Anda di halaman 1dari 17

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 1 | 122

UNIT 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menjelaskan konsep dan definisi teknologi dan media. 2. Menjelaskan kepentingan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Menjelaskan pemilihan media instruksional berlandaskan Model ASSURE.

PENGENALAN

eknologi pendidikan tidak dapat dipisahkan daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Kenyataan ini adalah merujuk kepada teknologi yang membawa pengertian iaitu pertama teknologi sebagai produk yang berguna membantu guru mengajar dan membantu murid belajar dengan lebih berkesan. Kedua, teknologi sebagai proses yang juga membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran secara sistematik supaya murid mendapat urutan maklumat yang tersusun bagi memudahkan pemahaman mereka. Melihat kepada senario ini, teknologi amat berpengaruh dalam pendidikan. Guru pada masa ini seharusnya responsif kepada persekitaran teknologi baru yang banyak mempengaruhi kehidupan murid dan guru sendiri. Guru harus menggunakan kekuatan teknologi baru, teknologi digital atau media baru untuk kepentingan pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada faktor menghurai serta mempermudahkan isi kandungan mata pelajaran untuk disampaikan kepada murid, sokongan media dan teknologi pengajaran-pembelajaran merupakan komponen penting yang mempengaruhi pembelajaran murid. Perkembangan teknologi dan dunia pendidikan yang pesat pada masa kini tidak lagi meletakkan guru dan buku teks sebagai sumber ilmu pengetahuan. Pengajaran guru akan lebih berkesan kepada murid sekiranya guru dapat menguasai dan mempunyai kemahiran menggunakan teknologi serta menguasai pengetahuan terkini tentang bagaimana manusia belajar yang disokong dengan media.

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 1 | 123

ISI KANDUNGAN
Apa itu teknologi?

S S

ering kali perkataan teknologi diertikan sebagai alat atau mesin seperti komputer, pemain CD/VCD/DVD, radio atau set TV. Pengertian ini membawa maksud teknologi sebagai produk. Seperkara lagi tentang pengertian teknologi adalah teknologi sebagai proses. Pengertian ini merujuk kepada aktiviti pembelajaran bagi memenuhi objektif pembelajaran seperti pembelajaran koperatif, simulasi dan tutorial.

Apa itu teknologi instruksional?


ecara umumnya, teknologi instruksional merupakan satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pada peringkat awal, teknologi instruksional memberi tumpuan kepada penggunaan bahan pandang seperti gambar, model, bahan sebenar, kemudian bertukar kepada bahan pandang-dengar. Selepas daripada ini, teknologi instruksional mula diguna pakai dengan berbagai definisi. Finn (1960), misalnya, mempunyai pandangan bahawa Instructional technology should be viewed as a way of looking at instructional problems and examining feasibility solutions to those problems. Tickton, 1970 dalam Yusup (2005), mendefinisikan teknologi instruksional sebagai (1) alat atau bahan media hasil daripada revolusi komunikasi, dan (2) satu proses sistematik mereka bentuk, melaksana dan menilai seluruh proses pembelajaran dan pengajaran mengikut objektif spesifik, berpandukan kajian terhadap pembelajaran manusia dan komunikasi dan penggabungan sumber manusia dan bukan manusia bagi menghasilkan instruksi yang berkesan. Manakala Seels dan Richey (1994), mendefinisikan teknologi instruksional sebagai teori dan amalan dalam reka bentuk, pengembangan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses dan sumber untuk pembelajaran. Selepas membaca maklumat di atas, apakah persepsi anda tentang teknologi? Sulaiman Daud (1991), pernah menyatakan bahawa dalam konteks pendidikan pada masa kini, proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan berlaku tanpa penglibatan teknologi pendidikan. Bagaimana anda mengaitkan penyataan tersebut dengan persekitaran pengajaran-pembelajaran di bilik darjah?

Apa itu media?

edium atau media bermaksud saluran komunikasi dan sumber maklumat. Maksud asal media ini adalah daripada perkataan Latin, iaitu di antara atau perantara. Makna tersebut merujuk kepada apa-apa sahaja perantara yang membawa maklumat antara penyampai (sumber maklumat) dengan penerima. Ini termasuklah media yang berada di persekitaran pembelajaran kita seperti bahan bercetak, televisyen, gambar rajah, komputer, video dan guru! Heinich (2005) melihat contoh-contoh tersebut sebagai media instruksional yang membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 1 | 124

