Motor Au
Motor Au
Motor satu fasa dibuat dan digunakan dengan meluas bagi kerja-kerja rumah, pejabat, bengkel dan kilang-kilang. Motor kecil khasnya dari saiz pecahan kuasa digunakan pada alat-alat domestik, mesin-mesin perniagaan dan sebagainya. Disebabkan penggunaan motor dalam alat-alat ini berbeza, maka motor satu fasa direka dalam berbagai jenis untuk menyesuaikan kerja-kerja tersebut. Jenis-jenis motor satu fasa boleh dipecahkan mengikut binaannya, prisip kerja dan cara menggerakkan motor . Di antara jenis-jenisnya ialah : 1. 2. 3. 4. Motor aruhan (fasa belah, pemula kapasitor dan kutub telau). Motor tolakan (juga dikenali sebagai motor aruhan siri). Motor siri. Motor segerak.
MOTOR ARUHAN
Terdiri dari 2 bahagian utama iaitu: 1. Stator. 2. Rotor. Stator adalah bahagian motor yang tetap dan mengandungi 2 atau lebih gelung yang dililit dengan dawai kupram bagi menghasilkan medan magnet. Lilitan stator adalah terdiri dari jenis salient pole dan distributed winding.
str/ima
Jurusan:PJEmtrau.doc 3/11/2014
Rotor adalah bahagian yang berpusing yang dipasang pada aci (batang) dan dipegang di kedua-dua hujungnya oleh bebola. Rotor ini tidak mengandungi apa-apa lilitan tetapi sebaliknya bar aluminium atau kupram dipasang dalam alur angkir dan disambungkan dalam satu litar tertutup. Rotor ini juga dikenali sebagai rotor sangkar tupai (squirel-cage rotor).
Aci (Shaft)
rtr/ima
Prinsip Kerja
Apabila gelung stator diuja dengan bekalan arus AU, medan magnet akan mengaruhkan DGE dan menghasilkan medan AU dalam rotor. Fluks magnet rotor yang sefasa dengan fluks stator akan bertindak berlawanan dengan dengan fluks stator dan ini akan menyebabkan rotor berputar. Walaupun begitu, motor aruhan satu fasa tidak berupaya menghidup dengan sendiri disebabkan kedua-dua fluks stator dan rotor sefasa dan untuk tujuan itu (menghidup) satu gelung tambahan dipasang dalam motor aruhan bagi membolehkan motor itu menghidup. Satu contoh motor ini adalah motor fasa belah.
Jurusan:PJEmtrau.doc 3/11/2014
Kedua-dua lilitan itu diletakan 90o di antara satu sama lain dan perbezaan regangan yang dihasilkan oleh kedua-dua lilitan stator itu akan membahagikan fasa di antara arus lilitan utama/larian (Im) dan arus lilitan penghidup (Is). Perbezaan fasa di antara Im dan Is mestilah besar bagi mendapatkan penghidupan (pemulaan ) yang baik. Bahagian rotornya pula diperbuat dari jenis sangkar tupai dan mempunyai satu suis ampar (centrifugal switch), bertujuan mengasingkan lilitan menghidup dari litar selepas motor dihidupkan.
Belitan Pemula
Rotor
Pada suis ampar terdapat dua gelang, yang mana tidak bersentuhan pada ketika motor tidak dihidupkan. Apabila motor mencapai halaju 70% daripada halaju yang ditetapkan, daya memusat (centrifugal force) akan menarik gelang 2 ke arah gelang 1, yang mana melitar-bukakan lilitan menghidup. Litar menghidup akan terus sentiasa terbuka semasa motor sedang berpusing dengan kelajuan. Apabila bekalan AU diputuskan, pusingan motor mula perlahan dan gelang 2 akan kembali menyentuh/menyambungkan kembali litar menghidup.
Untuk memperbaiki ciri-ciri menghidup motor fasa belah, satu kapasitor digunakan sesiri dengan lilitan menghidup. Apabila kapasitor digunakan, ia menyebabkan arus mendahului voltan di dalam litar menghidup. Oleh sebab ini, arus menghidup dapat dikurangkan dan daya kilas bertambah, jadi keupayaan menghidup dapat diperbaiki. Semasa menghidup suis, kapasitor sesiri dengan gelung tambahan. Kapasitor yang telah disuaikan mempunyai nilai supaya lilitan tambahan berkesanan litar rintangan kapasitan yang mana arus mendahului voltan lebih kurang 45o .
