Anda di halaman 1dari 6

Topik 3 - Artikulasi dan Artikulator Diftong dan Konsonan

1. Konsonan Bahasa Melayu terdiri daripada bunyi letupan, letusan, sengauan, sisian, geseran, malaran dan getaran. Antara berikut, manakah susunan yang betul untuk menghasilkan konsonan geseran?

I. II.

Hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung.

III. IV.

Pita suara direnggangkan. Arus udara dilepaskan melalui rongga mulut.

A. IV, III, II, I B. III, I, IV, II C. I, II, III, IV D. II, IV, I, III

2. Antara perkataan-perkataan di bawah, yang manakah menunjukkan penghasilan konsonan getaran?

A. Atap B. Bumi C. Cawan D. Dengar

3. Berikut merupakan langkah-langkah untuk menghasilkan salah satu bunyi diftong.

Vokal depan luas menggeluncur ke arah bunyi vokal belakang sempit. Bibir berada dalam keadaan bundar dan lidah berada di belakang.

Apakah bunyi diftong yang dihasilkan?

A. Diftong [ai] B. Diftong [au] C. Diftong [oi] D. Diftong [aw]

4. Berdasarkan contoh perkataan di bawah, apakah bunyi konsonan yang dihasilkan? awan ma bea

A. Konsonan letupan dua bibir bersuara B. Konsonan geseran gusi tidak bersuara C. Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara D. Konsonan letusan lelangit keras bersuara

5. Antara berikut, yang manakah merupakan contoh perkataan bagi menunjukkan penghasilan bunyi diftong vokal belakang separuh sempit yang digeluncurkan ke arah bunyi vokal depan sempit?

A. [rumpai] B. [panau] C. [salai] D. [boikot]

STRUKTUR

1)

Diftong merupakan adalah rentetan dua vokal yang dihasilkan dengan satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan.

a) Huraikan kaedah penghasilan bunyi diftong [ai]. b) Huraikan kaedah penghasilan bunyi diftong [au].

2) Konsonan bahasa Melayu meliputi bunyi letupan, sengauan, sisian, geseran dan getaran. Berikan satu contoh perkataan bagi setiap bunyi di atas untuk menunjukkan penghasilan bunyi-bunyi tersebut.

a) Letupan dua bibir bersuarab) Sengauan lelangit keras bersuara c) Sisian gusi bersuarad) Geseran gusi tidak bersuara e) Getaran gusi bersuara-

3. Terdapat beberapa jenis huruf dalam Bahasa Melayu yang meliputi huruf vokal, konsonan dan diftong. Nyatakan definisi bagi ketiga-tiga yang berikut : i) Bunyi vokal _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________ ii) Konsonan _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________ iii) Diftong

2. Terdapat enam huruf vokal dalam Bahasa Melayu. Nyatakan enam huruf vokal tersebut berserta contoh sebutan yang betul. Huruf Vokal Sebutan

TOPIK 8 - Fonem Segmental

1. Berikan dua contoh letupan bibir bersuara dan tidak bersuara Bersuara Tidak bersuara

2. Nyatakan huruf vokal bagi kedudukan vokal hadapan. A. i, o, b, e B. i, e, , a C. u ,o, b, a D. a, , u, o

3. Fonem segmental konsonan sengauan dalam bahasa Melayu terdiri daripada / m /, / n /, / /, dan / /. Pernyataan yang tepat tentang bunyi konsonan sengauan / m / ialah A dua bibir dirapatkan. B hujung lidah dinaikkan ke gusi. C tengah lidah dinaikkan ke lelangit lembut. D belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.

4. Kedudukan lidah pada mulanya untuk membunyikan / u /, kemudian bergerak pada vokal yang lain. Bunyi ini hadir dalam perkataan yang berikut. A / belaian / B / andaian / C / universiti / D / persekutuan

5. Sebutan dan ejaan kata pinjaman hendaklah mematuhi prinsip penyukuan bahasa Melayu. Pilih padanan perkataan dan sebutan mengikut penyukuan yang betul daripada kata pinjaman berdasarkan jadual di bawah. Ejaan Sebutan A psikologi [ psiko.lo.ji ] B akordion [ a.kor.dion ] C pluralisme [ plu.ral.isme ] D ambulans [ am.bu.lan.s ]

Topik 13 - Sebutan Baku Kata Terbitan ESEI

Kata Terbitan ialah kata dasar yang mendapat imbuhan iaitu imbuhan awalan, akhiran, sisipan dan apitan dalam Bahasa Melayu. Huraikan empat bentuk kata terbitan yang terdapat dalam bahasa Melayu berserta sekurang-kurangnya 4 contoh bagi setiap bentuk kata terbitan tersebut.

Topik 8- Fonem suprasegmental

1.

# Saya membaca buku kakak# # Saya membaca buku# kakak

Penggunaan persendian ialah ciri atau unsur hentian (senyap) dalam ujaran sebagai tanda pemisah unsur linguistik, iaitu perkataan, ayat dan rangkai kata. Tanda pemisah ini boleh memberi dua pengertian ayat yang berbeza. Unsur yang terdapat pada dua ayat di atas adalah : A. Tona B. Jeda C. Tekanan

D. Panjang/Pendek

2. Sebutan selalunya disebut dengan lantang dan boleh dipanjangkan. Sering berlaku pada huruf vokal dan suku kata kedua Tidak membezakan makna

Berdasarkan pernyataan di atas menunjukkan terdapat sebutan Bahasa Melayu yang mempunyai kelantangan dan kelembutan dalam penyebutan sesuatu suku kata. Nyatakan unsur yang merujuk pernyataan di atas : A. Nada B. Panjang-Pendek C. Jeda D. Tekanan

3.

Ayat 1: Ibu mencuci pakaian. Ayat 2: Awak dapat wang itu dari mana?

Dalam bahasa Melayu turut terdapat menaik atau menurun penyuaraan sesuatu ayat atau frasa itu disebutkan. Berdasarkan dua contoh ayat di atas, nyatakan unsur yang melibatkan perbezaan kedua-dua ayat tersebut. A. Tekanan B. Nada C. Jeda D. Mora

Anda mungkin juga menyukai