Anda di halaman 1dari 24

PENGENALAN. Pemikiran adalah aktiviti yang dilakukan oleh manusia hampir setiap masa.

Pemikiran secara mudah boleh difahami sebagai apa saja yang berlaku dalam minda kita. Manusia mempunyai pelbagai keistimewaan dan kelebihan berbanding dengan makhluk-makhluk lain. Kelebihan dan keistimewaan ini adalah kerana manusia dikurniakan akal. Akal fikiranlah yang membezakan secara kualitatif, di antara manusia dan haiwan. Akal atau minda adalah sumber ilmu intelek (intellectual knowledge) yang menghasilkan pengetahuan melalui proses pemikiran dan penaakulan minda. Melaluinya manusia boleh membuat pentaakulan

(rationalize), membentuk konsep (conceptualize), memahami (comprehend) dan sebagainya (Ghazali, 2000). DEFINISI PEMIKIRAN Berfikir ialah suatu aktiviti akliah dan rohaniah yang berlaku pada seseorang akibat adanya kecenderungan mengetahui dan mengalami. Ia disusun dengan teratur supaya lahirnya makna, fakta dan kefahaman. Akal manusia berfungsi untuk mengingat, berfikir dan menaakul. Daripadanya kegiatan berfikir berlaku.Manusia diberi daya kognitif yang membolehkannya berfikir. Manusia juga diberi daya efektif yang membolehkan emosi, perasaan dan kerja hati berhubung dengan daya kognitif. Daripadanya lahir pemikiran. Pemikiran yang berkembang boleh memberi asas kepada lahirnya ilmu. Pada diri manusia terdapat sumber ilmu. Persekitaran yang ada pada diri manusia terkandung ilmu. Pohonpohon yang subur, haiwan pelbagai jenis, sumber-sumber hasil bumi yang banyak terkandung ilmu. Peristiwa yang berlaku, perubahan yang terjadi, rahmah dan nikmat yang banyak terkandung ilmu. Allah jadikan semuanya adalah untuk manfaat manusia. Ia mendorong manusia berfikir kerana daripada aktiviti berfikir manusia akan dapat manfaat ilmu.Ilmu menyebabkan manusia tahu dan menerima makna akan sesuatu. Akhirnya dengan ilmu manusia tahu nilai guna sesuatu dan hikmah daripada sesuatu kejadian.
1

ALAT ALAT PEMIKIRAN MANUSIA. Alat alat berfikir merupakan instrument yang dapat membantu kita menggunakan minda kita dengan lebih tersusun dan terancang. Alat-alat ini sesuai digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran dan juga dapat dilakukan pada kehidupan seharian kita. Dengan adanya alat pemikiran ini, manusia mampu berfikir secara lebih kreatif dan kritis. Alat alat berfikir merupakan alat yang dapat membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Alat-alat ini menjadikan pemikiran kita lebih tersusun, jelas,luas dan kita tidak terburu-buru melakukan sesuatu. Ketrampilan berfikir secara kritis dan kreatif dapat diwujudkan dengan bantuan alat-alat ini. Alat-alat berfikir membolehkan kita melihat sesuatu fakta, idea, isi dan konsep secara visual dan holistik. Kita dapat juga meninjau hubungan di antaranya di dalam satu rangka teratur.

Soalan dan penyoalan alat-alat pemikiran

Peta minda

Pengurusan grafik

CoRT

SOALAN DAN PENYOALAN. Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu, ia dapat

dijadikan teras kepada pembinaan konsep-konsep, kesanggupan memberi pernyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri sendiri di kalangan pelajar. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal. Secara umumnya teknik menyoal merupakan teknik yang penting dalam aktiviti pengajaran guru kerana hampir kesemua proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan teknik penyoalan.

