Anda di halaman 1dari 13

LATIHAN PEMAHAMAN

SET 1
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Pada hari Sabtu yang lalu, kami sekeluarga pergi ke Kajang untuk menghadiri majlis perkahwinan anak
Pak Long Jaafar. Kami sampai sejurus majlis tersebut dilangsungkan.
Setibanya kami di sana, kami disambut oleh Pak Long Jaafar dan Mak Long Kiah. Saya lihat ramai orang
kampung yang sibuk bergotong-royong di rumah Pak Long. Ada yang sedang memasang khemah,
membuat pelamin dan juga menyediakan bahan untuk memasak lauk-pauk di penanggah.
Ibu mengajak aku ke ruang dapur. Kami turut membantu mengupas bawang dan ubi kentang.
Suasana riuh-rendah. Ayah dan abang pula membantu menyiang ayam. Aku lihat abang nyaris-nyaris
muntah kerana tidak tertahan dengan bau hanyir ayam.
Upacara pernikahan dilangsungkan pada sebelah malam. Selesai sahaja akad nikah, majlis berinai
diadakan. Para tetamu pula dijemput makan di khemah yang telah disediakan.
Keesokan harinya, majlis persandingan diadakan pada pukul 2.00 petang. Pengantin diarak
dengan bunga manggar sertapaluan kompang. Selepas itu, kedua-dua mempelai duduk di atas pelamin.
Cantik sungguh Kak Sarah, bisikku kepada emak. Pak Long Jaafar dan Mak Long Kiah dijemput
menepung tawar pengantin diikuti kaum keluarga terdekat. Tetamu yang menepung tawar pengantin
dihadiahkan sekuntum bunga telur. Selesai sahaja upacara menepung tawar, pengantin dan para tetamu
makan di khemah yang telah disediakan.
Selepas selesai makan, tetamu beransur pulang. Kami sekeluarga juga ingin pulang awal kerana
abang akan menduduki peperiksaan SPM pada pukul 8.00 pagi esok. Sebelum pulang, Pak Long Jaafar
sempat mengucapkan terima kasih kepada kami kerana sudi menghadiri majlis perkahwinan anaknya.
Mak Long Kiah pula menghulurkan bungkusan yang berisi nasi dan lauk-pauk sebagai buah tangan untuk
kami.


1. Bilakah majlis perkahwinan anak Pak Long Jaafar diadakan ?
A. Hari Sabtu
B. Hari Ahad
C. Hari Isnin
D. Hari Jumaat
2. Mengapakah abang aku nyaris-nyaris muntah ?

A. Kerana tidak tahan bau hanyir ayam.
B. Kerana ayam sudah berbau busuk.
C. Kerana tidak tahan melihat darah ayam.
D. Kerana ayam yang disiangi terlalu banyak.

3. Perkara berikut diadakan semasa hari persandingan, kecuali

A. menepung tawar
B. bersanding.
C. berarak
D. akad nikah

4. Apakah yang dihadiahkan kepada tetamu yang menepung tawar pengantin ?

A. Sekuntum bunga mawar.
B. Sekuntum bunga telur
C. Sebiji telur.
D. Sepotong kek.





5. Apakah hubungan antara penulis dengan Sarah ?
A. Adik-beradik
B. Sepupu
C. Besan
D. Anak Saudara


SET 2
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.


Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar, para Penolong Kanan, guru-guru,
serta rakan-rakan yang saya hormati. Saya merakamkan ucapan terima kasih kerana diberi peluang
untuk menyampaikan sebuah syarahan pada pagi ini.

Hadirin yang dihormati,

Pada pagi yang indah lagi permai ini, izinkan saya menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk
"Pentingnya Bersenam". Slogan ini bermaksud bersenam merupakan satu daripada penaja utama
kesihatan jasmani seseorang.

Memang tidak dapat untuk mengelakkan diri daripada ancaman penyakit, kita mestilah mengamalkan
penjagaan kesihatan yang sempurna. Satu daripada kaedah untuk menjamin kesihatan yang baik ialah
melalui aktiviti bersenam. Senaman secara teratur boleh membantu menyuburkan jasmani dan rohani
seseorang.

Hadirin yang budiman,

Bersenam atau latihan jasmani memberi banyak faedah kepada kita terutamanya murid-murid sekolah.
Setelah penat belajar sepanjang hari, bersenam boleh menolong murid-murid menghilangkan
ketegangan dan membebaskan diri daripada perasaan bimbang. Murid-murid yang jarang bersenam
akan mudah mendapat selesema, batuk, dan lenguh-lenguh badan.

