Anda di halaman 1dari 20

KERTAS KONSEP SOALAN 1

QGJ3053 SUKAN INDIVIDU SEM 1 SESI 2013/2014


NAMA : NIK ZAWAWI BIN NIK HUSSAIN ( D20102043468 ) KUMPULAN : UPSI 16 (A131PJJ) PENSYARAH E-LEANING : EN. THARIQ KHAN BIN AZIZUDDIN KHAN TARIKH SERAHAN : 24 NOVEMBER 2013

Isi Kandungan

muka surat

1.0

Pengenalan

2.0

Falsafah sukan dan permainan.

3.0

Kepentingan sukan individu dalam pembangunan domain psikomotor, kognitif dan afektif murid. 7

4.0

Dasar 1 Murid 1 Sukan.

10

5.0

Pelaksanan dasar 1 Murid 1 Sukan di sekolah.

12

6.0

Rujukan.

20

1.0 PENGENALAN

Dasar 1 Murid 1 Sukan merupakan suatu dasar yang mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar yang menyokong falsafah pendidikan kebangsaan iaitu jasmani,emosi,rohani dan intelek. Selaras dengan dasar sukan negara iaitu sukan untuk semua dan sukan untuk kecemerlangan. Falsafah sukan dan permainan mendukung dasar sukan untuk semua hal ini menitikberatkan penglibatan murid dalam pelbagai aktiviti dan peringkat sukan. Dasar ini dibentuk atas rasional segala kegiatan sukan adalah sebahagian daripada transformasi pendidikan yang diusahakan oleh KPM. Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakan pertandingan sihat, semangat muhibah, kesefahaman, toleransi dan

meningkatkan nilai moral dan fizikal. Dasar ini memberi peluang secara menyeluruh kepada murid melibatkan diri secara lebih terurus dan terancang.

Dasar ini juga bertujuan membangunkan modal insan dalam kalangan murid melalui penyertaan menyeluruh dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid. Dasar ini mewajibkan setiap murid dari tahap 2 sekolah rendah (tahun 4,5,6) dan sekolah menengah mengikuti sekurang-kurangnya 1 aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dan sistematik berteraskan prinsip asas perkembangan fizikal murid.

2.0 FALSAFAH SUKAN DAN PERMAINAN

Falsafah sukan adalah berkenaan dengan analisis konseptual dan soal siasat idea-idea dan isu-isu sukan dan amalan yang berkaitan seperti latihan, kewartawanan sukan dan perubatan sukan. Pada peringkat yang paling umum, ia adalah berkenaan dengan menjelaskan sifat dan tujuan sukan. Falsafah sukan tidak pernah tetap. Kaedah ini memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam falsafah sukan untuk membangunkan pemikiran dalam mengkritik diri sendiri, terus mencabar prasangka mereka sendiri dan prinsip kedua-duanya sebagai sifat dan tujuan falsafah dan sukan. Falsafah sukan bukan sahaja mengumpulkan pandangan daripada pelbagai bidang falsafah seperti estetika, epistemologi, etika, logik dan juga metafizik. Hal ini adalah kerana proses falsafah ini dapat menjana substantif dan bersaing pemandangan sukan itu sendiri. Dalam falsafah sukan, pelajar mengkaji sifat dan nilai-nilai pergerakan manusia menggunakan kaedah
3

bukan empirikal falsafah. Bidang yang ditekankan adalah etika sukan, perbandingan sukan dengan seni, nilai-nilai yang unik permainan dan bermain dan kepentingan melalui sukan.