Jurusan:PJEmtrau.doc 3/11/2014
Gelung stator mempunyai aruhan yang menyebabkan arus menyusul di belakang voltan. Kedua-dua arus adalah 90o daripada fasa, dan begitu juga dengan medan magnet yang diperolehi dan ini akan menghasilkan kesan putaran medan magnet.
Belitan Utama
Belitan Tambahan
Rotor
CTL/IMA
Apabila medan magnet berputar memotong batang-batang/bar pada rotor, arus diaruh di dalamnya. Arus yang diaruh ini menghasilkan medan magnet disekeliling pengalir yang mana akan bergaris terus dengan medan magnet stator. Tindakbalas di antara kedua-dua medan magnet akan membuatkan rotor berputar. Hukum Lenz menyatakan arus yang diaruh cuba menentang perubahan medan yang mengaruhkannya. Dalam hal motor aruhan, perubahan tersebut adalah gerakan medan maka tekanan dipaksa di atas rotor disebabkan tindakbalas antara medan rotor dan medan stator. Ini bermakna rotor akan bergerak sama arah dengan arah medan stator. Dayakilas motor ini adalah diantara 180% hingga 200% daripada dayakilas beban penuh dan arus permulaan adalah 6 hingga 8 kali arus beban penuh. Penggunaan motor ini adalah seperti kipas angin, pam, peti sejuk dan sebagainya. Saiz motor ini boleh didapati dari 1/20 hingga 1/3 kuasa kuda dengan kelajuan dari 865 p.s.m. hingga 3450 p.s.m.
Jurusan:PJEmtrau.doc 3/11/2014
Lilitan Penghidup
Rotor
C S psg/ima
Jurusan:PJEmtrau.doc 3/11/2014
Jurusan:PJEmtrau.doc 3/11/2014
Kelajuan motor boleh ditukar dengan menukar bilangan kutub. Di dalam motor jenis ini terdapat 2 gelung pelari, 6 kutub dan 8 kutub yang dimasukan di dalam lubang-lubang alur stator. Hanya satu gelung penghidup sahaja digunakan. Satu suis ampar dua tindakan yang mengandungi 3 sesentuh digunakan. Satu suis yang dipasang di luar motor digunakan untuk menukar kelajuan motor. Motor ini sentiasa menghidup dengan kelajuan yang tinggi tidak kira sama ada motor disuiskan pada kelajuan tinggi atau rendah. Jika motor disuiskan pada kelajuan yang rendah, maka apabila motor mencapai kelajuan yang membolehkan suis ampar beroperasi, ia akan membuka litar gelung penghidup dan gelung pelari kelajuan tinggi dan menutup gelung pelari kelajuan rendah.
Jurusan:PJEmtrau.doc 3/11/2014
motor ini boleh diterbalikkan melalui satu suis luar dengan syarat gelung penghidup dan pelari adalah sama. Satu gelung akan menjadi gelung penghidup bagi satu arah pusingan bila kapasitor sesiri dengannya dan gelung ini pula akan menjadi gelung pelari bagi arah pusingan yang bertentangan. Bila suis diletakkan pada forward, gelung A menjadi gelung pelari manakala gelung B menjadi gelung penghidup. Apabila disuiskan pada reverse, gelung B menjadi gelung pelari dan gelung A menjadi gelung penghidup. Motor seperti ini selalu digunakan bagi penggunaan yang memerlukan pusingan dua arah.
Jurusan:PJEmtrau.doc 3/11/2014
Motor telau ini dibina dalam saiz kecil iaitu dari 1/250 KK sehingga 1/6 KK. Walaupun pembinaannya mudah dan harganya murah, terdapat keburukan-keburukan seperti: 1. Dayakilas menghidup adalah rendah. 2. Keupayaan beban lampaunya rendah. 3. Kecekapannya rendah - berubah dari 5% (motor kecil) hingga 35% (motor besar). Disebabkan daya kilas menghidupnya rendah, biasanya motor jenis ini digunakan pada kipas angin kecil, alat-alat permainan, alat-alat jangka, pengering rambut dan jam elektrik.
