Teknik Jiqsaw

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 17

Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan 2005

.

129



PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PENGAJARAN
MENGGUNAKAN MODEL TERSEBATI


Aini Hussain
1
, Che Husna Azhari
1
, Dzuraidah Abdul Wahab
1
,
Noriah Ishak
2
dan Siti Rahaya Ariffin
2

1
Fakulti Kejuruteraan,
2
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor


ABSTRAK

Keperluan untuk menerapkan Kemahiran Generik (KG) atau kemahiran am
sepunya pada semua graduan kini menjadi semakin penting terutamanya dalam
era globalisasi yang bercirikan persaingan dalam dunia tanpa sempadan dan batas
waktu. Kemahiran ini merupakan sebahagian daripada hasil program yang
ditekankan dalam kaedah pembelajaran berasaskan hasil yang bertujuan untuk
memastikan graduan boleh berfungsi dan memberi sumbangan kepakaran ilmu
bidang masing-masing secara efektif dalam menyelesaikan masalah,
berkomunikasi, berfikir secara kreatif dan kritikal, bertindak sebagai seorang
ahli/ketua kumpulan yang berkesan, beretika dsbnya. Kertas kerja ini mengupas
tentang peri pentingnya penerapan KG di kalangan graduan dan bagaimana
penerapan KG dilaksanakan terhadap sekumpulan pelajar di Fakulti
Kejuruteraan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam kajian ini, usaha
penerapan dilaksana menggunakan pendekatan model tersebati melalui teknik
jigsaw. Penerapan KG ini terbukti berkesan dengan adanya peningkatan yang
signifikan dalam pencapaian akademik kumpulan pelajar yang disasar berbanding
dengan kumpulan pelajar yang tidak didedahkan terhadap keperluan kemahiran
generik. Kertas kerja ini turut mendedahkan beberapa kekangan dalam
pelaksanaan proses penerapan KG yang julung-julung kali dilaksanakan di
Fakulti Kejuruteraan.

Kata kunci: kemahiran generik, teknik jigsaw, pendekatan model tersebati,
pembelajaran berasaskan hasil


PENDAHULUAN

Dalam era globalisasi masakini, kebolehpasaran seseorang graduan bukan sahaja
bergantung kepada bilangan ijazah yang diperolehi tetapi meliputi aspek-aspek
lain seperti kemahiran berkomunikasi, berpemikiran kritis dan kreatif, kualiti
kepimpinan dan pemain dalam sesuatu pasukan dsbnya. Kepentingan kemahiran
generik atau kemahiran am sepunya semakin mendapat perhatian di Malaysia
Penerapan Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Menggunakan Model Tersebati

130
serta di peringkat antarabangsa ekoran isu penarafan dan jaminan kualiti sistem
pendidikan. Jaminan kualiti ini dibuat melalui pengiktirafan terhadap sistem
pembelajaran berasaskan hasil (PBH) yang dilaksanakan oleh sesebuah institusi
yang ingin diiktiraf. Selain daripada memastikan graduan adalah berpengetahuan
dalam bidang matematik, kejuruteraan dan sains yakni bidang teras masing-
masing, hasil program yang turut ditekankan ialah kebolehan untuk berfungsi
dalam kumpulan berbilang disiplin, kebolehan untuk berkomunikasi dengan
berkesan dan kebolehan untuk menyelesaikan masalah (ABET 1998). Amnya,
Accreditation Board for Engineering and Technology (ABET) telah meletakkan
keperluan bagi kemahiran generik atau soft skills pada seseorang graduan, pada
tahap yang sama dengan pengetahuan teknikal. Sekilas pandang ini menjelaskan
peningkatan minat yang mendadak terhadap isu ini. Malaysia juga tidak
ketinggalan dengan mewujudkan Kerangka Kualiti Malaysia (KKM) yang telah
mengenalpasti lapan domain kemahiran generik yang perlu ada pada setiap
graduan dari institusi pengajian di Malaysia. KG aras merangkumi domain
berikut:
keprofesionalisme, nilai, sikap, perilaku dan etika
kebertanggungjawapan dan keprihatinan sosial
kemahiran berkomunikasi
pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
kemahiran keusahawanan dan kepengurusan
Kertas kerja ini dimulakan dengan perbincangan mengenai KKM yang
merupakan pencetus kepada peningkatan minat mendadak peri pentingnya
pembekal pendidikan melaksanakan penerapan KG dalam kurikulum program
pengajian, penakrifan serta penerangan terperinci tentang KG. Ini kemudiannya
diikuti dengan pemerihalan kajian kes pelaksanaan usaha penerapan kemahiran
generik di kalangan pelajar program Kejuruteraan Elektrik & Elektronik yang
telah mengikuti kursus KL 4023 Rekabentuk Sistem Kawalan. Pendekatan secara
tersebati (infusion approach) telah digunapakai dalam melaksanakannya.