Selain itu, falsafah kesukanan banyak memberi nilai-nilai yang baik untuk para atlet mengubah ke arah pembentukan jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Hal ini juga dapat dilihat daripada aspek idealisme, realisme, eksistensialisme dan juga pragmatisme. Semua aspek ini banyak memberi implikasi yang positif dalam melahirkan dunia kesukanan yang cemerlang. Seperti yang telah saya pelajari. Hal ini adalah kerana proses dalam meningkat nilai-nilai murni dan positif dapat dikaitkan melalui kognitif, afektif dan juga konseptual. Hal ini juga adalah kerana sukan adalah satu aktiviti manusia yang melibatkan organisasi yang khusus dan perlaksanaan undang-undang. Aktiviti ini melibatkan pertandingan atau cabaran bagi mencapai matlamat yang ditetapkan( Hawkey 1993). Oleh yang demikian, proses membentuk melalui kognitif dan afektif memang tidak dapat dipisahkan. Jadi saya rasa ingin berkongsi serba sedikit mengenai sains sukan gunaan, yang boleh dijadikan salah satu input terhasilnya nilai-nilai sukan moden pada hari ini. Implikasi ini boleh dilihat daripada aspek pragmatisme yang lebih berkaitan bidang sains dan kaedah saintifik. Fahaman pragmatisme ini, dibentuk oleh ahli falsafah Amerika Syarikat seperti Charles Sanders Peirce, Wiliam James dan John Dewey. Sains sukan gunaan ialah sains yang mengkaji pergerakan manusia, mengkaji bagaimana anggota tubuh menghasilkan pergerakan dan bagaimana pergerakan manusia boleh diperbaiki dengan menggunakan berbagai teknik yang menghasilkan kestabilan tubuh, daya imbangan yang paling optimum. Contoh, prinsip biomekanik digunakan apabila anda membengkokkan lutut secara semula jadi ketika mendarat setelah melompat. Proses ini dapat dilihat, bahawa sukan moden pada hari ini amat berkait dengan dunia sains. Terdapat banyak perkara yang boleh kita peroleh, seperti semangat kesukanan, nilai kerjasama dalam kumpulan dan sebagainya. Seterusnya, dengan bantuan alat teknologi seperti sistem APAS dan juga sistem Kinovea yang mengkaji tentang pergerakan sesuatu sukan, banyak membantu dalam dunia sukan pada hari ini. Nilai yang kita mampu buktikan iaitu, sesuatu sukan akan terus maju dengan adanya ahli-ahli pengkaji sukan yang berusaha bekerjasama untuk membangunkan sukan.

Seterusnya, nilai falsafah sukan ini juga boleh merangsang pembinaan suatu masyarakat yang cergas dan proaktif di samping merupakan suatu alat yang berkesan ke arah
4

perpaduan dan semangat cintakan negara. Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) menyokong kepada prinsip-prinsip am pendidikan sepanjang hayat. Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) melalui konsep Malaysia Cergas adalah bermatlamat untuk menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia tentang pentingnya kesihatan yang boleh dipupuk melalui kegiatan fizikal dan rekreasi. Kesedaran ini akan menimbulkan minat dan akan terus dipupuk melalui pendidikan sukan. Langkah ini akan merangsang lagi penyertaan dalam kegiatan sukan, rekreasi dan kecergasan. Pergerakan Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) juga ingin membentuk satu imej Nasional yang akan menjadikan masyarakat Malaysia sebagai suatu bangsa 'peserta' dan bukannya 'penonton'. Generasi muda yang dipupuk nilai-nilai murni melalui sukan mampu menjadi sebagai pemimpin masa kini dan masa depan mesti bergerak dalam kematangan, keupayaan dan motivasi yang lebih positif dan efektif, di dalam realiti heteregenous dan komitmen yang lebih kukuh. Kesedaran perlu wujud dan berkembang sealiran dengan cita-cita pembinaan budaya bangsa ke arah kewujudan satu bangsa yang kuat bermaruah dan mempunyai martabat tinggi. Kesedaran itu adalah kesedaran yang mengatasi masalah kelompok, suku kaum atau budaya bangsa yang berpecah tanpa memperlihatkan apa-apa keperibadian, kesatuan dan jiwa yang satu padu. Oleh itu, nilai-nilai yang dipupuk melalui sukan akhirnya menjadikan mereka matang dalam setiap perkara.

Nilai falsafah kesukanan ini juga dapat menjadikan seseorang atlet ataupun individu aktif dalam kegiatan sukan . Mereka mampu untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya. Hal ini dikatakan demikian kerana individu tersebut akan menentukan masa yang sesuai untuk memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa untuknya belajar. Contohnya, seseorang atlet atau individu yang menyertai pasukan sekolah ataupun di peringkat universiti mesti ada jadual latihan sukan dan jadual belajar. Oleh itu, seseorang individu mahupun atlet yang aktif dalam sukan juga berjaya dalam pelajaran mahupun pelbagai bidang yang diceburi. Di samping itu, sukan yang saya terajui ini juga dapat membentuk individu menjadi seseorang yang berfikiran positif. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan aktif bersukan seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan berkeyakinan tinggi dan tidak cepat berputus asa. Contohnya, Datuk Lee Chong Wei tetap tidak berputus asa walaupun gagal meraih pingat emas dalam sukan Olimpik baru-baru ini. Oleh itu, sukan penting dalam melahirkan individu yang berfikiran positif. Mengikut pengalaman saya juga, murid yang aktif bersukan juga dapat menggunakan masa
5