Ketika belajar, murid-murid banyak menghabiskan masa duduk di atas kerusi. Ini membuatkan
perjalanan darah menjadi kurang lancar. Akibatnya, badan mereka menjadi letih di samping tidak
berupaya untuk berfikir dan mengingati apa yang dipelajari.

Hadirin yang disenangi, kita harus menanamkan satu kesedaran di dalam diri tentang kepentingan
bersenam. Murid-murid yang selalu bersenam didapati lebih cergas dan kebiasaannya dapat
menyelesaikan masalah dengan baik. Mereka dapat menyesuaikan diri di kalangan rakan-rakan. Oleh
itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak rakan-rakan supaya mengamalkan senaman
setiap hari.

Marilah kita jayakan slogan yang berbunyi "Pentingnya Bersenam" dalam diari kehidupan kita seharian.
Tiada insan yang menafikan dan menolak pentingnya kesihatan. Kita juga perlu berusaha dan
bertanggungjawab untuk merealisasikan hidup sihat dalam diri kita, keluarga kita, kumuniti kita,
kampung kita, dan negara kita.

Informasi yang saya nyatakan di sini, diharap dapat dijadikan sebagai panduan. Sebelum saya
mengundur diri, saya memohon kemaafan seandainya terselit jua keterlanjuran kata dan kesilapan
bicara.

Sekian, terima kasih.







1


Berdasarkan petikan di atas, matlamat bersenam ialah
A dapat menyelesaikan masalah dengan baik.
B menjauhkan kita daripada batuk dan selesema.
C dapat mengelakkan diri daripada membuat kerja sekolah.
D membebaskan diri daripada perasaan bimbang dan curiga.

2

Frasa menanamkan satu kesedaran bermaksud
A mewujudkan kebiasaan.
B mewujudkan keprihatinan.
C membentuk keinsafan diri.
D menjadikan amalan harian.


3

Rangkai kata mereka dapat menyesuaikan diri di kalangan rakan-rakan bermaksud
A membentuk tubuh badan yang sihat.
B membentuk rasa rendah diri dan menyisihkan diri.
C membentuk sikap ingin bersaing semasa bersenam.
D membentuk sikap yang disenangi serta dihormati oleh rakan.



4


Penulis berpendapat, badan yang letih dan penat boleh menyebabkan perkara-perkara
berikut, kecuali
A perjalanan darah menjadi kurang lancar.
B ketegangan dan perasaan bimbang kian menular.
C seseorang itu mudah diserang pelbagai jenis penyakit.
D hilang keupayaan untuk mengingat sesuatu dan berfikir.


5

Mengapakah kita digalakkan bersenam secara bersistematik?
A Menyihatkan badan dan mencerdaskan fikiran
B Membebaskan diri daripada belenggu pelajaran
C Menguatkan ikatan persahabatan dan setia kawan
D Menguatkan otot dan melancarkan perjalanan darah


SET 3
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Sudah hampir dua tahun Tuk Mat meninggalkan aku. Dia pergi buat selama-lamanya. Waktu itu
aku baru melangkah ke tahap dua sekolah rendah. Tuk Mat amat istimewa bagiku. Aku tidak pernah
melupakannya. Imbasan peristiwa lalu masih segar dalam ingatanku.
Namanya selalu kusebut apabila kesunyian. Aku terasa seolah-olah Tuk Mat berada di sisiku.
Begitulah kasih sayang dan rapatnya aku dengan Tuk Mat. Aku merenung gambarku bersama-sama Tuk
Mat. Alangkah manjanya aku memeluk bahu Tuk Mat. Tuk Mat kelihatan begitu ceria dengan
senyumannya. Hanya potret inilah yang tinggal untuk mengubat rinduku pada Tuk Mat.

Selama ini, pada Tuk Mat tempat aku bermanja. Tuk Matlah yang menyara aku. Segala
perbelanjaan persekolahanku ditanggungnya. Peristiwa sedih ini berlaku kira-kira tujuh tahun yang
silam. Ibu berkahwin lain setelah kematian bapa.
Ibu melahirkan Khairul Nizam. Sesungguhnya kehadiran orang baru dalam hidup ibu
menyebabkan aku jauh hati. Aku melarikan diri dan meninggalkan ibu. Mujur Tuk Mat faham. Beliau
mengajak aku tinggal bersama-sama dengannya. Selepas itu, ibu ada juga datang memujukku. Tetapi
Tuk Mat berkeras untuk terus menjagaku.
Tuk Mat benar-benar menyayangi aku. Setiap hari beliau menghantar dan mengambil aku dari
sekolah dengan motosikalnya. Sepanjang ingatanku, tidak pernah Tuk Mat melukakan hatiku. Beliau
sentiasa bersabar melayan segala kerenahku. Walaupun kadangkala aku ini kepala angin, Tuk Mat tidak
pernah memarahiku apatah lagi memukulku. Sebaliknya, Tuk Mat banyak memberikan nasihat
kepadaku. Hingga kini, kata-kata itu masih segar dalam ingatanku.
Kenangan dan kemesraanku bersama Tuk Mat amat payah untuk kulupakan. Memori ini telah
sebati dengan jiwaku. Tanpa kusedari, air mataku berlinangan di pipi. Aku benar-benar rindu akan kasih
sayang Tuk Mat. Doaku, semoga Tuk Mat damai di alamnya. Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya atas
roh Tuk Mat.