KERANGKA KUALITI MALAYSIA

Sebelum sistem pendidikan sesebuah negara dapat diiktiraf di peringkat
antarabangsa, perkara utama yang mesti diwujudkan ialah kerangka kelayakan
negara. Kerangka ini merangkumi konsep hasil pembelajaran mengikut aras
kelayakan, penamaan kelayakan serta sistem kredit. Dalam hal pendidikan
kejuruteraan sekali pun pengiktirafan sepunya seperti dalam gagasan Piagam
Washington/Washington Accord (WA) antara ahli peringkat antarabangsa akan
hanya dapat dijalankan sekiranya struktur kelayakan dalam negeri sudah pun
terbentuk. KKM telah dipersetujui pelaksanaanya pada tahun 2004 dengan empat
objektif penubuhan KKM seperti berikut:
meningkat keyakinan awam terhadap kualiti pendidikan tinggi di
Malaysia dengan penjaminan piawai kelayakan, penguatkuasaan polisi
jaminan kualiti, penetapan ketepatan dan keseragaman penamaan
kelayakan serta ketelusan maklumat
Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan 2005
.

131
menyokong pendididikan luwes dengan penyediaan laluan pendidikan,
pengikirafan pendidikan terkumpul, sistem tukaran kredit serta
penyamataraan sektor swasta dan awam
memudahcara bentuk anugerah kelayakan supaya pembekal pendidikan
dapat menyetarakan hasil pembelajaran serta sistem pendidikan
pemegang kelayakan
memudahcara pengiktirafan kelayakan Malaysia dengan kelayakan luar
negara

KKM turut mengenalpasti lapan domain hasil pembelajaran/hasil berkaitan
KG. Domain-domain tersebut beserta huraian tentang hasil pembelajaran pada
aras Sarjanamuda Kepujian diberikan dalam Jadual 1.



JADUAL 1 Senarai KG domain hasil pembelajaran dan penjelasannya
Domain Hasil
Pembelajaran
Penjelasan Hasil Pembelajaran
Keprofesionalisme,
nilai, sikap, perilaku dan
etika

- Graduan yang mempunyai kemahiran ilmu teknikal
bidang serta kemahiran dengan iltizam pada
kumpulan nilai sepunya
- Graduan yang memapar iltizam tinggi pada
kecemerlangan, kasih-sayang sejagat,
tanggungjawab, kepedulian, keprihatinan, wibawa
dan kebenaran
- Graduan yang berupaya menatar, melindung dan
meningkat nilai untuk pengguna, profesion, diri
dan masyarakat.
- Graduan yang berupaya mendokong kebertanggung
jawapan etika, perundangan dan peribadi dalam
pendokumentasian, kerahsiaan dan hakmilik
intelek
- Graduan yang berupaya mengguna penakulan moral
dan terasas-moral untuk penyelesaian konflik
- Graduan yang berupaya menjaga diri, mengawal
tekanan, mengurus masa,mengaku had diri, dan
bersedia untuk berubah
- Graduan yang berupaya memapar iltizam tinggi
kepada kecemerlangan, kasih-sayang sejagat,
tanggung jawab, kepedulian, kasih saying,
kesanggupan, keikhlasan dan wibawa.

Penerapan Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Menggunakan Model Tersebati

132

JADUAL 1 - sambungan
Domain Hasil
Pembelajaran
Penjelasan Hasil Pembelajaran
Ilmu - Graduan yang berupaya menunjukkan kefahaman
sebuah korpus ilmu yang kompleks dan koheren
yang berupaya menjadi asas kepada pengajian
peringkat siswazah serta menyediakan graduan
kepada kerjaya professional.
Kebertanggungjawapan
dan keprihatinan sosial