lapang mereka dengan lebih bermanfaat. Hal ini dikatakan demikian kerana biasanya murid yang aktif dalam bidang sukan tidak berminat bermain computer game dan tidak akan menghabiskan masanya untuk berplesiran di pusat beli-belah, menonton televisyen, dan seumpamanya. Oleh itu, sudah pasti mereka akan menghabiskan masa dengan lebih bermanfaat.

Nilai-nilai pengetahuan dalam konsep falsafah, etika dan estetika dalam kesukanan mampu memberi banyak transformasi dalam dunia sukan dan boleh melahirkan satu unit masyarakat yang sihat. Hal ini memang tidak dapat dinafikan melalui konsep sukan yang memberi banyak kelebihan dan nilai yang positif. Oleh yang demikian, saya ingin berkongsi rasional nya nilai yang dapat diperoleh melalui sukan moden pada hari ini. Salah satu kegiatan sukan dapat membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Kehidupan zaman moden ini lebih banyak menggunakan tenaga dalaman dan pemikiran. Golongan profesional dan separa profesional dalam membangunkan negara sering kali terpaksa mengabaikan kegiatan fizikal kerana kekurangan waktu untuk tujuan tersebut. Kesibukan semua lapisan masyarakat ini membawa kepada masalah kesihatan fizikal dan mental. Penglibatan golongan kanak-kanak , remaja dan orang dewasa dalam pelbagai kegiatan sukan dapat menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan.

Pengetahuan falsafah kesukanan dalam kegiatan sukan merupakan langkah awal seperti kata pepatah sediakan payung sebelum hujan dalam mengawal obesiti, penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetes dan penyakit jantung. Kegiatan sukan juga dapat membantu mereka yang telah menghidap penyakit untuk kembali pulih. Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga mampu menangani ketegangan fikiran dan meringankan bebanan mental. Sesungguhnya kegiatan sukan dapat melancarkan perjalanan darah, mengurangkan lemak yang berlebihan dalam salur darah dan jantung ,membantu perkumuhan dan membuang sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh badan. Tegasnya, penglibatan dalam bidang sukan merupakan usaha efektif dalam melahirkan masyarakat yang sihat. Kata-kata semangat seperti Malaysia

Boleh! merupakan satu cetusan semangat yang diilhamkan oleh Dr. Mahathir. Ia pada asalnya digunakan untuk meningkatkan semangat perjuangan para atlet negara di Sukan SEA Kuala Lumpur pada 1989 bagi membuktikan bahawa Malaysia boleh melakukan apa sahaja seperti mana orang lain. Hasil daripada semangat Malaysia Boleh!, pencapaian para atlet negara sangat
6

luar biasa dan menjadi negara pengumpul emas kedua terbanyak di kejohanan tersebut. Semangat tersebut kini bukan saja diterapkan dalam sukan malahan untuk segala bidang dan menjadi pendorong bagi seluruh rakyat tanpa mengira kaum. Semangat inilah yang menjadikan rakyat Malaysia mampu mencatatkan kejayaan di peringkat antarabangsa dalam segala bidang termasuk ekonomi. Berjaya menawan puncak Everest, mengelilingi dunia dengan perahu layar secara solo, kecemerlangan di Sukan Komanwel XX - KL98 dan lain-lain.