TUJUAN SOALAN DAN PENYOALAN Memperkembangkan proses berfikir secara kreatif dan kritis di mana ia menggalakkan pembelajaran yang melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi. Mengumpul dan menganalisis maklumat secara berkesan. Menggalakkan serta meningkatkan penggunaan metakognitif dalam kalangan pelajar di mana ia menekankan konsep bagaimana dan bukan apa. Mengulang kaji perkara yang telah dipelajari dengan cepat. Merangsangkan pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dan suasana yang

ceria dalam pengajaran dan pembelajaran. Menggalakkan pencetusan idea-idea baru dan penggunaan idea-idea yang sedia ada dengan baik. Mewujudkan suasana untuk perkongsian idea antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar. Menguji dan menilai kebolehan, prestasi dan kemajuan pelajar dari semasa ke semasa oleh guru mahu pun pelajar itu sendiri. Mendapatkan maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru secara serta merta menerusi sesi pengajaran yang kebiasaannya dilakukan semasa pemerhatian oleh guru pembimbing atau penyelia. Mengenal pasti sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai atau tidak pada suatu sesi pengajaran.

Menarik minat dan perhatian pelajar untuk terus kekal dan tekal dalam pembelajaran agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung secara kondusif.

Mewujudkan suasana muhibah dan takrif antara guru dengan pelajar, guru akan seronok mengajar dan pelajar gembira belajar.

PRINSIP-PRINSIP PANDUAN PENYOALAN. Bagi memastikan kelancaran pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru perlulah menyediakan soalan-soalan yang dapat mengasah pemikiran kreatif di kalangan pelajar.

Berikut ini merupakan ciri-ciri teknik penyoalan yang sesuai digunakan bagi memungkinkan kejayaan teknik ini dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran:

i. Soalan-soalan yang hendak dikemukakan hendaklah dirancang ii. Soalan-soalan hendaklah bersesuaian dengan peringkat kebolehan pelajar iii. Aras soalan hendaklah tidak terlalu senang dan tidak pula terlalu sukar iv. Perkataan atau istilah yang hendak digunakan haruslah boleh difahami oleh pelajar v. Beri peluang kepada pelajar untuk memikirkan jawapan vi. Kemukakan soalan kepada seluruh kelas dan elakkan daripada mengemukakan soalan kepada murid tertentu sahaja. vii. Kemukakan soalan terlebih dahulu sebelum menentukan nama murid. viii. Bentuk soalan hendaklah berubah-ubah untuk menarik perhatian murid. ix. Tentukan bahawa soalan itu dapat didengar dengan jelas oleh pelajar seluruh kelas x. Soalan yang dibentuk harus mampu mendorong pelajar untuk berfikir xi. Elakkan soalan yang mengandungi jawapan di dalamnya xii. Soalan hendaklah ringkas dan jelas.

CIRI-CIRI SOALAN YANG SESUAI DIGUNAKAN : i. Pengetahuan

Soalan-soalan berbentuk pengetahuan merupakan soalan yang dapat mencerna ingatan mudah. Kategori soalan jenis ini perlulah dipilih oleh guru terutamanya ketika menyampaikan tajuk, topik atau idea baru kepada pelajar.

ii.

Pemahaman

Setelah didedahkan dengan sesuatu konsep dan pengetahuan, guru seharusnya menyoal soalan-soalan yang berbentuk pemahaman. Ini bermakna aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan berlangsung dalam dimensi memahami atau kegiatan memahami. iii. Aplikasi

Seterusnya ciri-ciri soalan yang berikut ini melibatkan penggunaan informasi yang diberikan kepada pelajar. Soalan-soalan aplikasi bertujuan untuk membantu pelajar menggunakan pengetahuan menerusi informasi-informasi yang disalurkan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. iv. Analisis

Ciri-ciri soalan analisis ialah soalan bentuk ini berfungsi untuk memisahkan idea. Pada peringkat yang lebih tinggi, pelajar akan dikemukakan dengan soalan-soalan menganalisis dan guru perlulah berhati-hati agar pelajar dapat mengikuti isi pembelajaran dan menggunakan semua kemahiran yang diterapkan kepada mereka. v. Sintesis

Soalan sintesis merupakan soalan-soalan yang boleh membantu pelajar mencantum dan mewujudkan suatu idea baru menerusi maklumat awal yang didedahkan kepada mereka. Kemahiran ini juga menghendaki kemahiran yang tinggi di mana guru dapat membimbing pelajar sehingga mereka mampu mensintesis maklumat. vi. Menilai

Pada peringkat yang paling tinggi, soalan berbentuk menilai akan diberikan kepada pelajar. Menilai bermakna pelajar harus dapat membuat dan juga mempertahankan justifikasi mereka.

