Anda di halaman 1dari 20

KONSEP PEMBELAJARAN

Crow dan Crow mendefinisikan pembelajaran sebagai satu perolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Ia melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja, dan ia kan bertugas dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru. Ia merupakan satu proses perubahan tingkah laku yang progresif sambil individu itu bertindak balas kepada sesuatu situasi atau berbagai situasi dalam menyesuaikan tingkah lakunya dengan berkesan kepada permintaan yang dibuat terhadapnya. Ia juga membolehkan individu memenuhi minat atau mencapai matlamat.

Mengikut Mook Song Sang (2009) konsep pembelajaran dikategorikan berlandaskan teori-teori pembelajaran masa kinidan diklafikasikan kepada empat mazhab iaitu behavioris, kognitif, sosial dan humanis. Di antara tokoh-tokoh yang terpengaruh bagi mazhab behavioris ialah Parlov, Thorndike dan Skinner. Tokoh-tokoh ini berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran mereka adalah dihasilkan daripada pemerhatian dan ujian yang dijalankan ke atas haiwan. Mereka telah menumpukan ujian tersebut terhadap perperhubungan ransangan dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Ini menunjukkan tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal serta diramal. Pembelajaran hanya boleh bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuatu ransangan yang ada. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai dan akan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.

Tokoh-tokoh mazhab kognitif seperti Kohler, Bruner, Gagne dan Ausebel berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam alam fikiran dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Mereka menekankan proses kognitif yang menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, mereka berpendapat bahawa pembelajaran adalah satu proses kognitif untuk perhubungan perkara-perkara dalam persekitarannya dan mempunyai objektif atau motif tertentu. Apa yang dimaksudkan disini adalah, sekiranya ia tidak dapat mngenal pasti perhubungan perkara dan erti yang dipelajari, walaupun melalui latihan brkali-kali, pembelajaran tidak akan berlaku. Mereka tidak bersetuju dengan teori smulasi-tindak balas yang menyatakan pembelajaran berlaku kerana stimuli-tindak balas dan latihan

berulang-ulang. Mereka berpendapat pembelajaran adalah proses kognitif untuk perhubungan perkara-perkara dalam persekitarannya.

Mazhab sosial menyarakankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori mazhab behavioris bersama dengan mazhab kognitif. Teori mazhab sosial yang dipelopori oleh Bandura, menegaskan bahawa pembelajaran melalui proses pemodelan. Pemodelan yang dimaksudkan ialah melalui pemerhatian atau peniruan. Pembelajaran meliputi pelbagai aspek bukan sahaja tingkah laku manusia yang nyata tetapi juga meliputi aspek pemikiran dalaman seperti yang disarankan oleh ahli psikologi kognitif.

Melalui mazhab humanis pembelajaran manusia amat bergantung kepada emosi dan perasaannya. Setiap individu mempunyai cara yang berbeza denga individu ynag lain. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah diatur mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu sendiri. Mengikut ahli-ahli mazhab humanis, berpendapat bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan mencapai kecemerlangan kendiri.

Sebagai kesimpulannya, ahli psikologi pada umumnya mentafsir pembelajaran sebagai proses, melalui latihan atau pengalaman organisma dan seterusnya menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal. Secara ringkas, pembelajaran boleh dibahagi kepada dua iaitu yang pertama, pembelajaran yang berlaku hasil daripada latihan atau pengalaman. Ini bermakna sebarang perubahan tingkah laku yang tidak pernah melaui latihan atau pengalaman tidak boleh disebut sebagai pembelajaran. Kedua adalah perubahan tingkah laku yang melalui pembelajaran yang mempunyai ciri kekal. Ini bermakna perubahan tingkah laku buat sementara sahaja. Pembelajaran dapat didapati mula berlaku apabila tindak balas diadakan terhadap ransangan yang timbul. Ia akan berterusan apabila motivasi yang berkaitan dikekalkan dan pembelajaran dikatakan berakhir apabila konsep baru dibentuk dan dikuasai. * KONSEP PENGAJARAN

Mengikut Kamus Dewan, pengajaran dapat didefinisikan sebagai perihal mengajar, segala sesuatu yg berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar, aspek yang dipentingkan dan ia juga meliputi segala sesuatu cara atau perbuatan yang diajarkan. Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Pengajaran ini meliputi semua aspek contohnya, aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu.

Mengikut Thomas F. Green, tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakuan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercaaan baru. Dalam proses pengajaran aktiviti latihan atau pelaziman merupakan satu usaha menukarkan tingkah laku pelajar, manakala teknik tunjuk ajar digunakan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru. Ini meliputi pelbagai aspek iaitu latihan, pelaziman, tunjuk ajar yang menukarkan tingkah laku dan kelakuan, di samping membawa ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru kepada pelajar-pelajar.

