Anda di halaman 1dari 14

Pengenalan Pendidikan Seni Visual 2012 5.

0 Seni Bina India


5.1 Pengenalan Gaya seni bina India berakar pada sejarah, budaya dan agamanya. Gaya seni bina India berkembang dengan masa dan mengasimilasikan banyak pengaruh yang datang disebabkan syarahan global India dengan rantau-rantau lain di dunia melalui masa silam tua milenianya. Seni bina India banyak dipengaruhi oleh agama, pengaruh luar dan iklim. Agama, agama yang mempengaruhi seni bina India ialah Hindu, Jain, Buddha dan Islam. Sementara, pengaruh luar adalah dari Yunani, Rom, Parsi, dan Inggeris. Pengaruh cuaca menentukan jenis-jenis bangunan yang didirikan di seluruh India. Cuaca panas bahagian selatan menyebabkan dibina jendela bersisi untuk

menggelakkan pancaran cahaya dan bumbungnya bersifat rata.Kaedah gaya seni bina diamalkan di India adalah suatu sebab pemeriksaan dan implementasi tradisi bangunan dan interaksi budaya di luar.

Walaupun tua, tradisi Timur ini telah menginkoporasikan nilai-nilai moden dengan India untuk menjadikannya sebuah negara yang moden. Pembaharuan ekonomi 1991 menyokong melanjutkan gaya seni bina India dengan negara ini menjadi lebih berintegrasi dengan ekonomi dunia. Vastu Shastra tradisional menjadi berpengaruh pada gaya seni bina India sewaktu era sezaman. Tradisi seni bina India yang terawal terdapat pada petempatan di lembah Sungai Indus seperti Mohenjo-Daro, Harappa, Chanhu Daro, Kot Diji, Kalibangan dan Lothul. Petempatan ini menunjukkan kemajuan dalam bidang perancangan bandar serta pembinaan bangunan-bangunan monument seperti Great Bath (Kolam Mandi Besar), Jelapang (Granary), kubu dan dewan perhimpunan.

Kot Diji Harappa Mohenjo-Daro

30

Pengenalan Pendidikan Seni Visual 2012


Bandar-bandar ini mempunyai rumah-rumah kediaman yang padat. Di bahagian barat, terdapat kubu pertahanan yang dikelilingi oleh tembok. Kubu-kubu ini dilengkapi dengan menara-menara berbentuk empat segi dan benteng. Di dalam kubu tersebut terdapat banyak bangunan awam yang didirikan atas podium yang dibina daripada batu tanah liat. Rumah-rumah penduduk di bandar Harappa didirikan dalam satu deretan yang selari menghala utara ke selatan dan timur ke barat dalam blok-blok berbentuk segi empat yang dipisahkan oleh jalan-jalan raya. Terdapat juga sistem pembekalan air dan sistem pembentungan yang disediakan untuk rumah-rumah persendirian dan tempat-tempat mandi umum.

Selain rumah kedai, terdapat juga rumah satu tingkat dan dua tingkat yang lengkap dengan serambi dan bumbung yang berbentuk rata. Kajian arkeologi menunjukkan bahawa petempatan-petempatan di Mehrgarh didirikan lebih awal daripada petempatan Lembah Indus. Bangunan-bangunan di Mehrgarh yang terletak di Baluchistan merupakan pelopor tradisi seni bina di Lembah Indus. Rumah-rumah di Mehrgarh pada tahap awal berbentuk segi empat tepat dengan keluasan 8 meter x 4 meter serta mempunyai 6 hingga 8 bilik dan sebuah koridor di tengah-tengahnya.pada tahap-tahap akhir, plan-plan rumah menjadi lebih kompleks dan terdapat rumah-rumah dua tingkat.