Sebaliknya Raiser dan Gagne (1983), mendefinisikan media sebagai sebarang cara fizikal yang memungkinkan maklumat pengajaran berjaya disampaikan kepada murid. Oleh sebab guru, bahan bercetak atau siaran televisyen mempunyai maklumat untuk dikongsikan dengan murid, maka komponen ini digolongkan sebagai media. Yusup (1997, 2001), mendefinisikan media sebagai peralatan dan bahan yang dibina, dirancang dan dilaksanakan untuk tujuan menyampaikan maklumat dan/atau menghasilkan pembelajaran. Manakala Percival dan Elington (1984), membahagikan media kepada dua iaitu pelbagai alatan fizikal teknologi pendidikan atau kombinasi pelbagai media seperti bahan bercetak, audio, video dan pelbagai saluran komunikasi massa seperti akhbar, radio dan televisyen. Torkelson (1972), telah memberikan penjelasan yang menarik tentang media. Beliau melihat media dari tiga perspektif, iaitu media mengandungi mesej, misalnya teks (adunan teks yang membentuk perkataan dan ayat menimbulkan mesej). Kedua ialah bentuk mesej. Bahagian ini membincangkan bagaimana mesej itu disimpan iaitu mungkin dalam bentuk perkataan dan/atau lisan, gambar foto ataupun simbol seperti simbol + dalam matematik. Ketiga ialah saluran mesej yang merupakan peralatan fizikal yang membolehkan mesej dipersembahkan kepada murid seperti set televisyen, set komputer, pemain CD, papan tulis dan lain-lain. Rajah 8.1 di bawah menunjukkan saluran yang digunakan, misalnya media video menggunakan komputer dan LCD/skrin sebagai sebagai saluran untuk memaparkan mesej kepada murid.

Rajah 8.1 Saluran mesej

Heinich (2005), merumuskan bahawa terdapat enam kategori asas media dalam pembelajaran dan pengajaran iaitu teks, audio, visual, video, bahan manipilatif dan manusia, seperti yang digambarkan dalam Rajah 8.2 di bawah. Bahan-bahan dalam bentuk teks mudah diperolehi melalui buku, poster, di papan tulis, di skrin komputer dan seumpamanya. Bahan audio adalah mengenai apa yang boleh kita dengari seperti suara guru, muzik, bunyi mesin, bunyi bising dan sebagainya. Visual sebenarnya sering digunakan guru untuk meningkatkan kefahaman dan pembelajaran seperti gambar rajah, lukisan pada papan tulis, gambar foto dan grafik dalam buku-buku dan juga lukisan kartun. Sementara video merujuk kepada gambar gerak seperti di TV, VCD, DVD dan animasi. Bahan manipulatif dan objek sebenar pula ialah bahan tiga dimensi yang boleh disentuh dan dipegang murid. Kategori keenam ialah manusia,

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 1 | 125

iaitu guru, murid atau guru pakar kerana manusia saling berinteraksi bagi mempastikan pembelajaran berlaku.

Rajah 8.2 Enam kategori asas media


Sumber : Sharon E. Smaldino, James D. Russel, Robert Heinich & Michael Molenda (2005), Instructional technologi and media for learning, 8th ed.

Sekarang bolehkah anda memahami maksud media yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran? Apakah jelas kepada anda enam komponen asas media yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran? Pada fikiran anda, mengapa guru harus menggunakannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah?

Apakah media instruksional?

enurut Heinich (2005), media instruksional ialah media yang membawa atau mengandungi mesej untuk tujuan pengajaran. Tujuan media instruksional ialah untuk memudahkan komunikasi guru, merangsang pemikiran, perasaan, perhatian, menarik minat agar berlakunya pembelajaran oleh murid. Bagi mencapai hasrat tersebut, bertahun-tahun selama ini pengajaran guru dibantu pelbagai jenis alat pandang-dengar. Sebagai guru yang sentiasa kreatif bagi membantu murid masing-masing, guru juga harus terbuka untuk mengkaji dan menerima perkembangan teknologi baru yang menampilkan pelbagai media baru seperti komputer, CD, DVD dan Internet yang boleh disesuaikan dengan kurikulum masing-masing. Dalam hubungan ini, Yusup (1999, 2005) menjelaskan bahawa kaedah dan media merupakan dua komponen penting dalam system instruksional. Menurut Yusup, kaedah menerangkan proses pengajaran manakala media pula menyokong proses pengajaran tersebut seperti kaedah kuliah yang dibantu dengan bahan multimedia.

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 1 | 126

Rajah 8.3 Saluran media Rajah 8.3 di atas menjelaskan bahawa guru menyampaikan isi kandungan pengajaran kepada muridnya yang disalurkan melalui media/medium tertentu. Di dalam media tersebut terkandung mesej (isi kandungan pengajaran) seperti yang digambarkan melalui Rajah 8.4 di bawah. Reka bentuk mesej yang ingin disampaikan itu bergantung kepada format media yang bersesuaian iaitu sama ada media statik atau media bergerak. Guru mungkin menggunakan lebih dari satu media, misalnya papan tulis bersama bahan multimedia dan Internet. Ianya bergantung kepada kreativiti guru dalam mempastikan pembelajaran yang bermakna berlaku. Ini bermakna murid belajar dengan bantuan guru dan media.

Rajah 8.4 Kandungan mesej Nampaknya tugas seorang guru adalah mempastikan pembelajaran yang bermakna berlaku. Oleh itu, guru merancang pengajaran dan selalunya memikir dan menggunakan pelbagai media. Berdasarkan rajah dan huraian yang dibincangkan di atas, cuba jelaskan kefahaman anda tentang media instruksional. __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________

Mengapa media instruksional penting?

roses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah sentiasa terbuka kepada suatu kontinum konkrit-abstrak yang luas. Mengapa terjadi demikian? Cuba kita berada di dalam sebuah bilik darjah dan sedang memerhatikan seorang guru mengajar. Biasanya, dalam suasana seumpama itu kita akan melihat guru menyampaikan pengajaran, mungkin secara kuliah, menggunakan papan tulis, menggunakan buku teks atau helaian nota atau latihan atau mungkin mengunakan kad manila atau komputer dan skrin dan murid hanya duduk, mendengar dan menulis. Sesekali mereka akan bertanya atau menjawab soalan guru. Ataupun murid sedang menghitung