Berdasarkan konsep tingkah laku yang diilustrasikan, beliau membuktikan tingkah laku adalah berkaitan dengan konsep ugutan dan ancaman fizikal. Manakala konsep kelakuan pula berkaitan dengan latihan dan pelaziman. Pengetahuan pula ialah hasil kognisi, iaitu mengetahui atau mengajar. Sedangkan kepercayaan pula mengandungi kekurangan bukti yang sah. Ia adalah sama dengan maklumat yang diperolehi daripada propoganda atau dusta. Mengikut Thomas, di antara lapan konsep yang berkaitan dengan pengajaran iaitu ugutan, ancaman fizikal, indoktrinasi, mempropoganda dan bohong dan hanya latihan, pelaziman dan mengajar boleh digolongkan dalam kawasan kecerdasan akal dan berkait rapat dengan konsep pengajaran. Sebagai kesimpulannya, perhubungan yang paling rapat dengan konsep pengajaran ialah intruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan akhirnya pelaziman. Contohnya, seperti mengajar murid dengan cara indoktrinasi tanpa memberi penerangan seperti menghafal fakta atau menggunakan pelaziman untuk memaksa murid belajar tanpa berfikir. *

TEORI ABRAHAM MASLOW (HUMANISTIK)

Latar Belakang Abraham Maslow Abraham Maslow dilahirkan di Brooklyn, New York dalam tahun 1908. Bapanya bernama Samuel Maslow dan ibunya bernama Rose. Abraham Harold Maslow lebih menyayangi bapanya dari ibunya. Maslow menganggap ibunya seorang yang amat kuat beragama dan kadangkalanya membuat dirinya serba salah. Ibunya sering membandingkan Maslow dengan adik adiknya yang lain, dan lebih menyayangi mereka daripada Maslow. Maslow juga sering dihina oleh ibunya. Pada zahirnya Maslow pernah menyatakan rasa marah dan benci ke atas ibunya. Semasa ibunya meninggal dunia, Maslow enggan menghadiri upacara pengkebumian ibunya.

Maslow amat menyayangi bapanya Samuel. Maslow sering dianggap sebagai anak bapa dan bukannya anak emak. Beliau sering menganggap bapanya sebagai kawan. Abraham Maslow mendapat ijazah pertama dan PhD dari Universiti Wisconsin dalam tahun 1934. Selepas mendapat ijazah doktor falsafah, beliau bekerja di Brooklyn College (1937 - 1951). Dalam tahun 1951, beliau meneruskan kerjayanya di bidang akademik di Universiti Brandeis, Massachusetts. Beliau pernah dilantik sebagi Pengerusi Jabatan Psikologi selama 10 tahun di universiti yang sama. Sepanjang kerjayanya, beliau banyak menghasilkan artikel artikel berkaitan dengan perasaan dirinya sendiri, pandangan terhadap insan juga perasaan ke atas kesihatan dirinya. Maslow berkahwin pada tahun 1928 dengan Bertha, dan beliau telah meninggal dunia di usia 62 tahun akibat penyakit serangan jantung.

Teori Humanistik Mengikut Pandangan Abraham Maslow Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan keseluruhan. Contohnya, seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian daripada diri individu tersebut, sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan rasa lapar. Teori Maslow ini ada berkaitan dengan personaliti, dan menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan dengan motivasi. Beliau menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya sebahagian daripada individu. Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana tingkah laku luaran yan diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu akan terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi. Personaliti yang dibincangkan oleh Maslow lebih kepada keperluan individu. Maslow sering mengaitkan perkembangan personaliti dengan motivasi. Motivasi lahir dari keperluan yang diperolehi oleh setiap individu. Maslow berpendapat sebilangan keperluan dalaman yang menggerak serta mengarahkan perlakuan yang dipamerkan oleh individu. Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam bentuk hieraki. Menurut beliau keperluan di tahap yang paling bawah/keperluan fisiologi harus dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang individu memikirkan tahap kedua. Dengan kata lain keperluan di peringkat kedua tidak akan wujud jika keperluan diperingkat pertama tidak mencapai tahap kesempurnaan. Maslow juga menyebut terdapat perbezaan diantara keperluan peringkat bawah dengan keperluan di peringkat tinggi. Antaranya : Keperluan di peringkat tinggi wujud lewat di dalam pertumbuhan diri kita dan kewujudannya secara beransur ansur. Oleh kerana lebih tinggi keperluan itu ianya lebih istimewa kepada individu tersebut. Keperluan fisiologi wujud sebaik sahaja individu lahir di dunia. Keperluan penghargaan kendiri timbul di peringkat remaja dan dewasa. Manakala keperluan kesempurnaan kendiri wujud selepas pertengahan umur. Kepuasan memenuhi keperluan di peringkat tinggi akan membawa erti yang mendalam kepada diri individu tersebut, seperti gembira. Keperluan di peringkat tertinggi (keperluan kesempurnaan kendiri) dianggap sebagai keperluan pertumbuhan. Keperluan keperluan di peringkat rendah, adalah keperluan yang semestinya dilalui oleh setiap individu bagi mengekalkan kestabilan.

