Anda di halaman 1dari 9

KULIAH 2 SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS Hasil Pembelajaran Pelajar dapat: 1. Menerangkan sejarah pendidikan khas. 2.

Membincangkan polisi, perundangan, trend, dan isu pendidikan khas. Latihan 2.1 1. Apakah implikasi deklarasi dan persidangan antarabangsa tentang pendidikan khas ke atas perkembangan pendidikan khas di negara ini? 2. Bagaimanakah akta dan perundangan memberi kesan terhadap pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia? PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 Peraturan-peraturan Pendidikan Khas (1997) murid-murid dengan keperluan khas bermakna murid-murid yang mempunyai: kecacatan penglihatan kecacatan pendengaran masalah pembelajaran

SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA Minat terhadap Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920an dengan penglibatan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah cacat penglihatan dan pendengaran. Laporan Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran melalui perakuan169 membawa kepada satu penekanan dan tumpuan kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut: Dengan Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerjaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggung jawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan. "

Perkembangan mengikut jenis masalah/ketidakupayaan adalah seperti berikut:

Pendidikan Masalah Penglihatan 1926 Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka 1931 SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang 1948 Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru Pembukaan Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 1953 Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM) 1958 Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan (JKM) 1962 Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan 1963 Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan 1977 Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras 1978 Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu 1983 Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, Setapak Pengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan sebagai sekolah bertaraf penuh 1984 Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel Penulisannya bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-Quran Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille/Kerabunan, Kementerian Pendidikan untuk menyediakan bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks dan penyenggaraan alatan braille Pendidikan Masalah Pendengaran 1954 Pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam, Pulau Pinang 1954 Pembukaan Sekolah Kanak-Kanak Pekak persekutuan (Rendah dan Menengah), Tanjong Bunga, Pulau Pinang 1963 Pembukaan kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan. Percantuman Cacat Pendengaran oleh Kementerian pendidikan di sekolah rendah dan sekolah menengah biasa yang dipilih Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Cacat Pendengaran di Maktab perguruan Ilmu Khas, Cheras 1978 Pengenalan Kaedah Komunikasi Seluruh oleh Kementerian Pendidikan untuk menggubal sistem Bahasa Melayu Kod Tangan Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh Kementerian pendidikan 1979 Kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru yang mengajar masalah pendengaran dalam Bidang Komunikasi Seluruh 1984 Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Kementerian Pendidikan 1985 Penubuhan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh, Kementerian Pendidikan untuk perkembangan Sistem Kod Buku Pendidikan

1987

Islam Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar Agama Islam Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar KBSR Tahap II Bahasa Malaysia Kod Tangan Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Penggubalan Kod Tangan Pendidikan Vokasional dan Teknikal Pembukaan Sekolah Menengah pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam

Program Percantuman/Inklusif 1962 Program pereantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatan dimulakan 1988 Permulaan kelas perintis untuk murid-murid peringkat bermasalah pembelajaran 1993 Tiga (3) pelajar pendidikan inklusif ditempatkan belajar di Tingkatan 6 Bawah di Sekolah Menengah Methodist (Lelaki), Kuala Lumpur 1994 Pembukaan kelas-kelas program inklusif seeara projek rintis di 14 buah sekolah di seluruh negara 1995 Program Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan (Sumber: http://skhbpkbp.blogspot.com/2007/08/sejarah-pendidikan-khas-di-malaysia.html)

DASAR DAN PERUNDANGAN PENDIDIKAN KHAS Program pendidikan khas yang dijalankan berlandaskan kepada peraturan, perundangan, deklarasi-deklarasi, dan persidangan (1) Akta dan Peraturan Akta Pendidikan 1961 Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajran 1979, Bab VI Akta Pendidikan 1996, Bab 8 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 1997) Akta Pendidikan (pindaan) 2002 Keputusan Jawatankuasa Dasar, Kementerian Pendidikan Malaysia [Jawatankuasa Perancang Pendidikan (JPP), Mesyuarat Pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) dan Mesyuarat Pengurusan Jabatan Pendidikan Khas. Implikasi Akta dan Peraturan ke Atas Pendidikan Khas (i) Akta Pendidikan 1961 - Member Konsep Sekolah Khas: Sekolah Khas ialah sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya.

