Anda di halaman 1dari 19

GERAKAN

REFORMATION
Satu gerakan pembaharuan agama Kristian yang
bermula di Eropah Barat pada abad ke-16.

Reformation dari kata dasarnya Reform
membawa maksud melaksanakan perubahan atau
pembaharuan terhadap sesuatu yang lebih baik
atau untuk membentuk sesuatu yang baru.



Bermula dari tahun 1510 hingga 1550-an.
Semangat inkuiri di kalangan masyarakat Eropah
yang sedang berkembang.
Penolakan unsur tradisi dan unsur lama oleh
masyarakat Eropah.
Perasaan tidak puas hati dan kritikan terhadap
kepincangan dalam pentadbiran dan amalan
Gereja Katolik.

Kritikan terhadap Gereja Katholik timbul kerana:
a)Gereja meningkatkan usaha pembangunan
keduniaan untuk menjadikan Rom sebagai pusat
kekuasaan yang terkuat di Itali.

b)Dalam proses mencapai kejayaan itu banyak
kepincangan,rasuah dan penyelewengan berlaku.

Pemimpin Gereja mengamalkan gaya hidup
seperti pemerintah dan bangsawan dan tidak
begitu mencerminkan gaya hidup keagamaan.
Banyak berlaku penyelewengan seperti
penjualan sijil Indulgences,iaitu surat
pengampunan bagi penganut Kristian yang telah
melakukan dosa.
Penciptaan mesin cetak oleh Johann Gutenberg
membolehkan kitab Bible dapat dicetak dalam
masa yang singkat dan berharga murah.
Gerakan Reformation bermula di Jerman kerana
gerakan Renaissance di Jerman bersifat lebih
keagamaan manakala gerakan di Itali lebih
bersifat keduniaan.
Ciptaan mesin cetak di Jerman telah membantu
menjayakan gerakan Reformation di Jerman.
Pada tahun 1517,Martin Luther bertindak untuk
menentang Indulgences
Tindakan Luther itu menandakan bermulanya
Zaman Reformation.
Ajaran Luther dikenali sebagai mazhab
Protestan,atau mazhab Lutheran.
Mazhab ini telah berkembang ke
Sweden,Denmark,Norway dan England.
Di Switzerland,gerakan Reformation dipimpin
oleh Huldreich Zwingli (1484-1531) dan
disambung oleh John Calvin (1509-1564) setelah
Zwingli meninggal dunia.
Sejajar dengan perkembangan mazhab
Prostestan,ada golongan yang mahu
mempertahankan kewibawaan Gereja Katholik.
Golongan ini mengendalikan Counter
Reformation iaitu menahan,atau bertindak
menentang sesuatu yang baru.
Counter Reformation dikendalikan sebagai
jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan oleh
gerakan Protestan.
Memecahkan perpaduan dunia Kristian yang
telah wujud 1500 tahun lamanya.
Dunia Kristian terbahagi kepada 2 mazhab iaitu:
a)mazhab Katolik
b)mazhab Protestant
Mazhab Protestant telah melahirkan beberapa
gereja yang bertentangan dengan geraja
Katholik.
Mencetuskan perang agama:
a)berlaku di Perancis (1562-1598)
b)Perang 30 tahun (1618-1648) yang melibatkan
Sepanyol,Jerman,Bohemia,Denmark dan Sweden
Timbul sikap toleransi antara penganut
mazhab.Mereka mempergiatkan pendidikan
untuk menyebarkan fahaman masing-masing.
Gerakan ini memperlihatkan kuasa golongan
Gereja dicabar secara terbuka apabila Raja
Monarki Baru berusaha membebaskan diri
daripada penguasaan Paus di Rom.
RAJA HENRY VIII
MARTIN LUTHER
JOHN CALVIN
HULDREICH ZWINGLI
ST. IGNATIUS LOYALA

Anda mungkin juga menyukai