Kesimpulannya, kita akan mempunyai kesedaran bahawa falsafah kesukanan yang dipelajari, mampu membentuk masyarakat yang cemerlang daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Hal ini adalah kerana, dalam mempelajari ilmu falsafah ini. Para pelajar dan atlet itu sendiri akan mempunyai kesedaran dan matlamat untuk dicapai. Mereka akan terus bersemangat untuk mencapai matlamat yang telah mereka sasarkan. Sikap sebegini akan menjadi batu loncatan terhadap diri mereka sendiri untuk menjadi garis panduan supaya memudahkan perjalanan mereka sebagai seorang atlet ataupun jurulatih. Jelaslah di sini bahawa melibatkan diri dalam sukan banyak membawa faedah kepada murid. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menyediakan banyak kemudahan untuk bersukan di sekolah. Ibu bapa pula patut menggalakkan anak-anak mereka bersukan. Begitu juga dengan guru-guru mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran sukan. Saya percaya dengan adanya kerjasama antara semua pihak lebih ramai lagi jaguh sukan negara yang akan menyerlah di peringkat antarabangsa, asalkan kita tidak melakukannya hanya hangat-hangat tahi ayam. Akhirnya, para pelajar begini juga akan mengharumkan nama negara di mata dunia apabila menjejak kaki ke menara gading.

3.0

KEPENTINGAN

SUKAN

INDIVIDU

DALAM

PEMBANGUNAN

DOMAIN

PSIKOMOTOR, KOGNITIF DAN AFEKTIF MURID

ASPEK KEMAHIRAN PSIKOMOTOR

Aspek Psikomotor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang mampu dipamerkan. Psikomotor ini juga melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan, kelenturan,
7

daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan. Di dalam Pendidikan Jasmani suaian aspek ini perlu di fokus selepas pelajar melepasi tahap minimum aspek fizikal dan psikomotor.

Bucher (1979) mengatakan bahawa pelajaran Pendidikan Jasmani berkemampuan untuk memberi sesuatu hasil yang berkesan kepada pelajar melalui proses pembelajaran yang telah digariskan dalam suatu kurikulum bagi memenuhi keperluan pelajar. Menurut Weston (1979) yang berpandangan bahawa kurikulum yang dihasilkan adalah program yang dirancang untuk kepentingan pelajar yang telah mengambil kira semua faktor utama seperti sekolah dan keperluan pelajar sebagai matlamat.

Menurut Raddick (1982) Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada pendidikan seseorang yang menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidikan. Ianya menekankan tentang pembentukan sikap, pengetahuan dan kemahiran yang berhubung dengan kesihatan, kecergasan dan rekreasi dengan cara yang unik sehingga cara hidup dan kualiti seseorang ditingkatkan. Ianya lebih menekan pendidikan melalui Pendidikan Jasmani. Pukal KBSM (1992) mendefinisikan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif. Ketiga-tiga unsur ini dapat dilakukan melalui pemupukan dan penerapan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian. Pendidikan Jasmani adalah mata pelajaran yang menekankan kepada proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi (Teng Boon Tong 2001).

Oleh yang demikian Pendidikan Jasmani boleh didefinisikan sebagai mata pelajaran yang memberi penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi. Ianya juga bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan nilai, sikap, pengetahuan serta amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.

ASPEK KOGNITIF

Pembangunan kognitif melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta penginterpretasi. Dengan kata lain pembangunan kognitif melibatkan rangsangan pemikiran yang terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan, pengamatan dan pengukuhan.

Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar dapat menjadikan pendidikan luar dapat dilaksanakan dengan berkesan. Contohnya sebelum mengikuti pendidikan luar pelajar perlu mempelajari cara melaksanakan sesuatu aktiviti yang hendak dilakukan dari segi teknik dan disiplin. Kefahaman dan penghayatan cara atau teknik melaksanakan aktiviti pendidikan luar membawa kepada pelaksanaan aktiviti pendidikan luar yang lebih cekap dan berkesan.

Pengetahuan tentang disiplin pendidikan luar juga penting bagi menjadikan aktiviti yang diceburi itu menarik, berfaedah dan bermakna. Program pendidikan luar yang baik bukan saja memberi kekuatan fizikal tetapi seharusnya dapat memberi kekuatan kognitif. Dengan berfikir seperti penyelesaian masalah, pemahaman, penilaian dan kreativiti seharusnya diserapkan dalam aktiviti pendidikan luar.

ASPEK AFEKTIF

Matlamat utama yang diingini oleh semua program pendidikan luar pada umumnya tertumpu kepada perkembangan individu dan kemahiran bersosial. Perkembangan individu melibatkan sikap, emosi, apresiasi, dan nilai dan pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial pula melibatkan interaksi dan corak komunikasi dengan orang lain. Pendidikan luar memberi sumbangan terhadap perkembangan sikap dan konsep kendiri kerana hubungan yang akrab akan berlaku ketika menjalankan aktiviti pendidikan luar.