- Graduan yang berupaya mencermin keprihatian dan
kepedulian kepada kepelbagaian nilai serta
kepercayaan
- Graduan yang berupaya menunjukkan kerelaan
melindung dan menatar kesejahteraan masyarakat.
Kemahiran teknikal,
amali dan psikomotor
- Graduan yang berupaya memaparkan suatu julat
luas kemahiran psikomotor kompleks, termasuk
kemahiran TM/ICT

Kemahiran
berkomunikasi
- Graduan yang mempunyai kemahiran komunikasi
antara-manusia, tulisan, lisan dan dalam kumpulan
Pengurusan maklumat
dan pembelajaran
sepanjang hayat
- Graduan yang berupaya mengurus maklumat
sebagai asas pembelajaran sepanjang hayat

Pendekatan saintifik dan
pemikiran kritikal

- Graduan yang mempunyai sifat/upaya menjalankan
penyelidikan, memahami dan menilai maklumat
serta konsep baru dari pelbagai sumber,
pertimbang bukti, debat, andaian, untuk
menyelesaikan masaalah dalam pelbagai konteks.

Kemahiran
keusahawanan dan
kepengurusan

- Graduan yang mempunyai upaya menggunakan
prinsip pengurusan dalam aktiviti perniagaan dan
memberi nilai tambah kepada ilmu dalam disiplin.
- Graduan yang berupaya menilai proses dan hasil
meningkat kesaksamaan, keberkesanan dan kualiti.


KEMAHIRAN GENERIK DAN KEPENTINGANNYA

Namun demikian, tempoh untuk menguasai KG lazimnya adalah lebih panjang
berbanding kemahiran dalam subjek yang dipelajari. Menurut Gagne, KG
merujuk kepada kemahiran pengetahuan tak bersandar bidang (McGuinness
Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan 2005
.

133
2000). KG juga dikenali dengan beberapa istilah lain seperti kemahiran umum,
kemahiran utama, kemahiran wajib dsbnya. KG meliputi kemahiran berfikir
(seperti teknik penyelesaian masalah), strategi pembelajaran dan kemahiran
metakognitif (seperti mengulangkaji teknik penyelesaian masalah dan memantau
prestasi kemahiran penyelesaian masalah). KG melibatkan tiga komponen utama
iaitu prosidur yang melibatkan langkah-langkah untuk melakukan kemahiran,
pemahaman dan aplikasi prinsip sebagai panduan untuk melaksanakan prosedur
tersebut dan akhir sekali komponen menghafal tertib prosedur.
Permintaan terhadap KG amat tinggi terutamanya di tempat kerja. Majikan
sentiasa ingin memastikan kejayaan perniagaan masing-masing dengan
mengambil dan mengekal kakitangan yang memiliki kemahiran yang pelbagai
dari ciri-ciri keperibadian dan juga kemahiran teknikal. Jadual 2 menyenaraikan
ringkasan jenis kemahiran kebolehpasaran kerja yang dikehendakki oleh
Australian Chamber of Commerce and Industry (ACCI) and the Business Council
of Australia (BCA) dan juga kebanyakan majikan di Malaysia berbanding
kompetensi utama Mayer (NCVER, 2003). Sebagai seorang individu, KG amat
perlu dalam mengekalkan hubungan kekeluargaan dan masyarakat.
Secara ringkas, KG merangkumi pelbagai konteks kehidupan dan pekerjaan
manakala secara kolektif pula, KG merangkumi enam unsur utama iaitu
kemahiran asas, kemahiran berkaitan insan, kemahiran berfikir, kemahiran
peribadi, kemahiran berkaitan perniagaan dan kemahiran berkaitan
kemasyarakatan. Proses penerapan KG adalah tanggungjawab semua iaitu setiap
sektor pendidikan seperti sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) dan juga
masyarakat. KG boleh disemai dalam individu sepanjang hayat dan dalam
persekitaran berbilang termasuk tempat alam pekerjaan, kehidupan harian dan
juga pendidikan/persekolahan. Pelaksanaan penerapan KG semakin meningkat
dalam konteks pembelajaran dan pengajaran masa kini.