KATEGORI-KATEGORI SOALAN LAIN

i. Soalan-soalan mengikut urutan (First-Order Question) : Soalan bentuk ini adalah soalan mudah yang biasa digunakan. Soalan ini dikatakan mengikut urutan kerana ia mengikut urutan pendedahan maklumat yang diberikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. ii. Soalan-soalan mencungkil : Soalan-soalan mencungkil merupakan jenis soalan yang dapat mencungkil pengetahuan pelajar secara beransur-ansur. Teknik ini juga menghendaki guru untuk menghasilkan soalan-soalan yang kreatif serta jelas dan mudah agar pelajar tidak berasa bosan. iii. Soalan-soalan terbuka : Soalan-soalan terbuka merupakan bentuk soalan bebas yang berupaya menilai keupayaan dan pengetahuan pelajar. Di samping itu pelajar juga boleh menyoal guru sebaliknya bagi tujuan mendapatkan kepastian dan penjelasan lebih lanjut. Tindak balas seperti ini adalah sesuatu yang diharapkan agar guru dapat mengenal pasti kedudukan pemahaman pelajar. iv. soalan-soalan bercapah : Soalan-soalan bercapah merupakan soalan yang mampu menjana pemikiran secara meluas. Soalan-soalan yang subjektif akan membantu pelajar meluaskan skop pemikiran dan ini sangat penting bagi mereka.

PETA MINDA Peta minda adalah sangat sesuai digunakan untuk membuat nota pada sesebuah topik untuk suatu mata pelajaran berdasarkan prinsip penggunaannya. Selari dengan tujuan peta minda iaitu ia membolehkan pelajar mencatat nota dengan mudah serta mengingat sesuatu dengan mudah di samping menggabungkan serta menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar. Maka, peta minda adalah amat sesuai dan tepat bagi tujuan kajian ini agar pelajar dapat membuat, menyimpan dan mengulangkaji nota dengan baik dan berkesan. Peta minda dapat diaplikasikan ke atas individu, keluarga, pendidikan dan situasi perniagaan, mencatat nota, sumbangsaran (dalam mana idea-idea dimasukkan ke dalam peta berjejarian dari pusat, di mana pengumpulan dan pengorganisasian dilakukan pada tahap seterusnya), merumuskan, mengulangkaji dan menjelaskan pemikiran secara umum. Sebagai contoh, seseorang dapat sambil mendengar kuliah dan mencatat nota dengan menggunakan peta minda untuk isi dan kata kunci terpenting. Seseorang juga dapat menggunakan peta minda sebagai suatu teknik memori atau mengeluarkan idea yang kompleks. Peta minda juga digalakkan sebagai suatu kaedah untuk digunakan bersama ketika sesi mencetuskan kreativiti berasaskan pensil warna. Peta minda dapat dilukis dengan menggunakan tangan, sama ada sebagai nota kasar, sebagai contoh, ketika menghadiri kuliah atau mesyuarat. Peta minda juga dikenali sebagai Swiss army knife for the brain adalah satu teknik mengambil nota yang telah diguna oleh lebih daripada 250 juta individu di seluruh dunia. Pada masa yang sama, penggunaan peta minda juga amat luas dalam dunia pendidikan dan perniagaan (Buzan, 2002). Peta minda adalah satu teknik mengrafik yang sungguh berkuasa di mana ia mampu membekalkan kunci universal ke atas membuka potensi pemikiran seseorang. Peta minda mengikat kepelbagaian kemahiran berhubung penggunaan korteks yang melibatkan perkataan, imej, nombor, logic, muzik, warna, kepekaan ke atas ruang

dengan berkesan. Selain itu, ia juga memberi kebebasan kepada individu menjelajahi kemampuan otak yang tiada batasannya.