Kolam Mandi Besar (Great Bath) di Mohenjo-Daro berukuran 12 meter x 7 meter dan sederhana 2.5 meter. Terdapat tangga di kedua-dua belah kolam. Di sekeliling kolam tersebut terdapat bilik-bilik kecil ini mempunyai tandas. Keunikan kolam mandi ini adalah air kolamnya boleh dikosongkan dan diisi semula. Jelapang bijirin (Granary) di Mohenjo-Daro merupakan bangunan kayu yang dibina di atas podium batu. Bahagian atas terdapat 27 blok yang dilengkapi dengan saluran perudaraan. Bangunanbangunan lain adalah sebuah dewan perhimpunan dan pejabat rasmi paderi yang berukuran 70 meter x 24 meter. Jelapang di Harappa didirikan di atas podium setinggi 1 meter. Terdapat 12 Jelapang yang berukuran 10 meter x 6 meter dan didirikan dalam dua baris yang dipisahkan oleh laluan di tengah-tengahnya. Bata yang digunakan di

31

Pengenalan Pendidikan Seni Visual 2012


Harappa terdiri daripada bata bakar yang mempunyai saiz standard, iatu 280 milimeter x 140 milimeter x 70 milimeter. Bahagian atas bangunan-bangunan di Harappa dibina daripada struktur kayu.

5.2 Pengaruh Agama Lain Terhadap Seni Bina India 5.2.1 Seni Bina Buddhisme Tradisi seni bina Buddhisme bermula sejak abad ke-3 S.M. bilangan tokongtokong Buddha yang dibina selepas itu mula meningkat. Sami-sami Buddha mengasaskan Vihara, yakni komuniti-komuniti keagamaan untuk menyebarkan pengetahuan tentang agama kepada rakyat jelata. Vihara-vihara mengandungi rumah sami-sami Buddha dan Dewan khutbah yang dikenali sebagai chaitya.

32

Pengenalan Pendidikan Seni Visual 2012


Seni bina Buddha jelas kelihatan semasa pemerintahan Raja Asoka. Jenis-jenis seni bina Buddha ialah seperti di bawah: Stupa Buddha (bentuk separuh bulat yang diukir kata pada batu) dan didirikan di persimpanganb jalan.

Maha Buddha Stupa, Lalitpur

Stupa Buddha, Borobudur

Stambhas (bentuk tiang diukir dengan ayat-ayat suci Buddha) dan didirikan sebagai monumen.

Vijay Stambha

Stambha di Ellora

Kirti Stambha

Seni bina gua iaitu dindingnya dihiasi ukiran yang menggambarkan kehidupan Buddha. Vedika Batu atau pagar yang mengelilingi Stupa Buddha yang juga diukir dengan sejarah kehidupan Buddha. Torana Buddha atau pintu gerbang yang diperbuat daripada batu juga diukir hikayat Buddha pada permukaan.

Vedika Batu

Torana Buddha

33

Pengenalan Pendidikan Seni Visual 2012


Bangunan-bangunan lain yang digunakan untuk tujuan meditasi dan penyembahan adalah stupa, tokong-tokong pohon Bodhi (Bo-tree shrines), image houses dan chapter houses. Terdapat juga bangunan-bangunan yang didirikan untuk mengumpulkan pemberian daripada para penunjung serta mengadakan upacara-upacara tahunan. Bangunan-bangunan seperti dewan makan dan kolam mandi didirikan berhampiran pintu masuk. Monastri-monastri yang lebih besar yang menempatkan lebih daripada 1000 sami Buddha, lazimnyan mengandungi bangunan-bangunan yang lebih besar.

Stupa Borobudur

Bo-tree shrines (Kanda Ibbagamuwa)

Stupa merupakan monument Buddhisme yang penting. Pada zaman Vedik, stupa-stupa berfungsi sebagai makam bagi golongan bangsawan dan para alim. Institusi stupa menjadi popular pada zaman Asoka. Barang-barang peninggalan Buddha disimpan dalam stupa. Stupa-stupa terdiri daripada bentuk seperti kubah, silinder, parabola, serta loceng dan pasu bunga. Terdapat juga pagar yang telah dibina di sekeliling stupa. Pagar-pagar ini pada asalnya terdiri daripada pagar kayu yang kemudiannya digantikan dengan batu yang mengandungi hiasan menarik. Terdapat empat pintu masuk utama dibina di sekeliling stupa yang mengandungi ukiran-ukiran cantik. Stupa yang terkenal ialah stupa di Sanchi yang berbentuk kubah dan didirikan pada abad pertama S.M. Stupa-stupa lain yang terkenal terdapat di Bahut, Sarnath dan Amarawati. Tokong-tokong pohon Bodhi (Bo-tree shrines) merupakan satu lagi contoh seni bina Buddhisme yang terdapat di Ibdia dan Sri Lanka.