Pendidikan Jasmani perlu menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain, mengiktiraf sumbangan, kepentingan menjaga kebersihan, penggunaan masa lapang yang berguna, memiliki sikap positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin
9

serta bekerjasama dalam kumpulan dalam aktiviti fizikal. Emosi adalah suatu elemen yang penting dalam perkembangan kanak-kanak melalui penglibatan di dalam pesertanya. Contohnya dengan aktiviti pendidikan luar peserta akan membentuk persefahaman peranan secara luaran dan dalaman diri.

Pendidikan luar adalah suatu medium yang dapat membantu dalam pembangunan sosial. Pendidikan Jasmani akan menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli masyarakat. Melalui kepimpinan yang sempurna dan teratur akan menjadi pendidikan luar sebagai jambatan utama untuk mencapai matlamat sosial.

4.0 DASAR 1 SUKAN 1 MURID

Dasar 1 Murid 1 Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan untuk semua dan Sukan untuk Kecemerlangan. Aktiviti sukan di bawah Sukan untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh hal yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendukung aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas,dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam mendukung semangat 1 Malaysia. Terdapat pelbagai kebaikan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Perkara ini akan dibincangkan demi kepentingan bersama. Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Hala tuju dasar pendidikan negara kita amat jelas iaitu melahirkan modal insan yang bersahsiah unggul dan
10

berkeperibadian mulia. Oleh itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan secara tidak langsung dapat membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni dalam kalangan murid-murid di sekolah. Dasar ini bertujuan untuk membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid-murid prasekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana kerajaan mahu membina dan menjana modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara melalui sukan. Tegasnya, modal insan yang syumul dan holistik dapat dilahirkan melalui dasar ini.

Selain itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas kerana badan sihat otak cerdas. Aktiviti sukan berupaya meningkatkan kecergasan jasmani seseorang dan memenuhi naluri semula jadi murid dalam aktiviti fizikal. Hal ini dikatakan demikian kerana kerajaan sedar semakin banyak rakyat Malaysia yang mengabaikan sukan dalam kehidupan lantaran terlalu sibuk dengan urusan seharian. Akibatnya, bilangan rakyat Malaysia yang menghidap masalah kegemukan dan obesiti semakin meningkat saban tahun. Senario ini amat merugikan kerana golongan ini biasanya tidak aktif dan menghidap pelbagai penyakit yang berbahaya kepada diri mereka. Pada tahun 2011, dilaporkan rakyat Malaysia merupakan golongan terbanyak mengidap obesiti dalam kalangan rakyat di negara-negara ASEAN dan yang keenam di Asia. Oleh sebab itu, tindakan kerajaan memperkenalkan Dasar 1 Murid 1 Sukan memang tepat pada masanya dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dan cerdas sepanjang masa. Izharlah bahawa amalan gaya hidup sihat dapat dipupuk melalui dasar ini.

11

5.0 PELAKSANAAN DASAR 1 MURID 1 SUKAN DI SEKOLAH

Program 1 murid 1sukan telah dilaksanakan dengan jayanya oleh warga SK Sungai Binjai,Meru Klang,Selangor iaitu pihak sekolah telah mengadakan satu program kem sukan sekolah

1. LATAR BELAKANG KEM SUKAN SEKOLAH 1.1.Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN ini telah diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 17 Mac 2010 dalam Mesyuarat Jawatankuasa Ad Hoc Pembangunan Sukan Sekolah yang dipengerusikan oleh YAB sendiri. 1.2.Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang akan dilaksanakan mulai tahun 2011. 1.3.Dasar 1MURID 1SUKAN merupakan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam menggalakkan penglibatan menyeluruh (mass participation) murid dalam sekurang-kurangnya satu sukan di sekolah khususnya bagi murid-murid yang kurang atau tidak aktif dalam sukan agar dapat melahirkan murid yang sihat dari segi fizikal dan mental. 1.4.Dasar 1MURID 1SUKAN ini juga akan mengenengahkan murid yang aktif dalam sukan agar dapat memperkembangkan potensi dan bakat murid kea rah kecemerlangan sukan. 1.5.Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip berikut; i. Elemen keseronokkan ii. Dapat memberi pendedahan kemahiran asas permainan iii. Sebagai elemen untuk mempertingkatkan sosialisasi iv. Dapat menerapkan elemen inovasi dan kreativiti dalam pengurusan sukan 1.6.Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN dapat memberi peluang secara menyeluruh kepada semua murid agar melibatkan diri dalam sukan secara terurus dan terancang serta mengimbangkan focus atau penekanan dalam melahirkan modal insan secara holistic kea rah pembinaan masyarakat Malaysia yang berdaya saing tinggi.

