Anda di halaman 1dari 1

Ilmu nujum ada tiga jenis: 1. at-Tanjeem - Iaitu mempercayai bahawa bintang-bintang ada kesan atas kejadian-kejadian di dunia.

Pendek kata, mereka yang mempunyai kepercayaan ini akan menyembah bintang-bintang dan lain-lain kekufuran berkaitan dengan penyembahan bintang-bintang. Jenis ini disepakati ulama adalah kufur yang mengeluarkan seseorang itu dari Islam. 2. at-Ta'theer - Iaitu menggunakan pergerakan bintang-bintang sebagai tanda apa yang akan berlaku di masa depan. Pengamal jenis ini adalah serupa dengan tukang tilik kerana dia mendakwa ilmu ghaib dengan menggunakan pergerakan bintang-bintang sebagai petanda. Jenis inilah yang banyak dimuatkan di dalam majalah-majalah, suratkhabar, dan lain-lain, lebih dikenali sebagai horoskop! Daripada salah seorang isteri nabi: Nabi (SAW) bersabda: "Sesiapa yang mendatangi seorang dukun dan bertanya mengenai sesuatu, tidak diterima solatnya 40 hari." [Sahih Muslim] Daripada Abu Hurairah dan al-Hasan: Nabi (SAW) bersabda: "Sesiapa yang mendatangi seorang tukang tilik (al-Arraf) atau dukun (al-Kaahin) kemudian mempercayai kata-katanya maka dia telah kufur dengan wahyu yang diturun kepada Muhammad." [Sahih - Musnad Ahmad] Membaca horoskop boleh dikiaskan dengan berjumpa dengan tukang tilik yang mendakwa mengetahui apa yang akan berlaku di masa depan, ertikata lain, mendakwa ilmu ghaib. Sesiapa yang bertanya tukang tilik sahaja, tidak diterima 40 hari solatnya!... Belum lagi mempercayainya! Begitu juga horoskop, membacanya sahaja adalah serupa dengan bertanya tukang tilik, walaupun tidak percaya! Apatah lagi bila kesamaan dirasai dan dia mula mempercayai apa yang dibaca, maka dia telah jatuh kufur, terkeluar daripada agama Islam. Na'uzubillah! 3. at-Tasyeer - Iaitu ilmu mengenai bintang-bintang dan pergerakannya untuk mengetahui kiblat, masa dan lain-lain yang bertepatan dengan sunnah Allah, atau sebab musabbab. Ilmu ini dibenarkan oleh sebahagian ulama.

Anda mungkin juga menyukai