KAEDAH PELAKSANAAN


Terdapat dua pendekatan yang boleh dilaksanakan untuk penerapan kemahiran
generik di kalangan pelajar iaitu pendekatan model diffusion dan model infusion.
Usaha-usaha menerapkan KG di kalangan pelajar telah lama dilaksanakan.
Namun keberkesanannya banyak dipersoalkan ekoran prestasi graduan masakini
yang kurang memberangsangkan. Secara tradisinya, kebanyakan kurikulum
pengajian mengamalkan pendekatan yang berasaskan model diffusion atau lebih
tepat lagi model terserak (Yaso & Ginger 2003). Dalam model terserak,
penerapan KG dilakukan secara tersebar/terserak iaitu melalui penawaran kursus-
kursus khusus seperti pemikiran kritis, penulisan teknikal, pengucapan umum
dsbnya. Kursus-kursus ini dibentuk khas untuk tujuan membangun dan memupuk
kemahiran generik. Kebaikan kaedah ini ialah ia menggalakkan pelajar
mengambil beberapa mata pelajaran tambahan yang boleh dihimpunkan untuk
mendapatkan satu kelayakan minor. Namun demikian, bagi pelajar program
pengajian kejuruteraan, kelayakan minor ini adalah kurang relevan.
Penerapan Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Menggunakan Model Tersebati

134

JADUAL 2 Ringkasan kriteria kemahiran kebolehpasaran kerja berbanding
kompetensi utama Mayer (NCVER, 2003)
Jenis
Kemahiran
Sumbangan Kompetensi utama Mayer
Berkomunikasi menjalin kerjasama erat
untuk sumbangan yg lebih
produktif

Menyampaikan idea dan
maklumat secara matematik
dan menggunakan teknik-
teknik tertentu
Kerja kumpulan

menyumbang kepada
hubungan kerja yang
produktif dan juga hasil
Bekerja dengan orang lain
dan dalam satu pasukan

Menyelesaikan
masalah
menyumbang kepada hasil
produktif
Menyelesaikan masalah

Keusahawanan

Menyumbang kepada hasil
inovatif
-
Mentadbir dan
merancang

Menyumbang kepada
perancangan strategik
jangka pendek dan panjang
Merancang dan menganjur
aktiviti
Mengumpul, menganalisa
dan memproses maklumat
Pengurusan
kendiri

Menyumbang kepada
perkembangan dan
kepuasan pekerja
-
Belajar

Meyumbang kepada
pembaikan dan
pengembangan pekerja,
operasi syarikat dan juga
hasil
-
Penggunaan
teknologi

Menyumbang kepada
pelaksanaan tugasan
dengan lebih efektif
Menggunakan teknologi

Pendekatan model infusion ataupun tersebati didapati lebih sesuai dan relevan
dengan program pengajian kejuruteraan. Pendekatan model tersebati adalah lebih
berhemah di mana kemahiran generik digabungkan dengan kandungan kursus.
(Maloof 2004). Secara tidak langsung, kemahiran generik menjadi sebahagian
daripada objektif pengajaran dan pembelajaran kursus tersebut. Rajah 1
memaparkan model penawaran kursus berasaskan model tersebati (Dunne 2005).
Kemahiran generik digabungkan dengan empat komponen lain iaitu kandungan
disiplin, kemahiran disiplin, kesedaran tempat kerja dan pengalaman tempat
kerja.
Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan 2005
.

135











RAJAH 1 Model Penawaran Kursus (Dunne 2005)