(ii) Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, Bab VI - memberi fokus kepada pendidikan kanak-kanak cacat: Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat, adalah diperakukan kerajaan mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu, penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan. (iii) Peraturan Pendidikan 1997 (dlm Akta Pendidikan 1996): mengakui hak murid berkeperluan khas utk diinklusifkan dalam kelas biasa. - Peraturan (2) menyebut, pendidikan inklusif bermaksud: satu program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di kalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa. - Perkara ini telah dimasukkan dalam Sasaran Kerja Utama (SKU) kementerian pendidikan pada tahun 2000, iaitu: 6.1 mengintegrasikan pelajar yang mempunyai keperluan khas di sekolah biasa. - Terdapat Inklusif Penuh dan Inklusif Separa (iv) Public Law 94-142 (P.L. 94-142) (di USA) Termaktub sebagai undang-undang pada 1975. Pangggilan asal ialah Education for All Handicapped Children Act dan ditukar kepada Individuals with Disabilities Education Act. Merupakan mercu tanda kepada perundangan yang telah mengubah senario pendidikan khas. Ciri-ciri utama P.L., 94-142: 1. Pendidikan awam yang percuma dan sesuai hendaklah diberi kepada semua kanakkanak kurang upaya. 2. Sistem persekolahan mesti mempunyai cara-cara untuk melindungi hak-hak kanakkanak kurang upaya serta ibu bapa mereka. 3. Kanak-kanak kurang upaya hendaklah dididik bersama-sama dengan kanak-kanak biasa ke tahap yang maksimum. 4. Satu program pendidikan yang bercorak individu (IEP) hendaklah dibentuk dan dilaksanakan untuk setiap kanak-kanak kurang upaya. 5. Ibu bapa kanak-kanak kurang upaya hendaklah diberi/memainkan peranan yang aktif dalam proses membuat keputusan pendidikan tentang kanak-kanak kurang upaya. 6. Negeri-negeri yang memenuhi keperluan-keperluan dalam P.L., 94-142 akan menerima wang cukai persekutuan untuk membantu membiayai kos tambahan bagi menaja perkhidmatan pendidikan khas.

(2) Deklarasi Antarabangsa Berkaitan Dengan Pendidikan Khas 1. 2. 3. 4. 5. Deklarasi Hak-Hak Kemanusiaan Sejagat 1948 (PBB) United nations World Program of Action Concerning Disabled Persons (1983) The United Nation Convention On The Rights Of The Child (1989) The Worls Declaration on Education for All (1990) Deklarasi The United Nations Rule on the Equalisation of Opportunities for Persons With Disabilities (1993) 6. The Framework for Action on Special Needs Education (Salamanca Statement, 1994). 7. Biwako Millennium Framework for Action Towards an Inclusive Barrier-Free and Right-Based Society for persons with Disabilities in Asia and the Pacific (2002) Implikasi Deklarasi ke atas Pendidikan Khas (i) Deklarasi Hak-Hak Kemanusiaan Sejagat 1948 (PBB) menyentuh hak bagi setiap individu untuk mendapat pendidikan dan ditegaskan semula dalam Persidangan Dunia bertemakan Pendidikan Untuk Semua (Education for All) di Jomtien, Thailand pada 1990: Keperluan-keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian yang khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan. Implikasi: Deklarasi ini menghasilkan peraturan-peraturan Standard Mengenai Persamaan Peluang-peluang Pendidikan untuk orang kurang upaya (1993). Negara-negara dunia digesa memastikan bahawa pendidikan orang kurang upaya dimasukkan dalam sistem pendidikan negara masing-masing. (ii) Pernyataan Salamanca (7-10 Jun 1994, Spain): Dihasilkan dalam Persidangan Dunia Mengenai Pendidikan Berkeperluan Khas: Akses dan Kualiti. Mereka yang memerlukan pendidikan khas mesti mempunyai akses di sekolah sekolah biasa yang menerima mereka dengan pedagogi yang berpusatkan murid dan mampu memenuhi keperluan mereka. Sekolah-sekolah biasa yang berorientasi inklusif merupakan cara yang paling berkesan untuk menentang sikap-sikap diskriminasi, membentuk komunitikomuniti yang menerima, membina masyarakat yang inklusif dan memenuhi pendidikan untuk semua. Implikasi: Pendidikan Inklusif diperkenalkan

(3) PERSIDANGAN DUNIA

Laporan Warnock (Warnock Report) The Committee of Enquiry into Education of Handicapped Children and Young People ditubuhkan pada 1974. Mesyuarat pertama pada Sept. 1974 dan yang terakhir pada Mac 1978. Melalui akta-akta yang telah ada menjadikan semua kanak-kanak berkeperluan khas termasuk dalam kerangka pendidikan khas. Semua kanak-kanak yang walau bagai mana teruk ketidakupayaannya, tetap dikira sebagai boleh dididik. Tujuan pendidikan adalah sama bagi semua (berupaya atau tidak berupaya). Intervensi awal kanak-kanak berkeperluan khas (sehingga 5 tahun).