1. Motor Tolakan
Dari segi binaannya, motor jenis ini terdiri daripada: i. Gelung stator - adalah dari jenis distributed non-salient pole dan ia biasanya dililit dalam 4, 6 atau 8 kutub. ii. Rotor - adalah dari jenis slatted core yang mempunyai distributed winding (sama ada dari jenis lap @ move) yang mana disambungkan kepada komutator. Biasanya sama dengan angkir bagi motor AT. iii. Satu komutator. iv. Beberus karbon yang dilitar-pintaskan. Apabila arus mengalir melalui gelung stator, magnet yang dihasilkan oleh gelung stator akan memotong gelung pada stator yang menyebabkan gelong rotor teraruh dan menghasilkan magnetnya sendiri. Kutub bagi magnet di rotor adalah ditetapkan supaya kutubnya sama dengan kutub magnet di stator. Dengan ini satu penolakan akan menyebabkan terhasilnya dayakilas. Kedudukan beberus karbon adalah bagi menentukan arah pusingan rotor. Dayakilas permulaan bagi motor ini adalah 350% dan arus permulaannya adalah 2 hingga 3 kali arus semasa motor berlari. Keburukan pada motor ini adalah: i. Kelajuannya akan berubah-ubah dengan perubahan beban yang mara. Ia mungkin menjadi merbahaya pada ketika tidak berbeban. ii. Faktor kuasanya adalah rendah kecuali pada kelajuan yang tinggi. iii. Berlaku arka atau percikan bungaapi pada beberusnya.
Jurusan:PJEmtrau.doc 3/11/2014
10
Repulsion Start Induction Run Motor (Motor Penghidup Tolakan Pelari Aruhan)
Motor menghidup seperti motor tolakan biasa tetapi apabila mencapai 75% kelajuan, sejenis suis ampar akan memintaskan komutator. Selepas ini motor akan berlari seperti sebuah motor aruhan dengan rotor sangkar tupai terpintas. Selepas dipintas, beberus tidak lagi membawa arus dan beberus boleh diangkat dari komutator untuk mengurangkan kehausan dan kehilangan geseran. Motor penghidup tolakan seperti ini terdiri 2 binaan yang berbeza: i. Beberus boleh diangkat secara automatik daripada komutator apabila komutator dipintaskan. Ianya digunakan pada motor saiz kecil dan besar. ii. Beberus akan terus dalam contact dengan komutator pada setiap masa bila ianya dibina dalam motor saiz kecil.
Jurusan:PJEmtrau.doc 3/11/2014
11
Daya kilas permulaan motor jenis ini adalah dalam lengkongan 350% dengan arus permulaan yang sederhana. Ianya digunakan pada alat-alat kerja, peti sejuk perniagaan , kompresor pam dam mesin canai.
Universal Motor
Motor universal ditakrifkan sebagai motor yang mana boleh digunakan pada AT & AU untuk halaju dan keluaran yang sama. Biasanya motor jenis ini dibuat dalam saiz yang kecil, dari 1/200 KK hingga 1/3 KK. Disebabkan motor ini adalah dari jenis lilitan siri, maka ia mempunyai dayakilas yang tinggi serta halaju yang berubah-rubah. Pada keadaan tanpa beban, motor ini berlari pada kelajuan yang tinggi dan merbahaya. Oleh kerana itu, biasanya motor ini sentiasa dijalankan dengan berbeban. Motor universal ini dibuat dalam dua jenis iaitu: i. Concentrated-pole non-compensated. ii. Distributed field compensated. Jenis concentrated-pole biasanya mempunyai dua salient-pole sebagaimana pada motor AT kecuali semua laluan magnetnya (magnetic path) dibuat dalam keping-keping besi (laminated). Stator yang berlamina adalah perlu kerana fluks akan berulang-alik apabila motor digunakan pada AU. Rotor/angkirnya adalah sama dengan motor AT. Jenis distributed field pula mempunyai stator yang sama dengan stator fasa belah dan rotor yang sama dengan motor AT. Satu gelung compensating digunakan bagi mengurangkan voltan regangan terdapat pada angkir apabila motor beroperasi dengan AU. Voltan ini disebabkan oleh fluks ulang-alik (alternating fluxs) melalui tindakbalas alatubah.
Jurusan:PJEmtrau.doc 3/11/2014
12
Dalam motor two pole non-compensated, voltan yang diaruh oleh tindakbalas alatubah di dalam gelung rotor semasa komutasi adalah tidak mencukupi untuk menghasilkan gangguan komutasi. Beberus karbon rintangan tinggi digunakan bagi membantu komutasi.