5 TAHAP KEPERLUAN MANUSIA 1. Keperluan Fisiologi

Keperluan manusia yang paling asas adalah untuk hidup. Manusia perlukan udara, air, makanan dan tempat tinggal bagi memenuhkan kehendak pertama dan utama ini. Pada masa ini, keperluan lain tidak sama sekali menjadi tumpuan selagi kehendak asas ini dipenuhi. 2. Keperluan Keselamatan Setelah keperluan ini dicapai, manusia akan mencari keselamatan hidup, kestabilan kerja, jagaan masyarakat, undang undang serta membebaskan diri daripada ancaman luaran mahupun dalaman. Tahap keselamatan ini amat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan hidup. 3. Keperluan Kasih Sayang dan Kepunyaan Dalam memenuhkan keperluan kasih sayang pula, manusia perlukan hubungan dengan insan lain. Kita semua pada asasnya ialah haiwan yang bersosial, iaitu kita perlukan kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu manusia ini sememangnya tidak boleh wujud bersendirian. 4. Keperluan Penghargaan Kendiri Tahap seterusnya adalah kehendak untuk penghargaan kendiri. Kita mahu berkuasa, sekurang kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang sama, kita juga perlukan kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Seterusnya manusia ingin dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam hidup. 5. Keperluan Kesempurnaan Kendiri Akhir sekali usaha manusia yang teragung adalah untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Semua tahap kehendak sebelum ini perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang itu inginkan kesempurnaan kendiri. Ciri Ciri Individu Yang Telah Mencapai Kesempurnaan Kendiri Mengikut Maslow manusia yang mempunyai kesempurnaan kendiri merupakan manusia yang telah mencapai perkembangan personaliti tertinggi dan telah dapat menrealisasikan pontesinya. Ciri ciri personaliti manusia yang telah mencapai tahap kesempurnaan kendiri ialah, antaranya : i) Mencapai perkembangan moral yang tinggi iaitu lebih mengutamakan kebajikan orang lain. ii) Mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas dan pekerjaan. iii) Mempunyai pegangan hidup yang kukuh, jujur, bertindak berdasarkan kepada apa yang dipercayainya walaupun tidak popular. iv) Tidak berminat untuk menjadi pengikut kepada suasana semasa seperti fesyen, adat resam, dan seumpamanya. v) Seronok bersama kawan kawan tetapi tidak bergantung kepada mereka. vi) Seronok dengan kehidupan yang mencabar dan yang baru. Bersikap objektif.

TEORI PERMODELAN BANDURA (SOSIAL)

LATAR BELAKANG Bandura lahir pada tanggal 4 Desember 1925 di Mondare alberta berkebangsaan Kanada. Ia seorang psikologi yang terkenal dengan teori belajar sosial atau kognitif sosial serta efikasi diri. Eksperimennya yang sangat terkenal adalah eksperimen Bobo Doll yang menunjukkan anak meniru secara persis perilaku agresif dari orang dewasa disekitarnya. Social Cognitive Theory examines the processes involved as people learn from observing others and gradually acquire control over their own behaviour ( Bandura 1986, 1997 ) Albert Bandura, seorang tokoh mazhab sosial ini menyatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan permodelan. Beliau menjelaskan

lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar.

4 unsur utama dalam peniruan Untuk pembelajaran pemerhatian wujud adalah penting untuk individu berkenaan berbuat demikian:

1) Tumpuan ('Attention') Subjek harus memberi tumpuan kepada tingkahlaku model untuk membolehkannya mempelajarinya. Sama ada subjek memberi perhatian atau tumpuan tertakluk kepada nilai, harga diri , sikap, dll yang dimiliki. m.s. seorang pemain musik yang tidak yakin diri mungkin meniru tingkahlaku pemain musik terkenal sehingga tidak mewujudkan stailnya yang tersendiri.Bandura & Walters (1963) dalam buku mereka "Social Learning & Personality Development" menekankan bahawa hanya dengan memerhati seorang lain pembelajaran boleh berlaku. (baca eksperimen yang dijalankan disebelah). 2) Penyimpanan ('Retention') Subjek yang memerhati harus mengenkod peristiwa itu dalam sistem ingatannya. Ini membolehkan subjek melakukan peristiwa itu kelak bila diperlukan atau diingini.