2. MATLAMAT KEM SUKAN SEKOLAH 2.1.Melatih satu kumpulan murid yang dapat membantu guru penasihat kelab sukan menjalankan aktiviti di sekolah.
12

2.2.Melalui rangsangan / tugasan murid dapat; 2.3.Murid dapat menjalankan aktiviti sukan dengan menggunakan kaedah stesen yang melibatkan ramai ahli kelab. 2.4.Bersukan melalui aktiviti yang diubahsuai (modified games) 3. OBJEKTIF KEM SUKAN SEKOLAH 3.1.Meningkatkan keberkesanan pengurusan kelab sukan dan pelaksanaan aktiviti sukan yang mempunyai unsur keseronokkan 3.2.Menerapkan kemahiran berfikir secara kritis , kreatif dan inovatif dalam kalangan murid. 3.3.Menerapkan nilai-nilai murni dan kepimpinan melalui aktiviti kelab sukan 3.4.Mewujudkan integrasi kaum melalui penyertaan dalam kelab sukan 3.5.Meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan aktiviti sukan dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat dan inovatif 4. ASAS-ASAS PERTIMBANGAN KEM SUKAN SEKOLAH 4.1.Pelaksanaan dasar ini telah diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 17 Mac 2010 dalam Mesyuarat Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh YAB sendiri 4.2.Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 16, Tahun 2010. Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN iaitu KP(BPSH)-SPDK) 201/500/01Jld.3 (14) bertarikh 1 Disember 2010. 4.3.Dasar 1MURID 1SUKAN mempunyai lia (5) objektif utama bagi memenuhi pembentukan insan yang syamul dalam akademik dan pembentukan kecergasan individu iaitu; i. Meningkatkan kecergasan jasmani ii. Membentuk sahsiah iii. Membina jati diri iv. Meningkatkan disiplin v. Dapat membentuk nilai murni serta memupuk perpaduan antara kaum. 4.4.Lima strategi telah dirangka bagi melaksanakan Dasar 1MURID 1SUKAN :i. Membezakan aktiviti sukan dengan kokurikulum ii. Memperkasakan penilaian dalam sukan iii. Mewajibkan pelaksanaan aktiviti sukan sepanjang tahun persekolahan. iv. Memberi penekanan kepada pendidikan jasmani waktu persekolahan v. Mengadakan aktiviti asas sukan di sekolah melalui kelab sukan 4.5.Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 16, Tahun 2010: pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN iaitu KP(BPSH)-SPDK) 201/500/01Jld.3 (14) bertarikh 1 Disember 2010. 4.6.Pelaksanaan Dasar iMURID 1SUKAN mewajibkan penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu sukan telah dilaksanakan mulai tahun 2011. Dalam aspek
13

penilaian 2012, perubahan pada sistem penilaian sedia ada akan berkuatkuasa dengan murid Tahun 4 dan Tingkatan 1 berdasarkan aplikasi Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) 4.7.Memberi peluang kepada semua murid untuk melibatkan diri dalamaktiviti sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. 4.8.Dalam jangka masa panjang, Dasar 1MURID 1SUKAN ini berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Di samping memupuk masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas, cerdas serta berdaya saing tinggi.