6. Apakah hubungan Khairul Nizam dengan penulis?
A Adik tiri
B Adik angkat
C Adik kandung
D Anak saudara

7. Apakah yang dilakukan oleh penulis apabila terkenangkan Tuk Mat?
A Memeluk bahu Tuk Mat dengan manjanya
B Menatap potret kenangan sambil menangis
C Bersedih dan menangis tidak berhenti-henti
D Mengingati kebaikan dan pengorbanan Tuk Mat


8. Penulis telah menceritakan tentang kehidupannya bersama-sama Tuk Mat, berapakah usia
penulis sekarang?
A 5 tahun.
B 7 tahun.
C 10 tahun.
D 12 tahun.



9. Mengapakah penulis berasa sedih sehingga mengalirkan air mata?
A Terkenang akan bapanya yang sudah meninggal dunia
B Terkenang akan datuknya yang sudah meninggal dunia
C Cemburu akan kehadiran Khairul Nizam dalam keluarganya
D Tidak dapat membonceng motosikal Tuk Mat untuk ke sekolah



10. Pernyataan yang berikut adalah benar tentang penulis, kecuali
A tinggal bersama-sama ibunya selama lima tahun.
B perbelanjaan sekolahnya ditanggung oleh Tuk Mat.
C menjadi anak yatim piatu ketika berusia lima tahun.
D penulis selalu mendoakan kesejahteraan roh datuknya






SET 4
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Sabtu 12 Mac 2005
7.40 pagi
Berhimpun di kantin sekolah. Seramai 40 orang ahli unit beruniform akan menyertai perkhemahan di
Ulu Kenas, Kuala Kangsar. Cikgu Kamal sibuk memberi arahan kepada kami.
8.30 pagi
Bas bertolak meninggalkan kawasan sekolah. Sepanjang perjalanan kami menyanyi dengan iringan
petikan gitar Cikgu Azmi.
10.30 pagi
Sampai ke tapak perkhemahan. Kami diarahkan mengangkut segala peralatan seperti khemah,
peralatan memasak dan bekalan makanan.
11.00 pagi
Setiap kumpulan memasang khemah dengan bantuan guru-guru. Beberapa orang murid perempuan
dengan bantuan Cikgu Ng Mei Kwan dan Cikgu Nona sibuk memasak untuk makan tengah hari.
1.00 petang
Makan tengah hari. Walaupun hanya berlaukkan sardin dan telur goreng, kami makan dengan begitu
berselera. Selepas makan kami berehat.
2.00 petang
Dibawa meredah hutan. Perjalanan agak sukar. Pegawai Jabatan Hutan Kuala Kangsar yang mengetuai
kami turut menerangkan tentang beberapa jenis pokok dan kegunaannya. Tiba-tiba kami terdengar
jeritan. Rupa-rupanya beberapa orang budak perempuan terserempak dengan seekor biawak bukit.
4.30 petang
Kembali ke tapak perkhemahan. Cikgu Kamal membenarkan kami mandi di sungai. Kami bersorak
kegembiraan.
8.00 malam
Makan malam. Sambil makan, Cikgu Kamal memuji kerjasama yang kami tunjukkan setakat ini.
8.30 malam
Persembahan kebudayaan. Setiap kumpulan diminta membuat satu persembahan. Guru-guru pun tidak
kurang hebatnya. Cikgu Nurul berduet dengan Cikgu Nona menyampaikan lagu Aci Aci Buka
Pintu. Cikgu Azmi pula menghiburkan kami dengan petikan gitar dan lawak jenakanya yang mencuit
hati.
Ahad 13 Mac 2005
6.00 pagi
Setelah mandi, murid Islam solat subuh dan murid bukan Islam menghadiri kelas Pendidikan
Moral. Kemudian setiap kumpulan menyediakan sarapan pagi, iaitu roti dan telur setengah masak.
8.00 pagi
Aktiviti mencari harta karun. Setiap kumpulan diberikan sebuah peta.
10.00 pagi
Cikgu Kamal mengarahkan setiap kumpulan membuka khemah dan mengemaskan barang-barang
kerana bas yang membawa kami pulang akan sampai sebentar lagi.
11.00 pagi
Bas mula meninggalkan tapak perkhemahan Ulu Kenas yang memberikan banyak pengalaman dan
kenangan kepada kami.