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 1 | 127

menggunakan biji guli. Atau mungkin murid berada dalam kumpulan kecil sedang melakar peta minda. Senario tersebut memaklumkan kita bahawa media instruksional digunakan guru bagi memudahkan murid mengintergasi pengalaman sedia ada mereka dengan pembelajaran konsep-konsep yang abstrak. Dalam Kon Pengalaman Pembelajaran (Rajah 8.5 dan 8.6 diubahsuai) yang diperkenalkan Edgar Dale pada tahun 1946, dari perspektif teknologi, pembelajaran bermula dengan penglibatan murid secara langsung (pengalaman enaktif), kemudian bergerak kepada murid sebagai pemerhati kepada peristiwa yang sedang berlaku (pengalaman ikonik), bergerak kepada murid sebagai pemerhati kepada peristiwa yang dipertontonkan melalui suatu media dan terakhir ialah murid sebagai pemerhati kepada peristiwa yang ditampilkan dalam bentuk simbol-simbol (pengalaman abstrak). Dale berpendapat murid yang kita ajar akan mudah memahami instruksional abstrak sekiranya mereka mempunyai pengalaman sebenar yang luas untuk berimaginasi bagi melihat realiti.

Rajah 8.5 Kon pembelajaran pengalaman Dale dalam konteks media

Rajah 8.6 Kon pengalaman pembelajaran Dale dengan contoh media

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 1 | 128

Secara umum kita boleh rumuskan bahawa kon pengalaman pembelajaran di atas menyatakan bagaimana penggunaan media instruksional yang berkesan akan dapat mengurangkan masa untuk murid memahami isi pelajaran di samping dapat menjimatkan masa dan kos pengurusan, misalnya, pengalaman jual beli di kedai runcit boleh dirakam kamera video dan ditunjukkan kepada murid di bilik darjah berbanding membawa murid ke kedai runcit sebenar. Jerome Bruner (1966), dalam Heinich (2005), merumuskan bahawa aktiviti instruksional seharusnya bermula secara langsung (pengalaman enaktif), kepada pengalaman yang diwakili (pengalaman ikonik) seperti melalui video, kepada penyataan simbol-simbol (pengalaman abstrak) iaitu seperti menggunakan perkataan atau sebutan sahaja. Cadangan pembelajaran Bruner ini selari dengan Kon Pengalaman Pembelajaran Dale yang telah kita bicangkan di atas dan dikatakan sesuai dengan semua tingkat pembelajaran dan tidak merujuk kepada pembelajaran kanak-kanak sahaja.

Adakah anda bersetuju dengan hujah-hujah yang dipetik daripada pendapat Dale dan Bruner di atas? Cuba bincangkan kelebihan kedua-dua pendapat tersebut dalam persekitaran pengajaran-pembelajaran anda di sekolah.

Mengapa guru perlu menggunakan media?

nda mungkin bertanya mengapa guru perlu menggunakan media dalam proses pengajaranpembelajaran? Untuk membuatnya akan mengambil masa yang banyak. Untuk mencarinya juga memerlukan masa dan kos. Untuk menggunakan yang sedia ada pula mungkin kurang sesuai dan kurang tepat dengan isi kandungan. Malah menggunakannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga akan menyebabkan anda tidak cukup masa untuk menghabiskan sukatan. Situasi di atas merupakan dilema dalam kalangan sesetengah guru. Kalau begitu mengajar sajalah asal kehendak sukatan pelajaran telah dipenuhi. Tetapi sejauh mana pembelajaran bermakna berlaku?

Rajah 8.7 Guna media? Guru menggunakan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menghasilkan instruksi dan pembelajaran yang berkesan. Bagaimana perkara ini berlaku? Mari kita bincangkan persoalan ini.