KAEDAH PELAKSANAAN

Terdapat dua pendekatan yang boleh dilaksanakan untuk penerapan kemahiran
generik di kalangan pelajar iaitu pendekatan model diffusion dan model infusion.
Usaha-usaha menerapkan KG di kalangan pelajar telah lama dilaksanakan.
Namun keberkesanannya banyak dipersoalkan ekoran prestasi graduan masakini
yang kurang memberangsangkan. Secara tradisinya, kebanyakan kurikulum
pengajian mengamalkan pendekatan yang berasaskan model diffusion atau lebih
tepat lagi model terserak (Yaso & Ginger 2003). Dalam model terserak,
penerapan KG dilakukan secara tersebar/terserak iaitu melalui penawaran kursus-
kursus khusus seperti pemikiran kritis, penulisan teknikal, pengucapan umum
dsbnya. Kursus-kursus ini dibentuk khas untuk tujuan membangun dan memupuk
kemahiran generik. Kebaikan kaedah ini ialah ia menggalakkan pelajar
mengambil beberapa mata pelajaran tambahan yang boleh dihimpunkan untuk
mendapatkan satu kelayakan minor. Namun demikian, bagi pelajar program
pengajian kejuruteraan, kelayakan minor ini adalah kurang relevan.
Penerapan KG menggunakan model penawaran kursus boleh diasaskan
kepada salah satu dari enam pola yang dicadangkan oleh Dunne (2005). Rajah 2
memaparkan enam pilihan pola penerapan KG untuk penawaran kursus yang
diasaskan pada model penawaran kursus yang ditunjukkan dalam Rajah 1 di atas.
Pola-pola tersebut dijelaskan seperti berikut:
Pola 1 memberi penekanan yang lebih terhadap ilmu bidang/disiplin dan
KG sekadar digunakan sebagai instrumen untuk meningkatkan
pembelajaran akademik.
Pola 2 menganggap ilmu bidang dan KG sama penting dan pembelajaran
ilmu bidang dibangunkan melalui penggunaan KG khusus.
Pola 3 memfokus kepada KG dan penawaran kursus berasaskan pola ini
mewajibkan KG sebagai hasil pembelajaran dan ilmu bidang digunakan
sebagai konteks pembelajaran.
Pola 4 memfokus secara eksklusif kepada KG. Pengetahuan dan
kemahiran ilmu bidang yang diperolehi dianggap kurang relevan untuk
pengajian bidang ataupun hanya kerana pelajar memilihnya sahaja.
Kursus seperti pengurusan dan etika boleh menggunapakai pola ini.
KANDUNGAN
DISIPLIN
KEMAHIRAN
DISIPLIN
KESEDARAN
TEMPAT
KERJA
PENGALAMAN
TEMPAT
KERJA
KEMAHIRAN
GENERIK
Penerapan Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Menggunakan Model Tersebati

136







RAJAH 2 Pilihan Pola Penawaran Kursus Dalam Sistem Pendidikan Tinggi
(Dunne, 2005)

Pola 5 memberi penekanan terhadap ilmu bidang dan juga kesedaran
tempat kerja di samping menerap KG. Pola ini lebih sesuai untuk
penawaran kursus bersifat vokasional dan praktikal seperti kursus
makmal, rekabentuk dsbnya.
Pola 6 memfokus kepada penerapan dan pembangunan KG dan
pengalaman kerja. Pola penawaran kursus ini memberi pelajar gambaran
dan suasana sebenar alam pekerjaan. Pola ini sesuai untuk kursus seperti
latihan industri dan projek ilmiah.
Pola 1 dan 5 sesuai untuk dilaksanakan jika ingin sekadar menerap KG di
kalangan pelajar.
Penerapan KG secara tersebati melibatkan tiga langkah penting iaitu
perancangan, pelaksanaan dan penaksiran. Langkah pertama yang membabitkan
perancangan di peringkat pengurusan akademik adalah diperlukan untuk
merancang kurikulum. Ini diikuti dengan penyediaan perancangan kursus yang
dilakukan di peringkat tenaga pengajar. Seterusnya adalah peringkat pelaksanaan
aktiviti dalam usaha menerapkan KG. Dua kaedah pelaksanaan aktiviti yang
dikenalpasti adalah aktiviti dalam bilik kuliah dan aktiviti luar bilik kuliah.
Aktiviti dalam kuliah boleh dilakukan secara perbincangan, main peranan, kerja
kumpulan, pembentangan dan simulasi manakala, aktiviti luar bilik kuliah boleh
dilaksanakan melalui tugasan projek, kajian kendiri, kerja lapangan, lawatan
tapak dan khidmat masyarakat. Langkah terakhir adalah penaksiran yang
membabitkan penyediaan soalan untuk kuiz, tugasan, peperiksaan, penyediaan
skema jawapan ataupun kriteria penaksiran.
Pelaksanaan KG boleh disebatikan dengan kursus dalam tiga tahap iaitu a)
pada tahap 1 sebagai pengenalan sahaja, b) tahap 2 sebagai bahan pengajaran
tanpa penilaian dan c) tahap 3 sebagai bahan pengajaran yang dinilai bersama
dengan ilmu bidang. Tahap 1 dan 2 sesuai untuk pola 1 atau 5 manakala tahap 3
sesuai untuk pola 3 dan 4. Pola 2 atau 6 boleh digunakan untuk tahap 2 ataupun
Pola 1 Pola 2 Pola 3
Pola 4 Pola 5 Pola 6
Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan 2005
.

137
3. Selain itu, penggunaan teknik pembelajaran berpusatkan pelajar seperti teknik
pembelajaran berasaskan masalah dan teknik pembelajaran kooperatif dapat
menjayakan proses penerapan KG dengan lebih berkesan.


