Anda di halaman 1dari 9

PENDIDIKAN JASMANI PADA ZAMAN RENAISSANCE

PENGENALAN
Renaissance berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud pemulihan atau menghidupkan semula aspek kebudayaan dengan memberi penekanan terhadap pemulihan budaya meliputi aspek ilmu pengetahuan seperti sains, sastera dan seni klasik yang pernah menjulang Eropah sebagai pusat peradaban pada ketika itu.

Zaman Renaissance berlangsung selama dua abad dari pertengahan abad ke 14 sehingga pertengahan abad ke 16. Ianya bermula di Itali kemudian telah merebak ke seluruh Eropah melalui perkembangan intelektual dan pemikiran manusia.

Zaman kebangkitan atau kelahiran semula dan pemulihan budaya masyarakat Eropah.

Hasil daripada Renaissance telah membuka jalan kepada kelahiran pelbagai aliran baru Eropah hingga ke abad ke-18 seperti Humanisme, rasionalisme, nasionalisme dan absolutisme.

Pendidikan Jasmani Zaman Renaissance


Bermula pada 1400-1700. Pendidikan jasmani pada Zaman Renaissance adalah lebih kurang sama seperti pendidikan jasmani pada masa kini. PJ dilakukan untuk kebaikan diri sendiri, bukan untuk kebaikan orang lain.

3 kumpulan utama zaman renaissance:


1) Humanis
Berpusat di Itali yang menghargai pendidikan dalam sukan seperti lari berpagar, memanah, renang, lari dan permainan bola tangan.

2) Moralis
Pula dipengaruhi oleh Reformasi Protestan, melihat aktiviti fizikal hanya sebagai cara untuk melaksanakan pekerjaan.

3) Realisme
Menerima pendidikan fizikal sebagai sebahagian

daripada fikiran yang sihat dalam tubuh yang sihat.

Selama tempoh ini, sebahagian besar rakyat Eropah masih Katolik dan Katolik lebih menyukai aktiviti fizikal rekreasi dengan pandangan bahawa penjagaan tubuh perlu dilakukan.

Namun begitu, perkembangan PJ mempunyai kelemahan pada sekitar 1600 di mana PJ mempunyai banyak kebaikan tetapi tidak diutamakan kerana mereka percaya bahawa sesuatu yang tidak mempunyai tujuan khusus adalah sesuatu yang membazir masa.

Anda mungkin juga menyukai