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 1 | 129

Mesej menjadi lebih jelas Ramai guru cepat rasa berpuas hati setelah menyampaikan pengajaran-pembelajaran secara lisan. Ramai guru juga lupa bahawa tidak semua murid mempunyai perbendaharaan kata yang sama dengan guru serta mampu memahami semua penyampaian guru secara lisan. Inilah masalah komunikasi yang cuba dipadamkan oleh ramai guru dengan alasan-alasan yang tersendiri. Guru yang prihatin akan menyediakan media tertentu, mungkin dalam bentuk gambar, video, animasi, bunyi atau gambar rajah, bagi menjelaskan maksud yang disampaikan kepada murid. Dengan berbuat demikian, murid lebih mudah dapat menangkap maksud isi kandungan yang menjadikan pembelajaran bermakna. Menyelaraskan pengalaman dengan imaginasi/persepsi Kurikulum standard yang disediakan dan disampaikan oleh guru kepada murid belum tentu mendapat penerimaan yang selaras dalam kalangan murid. Guru faham bahawa di hadapan mereka di dalam bilik darjah adalah murid yang mempunyai berbagai kecerdasan, latar belakang, jantina, ras dan standard kehidupan. Sudah tentulah murid ini mempunyai pengalaman kehidupan yang berbagai yang juga akan membawa kepada imaginasi dan persepsi yang berbeda dengan maksud kurikulum. Kesulitan ini boleh diselaraskan oleh guru dengan bantuan pelbagai media instruksional. Mengatasi batasan waktu, ruang dan pancaindera Dengan menggunakan media instruksional, suasana/kejadian masa lalu atau sesuatu yang berbentuk futuristik boleh ditampilkan dalam bentuk filem atau gambar foto atau contoh spesimen. Sesuatu proses yang panjang juga boleh ditunjukkan kepada murid secara keseluruhannya dalam masa yang pendek, misalnya kejadian manusia yang mengambil masa 9 bulan 10 hari hanya ditayangkan dalam tempoh dua jam tiga puluh minit (rujuk In the worm menerusi saluran National Geographic) yang berguna untuk subjek biologi. Kemajuan peralatan teknologi telah membolehkan filem yang laju diperlahankan dan begitu sebaliknya bagi membolehkan murid memerhati sesuatu dengan lebih jelas. Serangga yang kecil boleh dibesarkan atau sebaliknya oleh kekuatan kamera. Konsep-konsep seperti besar-kecil, tinggi-rendah, luas-sempit serta objek-objek yang kompleks dalam badan manusia umpamanya boleh ditunjukkan kepada murid menggunakan gambar foto ataupun model. Media instruksional memenuhi cara manusia belajar yang menggunakan semua pancaindera mereka. Menyokong kepelbagaian Dengan memahami enam kategori asas media instruksional, seseorang guru boleh mempelbagaikan penggunaan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran mengikut kesesuaian isi kandungan, persekitaran pembelajaran yang mengizinkan serta peralatan teknologi yang sedia untuk digunakan oleh guru kerana ada juga kedapatan alat-alat yang ada tetapi rosak. Memperkembangkan intelektual murid Penggunaan media dalam proses pengajaran-pembelajaran boleh menyumbang kepada memudahkan pengembangan intelektual murid kerana proses pemahaman mereka menjadi lebih cepat, tepat dan tersedia pula suatu pengalaman baru yang belum dilalui sebelum ini. Misalnya, video mencari makan oleh ikan-ikan besar di dasar laut bukan sahaja memperlihatkan murid jenis-jenis ikan tetapi juga hidupan laut yang lain serta persekitaran yang menarik.

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 1 | 130

Sekarang anda telah memahami apakah yang dibincangkan dalam media instruksional. Cuba anda rumuskan perbincangan di atas dalam bentuk peta minda. Kemudian nyatakan kelebihan menggunakan media dalam proses instruksional.

Reka bentuk instruksional

ekiranya anda ingin menggunakan media dan teknologi instruksional dengan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, anda perlulah merancang penggunaannya dengan teliti. Menurut Dick dan Reiser (1989), pengajaran yang berkesan akan membolehkan murid memperolehi ilmu pengetahuan dan/atau kemahiran dan/atau perubahan sikap yang dijanjikan oleh objektif pengajaran. Ini bersesuaian dengan pengertian pembelajaran oleh Heinich (2005), iaitu pembinaan ilmu pengetahuan, kemahiran atau sikap baru setelah berlakunya interaksi dan/atau komunikasi dengan maklumat dan persekitaran pembelajaran (yang dirujuk sebagai media instruksional dan teknologi). Selagi seseorang individu itu hidup, pembelajaran tidak pernah berhenti. Bagaimanapun, hanya pembelajaran yang merupakan tindak balas kepada reka bentuk instruksional yang diperbincangkan di sini. Pembelajaran berkait rapat dengan pemilihan, perancangan dan penyampaian maklumat secara bersistematik dalam suatu persekitaran pembelajaran dan kesesuaian cara bagi murid berinteraksi dengan maklumat yang disampai guru. Duffy dan Jonassen (1991), merumuskan bahawa reka bentuk instruksional adalah andaian yang dibuat oleh guru tentang murid dan proses pembelajaran muridnya, tentang pembinaan bahan pengajaran yang relavan dan tentang pemilihan pendekatan untuk menyampaikan maklumat melalui bahan yang dihasilkan. Menurut pembahagian Gustafson, 1997 dalam Yusup (2005), Model pembelajaran secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga tumpuan, iaitu tumpuan bilik darjah, sistem dan produk. Model ASSURE merupakan model tumpuan bilik darjah yang menjadi panduan utama kepada guru bagi menyediakan perancangan instruksional persekitaran bilik darjah yang memberi penekanan kepada pengunaan teknologi dan media instruksional (Heinich, 2005). Model ASSURE dari perspektif penggunaan teknologi dan media adalah merujuk kepada 6 langkah proses instruksional yang digambarkan melalui Rajah 8.8 di bawah;

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 1 | 131

diubahsuai daripada Yusup (2005)