3) Penghasilan ('Reproduction') Setelah mengetahui atau mempelajarai sesuatu tingkahlaku, subjek juga mesti mempunyai kebolehan mewujudkan atau menghasilkan apa yang disimpan dalam bentuk tingkahlaku. m.s. memandu kereta, bermain tenis. Bagi sesetengah tingkahlaku kemahiran motor diperlukan untuk mewujudkan komponen-komponen tingkahlaku yang telah diperhatikan.

4) Motivasi Juga penting ialah untuk sujek berkenaan mempunyai sebab dan keinginan untuk meniru.

Ciri-ciri Teori Pemodelan Bandura 1. Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan. 2. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan. 3. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi guru sebagai model. 4. Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan. 5. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dgn tingkah laku atau gerak balas yg sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif.

EKSPERIMEN PERMODELAN BANDURA

KUMPULAN A = Disuruh memerhati sekumpulan orang dewasa memukul, menumbuk,menendang dan menjerit ke arah patung besar Bobo. Hasil = Meniru apa yang dilakukan orang dewasa malahan lebih agresif.

KUMPULAN B = Disuruh memerhati sekumpulan orang dewasa bermesra dengan patung besar Bobo. Hasil = Tidak menunjukkan sebarang tingkah laku agresif seperti kumpulan A. Rumusan : Tingkah laku kanak-kanak dipelajari melalui peniruan/ permodelan.

HASIL KESELURUHAN EKSPERIMEN :


Kumpulan A menunjukkan tingkah laku lebih agresif dari orang dewasa. B dan C tidak menunjukkan tingkah laku agresif. RUMUSAN : Tingkah laku peniruan/permodelan adalah hasil dari peneguhan.

Subjek terdiri daripada kanak-kanak pra sekolah. Subjek dalam kumpulan eksperimental didedahkan kepada model manusia sebenar, katun atau model dalam filem yang terlibat dengan tingkahlaku agresif terhadap patung (doll) plastik yang besar. Subjek-subjek itu mungkin memukul dengan kayu, menendang atau menumbuk patung plasktik itu. Manakala dalam kumpulan kawalan, subjek melihat model-model yang sama tidak melakukan apa-apa pun terhadap patung plastik. Hasil kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak dalam kumpulan eksperimental mempamerkan tingakahlaku agresif apabila dibiarkan bersama patung plastik berkenaan.

JENIS-JENIS PENIRUAN

1. Peniruan langsung - Meniru tingkah laku yang ditunjukkan oleh model melalui proses perhatian. Cth: meniru gaya penyanyi yang disanjungi. 2. Peniruan tak langsung - Melalui imaginasi atau pemerhatian secara tidak langsung. Cth: meniru watak yang dibaca dalam buku., memerhati seorang guru mengajar rakannya. 3. Peniruan gabungan menggabung tingkah laku yang berlainan. Peniruan langsung dan tidak langsung. Cth : pelajar meniru gaya gurunya melukis dan cara mewarna drp buk u yang dibacanya. 4. peniruan sekat laluan - Tingkah laku yang ditiru hanya sesuai untuk situasi tertentu sahaja. - Tiru fesyen pakaian di tv, tapi tak boleh pakai di sekolah. 5. peniruan tak sekat laluan - Tingkah laku yang ditiru boleh ditonjolkan dalam apa-apa situasi. - Cth: pelajar meniru gaya berbudi bahasa gurunya.

Implikasi Teori Pemodelan Bandura Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi role model kpd pelajar. Demontrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar pelaja r dpt meniru dengan cepat. Hasilan guru dpt kraftangan, lukisan atau ABM hendaklah bermutu tinggi. Guru boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang sbg model. Guru boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik main peranan dan simul asi. Memberi peneguhan yang positif selepas reproduksi Menyediakan situasi pembelajaran tanpa gangguan Menarik perhatian murid dengan motivasi yang sesuai

TEORI PEMBELAJARAN CARL ROGERS (HUMANIS)

Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.

Teori pembelajaran Carl Rogers menyarankan beberapa ciri yang utama, antaranya:

i. Kefahaman tingkah laku individu hanya dapat diperolehi melalui komunikasi. ii. Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan kendiri. iii. Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dan kepercayaan diri yang berbeza dengan individu yang lain. iv. Tingkah laku yang ditonjolkan oleh individu adalah selaras dengan konsep kendiri dan kepercayaannya. v. Pengalaman setiap individu adalah fenomena- logikal, iaitu pengalamannya hanya dialami dan difahami oleh individu itu sendiri.

