Anda di halaman 1dari 3

Rancangan Pengajaran Harian Mata Pelajaran Tema Tajuk Tarikh Hari Masa Tahun Bilangan Murid Hasil Pembelajaran

: Bahasa Melayu : Sukan dan Kesihatan : Cegah Sebelum Parah : 14 Mac 2014 : Jumaat : 7.20 8.50 pagi :5 : 16 orang :

3.2 Aras 1 (i) Membentangkan dapatan tentang sesuatu isu dengan memberikan penjelasan yang setimpal. 5.2 Aras 3 (ii) Memahami isi kandungan teks yang dibaca. 8.6 Aras 1 (ii) Menulis sebuah karangan yang lengkap bersesuaian dengan format. Objektif Eksplisit : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat ; i. Menyatakan 3 sebab dan kesan seseorang itu terjebak dengan dadah dengan betul. ii. Memahami isi kandungan teks Cegah Sebelum Parah dengan menjawab soalan kefahaman secara lisan daripada guru dengan betu l. iii. Menulis sebuah karangan yang bertajuk Kesan-kesan Penyalahgunaan Dadah dengan lengkap.

Sistem Bahasa i) Kosa kata : terjebak, ranjau, bahana dadah ii) Peribahasa : Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna Pengisian Kurikulum i) Nilai : Prihatin, bertanggungjawab, berhati-hati, kesyukuran, bekerjasama, berani, bersungguh-sungguh. Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) i) Kemahiran Berfikir : menjana idea, mengenal pasti, mensintesis, merumus ii) Kecerdasan pelbagai : Interpersonal Pengetahuan Sedia Ada : Murid sudah pernah belajar tentang bahaya dadah sebelum ini di tahun 4 dan 3. Bahan Bantu Mengajar : i. Laptop ii. Kertas Mahjong

iii. LCD

Langkah-langkah Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah/ Masa Set Induksi (5 minit)

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

1. Pengenalan tajuk Cegah Sebelum Parah. 2. Sumbang saran 3. Soal jawab - Apakah yang kamu tahu tentang dadah? 3. Kenapa dadah berbahaya sekiranya disalahgunakan?

1. Guru menyediakan murid untuk belajar 2. Guru menunjukkan gambar-gambar penagih dadah yang menghidap AIDS. 3. Guru mencungkil pengetahuan murid berkaitan bahaya najis dadah. 4. Guru mengaitkan perkara yang dibincang dengan tajuk pembelajaran hari ini.

1. BBM : Laptop, LCD 2. KB : mengenal pasti 3. Nilai : Prihatin, bertanggungjawab

Langkah 1 (15 minit)

1. Memaparkan gambar slaid jenis-jenis dadah. 2. Tayangan video Bahana Dadah 3. Contoh soalan : - Apa yang dapat kamu lihat di dalam video tadi? - Apakah tajuk yang sesuai untuk video tadi?

1. Guru mempamerkan gambar pelbagai jenis dadah. 2. Guru menerangkan kepada murid tentang jenis-jenis dadah tersebut. 3. Guru menayangkan video Bahana Dadah. 4. Guru meminta beberapa orang murid untuk menceritakan semula video yang baru ditonton. 4. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan video yang ditayangkan.

1. BBM : Laptop, LCD 2. KB : Menjana idea, mensintesis 3. KP : Interpersonal 4. Nilai : berhati-hati, kesyukuran

Langkah 2 (15 minit)

1. Aktiviti membaca petikan teks Cegah Sebelum Parah 2. Peribahasa - Sesal dahulu pendapatan,

1. Guru mengedarkan petikan teks Cegah Sebelum Parah kepada murid-murid. 2. Guru meminta murid untuk membaca petikan secara senyap. 3. Guru meminta murid membaca bersama-sama dengan sebutan dan intonasi yang betul. 4. Guru dan murid bersoal jawab berkaitan petikan yang dibaca.

1. BBM : Petikan 2. KB : Mensintesis, menjana idea 3. BCB : membaca secara mentalis

sesal kemudian tidak berguna. 3. Contoh soalan - Kenapakah penulis menyesal dengan kehidupannya?

4. Nilai : berhati-hati, prihatin, bertanggungjawab, kesyukuran

Langkah 3 (20 minit)

1. Aktiviti kumpulan. 2. Perbincangan Kesankesan Penyalahgunaan Dadah.

1. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan. 2. Guru meminta setiap kumpulan untuk membincangkan kesan-kesan penyalahgunaan dadah. 3. Setiap kumpulan diminta untuk menghantar wakil membentangkan hasil perbincangan. 4. Guru memantau aktiviti murid sambil memperbaiki idea yang kurang tepat.

1. BBM : Kertas mahjong, pen marker 2. KB : Menjana idea 3. Nilai : bekerjasama, berani

Langkah 4 (30 minit)

1. Aktiviti menulis karangan - Kesan-kesan Penyalahgunaan Dadah 2. Ciri-ciri karangan yang baik : - Isi - Huraian - Contoh

1. Guru meminta murid menulis karangan yang bertajuk kesan-kesan penyalahgunaan dadah. 2. Guru mengingatkan semula kepada murid ciri-ciri karangan yang baik. 3. Guru memberikan arahan sebelum murid mula menulis karangan. 4. Guru memantau aktiviti murid sambil memberikan bimbingan kepada murid yang memerlukan. 5. Murid menghantar tugasan yang telah siap.

1. KB : Menjana idea 2. Nilai : bersungguhsungguh

Penutup

1. Rumusan pembelajaran

1. Guru bersoal jawab dengan murid aktiviti pembelajaran hari ini. 2. Guru membuat rumusan aktiviti pembelajaran disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid.

1. KB : Merumus 2. Nilai : tanggungjawab, prihatin, berwaspada

Anda mungkin juga menyukai