Rajah 8.8 Model ASSURE

Huraian setiap langkah utama dalam Model ASSURE adalah seperti berikut: Analisis murid (Analyse learner) Sesuatu media yang hendak digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran mestilah bersesuaian dengan ciri-ciri murid, isi kandungan, metod, media dan bahan pembelajaran. Langkah pertama dalam Model ASSURE adalah menganalisis murid iaitu pelanggan anda di bilik darjah. Adalah mustahil untuk anda menganalisis semua murid di dalam kelas yang ramai! Bagaimanapun, anda boleh memberi tumpuan kepada tiga ciri kritikal berikut: 1. Ciri-ciri umum perwatakan murid Hasil daripada analisis ciri-ciri umum perwatakan murid, guru boleh menemui metod dan media yang bersesuaian untuk membantu instruksi berkesan. Murid yang lemah dalam bacaan mungkin boleh disampaikan isi pelajaran dengan menggunakan media instruksi bukan cetak. Begitu juga sekiranya murid terdiri daripada berbagai ras dan budaya, maka penggunaan video lebih sesuai. Demikian juga sekiranya guru ingin menyampaikan sesuatu konsep baru buat pertama kalinya, maka guru perlu menyampaikan secara terus, menyediakan pengalaman yang konkrit seperti yang dibincangkan melalui Kon Pengalaman Pembelajaran Dale yang dibincangkan sebelum ini. 2. Kompetensi khusus peringkat awal Sering kali apabila menyediakan sesebuah reka bentuk instruksi, guru akan membuat andaian bahawa murid yang akan menerima ilmu pengetahuan atau kemahiran berkenaan adalah lemah dalam bidang berkenaan. Andaian sedemikian mungkin betul dan mungkin juga salah kerana adalah biasa bagi guru mempunyai murid yang bercampur-campur kepayaan mereka di dalam ssebuah kelas. Walau bagaimanapun, guru sedar bahawa pengetahuan sedia ada murid adalah

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 1 | 132

penting dan mempengaruhi tentang bagaimana dan apa mereka boleh belajar berbanding dengan trait-trait psikologi, Dick, Carey dan Carey (2001). Bagaimanapun, sekiranya analisis mendapati murid-murid telah menguasai kemahiran dan pengetahuan berkenaan, maka guru boleh menukar metod kepada pembelajaran yang memberi penekanan individu serta menyediakan media instruksional kendiri yang membolehkan murid memenuhi kemampuan masing-masing. 3. Gaya pembelajaran Gaya pembelajaran merupakan kluster trait psikologi yang menerangkan bagaimana seseorang itu menanggapi sesuatu, berinteraksi serta memberi respon kepada persekitaran pembelajaran yang disedia guru. Agak jelas bagi diri kita sendiri sebagai individu yang mempunyai gaya pembelajaran tertentu akan merasa tidak selesa dengan sesuatu metod atau media instruksi yang digunakan. Adalah jelas bahawa ada trait-trait tertentu berubah kepada pembelajaran bermakna guru menggunakan method serta media instruksional yang berbeza. Gardner (1999) telah mengkelaskan lapan aspek kecerdasan iaitu (1) verbal/linguistik (bahasa), (2) logical/matematik (saintifik/kuantitatif), (3) visual/spatial, (4) muzikal/rimatik, (5) bodily/kinestatik (penari/atlet), (6) interpersonal (memahami orang lain), (7) intrapersonal (memahami diri sendiri), dan (8) naturalis. Guru keseluruhannya perlu peka kepada kepelbagaian gaya pembelajaran ini dengan menyediakan reka bentuk instruksional yang terbuka kepada kepelbagaian kaedah dan media instruksional. Nyatakan objektif (State objective) Langkah kedua model ini menekankan apakah ilmu pengetahuan atau kemahiran atau sikap baru yang akan dikuasai murid setelah tamat sesuatu proses pengajaran-pembelajaran? Penyataan objektif hendaklah jelas dan spesifik. Misalnya, pada akhir pembelajaran murid dapat menyelesaikan tujuh masalah matematik campur satu digit dengan tepat. Menyedari objektif yang spesifik ini membolehkan guru menyediakan/merancang persekitaran pembelajaran yang bersesuaian dengan tempoh masa pengajaran yang telah diperuntukan. Guru akan mengetahui sama ada murid telah mencapai objektif pembelajaran atau sebaliknya adalah dengan melaksanakan penilaian pembelajaran. Objektif pembelajaran tidak bermaksud untuk mengehadkan apa yang sepatutnya dipelajari oleh murid tetapi meletakkan pencapaian minimum yang sepatutnya dicapai murid pada satu-satu sesi pembelajaran tersebut. Murid yang berbagai kebolehan harus diberi peluang memenuhi potensi masing-masing. Misalnya dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, murid boleh mencapai larian 100 meter walaupun dengan tempoh masa yang berbeza-beza. Pilih kaedah, media dan bahan (Select method, media and materials) Terdapat tiga langkah pemilihan iaitu: 1. Menentukan kaedah yang sesuai dengan isi kandungan: Adalah suatu kesilapan sekiranya guru mengandaikan bahawa hanya satu kaedah digunakan dalam satu-satu proses pengajaranpembelajaran kerana mengikut Steven Farr (2010), proses pengajaran-pembelajaran yang boleh dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu (1) permulaan, (2) pertengahan (intipati pengajaran/isi kandungan) dan (3) penutup. Terdapat tiga peringkat yang berbeza yang seharusnya juga dikendalikan dengan kaedah yang berbeza. Misalnya peringkat pengenalan