(2) 4.9.Memberi peluang kepada semua murid yang kurang aktif, berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. 4.10. Flasafar Pendidikan Kebangsaan memberi penekanan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,emosi, jasmani dan social. Penekanan juga diberi dalam membangunkan murid dari aspek domain psikomotor, kognatif dan afektif. 4.11. Kem Sukan Sekolah merupakan alat perantaraan yang amat penting untuk menjana dan mewujudkan perpaduan antara kaum dalam masyarakata. 5. KUMPULAN SASARAN KEM SUKAN SEKOLAH 5.1.SEKOLAH RENDAH i. Tahun 4, 5, dan 6 ii. AJK Induk Kelab Sukan iii. Bilangan minimum peserta setiap kem 40 orang iv. Bagi sekolah kurang murid, boleh bergabung dengan beberapa sekolah lain 5.2.SEKOLAH MENENGAH i. Tingkatan 2 sahaja ii. 2 orang wakil setiap kelab sukan dari Tingkatan 2 sahaja iii. Bilangan maksimum peserta setiap kem 40 orang 6. IMPAK / HASIL KEM SUKAN SEKOLAH: i. ii. iii. Membina satu kumpulan penggerak sukan atau penggiat sukan sekolah dalam kalangan murid Murid yang kreatif dan inovatif dalam mengurus dan mengendalikan aktiviti kelab sukan Meningkatkan penyertaan dan penglibatan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan
14

iv.

Menghasilkan golongan murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas sukan serta mengamalkan gaya hidup sihat

CARTA ALIRAN PENGURUSAN KEM

Pembentukan Jawatankuasa

Mesyuarat Jawatankuasa

Pelaksanaan

Laporan

15

JAWATANKUASA KEM SUKAN SEKOLAH

Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Naib Pengerusi 3 Setiausaha Bendahari Ahli Jawatankuasa

: Pengetua / Guru Besar : Penolong Kanan Kokurikulum : Penolong Kanan Pentadbiran : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid : Setiausaha Sukan ( Kem Komanden ) : Pembantu Tadbir Kewangan : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. Latihan / Bengkel Peralatan Pendaftaran / Penginapan / Makanan / Jamuan Hadiah / Cenderamata / Sijil Jemputan / Sambutan / Buku Program Perubatan / Keselamatan / Pertolongan Cemas Pengangkutan Siaraya / Publisiti dan Dokumentasi Urusetia

# Bentuk Jawatankuasa mengikut kesesuaian aktiviti / program dan sekolah # Ini merupakan cadangan dan tertakluk kepada keperluan sekolah # Murid boleh terlibat sebagai fasilitator dalam setiap ajk jika sesuai # Gunakan guru yang telah menghadiri Kursus Guru Pembimbing Kelab Sukan sebagai jurulatih.

16

JADUAL KEM SUKAN SEKOLAH (cadangan) 3 Hari 2 Malam TARIKH / HARI MASA 2.30 4.00 ptg 4.00 4.30 ptg AKTIVITI Semua peserta melapor diri TINDAKAN / LOKASI Pemudahcara / Kem Kom / Tim Kem Kom Kem Komanden JK Makanan Kem Kom / Pemudahcara

Minum Petang / Solat / Pengurusan Diri SLOT 1 4.30 5.30 Taklimat Kem dan Suai ptg Kenal SLOT 2 5.30 6.30 Pengenalan Aktiviti Hari ptg Memanas Badan & Pertama Menyejukkan Badan Makan Malam / Solat / 6.30 8.30 Kuliah Maghrib / mlm Pengurusan Diri SLOT 3 8.30 10.30 OVEP / Dinamika mlm Kumpulan 10.30 11.00 Minum Malam mlm Pengurusan Diri 5.30 6.30 Pengurusan Diri / Solat / pg Kuliah Subuh 6.30 7.00 Perhimpunan Pagi : pg Negaraku / Doa / Taklimat 7.00 7.30 pg Malaysia Cergas / Senamrobik 7.30 8.00 pg Sarapan Pagi SLOT 4 8.00 10.00 Pengurusan Sesi Aktiviti pg (Praktikal) Hari Kedua 10.00 10.30 Rehat / Minum Pagi pg 10.30 12.30 SLOT 5 thg Asas Permainan Kategori Serangan 12.30 2.30 Makan Tengahari / Solat / ptg Pengurusan Diri 2.30 4.00 SLOT 6 ptg Sistem Pertandingan dan Kalah Mati
17

Pemudahcara Kem Komanden JK Makanan

Pemudahcara Kem Komanden JK Makanan Kem Komanden Kem Komanden Pemudahcara JK Makanan Pemudahcara JK Makanan Pemudahcara Kem Komanden JK Makanan Pemudahcara

