Anda di halaman 1dari 3

Nama : Suziati Binti Ibrahim

N. Matrik : D20081032364
Kump :I

ULASAN : REMAJA DAN TIDUR

Remaja dan masa tidur mereka saling berkaitan antara satu sama lain. Pelbagai
kaedah yang digunakan untuk mengkaji dunia remaja dan masalah serta
pengalaman yang dihadapi mereka untuk tidur. Masalah ini telah dikaji secara
mendalam ke akar tunjang di salah sebuah makmal di Stanford dan Brown.
Antara gejala yang dihadapi pleh para remaja ialah masalah untuk tidur pada
waktu malam, masalah tidur semasa berjalan kesan daripada tidak cukup tidur
dan juga masalah-masalah lain lagi.

Menurut kajian, tidur-berjaga merupakan satu sistem yang menang-menang


situasi. Ini bermaksud proses tidur dan berjaga adalah sama dalam suatu jangka
masa. Remaja akan mengantuk dan tidur jika mereka penat dan letih. Perasaan
itu akan meningkat dalam diri remaja jika mereka berjaga sepanjang hari atau
malam. Ini kerana badan mereka memerlukan rehat yang secukupnya. Namun
begitu terdapat pelbagai jenis masa tidur yang mana tidak dikaji didalam
makmal. Antaranya ialah masa yang dihadapi oleh orang dewasa yang mana
akan tidur lewat dan bangun awal untuk bekerja. Tetapi menurut kajian di dalam
makmal, bagi kebanyakan remaja mengalami jenis tidur yang sama.

Jam Biologikal

Hasil kajian yang diperolehi daripada masalah ini ialah Jam Biologikal. Jam
Biologikal ini bermaksud kitaran tidur-berjaga para remaja. Badan remaja akan
menunjukan satu aras bila mana badan letih. Ini akan menghantar isyarat
kepada akal remaja untuk berehat. Kajian telah dibuat oleh Mary Carskadon,
Universiti Brown dan Bill Dement, Stanford untuk menunjukan teori Jam
Biologikal ini ke atas sekumpulan pelajar. Menurut Dement, polar tidur-berjaga
remaja adalah selari. Ini bermaksud jika remaja tidur secukupnya, mereka akan
lambat letih dan kurang mengantuk dan jika remaja kurang tidur, hasilnya adalah
sebaliknya. Namun pada satu tahap mereka akan masih berjaga walaupun
mereka penat. Menurut kajian penunjuk jam dalaman hanya membantu para
remaja sebelum mereka matang dan proses ini dipanggil ”fasa tangguh”.

Menurut Carskardon remaja akan mengalami masalah jika mereka tidak tidur
secukupnya seperti mengantuk di awal pagi. Namun begitu, terdapat juga remaja
yang masih bersemangat walaupun mereka kurang tidur. Ini merupakan polar-
polar yang dihadapi oleh remaja di awal keremajaan mereka.

Kurang Tidur

Masalah ini amat merunsingkan para penyelidik. Pelbagai masalah timbul jika
mereka kurang tidur seperti akan terlibat dalam kemalangan, kurang aktif dalam
proses pembelajaran dan pengajaran dan mereka juga akan kurang bergaul
dengan rakan mereka kerana masa untuk bersosial kurang. Para remaja akan
berasa cepat penat dan ini akan melunturkan semangat mereka untuk terlibat
dalam sesuatu aktiviti. Para penyelidikan di Amerika Syarikat telah
memanjangkan masalah ini kepada pihak sekolah supaya dikaji masa untuk
pelajar di sekolah.

Tidur, Belajar dan Ingatan

Pelbagai kajian atau ujian telah dibuat untuk menghubungkaitkan tiga elemen
iaitu tidur, belajar dan ingatan. Dan melalui kajian ini dapat disimpulkan ialah
selepas tidur dan rehat yang cukup ingatan pelajar akan semakin bertambah
baik. Mereka akan lebih faham dan dapat melakukan sesuatu dengan lebih baik
selepas mereka berehat. Tidur dan rehat juga amat penting untuk pelajar
sebelum mereka menduduki peperiksaan. Ini kerana otak mereka akan dapat
berfikir dengan baik semasa menjawab soalan. Menurut, Dr. Robert Stickgold
yang mana tidur yang baik ada kaitan dengan elemen tidur yang lain iaitu Rapid
Eye Movement yang mana proses pembelajaran berjalan setiap saat walaupun
diri remaja itu sedang tidur. Ini sebenarnya dibantu oleh saraf-saraf dalam otak,
kandungan protein yang cukup dan proses biokimia yang baik. Mereka akan
lebih faham keesokan harinya kerana proses pembelajaran semasa tidur
membantu para remaja.

Amalkan Tidur yang Baik

Sebenarnya para remaja menghadapi masalah untuk mereka tidur awal dan
secukupnya. Mereka akan susah untuk diri dengan kadar yang betul. Tetapi jika
mereka mengikut amalan yang betul seperti menjadikan tidur awal sebagai
tabiat, tidur tanpa gangguan serta dalam keadaan yang amat selesa akan dapat
membantu mereka tidur secukupnya. Mereka seharusya melatih mereka untuk
tidur pada waktu yang sama agar Jam Biologikal mereka dapat membantu
mereka untuk mengawal semangat dalaman mereka.

Kesimpulannya, masalah kurang tidur dapat diatasi oleh para remaja itu sendiri.
Mereka haruslah bijak menguruskan masa mereka sehari. Tidur juga dapat
membantu kesihatan para remaja. Selain itu, kajian juga menunjukan tidur dapat
membantu proses pembelajaran dan pengajaran remaja menjadi lebif efektif.

Anda mungkin juga menyukai