34

Pengenalan Pendidikan Seni Visual 2012

Stupa di Sanchi

Stupa di Amarawati

Stupa Chaukhandi, Sarnath

Stupa di Bharhut

5.2.2 Seni Bina Hindu Keunikan seni bina Hindu dapat dilihat daripada tradisi pembinaan kuil. Tradisi seni bina kuil Hindu ditentukan oleh pertaturan, perancangan, pemilihan tapak, mitologi dan astronomi. Kuil-kuil Hindu dibina daripada batu-batu besar. Seni binanya terdapat dalam dua buah bentuk iaitu bulat dan empat segi. Bentuk empat segi lebih kukuh berbanding dengan bentuk bulat. Kuil merupakan tempat ibadat, tempat suci dan pusatmenghimpunkan rakyat dari aneka lapisan. Struktur penting dalam seni binja Hindu ialah Shihkara (berbentuk kereta kuda), Vimana (menara pyramid), Ratha (bentuk binatang atau burung) dan Gopuram (pintu masuk kuil). Umpamanya, setiap daripada lima buah pancha rathas yang terdapat di Mahabalipuram dibina daripada sebuah batu (monolitik) yang besar. Pancha rathas adalah sebahagian daripada struktur yang paling mengejutkan bukan sahaja di Mahabalipuram tetapi di seluruh India Selatan pada abad ke-7. Lima rathas tersebut adalah seperti Ratha yang berikut : Draupadi Arjuna Ratha Nakula Sahadeva Ratha Dharmaraja Ratha Bhima Ratha
35

Pengenalan Pendidikan Seni Visual 2012


Di antara lima rathas tersebut, terdapat tiga arca yang besar, iaitu: Singa Gajah Nandi lembu jantan

Arjuna Ratha

Pancha Rathas di Mahabalipuram

Dharmaraja Ratha Draupadi Ratha Nakula Shadeva Ratha

Bhima Ratha

Arca Singa

Arca Gajah

Arca Nandi Lembu Jantan


36

Pengenalan Pendidikan Seni Visual 2012


Di Ellora terdapat sebuah kuil yang termasyhur, iaitu Kuil Kailasanatha yang dibina pada abad ke-8 M dengan memotong batubatu di lereng-lereng bukit. Kuil-kuil berbentuk kiub adalah bangunan-bangunan batu yang awal
Kuil Kailasantha,Ellora

didirikan

menjelang

akhir

zaman

Gupta( abad ke-3 M hingga 5 M) di Nachna,

Sanchi dan Tigawa. Kuil Siva di Deogarh yang dibina pada zaman Gupta berbentuk kuib dengan menara berupa pyramid. Mulai abad ke-8 M, penekanan diberikan kepada pembinaan sikhara (menara) di atas ruang suci kuil dan pembinaan dewan di depan kuil.

Kuil-kuil yang besar didirikan dan banyak ukiran-ukiran patung menghiasi bahagian dalam dan luar kuil. Antara kuil Hindu yang melambangkan keunikan seni bina Hindu ialah kuil Rajarana dan Lingaraja di Bhubaneshwar, kuil Sasbahu di Gwalior, kuil Kandariya dan Mahadewa di Khajuraho dan kuil Suria (Sun Temple) di Konarak.