TEORI PEMBELAJARAN PENERIMAAN AUSUBEL

PENGENALAN
Teori ini menyatakan pembelajaran secara resepsi yang bermakna. Pembelajaran secara resepsi bermaksud maklumat yang disusun secara teratur diberikan kepada pelajar. Maklumat yang diperolehi akan disimpan di dalam struktur kognitif. Manakala pembelajaran bermakna adalah satu proses belajar yang mempunyai kesedaran sendiri dan mempunyai tujuan atau objektif tertentu. Bertentangan dengan pembelajaran resepsi adalah pembelajaran penemuan, iaitu pembelajaran untuk mendapatkan maklumat dengan sendiri melalui pemikiran analisis, kritis, kreatif, cuba jaya dan celik akal. Menurut Ausubel lagi, terdapat dua pra syarat bagi pembelajaran resepsi iaitu: Sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran perlu ada dalam diri pelajar. Pelajar perlu tahu bagaimana untuk mengaitkan pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif dengan pelajaran baru.

Konsep utama Teori Pembelajaran Resepsi yang bermakna


- konsep utama ialah pembelajaran bermakna dihasilkan berasaskan pengalaman/ilmu yang sedia ada pelajar. - Pengalaman yang sedia ada struktur kognitif.Mengintegrasikan maklumat yang tersusun secara logikal dalam bentuk terakhir dengan pengalaman/ ilmu yang sedia ada melalui kaedah ekspositori.

Aplikasi Teori Ausubel dalam bilik Darjah


(1) (2) (3) (4) Pengajaran secara ekspositori jelaskan kandungan pelajaran dlm btk fakta lengkap tersusun Pembelajaran berkembang secara deduktif ( dpd prinsip kpd cth) kaitkan konsep yg telah dipelajari dengan konsep baru.

TEORI PEMBELAJARAN PENEMUAN BRUNER

PENGENALAN
' Jerome Bruner (lahir 1915) lebih cenderung dalam bidang kognitif berbanding psikologi perkembangan. Beliau menyumbang dalam meneroka cabang psikologi pada tahun 1950an dan pada akhirnya menumpu kepada bidang pendidikan termasuk memperkembangkan idea Vigotsky.

- Pembelajaran memerlukan persekitaran tertentu yang mempengaruhi mod berfikir, aksi, imej dan perkataan - Mod berfikir berkembang secara berterusan dalam kehidupan - Bahasa membentuk dan mengembangkan pembelajaran - Bentuk pergaulan sosial dan pengalaman mempengaruhi perkembangan kognitif - pendekatan biologi bertendensi menyelenggara dalam berfikir - proses pendekatan dan cara menerima informasi akan mempengaruhi pengurusan perubahan maklumat semasa peningkatan umur.

Struktur Intelek

1. Mod Enaktif: berfikir adalah berdasarkan aksi fizikal, misalnya kanak-kanak belajar melalui membuat (learning by doing) dan bukan melalui penggunaan bahasa atau pemikiran dalaman. Mod pemikiran ini mewakili dari peringkat bayi dan wujud seterusnya dalam banyak aktiviti fizikal. Pada peringkat ini (0-2 tahun) kanak-kanak akan bergerak kearah sesuatu yang menarik perhatiannya. Oleh itu kanak-kanak banyak menggunakan anggotanya untuk menyelesaikan masalah kerana mereka belum pandai menggunakan bahasa untuk berkomunikasi.

2. Mod Ikonik : penggunaan imej mental (ikon) , mungkin dalam bentuk visual, auditori, dihidu, dirasa dan disentuh. Pada peringkat ini (2-4 tahun) kanak-kanak telah berupaya menggambarkan sesuatu dalam fikirannya. Dia mampu menyimpan imej-imej tertentu. Mereka berupaya menyebut objek yang tiada di depan matanya, iaitu membentuk imej mental. Misalnya, kanak-kanak dapat menyatakan bentuk dan rasa buah yang pernah dimakannya.

3. Mod Simbolik: memahami dunia melalui bahasa dan simbol-simbol seperti nombor dan muzik. Pada peringkat ini (4-7 tahun) kanak-kanak telah boleh menggunakan simbol seperti perkatan dan bahasa

untuk menceritakan pengalamannya. Ini menunjukkan penaakulan simbolik telah bermula pada kanakkanak peringkat ini.