TEKNIK-TEKNIK PEMBELAJARAN BAGI PENERAPAN KEMAHIRAN
GENERIK

Pembelajaran Kooperatif

Kaedah pembelajaran kooperatif merupakan strategi pembelajaran yang paling
popular di kalangan penyelidik. Hasil kajian menunjukkan pelajar yang
berpeluang bekerja dalam suasana berkumpulan akan belajar lebih pantas dan
lebih efisyen, bertahan lebih lama, dan mempunyai pandangan dan pemikiran
yang lebih positif. Walaubagaimanapun, pelaksanaannya tidaklah semudah yang
disangkakan dan kaedah khusus perlu dilaksanakan untuk menjamin kejayaan
dan keberkesanan pembelajaran. Faktor ini perlu disedari oleh pelajar dan juga
tenaga pengajar. Lima elemen penting pembelajaran kooperatif ialah saling
sandaran positif, interaksi muka ke muka, kebertanggungjawaban individu,
kemahiran sosial dan interaksi berkumpulan. Pembelajaran kooperatif akan amat
berjaya jika kelima-lima elemen ini wujud.

Teknik Pembelajaran Jigsaw

Teknik pembelajaran jigsaw merupakan suatu teknik pembelajaran secara
kooperatif yang terbukti berkesan. Di Amerika Syarikat, teknik ini berjaya
mengurangkan konflik ras di kalangan pelajar sekolah, meningkatkan motivasi
pelajar, menggalakkan pembelajaran dan meningkatkan minat pelajar untuk
belajar (Aronson 2000). Teknik Jigsaw pertama kali diperkenalkan oleh Elliot
Aronson dan para pelajarnya sekitar awal tahun 1970an di University of Texas
dan University of California. Teknik jigsaw ini amat popular di Amerika Syarikat
selepas kes pelajar sekolah yang melakukan pembunuhan beramai-ramai di
Columbine. Teknik ini telah dianggap sebagai suatu instrumen yang dapat
mencegah kejadian tragik seperti itu. (Aronson 2000).
Perkuliahan jigsaw adalah suatu teknik pembelajaran ko-op yang khusus
dengan rekod kejayaan yang amat membanggakan. Sebagaimana seseorang
menyelesaikan suatu teka-teki padanan ataupun jigsaw puzzle,setiap keping
adalah penting untuk menyelesaikan teka-teki tersebut. Dalam konteks
pembelajaran secara jigsaw, sumbangan setiap pelajar adalah penting dan dengan
itu setiap pelajar juga adalah penting yakni sama seperti setiap kepingan jigsaw
tadi. Ciri-ciri inilah yang menjadikan teknik jigsaw sebagai suatu strategi
pembelajaran yang efektif.
Pembelajaran ala jigsaw adalah mudah dilaksanakan dan berikut disenaraikan
sepuluh langkah mudah untuk pelaksanaannya (Aronson 2000; Maloof 2004):

Penerapan Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Menggunakan Model Tersebati

138
1. Bentuk kumpulan jigsaw (KJ) dengan keahlian n, (4-6 org)
2. Lantik seorang ketua untuk KJ, pilih yang paling matang di kalangan ahli
kumpulan
3. Bahagi topik pembelajaran kepada n bilangan subtopik.
4. Pastikan setiap ahli KJ bertanggungjawab ke atas subtopik masing-masing.
5. Beri masa untuk setiap ahli KJ memahami dan memahirkan diri dengan
subtopik yang ditugaskan.
6. Bentuk kumpulan Pakar (KP) sementara dan setiap ahli KJ dengan
subtopik yang sama akan berkumpul dan membincangkannya. Beri mereka
masa untuk berbincang maklumat penting dalam subtopik masing-masing
untuk di bawa balik ke KJ.
7. Bubar KP dan kembalikan mereka kepada KJ masing-masing.
8. Setiap ahli KJ membentangkan kepakaran masing-masing untuk dikongsi
sesama ahli KJ. Galakkan ahli-ahli KJ bertanya soalan untuk penjelasan
lanjut.
9. Tenaga pengajar bertindak hanya sebagai pemudahcara dengan bergerak
dari satu KJ ke kumpulan yang lain sambil memerhatikan proses
pembelajaran terpusat pelajar. Jika perlu, pemudahcara boleh
mengambilalih untuk mengelakkan masalah.
10. Di akhir sesi, penaksiran perlu dilakukan dengan mengadakan kuiz atau
lain kaedah penaksiran untuk memberi gambaran awal keseriusan sesi ini
dan bukan sekadar main-main sahaja.

