Anda di halaman 1dari 5

PERMAINAN TRADISIONAL: KABADDI

Pengenalan:
Permainan Kabaddi merupakan permainan tradisional yang berasal dari negara India. Menurut bahasa Hindi, perkataan kabaddi bermaksud menahan nafas yang juga merupakan sebahagian dari permainan tersebut. Turut dikenali dengan nama Hadudu di kalangan orang Bangladesh. Permainan ini sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan meluas di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran. Ia adalah permainan bangsa Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura Pradesh, Punjab dan Maharasutran di India. Kabadi juga dimainkan oleh tentera British untuk tujuan hiburan, menjaga kemantapan badan dan juga untuk mengumpan tentera askar dan komuniti Asia British. Kabaddi turut merupakan salah satu permainan yang dipertandingkan di Sukan Asia.

Pasukan pemain
Permainan ini dimainkan antara dua pasukan. Setiap pasukan mempunyai 12 orang pemain; iaitu tujuh pemain utama dan lima lagi sebagai pemain simpanan. Bagi setiap sesi permainan, satu pasukan akan bertindak sebagai pasukan penyerang manakala pasukan yang satu lagi bertindak sebagai pihak lawan.

Prosedur permainan
1. Pasukan penyerang akan menghantar seorang penyerang yang akan memasuki kawasan pihak lawan (setengah seperti yang dijelaskan di atas). 2. Penyerang tersebut akan berusaha untuk menyentuh atau menjatuhkan manamana pemain dari pasukan pihak lawan. Sepanjang proses ini, wakil pasukan penyerang tersebut perlu menahan nafas. Untuk memastikan beliau tidak menipu dengan menarik nafas yang lain, beliau dikehendaki menyebut kabaddi secara berterusan. 3. Jika penyerang dapat menyentuh atau menjatuhkan mana-mana pemain semasa beliau masih lagi menahan nafas, pemain tersebut akan terkeluar dari permainan. Penyerang tersebut kemudiannya akan kembali semula ke gelanggangnya. 4. Namun, apabila penyerang sudah berjaya mengeluarkan seorang pemain, keseluruhan pasukan pihak lawan akan cuba menahannya daripada kembali semula ke gelanggang pasukan penyerang. Jika penyerang tersebut mengambil nafas lain sebelum berjaya kembali, beliau juga turut terkeluar. 5. Kedua-dua pasukan bertukar posisi sebagai penyerang dan pihak lawan secara bergilir-gilir sehingga sesi permainan tamat.

Gelanggang permainan
1. Kawasan gelanggang permainan ini meliputi luas 12.5 x 10 meter persegi yang dibahagi pula kepada dua kawasan yang sama luas. 2. Masa permainan adalah selama 40 minit untuk dua sesi dengan

tambahan 5 minit untuk pertukaran dua sesi tersebut.

Rajah 1 Gelanggang permainan kabbadi

Peraturan Am Permainan
Tujuh pegawai diperlukan dalam menyelia permainan kabaddi; seorang referee, dua hakim, dua penjaga garisan, seorang penjaga masa dan seorang pencatat markah. Mata dikira berdasarkan percubaan yang berjaya untuk menyentuh/menjatuhkan dan kembali ke gelanggang pasukan dalam tempoh satu nafas. Mana-mana pemain yang keluar secara sengaja atau mana-mana bahagian badannya menyentuh kawasan luar dari garisan gelanggang semasa sesi permainan berlangsung, pemain tersebut secara automatiknya akan dikira terkeluar dari permainan kecuali jika tindakan itu berlaku atas struggle. Pasukan yang berjaya mengeluarkan semua pemain dalam pasukan pihak lawannya dalam masa sesi permainan akan mendapat 2 mata bonus lona. Bagi peringkat yang tinggi, permainan Kabaddi dijalankan mengikut asas ketinggian dan berat untuk memastikan keadilan dalam permainan. Borang pemarkahan: Kumpulan A - Kumpulan B Kumpulan A dapat satu markah apabila menewaskan salah seorang dari Kumpulan B. Pasukan yang berjaya mengeluarkan semua pemain dalam pasukan pihak lawannya dalam masa sesi permainan akan mendapat 2 mata bonus

KUMPULAN A

KUMPULAN B

RUJUKAN
http://psk-wbm.blogspot.com/2009/07/permainan-tradisional.html http://ammal90.blogspot.com/2010/08/permainan-tradisional-di-malaysia.html http://kabaddijohor.com/?page_id=1832

Anda mungkin juga menyukai