TUJUAN PETA MINDA ADALAH UNTUK MEMBOLEHKAN PELAJAR: Mencatat nota dengan mudah. Merancang sesuatu seperti penulisan karangan, persembahan, ucapan, projek dan sebagainya. Mengingat sesuatu dengan mudah. Menggabungkan dan menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar.

KEGUNAAN DAN KENPENTINGAN PETA MINDA. Minda mengingati kata kunci dan imej dan bukannya ayat. Peta minda hanya menggunakan kata kunci dan imej, justeru membenarkan maklumat yang banyak dimasukkan ke dalam sehelai kertas. Oleh kerana peta minda bercirikan visualisasi dan memperlihatkan hubung kait antara kata kunci, maka ia adalah lebih mudah diimbas kembali berbanding nota berciri linear. Mencatat bermula dari pusat kertas membenarkan seseorang mencatat ke semua arah berbanding dari hujung atas kiri. Pengurusan peta minda menggambarkan bagaimana otak manusia mengurus idea. Peta minda adalah mudah dirujuk. Pada masa yang sama, merujuk secara berulang mengukuhkan ingatan. Cara terbaik dalam membuat rujukan adalah dengan melakukan imaginasi ke atas kandungan peta minda, kemudian baru merujuk kembali kepada peta minda jika terdapat sebarang kekaburan. Individu dapat mengingat pada perkara yang mudah dilihat. Peta minda membenarkan individu mencatat kata kunci yang mudah dilihat secara visual dengan berkesan.
9

KEPENTINGAN PETA MINDA DAPAT DIKAITKAN PERKARA DI BAWAH:

(a) Menghasilkan Nota : Setiap kali maklumat dicatat, peta minda mampu menguruskannya dalam bentuk ringkas yang mudah diasimilasi dan diingati otak. Peta minda boleh digunakan untuk membuat nota bagi sebarang sumber buku, kuliah, syarahan, taklimat, bahan bacaan, mesyuarat, temu bual dan perbualan telefon. (b) Ingat Kembali : Setiap kali maklumat diimbas kembali dari ingatan, peta minda membenarkan idea yang lintas pada fikiran dicatat dengan pantas dalam keadaan terurus. Catatan yang dilakukan tidak perlu dalam bentuk ayat penuh. Peta minda berfungsi pantas dan berkesan dalam aktiviti imbas kembali nota kuliah, kandungan bahan bacaan dan perkara yang telah diulangkaji. (c) Kreativiti : Setiap kali seseorang ingin mencetuskan suatu idea berdasarkan kreativitinya, peta minda membebaskan pemikirannya daripada pemikiran linear dan membolehkan idea-idea baru bercambah dengan baik. Pengguna peta minda harus menganggap setiap item di dalam peta minda adalah pusat kepada peta minda yang baru. (d) Penyelesaian Masalah : Setiap kali seseorang berhadapan dengan permasalahan sama ada dalam bidang profesional atau peribadi peta minda membantu individu untuk mengenal pasti isuisu dan hubung kait antara satu sama lain. Selain itu, ia juga membantu individu mendapatkan gambaran keseluruhan dengan pantas di samping mengesan perbezaan ke atas aspek situasi dan kepentingannya.
10

(e) Perancangan : Setiap kali seseorang merancang sesuatu, peta minda membantu individu memperolehi dan mengurus semua maklumat berkaitan dengan mudah. Peta

minda boleh digunakan untuk merancang sebarang penulisan sama ada dari surat hingga ke skrip lakonan, mahu pun buku. Di samping itu, peta minda juga boleh digunakan untuk merancang suatu mesyuarat, aktiviti harian, pelancongan, kerangka karangan, penulisan makalah, laporan dan persembahan. (f) Pembentangan : Peta minda membantu seseorang menyediakan topik dan urutan semasa ingin membuat suatu pembentangan. Peta minda bukan sahaja membantu dalam

mengurus idea-idea dengan nyata, malah memberi satu gambaran menyeluruh secara visual dalam pemikiran tanpa merujuk kepada helaian kertas. Peta minda sangat membantu dalam membuat persembahan seperti laporan, kertas kerja, hasil perbincangan dan sumbangsaran. (g) Penggunaan otak kiri dan kanan serentak : Peta minda berupaya menggabungkan dan mengimbangkan penggunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar. (h) Membuat sinopsis : Peta minda dapat merumuskan pelbagai bahan bacaan ke dalam bentuk sinopsis atau ringkasan yang padat dan lengkap. Antara bahan bacaan yang sering kali dirumuskan adalah seperti buku, novel, cerpen dan puisi.

