Anda di halaman 1dari 4

sBabi dalam pelbagai mazhab fikah

SOALAN: Saya seorang buruh berasal dari seberang yang kini menetap di Malaysia. Saya kurang faham dengan hukum yang berkaitan dengan babi. Sesetengah orang menyatakan babi hanya haram dimakan, tetapi diharuskan untuk kegunaan-kegunaan lain. Soalan saya, benarkah pendapat yang menyatakan penyapu cat yang diperbuat daripada bulu babi itu harus diguna. Demikian juga kasut yang diperbuat daripada kulit babi harus dipakai. Apa pula hukum makanan dan ubat-ubatan yang dicampurkan dengan bahan-bahan yang berasal daripada babi. Harap ustaz jelaskan hukum dengan dalil-dalilnya daripada al- uran dan hadis. Saya ucapkan terima kasih atas pandangan dan ulasan yang diberikan. - S!"#A$%, #ohor &ahru. JAWAPAN: Seperti yang diketahui oleh umat %slam, daging babi haram dimakan. 'engharamannya meliputi lemak, kulit, kuku, bulu dan seluruh juzuk badan yang dihubungkan dengan hai(an itu, sama ada yang mentah atau yang sudah dimasak, yang disembelih dengan cara syarii atau yang tidak disembelih, sama ada untuk kegunaan makanan atau peralatan seperti penyapu, kasut, tali pinggang dan lain-lain. &eberapa ayat dalam al- uran menyatakan dengan jelas hukum itu. Antaranya firman Allah yang bermaksud) Diharam atas kamu bangkai, darah dan daging babi *al-Maidah) +, dan firman-$ya lagi yang bermaksud) -atakanlah (ahai Muhammad) Aku tidak dapati dalam apa yang telah di(ahyukan kepada--u, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, melainkan benda itu bangkai, atau darah mengalir atau daging babi, kerana sesungguhnya ia adalah kotor *al-Anam) ./0,. Ayat-ayat ini juga menyatakan babi sebagai najis yang bererti najis atau kotor. #usteru itu ulama dalam mazhab Syafie sepakat berpendapat haram diguna pakai semua barangan yang diperbuat daripada babi, sama ada bulunya, kulitnya atau juzuk-juzuknya, sama ada dalam bentuk barangan, peralatan atau lain-lain termasuklah membuat ubat bagi segala macam penyakit, kerana menurut mereka tiada ubat pada benda-benda najis. 'endapat ini menjadi pegangan kebanyakan umat %slam di Malaysia yang bermazhab Syafie. &abi diharamkan Allah sejak lama dahulu, namun baru sahaja ilmu manusia mengetahui baha(a di dalam daging babi, darahnya dan usus-ususnya terdapat sejenis cacing yang sangat bahaya, iaitu cacing pita dan telur-telurnya yang keras. -ini ada segolongan manusia yang berkata baha(a alat-alat pemasak moden telah melangkah maju dan membuat cacing-cacing itu tidak lagi menjadi sumber bahaya, kerana ia dapat dibasmikan dengan haba yang tinggi yang dapat disediakan oleh alat-alat pemasak yang moden itu, tetapi orang-orang ini lupa baha(a ilmu pengetahuan mereka kadang-kadang memerlukan beberapa abad lamanya untuk mengesahkan sesuatu penyakit. &iarpun ulama fi1h sepakat tentang pengharaman makan daging babi, tetapi masih tidak sependapat dalam kegunaan-kegunaan lain. Memang dalam fikah %slam sukar didapati masalah

