Anda di halaman 1dari 7

Aku sebenarnya tidak tertarik dengan kisah hidup mahmud gila tu.

Sebabnya namanya saja gila,


kerana konon dia majzub terlalu lama ….hampir empat tahun, sehingga dianggap gila. Dia pun
pernah berbangga bila menyebut namanya MAHMUD GILA!!!

Kalau betul majzub…. dia tak perlu jaga orang. Sebab majzub itu khas untuk seseorang yang
dikehendaki Allah sahaja. Tetapi dalam dunia ini bukan dia seorang, dah banyak bahkan
beribu2 orang yang dah majzub atau mendakwa majzub. Tetapi bilangan ini tidak pula ramai
kerana ia bukan lah satu kaedah tapi satu kelengkapan bagi Allah s.n.t dalam MEMPAMIRKAN
Kebesaran dan KekuatanNya.
Lagipun orang majzub bukanlah contoh untuk diikuti tetapi ia hanyalah pameran Allah kepada
manusia dan sekatan Allah kepada seseorang yang majzub yang tak dapat faham dengan jalan
pemikiran dan pembelajaran atau pengajaran dan pendidikan…tetapi kerana ia IKHLAS…maka
Allah mencabut keupayaan otaknya dan kekuatan jasadnya, hanya semata2 mengikut arahan
dan lakunan Allah pada dirinya bagi tempoh2 tertentu, untuk mengajar dirinya SECARATERUS
sehingga ajaran yang di paksakan itu benar2 melekat pada otak dan hatinya.

Adakah orang lain boleh mencontohi perbuatan Allah dengan sengaja2


bermajzub atau bolehkah seseorang diarah atau diajar supaya menjadi
majzub……? Oleh itu majzub adalah kehendak Allah dan dia tak boleh pula
diajarkan, dicontohi apalagi diikuti.

Orang majzub yang telah selesai menjalani tempoh majzub sepatutnya


hendaklah bersyukur kepada ALLAH S.N.T. kerana telah memaksakan
keyaqinan kedalam dirinya yang tersesat selama ini dan dengan itu kembali
mengambil jalan salik. Jalan salik iaitu jalan ilmu, amal dan ikhlas sesungguh
hati….bukan HANYA semata2 hancur hati dengan Allah.
Tetapi jalan salik juga bukan jalan mudah. Ia adalah jalan mujahadah seperti yang ditunjukkan
oleh Rasulullah saw dan para sahabatnya r.a.a. Ia hanya dicapai dengan kesungguhan yang
tinggi dari hati dan fikiran yang telah memahami dengan segala pengajaran dan pendidikan
yang didapati yang berotoriti dari Rasulullah dan para sahabat nya.

Dengan karunia Allah ORANG SALIK itu disempurnakan dengan MAJZUB


kepada Allah walaupun untuk tempoh yang amat singkat – seperti dalam satu
saat.
Firman: wa’bud rabbaka hatta ya’tiyakal yaqeen…..Ber’amal ibadahlah kamu kepada
Tuhanmu sehingga dikurniakan alYAQEEN……….

Firman: illa min ‘ibaadaka…….. ALmukhlasyieen……. Kecuali bagi para HAMBAKU………


yang DIKURNIAKAN KEIKHLASAN.
JALAN SALIK BUKANLAH JALAN YANG BER-TEMPOH SEPERTI jalannya
MAJZUB. Ia adalah jalan seumur hidup…….

Firman: wamaH-ya ya wamamaati lillahirobbil ‘alamien…….hidupku dan matiku hanya


untuk Allah Tuhan seluruh ‘alam.

Disini orang akan melihat bahawa kedua2 MAJZUB DAN SALIK adalah kurniaan Allah
s.n.t….. semata2, sepertimana jalan yang dikaruniakan kepada Rasulullah s.a.w dan para
sahabatnya r.a.a. Inilah dan hanya inilah JALAN YANG SEMPURNA YANG
MENGGABUNGKAN MAJZUB DAN SALIK YANG TELAH UJUD PADA DIRI
RASULULLAH S.A.W DAN DIWARISI OLEH PARA SAHABA R.A.A.