11

PENGURUSAN GRAFIK Pengurusan grafik (PG) adalah satu bentuk ilustrasi atau lakaran yang digunakan dengan tujuan untuk merancang, mengurus, meneliti, menganalisis atau menghasilkan sesuatu idea pemikiran yang lebih sistematik, jelas dan berkesan. Secara umumnya, PG ini berbentuk seperti borang dan jaringan yang perlu diisi dengan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tajuk atau kemahiran yang sedang dipelajari (Som dan Mohd Dahalan, 1998). Melalui PG ini, sesuatu idea yang hendak disampaikan itu akan menjadi lebih jelas dan mudah difahami. Walaupun secara umumnya terdapat lapan jenis pengurusan grafik, tetapi penggunaannya adalah spesifik untuk tujuan tertentu seperti PG membanding beza hanya boleh digunakan khusus untuk menyelesaikan masalah atau disimpan sebagai rujukan bagi tujuan membanding beza suatu perkara. Rumusannya, penggunaan alat berfikir ini adalah terhad bagi suatu tujuan khusus dan fungsinya adalah tidak menyeluruh berbanding fungsi peta minda yang jauh lebih komprehensif khususnya dalam mengambil nota kuliah. CONTOH-CONTOH PENGURASAN GRAFIK PG membanding dan membezakan PG membuat kategori PG meneliti bahagian-bahagian kecil dan keselurahan PG menerangkan sebab PG membuat ramalan PG membuat periksa andaian PG membuat keputusan PG menyelesaikan masalah

12

PENGGUNAAN PENGURSAN GRAFIK PG digunakan untuk membantu seseorang itu mengurus dan menyusun pemikirannya supaya menjadi lebih sistematik dan berkesan. Walau pun PG ini disediakan dengan contohcontoh tertentu, kita boleh mereka cipta PG sendiri atau mengubah suai PG yang sedia ada mengikut keperluan dan peringkat pembelajaran pelajar. Pelajar hendaklah dilatih menggunakan PG bagi setiap kemahiran yang berkaitan. Hal ini demikian kerana PG bukan sahaja dapat membantu mengurus pemikiran mereka dengan berkesan, malah juga dapat memudahkan mereka memahami sesuatu proses pemikiran itu dengan lebih baik. Mungkin apabila mereka telah mahir menggunakan PG ini, maka mereka tidak lagi perlu menggunakannya. Jadi, penggunaan PG adalah berdasarkan objektif-objektif tertentu. Contoh pengurusan grafik :

ALAT CORT (Cognitve Research Trust) Kemahiran Berfikir menggunakan Alat CoRT 1 diperkenalkan oleh Edward De Bono. Beliau dilahirkan di Malta, sebuah negara kepulauan di Laut Mediterranean. Beliau
13

berkelulusan D.Phill. Perubatan dari Universiti Oxford serta Ph.D dari Universiti Cambridge. Program CoRT meltih seseorang membentuk kemahiran dalam penyelesaian masalah dan kemahiran pemikiran lateral.Ini dilakukan dengan menggalakkan penggunaan engetahuan yang biasa dan umum tetapi mengaplikasinya kepada masalah dari perseptif yang luas. Alat-alat berfikir membantu seseorang menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Pemikiran kita akan menjadi lebih tersusun, luas, jelas, dan tidak terburu-buru dalam melakukan sesuatu. Alat-alat berfikir merupakan instrumen yang boleh membantu dalam membuat pengurusan lisan, mengurus pemikiran secara visual dan lebih terkawal. Ianya juga membantu proses pemikiran secara mendalam dan meluas. Program CoRT juga dikenali sebagai Cognitive Research Trust mengandungi 6 bahagian CoRT, iaitu; 1. CoRT 1 : keluasan persepsi. 2. CoRT 2 : organisasi proses berfikir. 3. CoRT 3 : interaksi, argumen, pemikiran kritis. 4. CoRT 4 : pemikiran kreatif. 5. CoRT 5 : maklumat dan perasaan. 6. CoRT 6 : tindakan.