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF KOHLER

Wolfgang Kohler, seroang perisik Jerman semasa Perang Dunia I, yang bertempat di Tenerife, Afrika Barat mengkaji tingkahlaku cimpanzi menyelesai masalah. Hasil kajiannya ditulis dalam buku betajuk The Mentality of Apes (1925). Bagi membentuk teori gesalt, Wolfgang Kohler menjalankan dua eksperimen dengan menggunkan cimpazi. Mereka menggunakan pendekatan kognitif untuk mengkaji bagaimana seekor cimpazi menyelesaikan masalah untuk mendapatkan sebiji pisang yang tergantung dibumbung sangkarnya. .

Eksperimen " Celik Akal"


Seekor cimpanzi diletakkan di dalam sangkat. Pisang digantung daripada bumbung sangkar. Di dalam sangkar terdapat beberapa kotak berlainan saiz. Mula-mula haiwan itu melompat-lompat untuk mendapatkan pisang itu tetapi tidak berjaya. Oleh kerana usaha-usaha itu tidak membawa hasil. cimpanzi itu berhenti sejenak, seolah-olah memikir cara untuk mendapatkan pisang itu. Tiba-tiba haiwan itu dapat sesuatu idea dan terus menyusun kotak-kotak itu untuk dijadikan sebagai tangga dan memanjatnya untuk mencapai pisang itu.

Kesimpulan yang didapati dari hasil kajian Kohler tersebut ialah: i) Haiwan seperti cimpazi belajar melalui proses kognisi ii) Cimpazi yang menggunakan alatan untuk meyelesaikan masalah adalah berdasarkan pengalaman dan persepsinya. Ini menunjukkan perkaitan antara ransangan seperti kotak dan pisang dalam situasi yang dihadapinya.

Menurut kohler, persepsi kaitan ini digunakan untuk menyelesaikan masalah iaitu mendapat pisang yang tergantung dan ini disebut sebagai celik akal. Kebolehan memerhatikan pertalian tersebut wujud kerana cimpazi itu melihat keadaan sangkar secara menyeluruh. Mereka juga berpendapat bahawa kebolehan mental seperti ini juga terdapat pada manusia yang dipercayai adalah lebih pintar berbanding dengan haiwan lain.

TEORI BERHIERARKI GAGNE

PENGENALAN
Gagne menyatakan pembelajaran bergerak daripada yang paling mudah kepada yang kompleks. Pembelajaran aras yang tinggi bergantung kepada pembelajaran aras yang rendah.

Terdapat lapan peringkat pembelajaran berhierarki Gagne yang dikenal pasti iaitu: 1)Pembelajaran isyarat. Jenis pembelajaran ini merupakan yang paling mudah. Ia lebih merupakan perubahan tingkah laku yang di sebabkan oleh pengaruh kebiasaan. Pembelajaran isyarat ini banyak menggunakan akal fikiran.

2)Pembelajaran menganggu gerak balas Pembelajaran rangsangan gerak balas bergantung kepada proses peneguhan. Ini bermakna pujian dan ganjaran perlu diberikan bagi tingkah laku yang diingati.

3) Rangkaian Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan di antara satu sama lain untuk melengkapi satu tugasan yang dijalankan. 4) Pertalian berbahasa Pertalian berbahasa merupakan suatu rangkaian berbahasa yang berlaku apabila pelajar menghubungkaitkan apa yang di lihat dengan nama objek secara menyebutnya. 5) Pembelajaran diskriminasi Pembelajaran ini berlaku apabila pelajar dapat memilih gerak balas yang sesuai untuk bertindak bagi menghasilkan sesuatu.

6) Pembelajaran konsep Pembelajaran mudah mesti telah terjadi sebagai prasyarat. Sebagai contoh dalam memperkenalkan konsep bulatan, guru telah menyebutkan perkataan bulatan secara ransangan gerak balas. Seterusnya pelajar akan belajar membuat diskriminasi antara bulatan dengan objek lain seperti segi empat sama.

7) Pembelajaran hukum Merupakan pembelajaran yang kompleks kerana melibatkan pembelajaran konsep, rangkaian dan pertalian bahasa. 8) Penyelesaian masalah Pembelajaran penyelesaian masalah dianggap satu jenis pembelajaran peringkat tinggi dan kompleks. Penyelesaian masalah melibatkan pemilihan dan set-set urutan petua yang unik kepada pelajar yang mana akan menghasilkan set petua yang lebih tinggi. Penyelesaian masalah melibatkan lima langkah iaitu ; Mengenali masalah dalam bentuk am. Menyatakan semula masalah dalam bentuk operasi. Merumus hipotesis alternatif dan prosedur yang mungkin sesuai untuk menerangkan masalah itu. Menguji hipotesis serta menjalankan prosedur untuk mendapat penyelesaian atau set penyelesaian. Memutuskan yang mana penyelesaian mungkin yang paling tepat atau mengesahkan penyelesaian unggul yang betul. Berdasarkan kepada teori ini sebelum menyelesaikan masalah, pelajar seharusnya telah memperoleh pembelajaran isyarat, rangsangan gerak balas, rangkaian pertalian berbahasa, diskriminasi, konsep dan pembelajaran hukum.

