkannya. Perkara ini penting supaya semua sedar dan tahu topic yang hendak dipelajari pada hari tersebut, begitu juga sewakti guru mula memberikan penerangan konsep dalam langkah satu permulaan. Semua pelajar perlu mendengar dan memerhatikan apa yang sedang diperkenalkan oleh guru kerana kejayaan langkah-langkah seterusnya bergantung pada kefahaman mereka pada langkah permulaan ini. Walaup bagaimanapun selepas penerangan diberikan dan pelajar dapat memahaminya dengan baik, gur bolehlah menukarkan kepada pendekatan yang lain pula. Namun pada perigkat akhir pelajaran, guru sekali lagi perlu menggunakan kaedah secara kelas ketika membuat kesimpulan dan rumusan pembelajaran. Ia bertujuannya memastikan semua pelajar dapat menguasai isi pelajaran mereka pada hari etrsebut

Anda mungkin juga menyukai