CoRT 1 (Cognitive Research Trust). Mengandungi alat persepsi untuk membawa ke arah pengamatan. Setiap alat CoRT1 diberi nama berasaskan singkatan frasa. Ia mempunyai kegunaan untuk untuk melahirkan persepsi dan mudah dipelajari / digunakan. 1. Plus, Minus, Interesting (Baik, tidak baik, menarik). 2. Consider all factors (Mengambil kira semua faktor).

14

3. Consequences and sequel (Meramalkan sebab dan akibat). 4. Aims, Goals and Objectives (Tujuan, matlamat dan objektif). 5. First, Important Priorities (Memberikan keutamaan kepada yang terpenting). 6. Other Peoples View (Pandangan orang lain). 7. Alternatives, Possiblities and Choices (Pelbagai pilihan, kemungkinan).

CORT 1: NAFAS - MELUASKAN PERSEPSI DENGAN MEMPAMERKAN BEBERAPA ARAH YANG BERLAINAN PEMIKIRAN BOLEH. 1. PMI (Plus, Minus, Interesting) Direka untuk memastikan bahawa keputusan atau komitmen berlaku selepas keduadua belah perkara itu telah dipertimbangkan dan tidak berlaku seperti sebelumnya. 2 CAF (Consider all options) Operasi ini pada asasnya adalah berkaitan dengan tindakan, keputusan, perancangan, penghakiman, dan membuat kesimpulan. 3 PERATURAN (rules) Menyediakan peluang untuk mengamalkan kedua-dua pelajaran sebelumnya: PMI dan CAF Satu peraturan yang sedia ada atau yang dicadangkan ini adalah peluang untuk mengamalkan PMI. Faktor-faktor yang terlibat dalam membuat peraturan menyediakan amalan dalam CAF 4 C & S (Consequence and Sequel) Penghabluran bagi proses melihat ke depan untuk melihat kesan daripada beberapa
15

pelan tindakan keputusan ciptaan dan sebagainya peraturan, Perhatian ditumpukan secara langsung pada masa depan. Serta-merta, pendek, sederhana dan jangka panjang akibat diperiksa oleh kumpulan-kumpulan yang berbeza. 5 AGO (Aims Goals Objectives) Pelajaran ini memberi tumpuan kepada niat di sebalik tindakan pada idea tujuan.Dalam sesetengah situasi, ia adalah lebih sesuai untuk menggunakan matlamat dan bukannya matlamat objektif. Utama di sini ialah untuk memberi tumpuan kepada maksud lebih daripada tindak balas. 6 PERANCANGAN (planing) Idea ini adalah untuk menggunakan perancangan sebagai keadaan pemikiran yang membawa bersama-sama. Objektif (yang lalu), akibat (C & S), faktor-faktor yang terlibat (CAF) dan rawatan idea-idea (PMI) 7 FIP (First Important Priorities) FIP adalah situasi penghakiman yang tidak memerlukan jawapan mutlak. Ia adalah orang, dan / atau keadaan tertentu. Ia adalah penghabluran proses memilih idea-idea yang paling penting, faktor-faktor, objektif, concequences, dan sebagainya. Setiap keperluan keadaan tertentu. 8 APC (Alternatives, Possibilities, Choices) APC merupakan satu cubaan untuk memberi tumpuan kepada meneroka alternatif, pilihan, kemungkinan - luar yang jelas 9 KEPUTUSAN (decisions) Pelajaran ini memberi peluang untuk membawa bersama dua pengajaran terakhir khususnya, FIP dan APC: dan juga pelajaran lain dengan cara yang lebih umum

16

Dalam membuat keputusan anda mempunyai: Mempertimbangkan semua faktor Akan jelas tentang matlamat / objektif Menilai prioriries Lihat pada kesan-kesan Cari kursus alternatif tindakan Anda boleh juga melakukan PMI atas keputusan yang dibuat sekali

10 OPV (Other People's View) Ini berpendapat proses mencari pada pandangan orang lain supaya proses tersebut boleh digunakan secara sedar dan sengaja untuk melarikan diri dari sudut pandangan.