Implikasi Teori kepada P&P

Menggunakan bahan konkrit untuk mengajar bahasa. Mengajar sesuatu kemahiran mengikut urutan (rangkaian motor). Membimbing pelajar membezakan ciri-ciri penting. Membinbing pelajar mengebal pasti ciri-ciri khusus untuk membina konsep dan hukum. Membimbing peljar menggunakan prinsip, hukum dan teorom untuk menyelesaikan masalah.

EORI BEHAVIORIS WATSON

J.B. Watson (1878-1958)


Watson digelar sebagai 'bapa behaviorisme'. Beliau sangat terpengaruh dengan hasil kerja Pavlov dan menerima pelaziman klasik sebagai cara penting pembelajaran berlaku. Oleh kerana dia mengutamakan tingkahlaku yang boleh diperhatikan, beliau mengaitkan segala tingkahlaku dengan pergerakan. Contohnya, dia sifatkan 'perasaan' sebagai pergekaran otot-otot dalam perut dan 'percakapan' sebagai pergerakan otot-otot dalam tekak.

EKSPERIMEN LITTLE ALBERT WATSON

Eksperimen yang jalankan dengan seorang bayi bernama 'Albert'. Watson memakai topeng untuk menakutkan Albert. Seorang bayi bernama Albert didedahkan kepada seekor tikus. Bayi itu bermain dengan haiwan itu tanpa menunjukkan apa jua ketakutan. Dalam situasi yang berlainan, Albert diberikan tikus yang sama, tetapi kali ini ia diikuti dengan satu bunyi kuat. Setiap kali tikus itu diberikan kepada Albert, bunyi kuat itu terdengar yang membuat bayi itu gelisah dan menangis. Kemudian tikus itu diberikan kepada Albert, tanpa bunyi kuat bayi itu enggan menyentuh tikus itu dan terus menangis. Apakah telah terjadi?

Pada peringkat awal, Albert tidak takut apabila seekor tikus dilepaskan bersamanya.

TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER

PENGENALAN

Burhrhus Frederic Skinner mempunyai ijazah kedoktoran dalam bidang psikologi dari Universiti Harvard. Beliau melanjutkan usaha Thorndike dalam kajian tentang pelaziman. B.F. Skinner dan menjalankan banyak kajian yang melibatkan tikus, burung, merpati dan juga manusia. Teori ini merupakan satu teori rangkaian yang berasaskan ransangan dan gerak balas.

EKSPERIMEN SKINNER
Dalam eksperimennya, beliau meletakkan seekor tikus lapar ke dalam kotak skinner. Kotak itu dilengkapi alat penekan pada dindingnya. Apabila alat itu ditekan, biji-biji makanan akan terkeluar. Pada permulaannya tikus itu berlari ke sana sini kerana lapar. Kemudian secara tidak sengaja, tikus itu terpijak alat penekan tersebut dan ini menyebabkan biji-biji makanan terkeluar. Proses yang sama diulangi beberapa kali sehingga tikus itu mendapati bahawa alat penekan dipijak maka makanan diperolehi. Ini menunjukkan tikus itu telah belajar cara untuk mendapat makanan di dalam kotak. Seterusnya skinner memutuskan hubungan makanan dengan alat penekan. Ini menyebabkan makanan tidak terkeluar apabila alat makanan ditekan. Ini menyebabkan tikus itu berhenti dari menekan butang tersebut. Perbuatan menekan butang untuk memperoleh makanan disebut pelaziman operan. Pembelajaran melalui cara ini disebut pembelajaran melalui pelaziman. Eksperimen ini menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya akan berulang jika wujud ganjaran. Contohnya, biji-biji makanan dalam eksperimen tersebut. Sekiranya ganjaran dihentikan, gerak balas itu akan terhapus juga.

Dalam eksperimen di atas, konsep peneguhan amat jelas sekali. Skinner juga menjelaskan bahawa sesuatu peneguhan boleh bersifat negatif atau positif. Contoh peneguhan positif adalah pujian, ganjaran, hadiah dan sebagainya. Pujian adalah penting kerana ia akan mendorong seseorang pelajar itu mengeluarkan hasil yang baik pada masa hadapan. Manakala peneguhan negatif pula tidak boleh disamakan dengan hukuman atau denda.

