Anda di halaman 1dari 4

KEMAHIRAN MEMBACA 2.

3 Kemahiran membaca Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Selain itu, penguasaan kemahiran membaca juga akan dapat membantu dalam menguasai kemahiran menulis. Kita terus sahaja melihat kepada apa yang disebutkan sebagai kemahiran membaca ini. 2.3.1 Definisi kemahiran membaca Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988) dalam Sri Pendidikan Longman Pedagogi Bahasa, membaca ialah memindahkan tulisan kepada suara.Membaca juga

bermaksud menyuarakan tulisan,mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungannya. Menurut Kamarudn Hj. Husin (1988) dalam Sri Pendidikan Longman Pedagogi Bahasa, konsep kemahiran membaca pula mengikut fahaman dahulu,membaca ialah semata-mata memindahkan tulisan kepada

suara.Seseorang murid akan dianggap pandai membaca jika mereka boleh menyuarakan tulisan dengan walaupun tidak faham lagi isi yang dibacanya Namun begitu,mengikut pendapat Pumfrey (1977) di dalam buku Pengajian Melayu 1:Ilmu Bahsa dan Kecekapan Berbahasa membaca bukanlah hanya setakat bersifat mekanik;iaitu membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan tentang apa yang dibaca,tetapi ia adalah lebih daripada itu. Pumfrey menyatakan membaca ialah satu proses pemikiran yang membina. Ini bermaksud dengan membaca seseorang itu mesti dapat membina kebolehan menilai,mengulas dan mngkritik apa sahaja yang dibaca dengan tepat,memahami kehendak situasi dan aspirasi masyarakat di sekeliling,membina sikap dan cita-cita serta fikiran yang terbuka dan positif.Psikolinguistik kognitif menolak kefahaman dahulu yang menyatakan bahawa membaca adalah satu aktiviti mengenal kata-kata dengan cara

menyembunyikan(dalam hati) dan kemudian menarik maksud kata-kata itu.

2.3.2 Tujuan Membaca Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988) dalam Sri Pendidikan Longman Pedagogi Bahasa, tujuan membaca mempunyai dua bahagian iaitu tujuan serta-merta dan tujuan lanjut. Tujuan serta-merta membolehkan murid-murid membaca dan memaham perkara yang dibaca.Boleh membaca bermaksud boleh membaca dengan cepat,tidak teragak-teragak,boleh membaca dengan serta-merta dan tidak payah mengambil masa yang amat panjang.Boleh memaham pula bereti boleh menangkap dengan pantas makna atau maksud yang dibaca.Ini bermaksud murid-murid memberi buah fikiran mereka sendiri,menggunakan perkataan-perkataan sendiri untuk menyatakan apa yang dibacanya. Manakala, tujuan lanjut pula sebagai alat penambah pengetahuan dan pengalaman setelah keluar dari sekolah.Ini bermaksud tanpa pembelajaran daripada guru murid-murid masih boleh menyambung pelajaran dengan banyak membaca. Boleh dikatakan tujuan lanjut ini bermaksud seseorang murid itu akan meneruskan amalan membaca untuk mendapat ilmu pengetahuan.

2.4 Kemahiran menulis Selain berkomunikasi secara lisan atau pun melalui bacaan, manusia juga berkomunikasi melalui tulisan. Malah bahasa tulisan adalah satu bentuk komunkasi yang paling tinggi dan kompleks. Menulis adalah satu kemahiran dan juga sebagai saluran untuk seseorang melahirkan perasaan dan idea. Kemahiran menulis menggabungkan aspek-aspek visual, motor, dan keupayaan membentuk konsepkonsep. Tulisan juga adalah saluran utama bagi murid-murid untuk menunjukkan pengetahuan dan mereka dalam mata pelajaran akademik yang lebih tinggi. Sebelum seseorang dapat menggunakan tulisan sebagai media untuk berkomunikasi, ia perlu menguasai kemahiran menulis secara mekanis dahulu, dan selepas itu barulah ia dapat menulis untuk tujuan berkomunikasi dengan orang lain. Seseorang individu menulis untuk menyatakan idea dan perasaannya atau apa sahaja yang ingin disampaikannya supaya dapat dibaca dan difahami oleh orang lain. Di sini, kita akan melihat beberapa aspek tentang kemahiran menulis iaitu dari segi definisi, jenis, peringkat dan contoh aktiviti dalam kemahiran menulis.

2.4.1 Definisi Menurut Chomsky (1957), tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Hall (1968) pula menerangkan bahawa tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi dan merupakan alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Bahasa yang tersusun yang berupa rangkai kata dan ayat. Menulis berkait rapat dengan membaca. Marohaini Yusoff (2004) menjelaskan bahawa menulis ialah pembentukan simbol-simbol tulisan dalam bahasa dengan tujuan untuk menyampaikan,

menghubungkan sesuatu mesej, maklumat atau idea kepada pembaca. Beliau menambah yang mana menulis juga ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf yang berkaitan dengan lambang-lambang bunyi yang kita buat semasa bercakap. Dalam hal ini, kita dapat memahami bahawa tulisan merupakan satu bentuk pelahiran

perasaan yang kita hasilkan atau keluarkan. Dalam maksud lain, apabila kita menyatakan sesuatu melalui pertuturan ataupun perasaan serta pemikiran kita, pertuturan, perasaan dan pemikiran tersebut dizahirkan atau diungkapkan dalam bentuk lambang-lambang tulisan. Kesimpulannya, tulisan merupakan lambang-lambang bunyi bahasa yang dipindahkan ke dalam bentuk grafik untuk melahirkan perasaan.

Anda mungkin juga menyukai