yang disepakati serba-serbi, hingga pada semua cabang dan juzuk-juzuk kecilnya, kecuali ada sahaja perbezaan yang membabitkan hukum haram, halal dan sebagainya. 'ersoalan babi antara yang hangat pernah dibincangkan ulama dalam mazhab-mazhab %slam sekitar penggunaan barangan yang diperbuat daripada babi. 'ertama) %mam Malik berpendapat daging babi haram dimakan tetapi badannya suci ketika hidupnya. -edudukan hukumnya samalah dengan beberapa jenis hai(an yang haram dimakan dagingnya seperti harimau, gajah dan sebagainya. Menurut beliau lagi, ayat-ayat al- uran hanya menjelaskan babi haram dimakan dagingnya, tetapi tidak pula menyatakan najis. %mam $a(a(i daripada mazhab Syafie juga mengakui, tidak ada dalil jelas menunjukkan babi itu najis. 'erkataan najis *kotor2najis2jijik, dalam surah al-Anam) ayat ./0 yang merujuk kepada daging babi, tidak menunjukkan dengan jelas najis itu bersifat 3aini atau najis yang tidak boleh disucikan lagi, kerana najis boleh dikatakan juga sebagai najis hukmi sahaja, seperti najis kafir musyrik yang disebut dalam firman-$ya yang bermaksud) Sesungguhnya orang kafir musyrikin itu najis *al-4aubah) ayat 56,. 4iada sesiapa pun kalangan ulama berpendapat kafir musyrik itu sebagai najis 3aini, sebaliknya berpendapat hanya najis hukmi atau najis i7ti1ad *kepercayaan, sahaja. Mengapa najis babi tidak boleh dianggap sebagai hukmi, dengan alasan dagingnya haram dimakan. 8koran mazhab Malik yang berpendapat babi itu suci, tidak timbul lagi hukum (ajib membasuhnya tujuh kali seperti najis anjing, malah jarak antara dua mazhab Malik dan Syafie agak begitu jauh. Dalam beberapa hal pula, saya berpendapat mazhab Malik ini memberi nafas lega kepada sesetengah orang yang tabiat pekerjaannya terpaksa bergelumang dengan babi pagi dan petang seperti doktor hai(an dan pelajar-pelajar yang mengikuti kursus doktor hai(an. -edua) !lama memutuskan, apa jua hai(an yang mati tanpa sembelih, hukumnya najis kerana ia bangkai, tetapi semua bangkai kulitnya boleh disucikan melalui samak, kecuali kulit anjing dan babi menurut kebanyakan ulama termasuk Syafie. &agaimanapun %mam Abu 9usuf dan al-:ahiri berpendapat, kulit-kulit anjing dan babi juga boleh disucikan dengan samak, kerana hadis ri(ayat Muslim menyatakan) Apa jua kulit hai(an, suci apabila disamak *Muslim, bilangan +;;,. Hadis ini menurutnya umum kepada semua kulit termasuk anjing dan babi. Merujuk kepada pendapat dua imam di atas, nyata segala barangan yang diperbuat daripada kulit anjing dan babi yang disamak boleh dipakai. !lama menyatakan lagi, bulu dan kuku yang dicabut atau dipotong daripada bangkai adalah bangkai, hukumnya turut najis seperti bangkai juga. &agaimana pula jika bulu dipotong daripada hai(an yang masih hidup<