Latihan 2.2 1. Berikan cadangan untuk mengatasi isu dan cabaran berkaitan dengan pelaksanaan pendidikan negara ini. TREND DAN ISU 1. Pentadbiran Kebanyakan pentadbir tidak mempunyai latar belakang pendidikan khas, dan pengetahuan mereka tentang kanak-kanak berkeperluan khas adalah sangat terhad. Ada Guru Besar yang tidak mematuhi pekeliling yang dikeluarkan oleh KPM dan tidak berminat dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas PKBP. Guru Besar kurang memberi dorongan kepada guru yang mengajar kelas-kelas intergrasi untuk mengikuti kursus dalam perkhidmatan.

2. Guru Kekurangan guru terlatih yang mengajar kelas PKBP. 70% guru yang mengajar kelas PKBP adalah tidak terlatih dalam bidang pendidikan khas. Jawatan guru resos tidak ada di peringkat sekolah Kekurangan guru juga menjadi masalah terutamanya apabila kekosongan tempat guru yang bertukar, naik pangkat, atau bersara tidak diganti. 3. Ibu Bapa Tidak memberi kerjasama kepada guru-guru. Ibu bapa pelajar normal memandang serong terhadap murid bermasalah pembelajaran terutamanya apabila murid ini diinklusifkan di dalam kelas bersamasama anak mereka. Ada ibu bapa yang tidak suka anak mereka bergaul dengan kanak-kanak berkeperluan khas. 4. Pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) tidak dapat berlaku secara menyeluruh dan berkesan kerana: Pasukan pelbagai disiplin sukar dibentuk dan tiada pihak yang bertanggungjawab terhadap pembentukan dan perancangan sepenuhnya. Kurang pemahaman tentang kandungan RPI. Kurang kaki tangan yang mahir dan berpengalaman dalam bidang tertentu. Tanggapan yang negatif dan kesedaran yang rendah terhadap kepentingan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas. Tiada penurunan kuasa kepada ibu bapa untuk memilih jenis pendidikan untuk anak mereka. 5. Masih ramai kabak-kanak berkeperluan khas tidak mendapat pendidikan formal 6. Isu dalam pendidikan inklusif: Tiada kriteria kursus yang boleh dijadikan panduan oleh pihak sekolah untuk mengenal pasti murid berkeperluan khas yang layak dimasukkan ke kelas biasa (guna budi bicara sendiri). Kebanyakan sekolah tidak mempunyai perancangan strategi tentang pendidikan inklusif. RPI bagi murid inklusif tidak disediakan. Kebanyakan Guru Besar tidak ada pendedahan tentang pengurusan pendidikan inklusif. Kebanyakan sekolah menyerahkan tugas pengurusan pendidikan inklusif kepada Penyelaras Pendidikan Khas. Disebabkan tumpuan perlu diberikan kpd murid-murid di kelas khas yang lebih bermasalah, pendidikan inklusif tidak dapat dikendalikan dengan berkesan.

Murid pendidikan inklusif di sesi petang lebih terabai kerana tiada guru khas bertugas di sebelah petang. Ada sekolah yang tidak membenarkan murid inklusif menduduki UPSR kerana dikhuatiri prestasi sekolah boleh terjejas oleh pencapaian rendah murid ini. Kaedah dan strategi tidak diubah suai bagi memenuhi keperluan murid inklusif. Cuma memberi perhatian istimewa kepada mereka sahaja.

Isu Murid

Rujukan Buku Maklumat Pendidikan Khas 2007, Kementerian Pelajaran Malaysia


Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan khas Dan pemulihan : bacaan asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pendidikan Khas Masalah Bermbelajaran, Sekolah kebangsaan Ulu Bernam, http://skhbpkbp.blogspot.com/2007/08/sejarah-pendidikan-khas-di-malaysia.html

Anda mungkin juga menyukai