1. Berapa orangkah yang menyertai perkhemahan ke Ulu Kenas?
A 40 orang
B 42 orang
C 45 orang
D 46 orang






2. Mengapakah murid-murid perempuan menjerit apabila terserempak dengan biawak bukit?
A Mereka berasa takut
B Biawak bukit sejenis haiwan berbisa
C Mereka berasa terkejut apabila melihat seekor biawak yang besar
D Biawak bukit itu menjelirkan lidahnya dan cuba mematuk mereka



3. Pada pendapat kamu, apakah jawatan Cikgu Azmi di sekolah?
A Guru Pengakap
B Guru Disiplin
C Guru Muzik
D Guru Sains


4. Maksud berduet dalam petikan di atas ialah
A bersaingan.
B bersendirian.
C berkumpulan.
D berpasangan.



5. Siapakah yang mengetuai perkhemahan tersebut?
A Cikgu Nona
B Cikgu Azmi
C Cikgu Nurul
D Cikgu Kamal

SET 5

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

JOHOR BAHRU, 3 Februari Pesta Layang-layang Antarabangsa Pasir Gudang Ketujuh akan bermula esok
hingga 10 Februari ini. Pesta ini disertai oleh hampir 600 orang peserta yang akan mewakili negara
termasuk negara kita.
Pengerusi pesta itu, Tan Sri Mohamad Ali Hashim berkata, selain penyertaan tempatan dan
antarabangsa, pesta kali ini turut menyaksikan penyertaan sekolah dan institusi pengajian tinggi.
Penganjur telah membahagikan pesta tersebut kepada dua bahagian, iaitu pertandingan layang-layang
naik dan pertandingan layang-layang cantik. Setiap pertandingan dibahagikan kepada dua kategori lagi,
iaitu moden dan tradisional.
Selain dapat menyaksikan reka bentuk wau yang unik, orang ramai juga berpeluang untuk melihat
layang-layang tradisional yang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti daun. Negara tuan rumah
pula akan mempamerkan wau-wau dari seluruh negeri seperti wau kucing, wau bulan dan wau burung.
Beliau berkata, tarikan utama pesta kali ini ialah pertunjukan layang-layang moden yang direka
secara kreatif, unik dan berwarna-warni oleh peserta tempatan dan luar negara. Seramai 15000 orang
pengunjung dijangka menyaksikan pesta yang telah mendapatpengiktirafan antarabangsa.
Sempena pesta itu, pelbagai acara menarik diadakan. Antaranya termasuklah pameran wau
tradisional dan bengkel membuat wau. Yang istimewa lagi ialah pengunjung berpeluang untuk
menaikkan wau ciptaan mereka.
Pesta ini akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat, Menteri Besar Johor pada hari Sabtu ini.
Acara kemuncak pada hari tersebut ialah pertunjukan payung terjun oleh Angkatan Tentera Malaysia.

1 Apakah tarikan utama dalam pesta layang-layang tersebut?
A Pertunjukan layang-layang moden.
B Corak warna-warni layang-layang.
C Perasmian oleh Menteri Besar Johor.
D Bengkel membuat layang-layang sendiri.

2 Keistimewaan yang akan diperoleh pengunjung pesta tersebut ialah
A dapat menyertai pertandingan membuat wau moden.
B dapat menyertai pertunjukan payung terjun.
C dapat menyertai bengkel membuat wau.
D dapat menyertai pertandingan membuat wau tradisional.

3 Pernyataan yang manakah benar tentang pesta layang-layang tersebut?
A Pengunjung diberi kesempatan untuk menaikkan wau yang dipamerkan.
B Pengunjung berpeluang melihat pelbagai jenis wau yang dipamerkan.
C Pesta ini akan disertai oleh institusi pengajian tinggi dan sekolah sahaja.
D Pesta tersebut bermula pada 3 Februari dan berakhir pada 10 Februari.

4 Perkataan pengiktirafan dalam petikan bermaksud
A Pengesahan
B Persetujuan
C Penyertaan
D Penghargaan

5 Yang berikut ialah kategori pertandingan layang-layang itu,kecuali
A pertandingan menaikkan layang-layang moden.
B pertandingan menaikkan layang-layang tradisional.
C pertandingan kecantikan layang-layang unik.
D pertandingan kecantikan layang-layang tradisional.

Anda mungkin juga menyukai