Anda di halaman 1dari 7

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran Tahun Bil Murid Tarikh /Hari Masa Tema Unit Tajuk

: Sains : 5 Cemerlang : 20 orang : 18 Mac 2014 (Selasa) : 8.30 9.30 pagi : Menyiasat Daya dan Tenaga : Tenaga : Perubahan Tenaga

OBJEKTIF 1.2 Memahami bahawa tenaga boleh berubah dari satu bentuk kepada satu bentuk yang lain. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat: i) Menyatakan secara lisan bentuk-bentuk tenaga melalui lembaran teka silang kata ii) Menulis perubahan bentuk tenaga yang berlaku melalui aktiviti eksperimen iii) Membina model kincir angin dan turbin air menggunakan kertas melalui aktiviti rekacipta iv) Menyatakan secara lisan contoh peralatan atau perkakasan yang mengalami perubahan bentuk tenaga KAEDAH : Perbincangan, soal jawab, eksperimen (hands-on) PENGETAHUAN SEDIA ADA : Murid-murid pernah menggunakan lampu meja untuk melakukan kerja rumah mereka.

KEMAHIRAN PROSES SAINS (KPS) : Meramal, memerhati, mengeksperimen. KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF DAN KRITIS (KBKK) : Menjana idea, menyelesaikan masalah, menganalisis, menganalogi, menghubungkait dengan isi pelajaran, merekacipta, merumuskan isi pelajaran.

SIKAP SAINTIFIK, NILAI DAN MURNI (SSNM)

: Mensyukuri nikmat Tuhan, bekerjasama, bersistematik, menghargai sumbangan sains dan teknologi, yakin apabila menyampaikan pembentangan. : Lembaran kerja, lampu suluh, bateri, lilin, getah, sudu plastik, gabus, gam, kertas, straw, paku tekan dan selotape.

BAHAN BANTU BELAJAR (BBB)

LANGKAH /MASA

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

Orientasi (5 minit)

Soal Jawab berkaitan dengan keadaan yang dirasakan pada masa itu.

1. Murid dibiarkan dalam keadaan panas di dalam kelas.

TEKNIK Soal Jawab KPS Meramal

2. Murid bertanya guru mengapa kipas tidak dibuka.

3. Murid diminta untuk meramalkan apakah yang akan berlaku jika kipas tidak dibuka sewaktu pembelajaran di dalam kelas. Jawapan murid : Panas.

KBKK Menjana Idea

SSNM Mensyukuri nikmat Tuhan

4. Murid bersoal jawab dengan guru berkaitan aktiviti yang dijalankan. Contoh Soalan Apakah yang kamu rasa apabila kipas ditutup? Badan mengeluarkan tenaga apa apabila panas? Apakah bentuk tenaga yang berlaku kepada badan? Kipas menggunakan sumber tenaga apa untuk bergerak? Apakah bentuk tenaga yang berlaku kepada

kipas?

5. Berdasarkan respon yang diberikan oleh murid, guru menghubungkaitkan dengan isi pelajaran hari ini.

Pencetusan Idea (10 minit)

Mengenalpasti bentuk tenaga melalui aktiviti melengkapkan kata silang kata. - Mencetus idea yang ada pada murid tentang tajuk pembelajaran

1. Murid diedarkan dengan lembaran kerja teka silang kata.

TEKNIK - Perbincangan - Soal Jawab

2. Murid diminta melengkapkan teka silang kata tersebut secara berpasangan. KBKK Menyelesaikan masalah 3. Kumpulan yang berjaya menyiapkan teka silang kata mengikut masa yang ditetapka akan mendapat token bonus. SSNM - Bersistematik - Bekerjasama dalam kumpulan 4. Murid yang mendapat token diminta tampil ke hadapan dan melengkapkan teka silang kata menggunakan paparan slaid yang telah disediakan. BBB - Lembaran Kerja - Paparan Slaid

5. Murid dan guru bersoal jawab dengan jawapan yang diperolehi.

Contoh soalan Apakah bentuk-bentuk tenaga?

Terangkan satu bentuk tenaga yang kamu

ketahui

Penstrukturan semula idea (15 minit)

Menyatakan tenaga boleh berubah melalui eksperimen

1. Setiap kumpulan diedarkan dengan beberapa bahan dan peralatan bagi menjalankan eksperimen

TEKNIK Aktiviti hands-on KPS Mengeksperimen

Contoh i) Nyalaan lilin tenaga kimia tenaga cahaya + tenaga haba ii) Lampu suluh tenaga kimia tenaga cahaya

2. Murid mendengar arahan guru yang diberikan oleh guru KBKK - Menganalisis Arahan Guru - Menganalogi SSNM - Mensyukuri nikmat tuhan - Bekerjasama dalam kumpulan

Kamu diberikan sebatang lilin dan lampu suluh Setiap kumpulan diminta menyalakan lampu suluh tersebut

Perhatikan apa yang berlaku pada lilin tersebut Nyatakan perubahan bentuk tenaga yang berlaku pada lilin tersebut

BBB - Lilin - Lampu Suluh - Bateri - Paparan Slaid

Aktiviti diulang dengan menggunakan lampu suluh.

3. Sebelum memulakan aktiviti, murid melihat demonstrasi yang dilakukan guru.

4. murid bersoal jawab dan berbincang bersama guru berkaitan aktiviti yang telah dijalankan.

Contoh soalan

Adakah tenaga boleh berubah? Apakah bentuk perubahan tenaga yang berlaku kepada lilin dan lampu suluh?

5. Murid mendengar penerangan guru berkaitan tajuk pelajaran hari ini.


Aplikasi Idea (25 minit) Membina model kincir angin dan Turbin air - Sumber tenaga 2. Menggunakan bahan yang diberikan, murid diminta membina model kincir angin dan turbin air seperti mana yang ditunjukkan oleh guru. KBKK - Menghubungkait - Mereka cipta SSNM - Menghargai sumbangan sains dan teknologi - Bersistematik BBB - Kertas A4 - Sudu Plastik - Straw 1. Murid diedarkan dengan sehelai kertas warna, straw, paku payung dan sudu plastik TEKNIK - Aktiviti hands-on - Perbincangan

3. Secara rawak, guru memilih 3 orang murid untuk menunjukkan hasil model kincir angin dan turbin air yang telah mereka hasilkan.

4. Murid berbincang dengan guru berkaitan aplikasi alatan/perkakasan lain yang mengalami perubahan tenaga.

- Selotape Contoh soalan Apakah sumber tenaga yang terlibat dalam kincir angin? Apakah sumber tenaga yang terlibat dalam turbin air? Apakah perubahan bentuk tenaga yang berlaku pada saterika, jam lonceng, kipas, lampu dan pembakar roti? Apakah contoh peralatan lain yang mengalami perubahan bentuk tenaga?

5. Murid dibimbing oleh guru bagi mendapatkan jawapan yang betul.

Refleksi (5 minit)

Pengukuhan isi pelajaran melalui sesi soal jawab

1. Murid bersoal jawab dengan guru berkaitan isi pelajaran hari ini.

TEKNIK Soal jawab KBKK

Penerapan nilai murni

Contoh soalan Nyatakan bentuk-bentuk tenaga Berikan contoh perubahan tenaga Apakah contoh peralatan/perkakas yang

Merumuskan isi pelajaran

SSNM Berani mencuba

mengalami perubahan tenaga

2. Murid dibimbing guru untuk membuat rumusan pembelajaran pada hari tersebut.

REFLEKSI : ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai