Anda di halaman 1dari 1

KONSEP FONOLOGI

kajian tentang fonologi telah bermula sejak awal tahun 1800 apabila para ahli bahasa memulakan kajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan. Walau bagaimanapun fonologi moden penumpuannya lebih menekankan aspek sebutan dan seterusnya meneliti aspek fizikal artikulasi sebutan yang sebenarnya. Fonologi lazimnya dibahagikan kepada dua bidang iaitu fonetik dan fonemik. Fonologi juga ditakrifkan sebagai suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi suatu bahasa, Frank Parker (1994) manakala fonologi menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham (1985), bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Dapat disimpulkan di sini bahawa fonologi menumpukan kajian kepada corak bunyi yang bermakna yang dujarkan oleh manusia atau dalam bahasa yang lebih mudah adalah mengkaji bahasa yang dituturkan dan difahami oleh kedua-dua pihak.

onologi berasal daripada bahasa Greek, phone yang bermaksud suara atau bunyi. Fonologi ialah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu tentang bunyi-bunyi bahasa yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Di barat,

Anda mungkin juga menyukai