17

CARA MENGAPLIKASI PEMIKIRAN KREATIF DAN KRITIS DALAM BILIK DARJAH Ciri-ciri tingkah laku guru yang berikut sebagai ciri-ciri tingkah laku kreativiti dalam bilik darjah: yang memupuk

Menggalakkan pelajar untuk belajar secara bebas. Memiliki stail pengajaran yang saling bekerjasama dengan pelajar dan bersepadu secara sosial.

Memotivasikan pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan untuk dijadikan asas kepada pemikiran divergen.

Menangguhkan sebarang penilaian terhadap idea yang dikemukakan oleh pelajar kecuali setelah idea-idea tersebut telah diteliti dan diungkapkan dengan jelas.

Menggalakkan pelajar berfikir secara fleksibel. Menggalakkan pelajar melakukan penilaian kendiri terhadap idea-idea yang mereka keluarkan.

Mengambil segala cadangan dan soalan pelajar secara serius atau bersungguhsungguh.

Menawarkan kepada pelajar peluang-peluang untuk melakukan tugasan dengan menggunakan pelbagai bahan dan dalam berbagai keadaan.

Membantu pelajar belajar bagaimana untuk menghadapi kekecewaan dan kegagalan supaya pelajar akan tabah untuk mencuba sesuatu yang baru dan luarbiasa.

18

STRATEGI PENGAJARAN YANG PERLU DILAKUKAN OLEH GURU IALAH: 1. Guru harus berperanan untuk membantu dalam mengkonstruk pemikiran pelajarnya sendiri. Dalam konteks ini, guru harus menilai soalan-soalan pelajar dengan serius. Guru hendaklah mendapatkan pandangan, penerangan dan keinginan datau minat pelajar dengan tekun untuk membantu mengannalisis isu-isu atau situasi-situasi pembelajaran yang memberangsangkan dan mencabar. Guru tidak seharusnya mempunyai pandangan negatif dengan mencari jawapan yang satu atau simple sahaja. Guru dan pelajar tidak seharusnya bergantung pada buku-buku teks dan latihan sahaja untuk menjana ilmu pengetahuan. 2. Guru harus menganalisis strategi megajar dengan cara mengemukakan soalan-soalan berdasarkan pemikiran dalam pengajaran. Ia dapat membantu pelajr memahami sesuatu topik dengan lebih mendalam.Dalam pengajaran, guru juga boleh mempraktikkan dengan bertanyakan soalan berdasarkan enam aras taksonomi Bloom,iaitu menguji pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Usaha guru ini dilihat sebagai pemangkin dalam mengetengahkan sesuatu idea atau topik pengajaran dengan lebik efektif. 3. Guru hendaklah menyediakan model peranan yang posotif untuk pemikiran. Guru hendaklah mengenal pasti tokoh-tokoh model yang tinggal dalam komuniti untuk menjemput mereka berkongsi pengalaman sebenar yang mereka lalui sehingga muncul sebagai tokoh yang disegani. Pelajar dapat berinteraksi dengan idea-idea sebagai maklumat primer dalam mengatur strategi pemikiran pembelajaran yang efektif. 4. Guru harus mengemas kini perkembangan isu-isu terkini dalam pemikiran. Guru harus terus belajar dengan aktif tentang perkembangan isu-isu baru dan terkini. Ia membantu guru mengajar pelajar memikir secara efektif. Guru boleh mendalami aspek-aspek teknologi terkini dalam mengetengahkan kemahiran pemikiran pelajar. Ilmu pengetahuan yang baru melalui pembcaan meluas iaitu pembacaan jurnal-jurnal pendidikan, contohnya dapat membantu guru melengkapkan informasi tentang pemikiran.
19