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 1 | 133

atau set induksi dengan kaedah simulasi, diikuti oleh penyampaian isi kandungan melalui kaedah demonstrasi dan penerangan diakhiri dengan penutup atau rumusan dengan kaedah yang lain pula. 2. Memilih format media instruksional yang sesuai yang boleh menjelaskan isi kandungan: Format media instruksional ini adalah merujuk kepada alat yang akan digandingkan untuk menampilkan imej atau mesej. Misalnya set komputer multimedia (untuk menampilkan imej, grafik, teks, audio, video), set TV (untuk video, siaran TV), papan tulis (grafik, teks), alat audio (suara dan muzik). Pemilihan format media ini agak kritikal kerana guru perlu tahu media sedia ada dan sedia guna di sekolah masing-masing. Pertimbangan juga harus diberikan kepada persekitaran pembelajaran sama ada untuk kumpulan besar, sederhana, kecil atau individu, serta mengambil kira gaya pembelajaran dan kemampuan murid. 3. Memilih (yang sedia ada), mengubahsuai (daripada yang sedia ada) atau mereka bentuk bahan (baru): Ketiga-tiga tindakan ini berkait rapat dengan objektif pembelajaran yang telah dirancang. Pemilihan bahan sedia ada hendaklah mengambil kira sama ada bahan tersebut; memenuhi kurikulum merupakan maklumat yang tepat dan terkini menggunakan bahasa yang jelas dan tepat boleh merangsang motivasi dan mengekalkan minat murid mempunyai ruang untuk penglibatan murid mempunyai kualiti teknikal yang baik telah mempunyai bukti tentang keberkesanannya tidak bersifat berat sebelah atau mempunyai elemen iklan disediakan dengan buku panduan penggunaan

Mengubahsuai bahan sedia ada adalah mencabar serta memerlukan kreativiti. Namun, tindakan ini mungkin boleh menjimatkan masa dan kos. Sekiranya bahan tersebut dalam bentuk video, guru boleh membuat suntingan dengan mengekalkan bahagian yang diperlukan sahaja. Atau guru tidak memerlukan penerangan daripada video berkenaan, guru boleh membatalkan audio dengan memilih mute atau off-kan bahagian audio dan guru memberi penerangan berdasarkan video berkenaan. Bagaimanapun, sekiranya kedua-dua tindakan di atas masih tidak sesuai dengan isi kandungan pengajaran, maka guru perlulah mereka bentuk bahan baru. Dalam hubungan ini, pertimbangan berikut perlu diberi perhatian: Objektif - apa guru mahu murid pelajari? Murid - apa ciri-ciri mereka/tahap pengetahuan dan kemahiran? Kos - mempunyai baget? Kepakaran teknikal - kalau guru tidak pakar, siapa yang akan membantu? Peralatan - adakah mempunyai peralatan yang cukup?

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 1 | 134

Fasiliti - adakah fasiliti untuk menggunakan bahan yang disediakan? Masa - anda mempunyai masa melaksanakan tugasan ini? Guna media dan bahan (Utilise media and materials) Fasa ini agak kritikal kerana penyediaan bahan yang sempurna harus berakhir dengan penggunaan yang sempurna dan berkesan dalam proses pengajaran-pembelajaran. Heinich (2005) mencadangkan lima langkah penggunaan media instruksional yang berkesan: 1. Pratonton bahan: Adalah penting bagi seseorang guru untuk menonton terlebih dahulu bahanbahan yang akan digunakan sebelum dipertontonkan kepada murid di dalam bilik darjah. Dengan berbuat demikian guru dapat mempastikan bahawa bahan tersebut benar-benar sesuai dengan isi kandungan di samping bersesuaian dengan budaya, kepercayaan dan nilai yang baik serta tiada isu-isu sensitif. 2. Sediakan bahan: Pastikan semua bahan berkaitan dalam keadaan bersedia digunakan. Susun ikut susunan penyampaian dengan mempastikan mana bahan guru dan mana bahan murid. Sekiranya guru kurang mahir dengan peralatan tertentu, guru perlu praktik terlebih dahulu. 3. Sediakan persekitaran pembelajaran: Penyediaan ini perlu walau di mana juga pembelajaran akan berlaku, sama ada di bilik darjah, makmal, pusat sumber atau di padang permainan, agar media dan bahan yang disediakan guru dapat dimanfaatkan secara maksimum. Alatan yang berfungsi, suasana yang selesa, media instruksional yang boleh dilihat atau/dan didengar dengan mudah oleh semua murid, di samping murid dan guru dan murid dan murid boleh melihat antara satu sama lain. 4. Sediakan murid: Menyediakan murid kepada suatu pembelajaran berbeza dengan menyediakan penonton bagi persembahan muzik hiburan (misalnya muzik rock) kerana penonton yang membuat pilihan dan datang menonton muzik rock adalah kerana mereka berminat! Keadaan sebaliknya bagi menyediakan murid di bilik darjah. Oleh sebab guru perlu menarik murid supaya berminat, maka permulaan pengajaran memerlukan set induksi atau pengenalan yang kreatif dan mencabar. Anda mungkin boleh menggunakan salah satu daripada cadangan berikut; memperkenalkan overview keseluruhan isi memberi isu yang rasional yang boleh dikaitkan dengan isi merangsang murid supaya menyedari bahawa ada kelebihan mempelajari topik ini memberi gambaran umum yang menuju kepada suatu idea spesifik isi pengajaran