Jurusan:PJEmtrau.doc 3/11/2014
13
2) Tapped Field Method Dengan cara ini kutub medan ditap pada beberapa titik dan halaju dikawal dengan mengawal kekuatan medan. Bagi tujuan ini terdapat berbagai cara yang di buat: i. Kutub medan dililit dalam beberapa bahagian dengan saiz dawai yang berlainan. ii. Satu dawai nikrom dililit pada kutub medan dan beberapa punca dikeluarkan. 3) Centrifugal Switch Method (Cara Suis Ampar) Motor universal terutamanya yang digunakan pada pembancuh makanan/minuman mempunyai beberapa kelajuan. Kelajuan ini dibuat oleh satu suis ampar yang diletakan di dalam motor dan disambungkan seperti dalam rajah. Suisnya adalah dari jenis boleh laras dengan bantuan satu lever luar (pelaras). Jika kelajuan motor meningkat melebihi yang ditetapkan oleh pelaras, suis ampar akan membuka sesentuh dan membenarkan arus mengalir melalui perintang R yang mana menyebabkan kelajuan motor berkurangan. Apabila motor bergerak perlahan, sesentuh akan tertutup dan rintangan akan dilitar-pintaskan supaya kelajuan motor meningkat. Proses ini diulangi dengan pantas menyebabkan perubahan dalam kelajuan tidak begitu ketara. Satu kapasitor C digunakan merintangi sesentuh bertujuan untuk mengurangkan bunga-api yang disebabkan oleh proses membuka dan menutup sesentuh. Ia juga dapat menghindarkan sesentuh dari terhakis.
14
boleh dineutralkan dengan menggunakan satu lilitan compensating. Lilitan compensating ini biasanya disambung secara siri dengan angkir di dalam motor jenis conductively-compensated, Manakala pada motor jenis inductivelycompensated pula, lilitan compensating dilitar-pintaskan dan tidak mempunyai sebarang sambungan dengan litar motor. Lilitan compensating bertindak sebagai lilitan sekunder alatubah yang dilitar-pintaskan dan lilitan angkir sebagai lilitan utama. Arus di dalam lilitan compensating adalah berkadar terus dengan arus angkir dan 180o terkeluar dari fasa. Pada amnya semua motor siri dibekalkan dengan kutub komutasi (commutation pole) untuk membaiki komutasi (seperti dalam motor AT). Tetapi dengan kutub komutasi sahaja adalah tidak memadai kecuali voltan aruhan yang tinggi di dalam litar angkir dineutralkan. Satu cara yang mana selalu digunakan pada motor-motor yang besar kuasanya adalah mengandungi satu rintangan tanpa induktif (pure resistance) yang dipasang selari dengan setiap kutub komutasi seperti rajah A.. Rajah B menunjukan rajah vektor kutub komutasi yang dipirau. Arus Ic yang melalui lilitan kutub komutasi (yang mana mengekori jumlah arus, I) boleh dipecahkan kepada dua komponen iaitu Id dan Iq. Id menghasilkan fluks yang mana sefasa dengan arus motor (I), manakala fluks yang dihasilkan oleh Iq mengekori I sebanyak 90o . Dengan penyelarasan yang baik pada rintangan pirau R, halaju voltan yang dijana di dalam lilitan angkir oleh pemotongan fluks lilitan komutasi yang mengekor 90o boleh meneutralkan voltan yang teraruh dalam tindakbalas transformer.
Motor jenis ini boleh didapati dalam 2 jenis: i. Reluctance motor. ii. Histerisis motor.
I. Reluctance Motor
Motor ini mempunyai stator seperti motor fasa belah dan suis ampar bagi mengasingkan lilitan tambahan (split phase reluctance motor) atau stator yang sama seperti stator pada motor pelari kapasitor (capasitor run motor). Stator ini akan menghasilkan medan yang berputar. Rotornya pula dari jenis sangkar tupai yang mempunyai binaan magnetik yang tidak sekata (unsystematical magnetic construction). Binaan jenis ini boleh dibuat dengan membuang sebilangan daripada lubang alur pada rotor sangkar tupai.
Jurusan:PJEmtrau.doc 3/11/2014
15
Prinsip Kerja
Untuk memahami cara kerja motor ini, satu prinsip asas haruslah diingat iaitu: Apabila satu bahan magnetik diletakan di dalam satu medan magnet, satu daya akan bertindak ke atas bahan tersebut yang mana ianya cuba membawa bahan tersebut ke bahagian medan magnet yang tepu. Apabila stator diuja satu medan magnet berputar akan menghasilkan satu daya kilas engganan pada rotor yang mana ia akan cuba menselarikan paksi kutub salient dengan paksi medan magnet berputar (kerana pada kedudukan ini engganan bagi laluan magnetik adalah minima). Jika dayakilas engganan ini mencukupi untuk menghidupkan motor dan bebannya, rotor akan berputar sama dengan kelajuan medan magnet berputar. Ciri-ciri halaju tetap bagi motor engganan ini membolahkan ia sesuai digunakan segagai alat merakam, timer dan alat-alat isyarat.
Jurusan:PJEmtrau.doc 3/11/2014
16