KESIMPULAN

Usaha yang berterusan perlu dijalankan untuk memupuk kreativiti dalam kalangan pelajar. Kejayaan usaha ini sangat bergantung kepada para guru. Walaupun warga pendidik telah didedahkan dengan pelbagai teknik pengajaran yang boleh membantu mereka memupuk kreativiti para pelajar tetapi kebanyakkan teknik-teknik pengajaran ini tidak digunakan dalam bilik darjah. Salah satu sebab utamanya perkara ini berlaku ialah kerana polisi sistem

pelajaran kita yang masih lagi secara keseluruhannya berorientasikan peperiksaan. Oleh itu kerjasama dari semua pihak amat diperlukan supaya sistem yang berorientasikan peperiksaan dapat diubah kepada sistem yang lebih seimbang yang akan memupuk setiap potensi minda pelajar.

Strategi pengajaran secara kreatif dan kritis dapat membantu para pelajar menjana idea baru dan meneroka sesuatu bidang dengan lebih mendalam. Selain itu, dengan adanya teknik yang bersesuaian dalam memupuk idea kreatif, para pelajar dapat mengembangkan bakat yang sedia ada dan sentiasa memikirkan cara yang terbaik untuk mengembangkan bakat dan kebolehan tersebut. Pemikiran kreatif dan kritis merupakan aspek yang penting dalam menjana ilmu pengetahuan yang baru dan bersifat holistik yang merangkumi semua aspek perkembangan. Perubahan suasana pembelajaran yang menuntut pelajar supaya sentiasa melibatkan diri dalam pembelajaran aktif kearah menganalisis, mengsintesis dan menyelesaikan masalah yang rumit dalam konteks pemikiran kreatif, kritis, dan inovatif.

20

BIBLOGRAFI. Abdul Rahim Hussein (1996). Memupuk Kemahiran Berfikir. Skudai ; Umida Industries Sdn. Bhd. Abdul Rahim Selamat (1999). Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise Ainon Mohd (2002). Kemahiran Berfikir Untuk Pelajar Kolej dan Universiti. Kuala Lumpur: Utusan Publications Ainon Mohd (1996). Belajar Berfikir : Teknik Menjalankan Daya Fikir. Kuala Lumpur : Utusan Publications Alat Alat Berfikir (02.03.2012) http://www.ppsk.usm.my/lecturers/naz/htv201/AlatAlatBerfikir/AlatAlatBerfikirSenai 03.htm Alat Alat Berfikir (01.02.2012)http://www.scribd.com/doc/56569885/Alat-Alat-BerfikirOleh-Rashida-Binti-A Alat Alat Berfikir (02.03.2012)http://www.scribd.com/doc/16273559/AlatAlat-Berfikir Alat Alat Berfikir (01.03.2012) http://starsegamat.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=151:alatalat-berfikir&catid=79:mutiara-kata Alat Berfikir : Soalan dan Penyoalan (02.03.2012) http://gurukreatifmuridaktif.blogspot.com/2011/05/alat-berfikir-soalan-danpenyoalan.html De Bono, E. (1997). Pemikiran Lateral. Kuala Lumpur ; Golden Books Centre Sdn. Bhd De Bono, E (1993). Atlas of Management Thinking. England : Penguin Books Dunn, R., Dunn, K (1997). Teaching Secondary Students T kemahiran berfikir (02.03.2012) http://guabama.wordpress.com/category/kemahiran-berfikir/ kemahiran berfikir (01.03.2012) http://jamr3.brinkster.net/bahan/KEMAHIRAN%20BERFIKIR%201.pdf kemahiran berfikir (03.03.2012) http://kulanzsalleh.blogspot.com/2010/02/kemahiran-berfikir.html kemahiran berfikir (01.03.2012) http://www.scribd.com/doc/2523991/kemahiran-berfikir Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam (01.03.2012) http://www.scribd.com/doc/14164166/Konsep-Umum-Pemikiran-Dan-PemikiranIslam

21

LAMPIRAN.

SOALAN DAN PENYOALAN

PETA MINDA
22

PENGURUSAN GRAFIK

ALAT CoRT

23

PEMIKIRAN KREATIF DAN KRITIS

24

Anda mungkin juga menyukai