5. Sediakan pengalaman pembelajaran: Guru perlu berani menyediakan pengalaman pembelajaran murid dengan gaya yang profesional. Satu istilah yang boleh digunakan ialah showmanship! Menguasai kemahiran ini bermakna guru boleh mengawal dan mengekalkan perhatian murid. Untuk itu guru perlu bertindak sebagai pelakon profesional. Sekiranya guru perlu sebagai pemudah cara dan murid menggunakan bahan-bahan yang dirancang guru, maka guru perlu

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 1 | 135

bertindak profesional dengan menguasai pengetahuan, kemahiran dan isi kandungan bagi membantu murid. Penglibatan murid (Require learner participation) Teori kognitif mengatakan pembelajaran merupakan proses dalaman mental yang terjadi daripada kegiatan manipulasi maklumat secara aktif oleh otak manusia. Sudut pandangan behavioris mengatakan pembelajaran berlaku apabila murid melakukan sesuatu perubahan yang nyata pada pandangan guru. Oleh yang demikian guru perlu merancang supaya murid melakukan sesuatu pembelajaran. Ini bersesuaian dengan pandangan konstruktivis yang mengatakan pembelajaran ialah suatu proses mental yang aktif. Sementara sudut pandangan kognitif pula mengatakan bahawa pembelajaran berlaku apabila murid menggunakan sesuatu konsep baru. Ini bermakna guru perlu merancang dan menyediakan suatu persekitaran pembelajaran yang membolehkan murid terlibat sama secara aktif iaitu seperti pengalaman enaktif dalam Kon Pengalaman Pembelajaran Dale. Misalnya apabila menonton video, guru perlu mempastikan apa yang murid harus lakukan sebelum, semasa dan selepas penontonan. Perbincangan, kuiz atau peluang membuat latihan hasil pembelajaran adalah di antara contoh-contoh lain penglibatan murid dalam proses pengajaran-pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa menonton siri kanak-kanak melalui siaran TV seperti Sesame Street (termasuk saluran TVIQ Astro-penulis) bukan sahaja boleh merangsang perkembangan intelektual malah turut membantu membentuk sikap positif dalam kalangan murid. Nilai dan semak (Evaluate and revise) Langkah terakhir dalam Model ASSURE bagi menjadikan pembelajaran yang bermakna adalah menilai dan menyemak semula. Proses menilai ini sebenarnya berlaku secara berterusan semenjak merancang, melaksana dan menyelesaikan proses instruksional. Menilai ciri-ciri murid, menilai kesesuaian murid dengan metod dan media yang dirancang. Semasa proses pengajaran pula, guru menilai keupayaan murid menerima isi pengajaran, menilai respon murid, menilai penglibatan atau menilai melalui kuiz atau penilaian kendiri murid. Penilaian semasa pengajaran juga bertujuan mendiagnos, mengesan dan memperbaiki kesilapan ataupun permasalahan instruksional. Selepas menggunakannya untuk kali pertama, guru harus menilai sama ada media instruksional tersebut akan digunakan lagi pada masa akan datang, dengan pengubahsuaian, atau tanpa perlu pengubahsuaian. Persoalan berikut perlu difikirkan: Apakah media berkenaan membantu murid mencapai objektif pembelajaran? Apakah media tersebut berjaya menarik minat murid? Apakah media tersebut membawa kepada penglibatan murid secara bermakna? Penilaian terakhir adalah merujuk kepada guru sendiri melalui muhasabah diri. Guru yang berani menilai serta mengkritik diri sendiri akan membawa kesan yang positif kepada kerjayanya. Secara umumnya terdapat empat cara untuk menilai guru iaitu oleh (1) diri sendiri (membuat rakaman video/audio), (2) murid (melalui borang penilaian yang mudah/respon oleh murid), (3) rakan sekerja (membuat pemerhatian dari belakang bilik darjah dengan membuat penilaian terbuka melalui catatan/kita menyediakan set penilaian yang akan dinilai oleh rakan guru kita, dan (4) pihak pentadbir (meminta kehadiran Guru Besar atau Guru Penolong Kanan atau Ketua Bidang atau Guru Pakar untuk menilai di samping memaklumkan juga kepada mereka aspek-aspek tambahan yang kita juga mahu mereka menilai).

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 1 | 136

Semak semula adalah berkaitan dengan keseluruhan pusingan proses Model ASSURE. Menyemak murid dengan merujuk kepada pencapaian objektif yang dirancang, reaksi murid kepada metod yang kita gunakan dan keberkesanan media instruksional yang dipilih dan apakah kita sudah berpuas hati dengan bahan yang telah dipilih itu bersesuaian dengan isi pelajaran? Berdasarkan kepada perbincangan di atas, jelas bahawa guru yang memilih dan menerapkan Model ASSURE dalam menyediakan reka bentuk instruksional membolehkan guru mempastikan pembelajaran berlaku. Sekarang cuba fikirkan satu subtopik pengajaran untuk satu masa pengajaran. Sediakan sebuah rancangan mengajar yang menggunakan Model ASSURE seperti yang dibincangkan

di atas.