#a(abnya, suci jika hai(an itu suci dan najis jika hai(an itu najis. %ni bermakna, bulu babi yang dipotong daripada babi yang masih hidup adalah suci di sisi %mam Malik. %ni bermakna, penyapu yang diperbuat daripada bulu babi yang dipotong ketika hidupnya adalah suci dan harus diguna pakai. Sesetengah ulama pula berpendapat, bulu yang dipotong daripada hai(an yang masih hidup juga najis kerana dikira bangkai juga. Sehubungan ini sebuah hadis ri(ayat al-Hakim yang bermaksud) #uzuk yang dipotong daripada hai(an yang hidup dianggap bangkai *4irmiz, bilangan ./6=,. -etiga) Merujuk kepada hukum babi yang diambil sebagai ubat-ubatan. !lama sepakat memutuskan bangkai semua hai(an adalah najis kalaupun menurut %mam Abu 9usuf dan al:ahiri kulit bangkai termasuk bangkai babi boleh disucikan dengan samak, tetapi juzuk-juzuk babi yang bukan kulitnya tidak boleh disucikan dengan samak. Atas dasar ini ulama lebih cenderung kepada pendapat mengharamkan ubat-ubatan yang dimasukkan bahan babi padanya, kerana benda-benda najis tidak boleh dijadikan ubat, kecuali dalam keadaan darurat yang memaksakan. Syed Atiyyah Sa1r pula lebih cenderung kepada pendapat mengharuskan kegunaan ubat-ubatan itu, jika ia merupakan suntikan dalam badan dan ternyata keberkesanannya kepada pesakit. -ita ikuti pendapat beliau, katanya) #ika ubat-ubatan itu berupa suntikan dalam badan, maka diharuskan, kerana dalam badan memang berkumpul najis-najis kencing dan tahi, ini tidak pernah ditimbulkan bagi maksud kesahihan solat dan ibadat. >ain halnya jika diguna pada bahagian luaran, tentunya najis itu menghalang kesahihan solat. Saya lebih cenderung kepada pendapat ini kerana sejauh pengharaman babi dalam beberapa ayat al- uran hanya untuk dimakan. Suntikan ubat ke dalam badan tidak dikatakan makan, lagipun penggunaan barangan yang diperbuat daripada kulit babi, tidak disepakati ulama pada pengharamannya. Mungkin ada pendapat menyatakan najis babi tidak boleh dimasukkan dalam badan manusia Muslim yang selalu mengerjakan ibadat solat dan sebagainya. $ajis ini jika dibiar berkekalan dalam badan menjadikan seseorang itu terhalang daripada solat selama-lamanya. Alasan ini telah dija(ab oleh Syeikh Atiyyah Sa1r seperti yang disebut sebelum ini, iaitu najis yang menghalang solat hanya najis di luar badan. Adapun najis dalam badan tidak menghalang seseorang daripada solat dan ibadat, ini kerana dalam perut manusia dipenuhi najis darah, tahi dan kencing, sedang dia pada ketika itu bersolat, berta(af dan beribadat. 4iada siapa pun mempertikaikan kesahihan ibadatnya. -eempat) !lama memutuskan, makanan yang dimasuki bahan-bahan najis haram dimakan. ?elatin atau jeli yang biasanya diproses di negara-negara bukan %slam, jika asalnya diperbuat daripada hai(an yang tidak disembelih atau babi, maka hukumnya najis dan tidak halal dimakan. $amun difahamkan bukan semua gelatin itu najis dan diperbuat daripada babi.

-alau begitu halnya, perlulah dipastikan terlebih dahulu, sama ada ia benar diperbuat daripada babi atau hai(an yang disembelih dan hai(an yang harus dimakan. Satu kaedah dalam menentukan halal haram makanan ialah dilihat pada pertukaran rupa dan benda, seperti arak yang kemudiannya bertukar rupanya menjadi cuka. Menurut mazhab Syafie pertukaran rupa tidak mengubahkan hukum najis sesuatu benda, kecuali arak yang berubah menjadi cuka. @uka ini bersih, sekalipun asalnya arak yang najis. %mam Malik berpendapat, benda-benda najis yang bertukar kepada suatu rupa yang lain adalah suci, seperti najis babi yang dibakar kemudian bertukar menjadi debu hukumnya suci, sekalipun pertukaran itu dengan sendiri atau setelah diusahakan. Atas dasar ini, ramai berpendapat, gelatin itu suci dan boleh digunakan, sekalipun ditakdirkan asalnya babi atau bangkai yang tidak disembelih, kerana najis itu telah bertukar rupanya kepada rupa yang lain. -edudukannya samalah dengan tulang bangkai yang dibakar menjadi debu. 4ulang bangkai adalah bangkai, tetapi debu tulang setelah dibakar tidak lagi memba(a hukum asalnya. Saya lebih cenderung kepada pendapat ini, kerana hukum halal haram ditentukan mengikut namanya. Apabila tiada nama, maka tiada lagi hukum asalnya, tahi adalah tahi dan hukumnya adalah najis, tetapi apabila tahi menjadi tanah, maka hukumnya adalah tanah. Dalam apa hal sekalipun, setiap makanan yang sampai kepada kita perlu diselidik halal haramnya terlebih dahulu, jika diragui kebersihannya, maka (ajib ditinggalkan sahaja. %tulah pilihan yang terbaik. &aginda bersabda) Sesiapa memelihara dirinya daripada perkara yang meragukan, maka sebenarnya ia menjaga kebersihan agama dan kehormatan dirinya. - *Muslim, bilangan .0AA, Babillah al-Hidayah Ba al-4a(fi1.

Anda mungkin juga menyukai