4.00 4.30 ptg 4.30 6.30 ptg

Minum Petang / Solat

Kem Komanden JK Makanan

SLOT 7 Asas Permainan Kategori Jaring / Dinding Makan Malam / Solat / 6.30 8.30 Kuliah Maghrib / mlm Pengurusan Diri SLOT 8 8.30 10.30 Keselamatan & Kesihatan mlm Dalam Sukan 10.30 11.00 Minum Malam mlm Pengurusan Diri 5.30 6.30 Pengurusan Diri / Solat / pg Kuliah Subuh 6.30 7.00 Perhimpunan Pagi : pg Negaraku / Doa / Taklimat 7.00 7.30 pg Malaysia Cergas / Senamrobik 7.30 8.00 pg Sarapan Pagi SLOT 9 8.00 10.00 Asas Permainan Kategori Hari Ketiga pg Memukul & Menendang 10.00 10.30 Rehat / Minum Pagi pg 10.30 12.30 SLOT 10 thg Sesi Maklumbalas / Penilaian / Penutupan / Penyampaian Sijil 12.30 2.30 Makan Tengahari / Solat / ptg Pengurusan Diri / Bersurai Talian Penting Untuk Dihubungi Polis Ambulans Hospital Klinik Kesihatan : : : :

Pemudahcara Kem Komanden JK Makanan

Pemudahcara Kem Komanden JK Makanan Kem Komanden Kem Komanden Pemudahcara JK Makanan Pemudahcara JK Makanan

Kem Komanden Kem Komanden JK Makanan

GPK Kokurikulum :
18

# Untuk asas-asas permainan sila rujuk Kad sumber TOP Play dan TOP Sport di laman web Kementarian Pelajaran Malaysia

LAPORAN PELAKSANAAN KEM SUKAN SEKOLAH 1. SEKOLAH 2. DAERAH / PPD 3. NEGERI 4. TARIKH KEM 5. TEMPAT : : : : :

6. TEMPAT PENGINAPAN : 7. BILANGAN MURID MELAYU L P CINA L P L : INDIA P LAIN-LAIN L P JUMLAH L P

8. NAMA JURULATIH / GURU BIL NAMA

: ALAMAT SEKOLAH NO. H/P

9. CADANGAN / ULASAN

9.1. Ulasan / Cadangan program 10. IMPLIKASI KEWANGAN :


19

11. BAHAN DOKUMUNTASI YANG PERLU DIHANTAR KE PPD: 11.1. Laporan bertulis (hardcopy dan softcopy) 11.2. Gambar pegun dan rakaman video dalam bentuk cakera padat (CD) # Laporan dikembalikan kepada Penyelia Kanan Sukan, Pejabat Pelajaran Klang sebelum atau pada 15 Oktober 2013.

6.0 RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Kuala Lumpur Pusat Perkembangan Kurikulum.

Lo Joo Sim (19930, Siri rukan Popular Fajar Bakti Gimrama, Fajar Bakti Kuala Lumpur.

Buschner, C.A (1994) Teaching Children Movement Concepts and Skills Champaign II, : Human Kinetics.

Kurikulum Pendidikan Kesihatan KSSR http://www.scribd.com/doc/98424955/KSSR-PK (diakses pada 3 April, 2013) Wee Eng Hoe (1994), Pengajaran Pendidikan Jasmani. Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd

https://www.google.com.my/search?q=sukan+sepanjang+hayat+dan+rekreasi+di+sekolah &hl=en &source=lnms&tbm=isch&sa=X&ei=r2DUZNQjfOtB__2gPgC&ved=0CAcQ_AUoAQ&biw=1366&bih=630

https://www.google.com.my/search?q=sukan+sepanjang+hayat+dan+rekreasi+di+sekolah &hl=en &source=lnms&tbm=isch&sa=X&ei=r2DUZNQjfOtB__2gPgC&ved=0CAcQ_AUoAQ&biw=1366&bih=630#hl=en&tbm=isch&sa=1 &q=sukan+sepanjang+hayat+dan+rekreasi&oq=sukan+sepanja&gs_l=img.1.1.0l2j0i24l8.41 85714.4195559.0.4198253.57.22.5.5.5.15.146.1893.17j5.22.0...0.0...1c.1.12.img.YCwKxcq YmNg&bav=on.2,or.r _cp.r_qf.&bvm=bv.45960087,d.bmk&fp=8f2f410a833a0fd6&biw=1366&bih=667

20

Anda mungkin juga menyukai