Eksperimen tikus putih Skinner

* Thursday, July 30, 2009

TEORI PELAZIMAN OPERAN THORNDIKE

PENGENALAN

Mengikut Thorndike, pembelajaran merupakan suatu rangkaian yang terikat iatu pembentukan dan pengukuhan rangkaian saraf d antara situasi dengan gerak balas. Ransangan mempengaruhi organism maka itu sesuatu gerak balas bolak dijangkakan berlaku. Ikatan R-G boleh dianggap sama ada sebagai keadaan fizikal atau sebagai perhubungan yang wujud di antara satu situasi tertentu dengan kebolehan individu untuk bergerak balas kepadanya. Hukum pembelajaran Thorndike adalah dinyatakan dalam bentuk mudah-pindaan saraf dan rangkaian saraf. Keterangan R-G mengenai pembelajaran meliputi sebarang jenis pembelajaran. Dalam erti kata teori ini, beberapa faktor penting dalam pembelajaran ialah kesediaan saraf, ketertiban masa, rasa milik dan memuaskan pengalaman.

Manakala hukum asas mengenai pembelajaran seperti yang difikirkan oleh Thorndike adalah pada umumnya dibahagiakan kepada tiga iaitu:

i. Hukum kesediaan, latihan dan kesan. Prinsip kesediaan yang dinyatakan oleh Thorndike sebagai:

a) Apabila satu unit pengaliran sudah sedia untuk mengalir, maka pengalirannya adalah memuaskan, tiada suatu yang dibuat untuk mengubah tindakkannya itu. b) Bagi sesuatu unit pengaliran yang sudahh sedia ada untuk mengalir dan kalau tidak mengaliradalah menyusahkan, dan meransang apa jua gerak balas yang disediakan oleh alam semula jadi yang berkaitan dengan kekurangan yang menyusahkan tadi. c) Apabila satu unit pengaliran idak bersedia untuk pengaliran, dan dipaksa mengalir, maka pengalirannya adalah menyusahkan.

ii. Hukum latihan melibatkan pertalian antara ransangan dengan gerak balas dan akan bertambah kukuh jika latihan diadakan. Sebaliknya, (iiatu tindakan mengulang) tidak dijalankan, maka pertalian antara ransangan dengan gerak balas akan bertambah lemah.

iii. Hukum kesan pula menyatakan bahawa pertalian antara ransangan dengan gerak balas akan

bertambah kukuh jika terdapat kesan yang menyeronokkan selepas terhasilnya tindak balas. Kesan yang menyakitkan pula akan melemahkan pertalian antara ransangan dan gerak balas.

Namun demikian, teori ini mempunyai banyak kelemahan. Pertama, konsep tentang perkara yang memuaskan atau menyakitkan amat subjektif dansusah diukur. Kedua, sukar untuk menetapkan jenis ikatan dan gerak balas yang hendak dibentuk atau dihapuskan. Ciri-ciri setiap ikatan perlu diketahui sejak awal lagi. Yang terakhir ialah, teori ini sukar dikaitkan dengan pengajaran perkara yang abstark dan kreativiti, imaginasi atau keindahan bahasa.

Eksperimen Thorndike
Thorndike menjalankan berbagai eskperimen dengan menggunakan suatu alat yang direka bentuk dan dipanggil 'puzzle box.' Manakala Pavlov menggunakan anjing, Thorndike kerap menggunakan kucing. Dia mengurung seekor kucing yang lapar dalam puzzle box yang mempunyai kunci.

Jika kucing itu akan cuba dengan mencakar peti itu dan jika ia berjaya menekan kunci peti itu, pintu akan terbuka dan kucing itu akan dapat keluar ke arah makanan yang disediakan. Thorndike telah perhatikan behawa kucing itu telah melakukan bermacam-macam tindakan (proses cuba-jaya) untuk keluar hinggalah haiwan itu tertekan kunci dan pintu terbuka. Masa yang diambil oleh kucing itu untuk membuka pintu puzzle box dicatat.

Beberapa jam kemudian kucing yang lapar itu dimasukkan ke dalam peti yang sama. Kali ini, haiwan itu berjaya menekan kuci pntu dalam masal yang lebih singkat berbanding dengan percubaan pertama. Kucing itu dikatakan telah menguasai atau belajar. Iaitu, organisme itu telah mempelajari gerak balas yang betul untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Eksperimen "Cuba Jaya" Thorndike yang dilakukan ke atas seekor kucing

Anda mungkin juga menyukai