----- AWAS !!!!!!! --------

ORANG yang telah mengenal Allah, matahatinya akan hanya melihat Allah dimana jua,
sebelum, semasa dan sesudah ia melihat apapun dihadapannya atau didalam hatinya….tidak
kira siapapun dan apapun kekuatan dan kehebatan atau ke’ajaiban yang terpamer
dihadapannya……. Hanya Allah Yang Maha SegalaNYA………TIDAK ADA SYIRIK WALAU
SEBESAR HAMA BAGI ALLAH. INILAH MAJZUB YANG SEBENAR……

ORANG yang mengenal Rasulullah s.a.w. pula, sentiasa mempertahankan SUNNAH RASUL
sebagai yang terhebat dan tertinggi…. tidak ada bandingan dan cadangan dengan gaya hidup
selainnya untuk dibangga dan dicontohkan……….. INILAH SALIK YANG
SEBENARBENARNYA……
----- INGAT !!!!!!! ------

APAKAH SESEORANG ITU MEMILIK HARTA BENDA YANG MERUAH LALU


BERLAKU KEMEWAHAN, PEMBAZIRAN DAN PEMBOROSAN !
ATAU APAKAH SESEORANG ITU MEMILIKI ILMU SEPENUH LANGIT, SEHINGGA
LALAI DARI KEBENARAN DAN MENJADI PEROSAK KEHIDUPAN DUNIA DAN
AKHIRAT !
ATAU APAKAH IA MEMILIKI PANDANGAN TEMBUS…… SEHINGGA
MENGALAHKAN NABI DAN RASUL ATAU TELAH MEWARISI TARAF KETUHANAN
YANG MAHATAHU!

KETAHUILAH……..
Semua itu TIADA apa ertinya dihadapan Tuhan Raja Segala ‘Alam. Langit, Bumi, Bulan,
Matahari Bintang2 semuanya adalah makhluk yang amat kerdil disisi Tuhan Maha Penguasa
Maha Pencipta…! Semua harta benda miliknya. Tidak ada ilmu melebihi ILMUNYA dan
tidak ada siapa yang MENGETAHUI SEGALA GALANYA SELAIN DIA……!

LAGIPUN SEMUA NYA AKAN DIBINASAKAN ALLAH JUA !!!!!!


YANG KEKAL HANYA DIA YANG TIDAK ADA PERMULAAN !!!
YANG BERKUASA MENGEMBALIKAN HANYALAH DIA SAHAJA !!!

MAHASISWA, MAHAGURU, MAHA PROFESSOR, MAHA DOKTOR, MAHA ENGINEER,


MAHARAJA, MAHA PRESIDEN……..BERJUTA TELAH PUN TERSUNGKUR TERSEMBAM PUNAH
HANCUR DIHADAPAN DIA YANG PALING KAYA PALING TAHU DAN PALING BERKUASA…….

TUNJUKKAN SIAPA YANG MASIH KEKAL…..! KECUALI YANG MASIH MENUNGGU


KEHANCURAN DALAM KETAKBURAN YANG SIA SIA CUMA.
TUNGGULAH…..KERANA KAMIPUN MENUGGU JUA………

APABILA SEMUANYA MENJADI HANCUR MUSNAH…..!


MAU TAK MAU SUKA TAK SUKA ……
BILA KAMU SEMUA INI DIBANGKITKAN DIMAHSYAR……….LALU
-------------------------------- Hubaya!!!!! Hubaya!!!!! -----------------------------------

Malangnya insan kerdil selalu alpa dengan KEIMANAN kepada ALLAH dan sentiasa lalai
dari ENAM RUKUN IMAN yang tersimpul kuat didalam KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH,
MALAIKAT-MALAIKATNYA, KITAB-KITABNYA, RASUL-RASULNYA, QODZO DAN
QODARNYA DAN HARI AKHIRAT……….

Ketahuilah apabila lalai seseorang akan satu sahaja dari ENAM


RUKUN IMAN, maka TERGELINCIRLAH IA DARI STATUS
ORANG YANG BENARBENAR BERIMAN.