Bagaimana memilih media instruksional?

esuatu media pengajaran dipilih berasaskan potensinya dalam melaksanakan objektif pembelajaran dengan berkesan (Yusup, 1998). Pemilihan media merupakan aspek yang kritikal ke arah pembelajaran bermakna. Cuba kita fikir, mengapa sesetengah murid tidak dapat mengikuti pengajaran kita dengan baik? Adakah mereka bodoh? Atau mereka sengaja tidak mahu memberi tumpuan kepada pembelajaran? Tapi mengapa kita tidak bertanya kepada diri kita sendiri, membuat muhasabah diri tentang mengapa murid tidak bersama-sama kita semasa proses pengajaran-pembelajaran? Mudahkah murid faham dengan hanya mendengar penerangan lisan daripada guru? Sebagaimana yang telah dibincangkan dalam Model ASSURE, kita perlu mengenal pasti dan jelas tentang murid, isi pelajaran, objektif pembelajaran dan kaedah pengajaran sebelum membuat pemilihan media. Kon Pengalaman Pembelajaran Dale juga boleh dijadikan rujukan pemilihan media berasaskan objektif pembelajaran. Middlesex Commuity College, Tyler Junior College, Tyler, melalui Tutor Trainers Manual, merumuskan tiga gaya pembelajaran murid dan media yang sepadan seperti disenaraikan dalam Jadual 8.1. Guru mungkin boleh menjadikan jadual tersebut sebagai panduan dalam menyediakan reka bentuk instruksional masing-masing. Jadual 8.1 Gaya pembelajaran murid dan media Ciri Murid Perlu melihat apa yang sedang dipelajari Peka terhadap warna Menghadapi masalah dengan arahan lisan Mempunyai masalah dengan syarahan Kerap salah tafsir makna perkataan Visual Kesesuaian Media Guna grafik, gambar, gambar rajah, lakaran, ilustrasi Guna kod warna untuk menyusun nota dan bahan persendirian Guna arahan bertulis Guna carta alir dan gambar rajah dalam nota Gunakan perkataan atau fakta yang ingin dihafal

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 1 | 137

Auditori Gemar mendapatkan maklumat dengan cara Gunakan alat rakaman audio mendengar Perlu mendengar untuk memahami Gunakan perbincangan Menghadapi masalah dengan arahan bertulis Guna arahan lisan Kesusahan dalam membaca Bermasalah dalam menulis Tidak berupaya membaca bahasa badan dan mimik muka Kinestatik Lebih suka aktiviti hands-on Guna cara pembelajaran aktif Mencantum bahagian-bahagian tanpa merujuk manual Tidak boleh duduk diam Rehat dengan kerap semasa proses pembelajaran Guna komputer untuk aktiviti pengukuhan Belajar dengan lebih baik kalau disertai aktiviti fizikal
Sumber diubahsuai Tutor Trainers Manual, Tyler Junior College, Tyler

Bagaimana anda memilih media instruksional yang digunakan dalam proses pengajaranpembelajaran anda di bilik darjah? Berikan ulasan anda dengan cadangan pemilihan media di atas.

RUMUSAN

K
1. 2. 3. 4. 5.

ehidupan kita sebagai seorang manusia mengalami persekitaran teknologi yang terus berkembang dengan pesat di sekeliling kita. Asas penciptaan teknologi adalah untuk keselesaan hidup manusia. Alangkah baik jika kita sebagai guru menggunakan asas tersebut dan menggunakan teknologi sebagai wadah yang menselesakan tugas pengajaran dan pembelajaran. Kelahiran dan perkembangan kehidupan murid kita penuh dengan persekitaran berwarna-warni dan peralatan teknologi yang silih berganti menggerakkan guru untuk menerima ciptaan-ciptaan baru dan membawanya ke dalam bilik darjah untuk menjadikan pembelajaran lebih bermakna. Ini amat bersesuaian dengan kon pengalaman pembelajaran Dale yang sudah berabad-abad mencadangkan penggunaan bahan bantu mengajar.

KATA KUNCI
Teknologi Media Instruksional Pengalaman abstrak Pengalaman ikonik 6. Pengalaman enaktif 7. Pelbagai kecerdasan 8. Kon pengalaman pembelajaran Dale 9. Pilih media 10.Guna media

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 1 | 138

PENILAIAN KENDIRI
1. Jelaskan definisi reka bentuk instruksional dan model reka bentuk instruksional bilik darjah. 2. Nyatakan model reka bentuk instruksional mengikut tiga tumpuan. 3. Jelaskan model reka bentuk instruksional ASSURE (2005). 4. Apa yang anda faham dengan teori realisme? 5. Jelaskan kepentingan deria dalam proses belajar dan mengingat maklumat. 6. Jelaskan tujuan menggunakan media dalam instruksi dan pembelajaran. 7. Beri definisi media, instruksi, sistem instruksional, kaedah dan media dan strategi instruksional. 8. Jelaskan langkah-langkah yang terdapat dalam perancangan instruksional untuk menyediakan satu rancangan mengajar.

RUJUKAN
Sharon E. Smaldino, S. E., Russell, J. D., Heinich, R. & Molenda, M. (2005). Instructional technology and media for learning. 8th edition. New Jersey: Pearson Merrill Prentice Hall. Steven Farr (2010). Teaching as leadership; the highly effective teachers guide to closing the achievement gap. San Francisco: Jossey-Bass. Yusup Hashim, (2005). KPT2063 reka bentuk instruksional; bahan kuliah. Edisi lima. Tanjong Malim.

Anda mungkin juga menyukai