The great Lingaraja at Bhubhaneswar


37

Pengenalan Pendidikan Seni Visual 2012

The Sun Temple, Konark

The Glory of Khajuraho

Kuil Sasbahu di Gwalior

38

Pengenalan Pendidikan Seni Visual 2012


Kesemua kuil di atas melambangkan gaya seni bina Hindu India Utara. Gaya seni bina Hindu yang berlainan muncul di bahagian selatan India pada abad ke-7 M dan tradisi seni bina ini berlanjutan hingga abad ke-18 M. kuil-kuil yang terkenal didirikan pada abad ke-8 M termasuk kuil pinggir pantai di Mahabalipuram dan Kuil Kailasanatha di Kanchipuram. Banyak kuil dibina semasa pemerintahan Dinasti Chola. Antaranya ialah kuil Brihadeihvara di Tanjovur dan Gangaikondacholapuram dan kuil Nataraja di Chidambaram. Di Karnataka, raja-raja dari Dinasti Hoysala (abad ke-12-13M) membina kuil-kuil yang mempunyai seni bina yang berlainan di Belur, Halebid dan Somnathpur.

Pada abad ke-15 M, raja-raja Hindu kerajaan Vijayanagara membina kuil-kuil yang besar dengan menara yang tinggi dikenali sebagai Gopura di Vellore, Kanchipuram dan Srirangam. Menjelang abad ke-17 M, tradisi pembinaan kuilkuil diteruskan di Madurai. Antara ciri utama dalam pembinaan kuil adalah : mandapa (dewan), garbhagriha (ruang suci) dan; sikhara (menara)

Mandapa

Sikhara

Kuil-kuil Hindu mempunyai struktur menara dan bumbung yang berlainan. Berdasarkan struktur menara dan bumbung, kuil-kuil Hindu dibahagikan kepada tujuh jenis, iaitu: Kuil bermenara melengkung Kuil bermenara kon

39

Pengenalan Pendidikan Seni Visual 2012


Kuil bermenara piramid bertingkat Kuil bermenara kubah Kuil berbumbung apsidal (mihrab) Kuil berbumbung kayu Kuil berbentuk pagoda

The Gebang Temple di Yogyakarta berbentuk kon

Kuil berbentuk apsidal Tanjavur Temple berbentuk piramid Kuil berbentuk pagoda

Kuil berbentuk Khubah Kuil berbentuk lengkung

Kuil berbentuk kayu

5.2.3 Seni Bina Jainisme Kuil-kuil Jaina didirikan dengan memotong batu-batu di lereng bukit. Kuil Jaina yang terkenal ialah kuil Kailasanatha yang dibina pada abad ke-8 M di Ellora. Orang Jaina membina kuil-kuil dalam bentuk temple cities yang terdiri daripada berates-ratus rumah berhala kecil yang didirikan oleh individu.

Kebanyakan kuil-kuil Jaina didirikan dari akhir abad ke-10 M hingga ke-17 M. Terdapat banyak kuil-kuil Jaina di Palitana dan Girnar. Bandar kuil Jain di

40

Pengenalan Pendidikan Seni Visual 2012


Mount Abu, Rajasthan terdiri daripada bangunan-bangunan yang dibina dari

abad ke-10 M hingga ke-17 M. kompleks kuil Jaina di Palitana mengandungi banyak kuil yang besar dan mengandungi ukiran yang indah. Kuil Jaina yang terbesar di Palitana ialah Kharataravasi Tuk yang merupakan bangunan dua tingkat dan mempunyai sikhara (menara) setinggi 29 meter.

Bukit dengan tinggi 591 meter ini memiliki 863 kuil marmer Jain

5.2.4 Seni Bina Islam Penaklukan orang Muslim ke atas benua kecil India bermula pada abad ke-8 M dan menyaksikan perkembangan seni bina Islam di India. Seni bina Islam membawa dimensi baru dalam tamadun India. Seni bina ini adalah hasil gabungan seni bina Arab, Masjid Quwwat-ul-islam Parsi dan Tempatan. Menurut Asirbadi Lal Srivastava

dalam Medieval India Cultrure, seni bina yang dihasilkan oleh pemerintahpemerintah Islam menggabungkan ciri-ciri seni bina Hindu dan Islam. Beliau menamakannya sebagai seni bina Indo-Islam. Seni bina Indo-Islamdibahagikan kepada dua fasa yang berbeza, iaitu zaman Kesultanan Delhi (1206-1526 M) dan zaman Moghul (1526-1803 M). Bangunan-bangunan melambangkan seni bina Islam didirikan semenjak pengasasan Kesultanan Delhi pada tahun 1193 M.