Demikian pula mereka yang membesarkan contoh kehidupan dan kepimpinan selain
Rasulallah bererti telah menyimpang jauh dari AHLI SUNNAH WAL JAMAH.
Siapapun dia mestilah BERADA DIBAWAH PAYUNG RASULALLAH YANG
KAMIL LAGI TERMAKTUB SEBAGAI KECINTAAN ALLAH BAGI
UMMAT AKHIR ZAMAN….! Orang yang berpaling atau lalai dari CONTOH DAN
KEPIMPINAN RASULULLAH adalah orang yang jatuh kepada FANATIK DAN TA’ASUB
dan terkeluar dari UMMAT MUHAMMAD S.A.W. sehingga HARI
QIAMAT……………………….!

APA YANG SEPATUTNYA ADA, IALAH KASIHSAYANG YANG TINGGI


DALAM UKHUWAH SESAMA IMAN DAN ISLAM PADA JALAN
MENTAATI ALLAH S.N.T. DAN DALAM MENCONTOHI RASUL S.A.W.

Firman: Wata’aawanu ‘alal-birri wat-taqwa……..wala ta’aawanu ‘alal- ismi wal-


‘udwan…….bertolongbantulah kamu dalam kebajikan serta taqwa….jangan sekalikali
bertolong bantu dalam kebejatan dan permusuhan…….
JANGANLAH ADA DIDUNIA INI YANG FANA INI
SESEORANG YANG MENGAKU AHLULLAH
LALU MENGABAIKAN SUNNAH RASULALLAH S.A.W.
Sesungguhnya pengakuan seseorang adalah pada HATI namun ia tetap menjadi cacat bila
tidak disempurnakan dengan perkataan dan perbuatan yang ikhlas kerana Allah taala
semata…… ORANG YANG CACAT BEGINI DITAKUTI TERJATUH KEDALAM
GOLONGAN ZINDIQ… IAITU KAFIR YANG TERSEMBUNYI ! Wal’iyyazubillah……..
Ini adalah kata2 orang mabuk Allah atau fana fil lah…….
ATAU JUGA UCAPAN ORANG MAJZUB YANG BELUM SIUMAN……

Namun kenyataan nya didepan mata kita….. ahli akhirat tetap hidup
BERGELUMANG DENGAN dunia dan ahli dunia tetap akan DISUMBAT
KEDALAM QUBUR untuk pergi keakhirat.

Adapun ahlullah yang zindiq akan masuk neraka tetapi Ahlullah yang
mengikut sunnah rasul akan masuk syurga.

DIMANA ORANG2 ITU HIDUP DAN MATI KALAU BUKAN DIDUNIA DAN KEMANA
ORANG2 ITU AKAN PERGI KALAU TIDAK KESYURGA ATAU NERAKA….!

Maka JELASLAH BAHAWA orang yang fana fis syeikh belum fana fir
rasul belum fana fil lah, ADALAH orang itu masih JAHIL DENGAN ALLAH
dan JAHIL DENGAN RASULULLAH.

HANYA SYEIKH YANG BENAR YANG AKAN TERUS MEMANDU MEREKA


YANG BERHATI BENAR MENUJU MATLAMAT YANG BENAR ,
ALLAH S.N.T DENGAN BEKENDERAANKAN KENDERAAN YANG
BENAR IAITU SUNNAH RASULALLAH S.A.W.
Adapun ORANG FASIK walaupun akhirnya dimasukkan kesyurga tetapi
ianya terlebih dahulu dihumbankan keneraka lantaran sangat BERBANGGA
DENGAN ILMUNYA DAN AMALAN DIRINYA SERTA LUPA
MEMANDANG KEPADA RAHMAT ALLAH YANG MENJADI PUNCA
SEGALA KURNIA…….LALU IA TERHIJAB DENGAN HIJAB
KEROHANIAN DARI MEMANDANG KEPADA RAHMAT DAN
KURNIAAN ALLAH S.N.T.

--wallahu’aklam--
…..INI NASIHAT SUCI SHEIKH MOHAMMAD AJAIB AL BANJARI ALSAALIKI ALMAJZUBI
bertarikh jumaat 24 rejab 1430 bersamaan 17 julai 2009—alor setar,kedah.
aufaa_asrar@yahoo.com.
(peringatan: hendaklah dibaca sekurang2nya 7 kali mudah2an terbuka kefahaman yang benar)

Anda mungkin juga menyukai