41

Pengenalan Pendidikan Seni Visual 2012


Masjid Quwwat-ul-islam adalah lambang seni bina Delhi yang terawal. Pembinaan masjid ini bermula pada tahun 1195 M dan disiapkan pada tahun 1199 M. Masjid ini diberikan oleh pemerintah-pemerintah seterusnya, iaitu Iltutmish (1230 M) dan Alauddin khilji (1296-1316 M).

Sebuah lagi bangunan penting ialah Kutub Minar. Menara besar, QutbMinar ditulis dengan ayat-ayat suci pada bahagian hadapan. Satu contoh yang diiktiraf dunia sehingga hari ini dan menjadi bukti kecemerlangan seni bina Islam ialah Taj Mahal yang terletak di Agra. Pembinaan menara ini dimulakan oleh Qutbuddin Aibak dan disiapkan oleh Iltutmish. Menara ini pada awalnya mempunyai ketinggian 75 meter, tetapi menjadi 80 meter semasa pemerintahan Firoz Tughlug. Semasa pemerintahan Alauddin Khilji, bidang seni bina mengalami perkembangan pesat. Sumbangan beliau adalah pembinaan Alai Darwuza, sebuah dewan berbentuk segi empat sama yang mempunyai kubah dan dibina batu pasir berwarna merah. Selain itu, Ghiyasuddin Tughluq mendirikan bandar yang dikenali sebagai Tughluqabad. Muhammad bin Tughluq mendirikan beberapa bangunan seperti kubu di Adilabad, membina bandar Jahanpanah di Delhi dan Daulatabad di Deccan. Satu lagi bangunan yang penting pada zaman Tughluq ialah makam Kabiruddin Auliya yang dikenali sebagai Lal Gumbad didirikan semasa pemerintahan Nasiruddin Mahmud Syah.

Bandar Jahanpanah

Tughluqabad

Qutbuddin Aibak Daulatabad di Deccan


42

Pengenalan Pendidikan Seni Visual 2012


Seni bina pada zaman Mughal mencapai kemuncak pada zaman Akhbar. Baginda menjadi penaung kepada perkembangan seni bina di India. Seni bina yang lahir pada zaman Akhbar adalah gabungan antara seni bina Hindu dengan Muslim. Shah Jahan merupakan maharaja Mughal yang amat meminati bidang seni bina. Pada zaman pemerintahannya bidang seni bina mencapai

perkembangan yang kemuncak. Taj mahal (1630-1653 M) yang dibina atas arahan Shah Jahan untuk memperingati isteri kesayangannya, Mumtaz Mahal merupakan salah satu keajaiban dunia. Shah Jahan dikebumikan di dalam Taj Mahal selepas kematiannya pada tahun 1658 M. bangunan ini berbentuk oktagen dan dibina atas podium atau pentas batu marmar putih. Ia mempunyai empat menara di empat penjuru podium. Bangunan ini juga mempunyai bilik yang terbahagi kepada lapan bahagian dengan ukiran marmar kaca pada makam Shah Jahan dan isterinya.

Taj Mahal, Agra

Makam Shah Jahan & isterinya

Pembinaan bangunan ini melibatkan 20 000 orang dan kebanyakan daripada mereka adalah orang Asia. Bangunan ini didirikan oleh arkitek dari Parsi, Ustad Isa Khan Effendi dan anak muridnya Ahmad Ustad. Kubah bangunan ini direka bentuk oleh Ismail Khan. Di samping Taj Mahal, semasa pemerintahan Shah Jahan, banyak bangunan seperti dewan dan pavilion didirikan di Red Fort, Delhi. Masjid Jami yang merupakan masjid terbesar di India yang telah dibina antara tahun 1644-1658 M.

Pavilion, Red Fort

Masjid Jame

43

Anda mungkin juga menyukai