Berbanding kaedah pengajaran tradisonal, teknik pengajaran jigsaw (TPJ)
mempunyai beberapa kebaikan, antaranya ialah ia mudah dipelajari untuk
pelaksanaan, menyeronokkan dan mudah dilaksanakan, dan boleh dimanfaatkan
dengan strategi pengajaran lain. TPJ juga tidak sepi dari masalah dan cabarannya.
Masalah akan timbul jika terdapat pelajar yang mendominasi kumpulannya tanpa
memberi peluang kepada ahli yang lain (Aronson 2000; Maloof 2004). Ahli
kumpulan yang yang terlalu lemah dan lembab serta ahli kumpulan yang terlalu
pandai dan cepat menjadi bosan juga berkemungkinan menimbulkan masalah
pelaksanaan. Pelajar yang lemah akan menjadi liabiliti kepada ahli KJnya. Hasil
kerja yang kurang berkualiti oleh pelajar lemah boleh menggugat prestasi ahli
kumpulan tersebut. Namun masalah ini dapat ditangani dengan adanya kumpulan
pakar sementara. Pelajar lemah tadi perlu dinasihatkan supaya memanfaatkan sesi
kumpulan pakar dengan berbincang dengan ahli KP supaya dapat menghasilkan
kerja yang bermutu.
Walau apapun teknik pembelajaran yang diamalkan dalam kuliah, masalah
kebosanan dalam bilik kuliah masih berlaku terutamanya dalam bilik kuliah yang
bersifat terpusat pengajar. TPJ yang terpusat pelajar berjaya mengurangkan
masalah ini dan dilihat sebagai alternatif terbaik kerana melibatkan pelajar secara
aktif. Satu lagi masalah yang memang dijangkakan ialah kebanyakan pelajar telah
dilatih untuk bersaing dan tidak biasa bekerjasama untuk mencapai hasil
pembelajaran. Masalah-masalah ini merupakan cabaran yang perlu diatasi oleh
tenaga pengajar. Kajian dahulu menunjukkan lebih awal kaedah pembelajaran
secara kooperatif diperkenalkan lebih berkesan hasilnya. Apa jua masalah yang
Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan 2005
.

139
timbul, adalah tidak mustahil untuk ditangani dan pelaksanaannya perlu juga
diteruskan.

KAJIAN KES

Pelaksanaan ke arah PBH telah diusahakan secara terancang pada semester 1 sesi
2005/2006. Tiga kemahiran generik sasaran yang cuba diterapkan dalam kursus
KKKL 4023 Rekabentuk Sistem Kawalan dikenalpasti seperti berikut:
a) Kepimpinan/Bekerja Secara Kumpulan
b) Kemahiran Komunikasi
c) Pembelajaran Sepanjang Hayat

Seramai 46 orang pelajar tahun akhir yang mengikut program pengajian
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik telah mendaftar untuk mengikut kursus
KKKL4023. Strategi pembelajaran terpusat pelajar diperkenalkan secara
beransur-ansur kepada kumpulan pelajar tersebut. Tenaga pengajar telah
memulakan sesi pembelajaran secara tradisional iaitu terpusat pensyarah dengan
mengambil kira latarbelakang pelajar yang belum pernah melalui teknik
pembelajaran kooperatif. Walaubagaimanapun pada sesi pertama kuliah, pelajar
diberi penerangan mengenai PBH dan hasil pembelajaran (HP) yang telah
dikenalpasti untuk kursus KKKL4023. Para pelajar turut dimaklumkan tentang
domain pembelajaran dalam konteks taksonomi Bloom (Siti Rahaya Ariffin et al.
2005). Jadual 3 menyenaraikan HP serta taksonomi Bloom yang berkaitan.
Strategi pembelajaran tradisional ditukar secara beransur-ansur dan menjelang
minggu ke 8 sesi pengajian, kuliah telah dilaksanakan secara terpusat pelajar
sepenuhnya dengan teknik jigsaw digunakan pada minggu ke 12 pengajian.

JADUAL 3 Hasil Pembelajaran dan domain taksonomi Bloom
Bil. Hasil pembelajaran kursus KKKL 4023 Taksonomi
Bloom
1. Keupayaan untuk memperihalkan teknik, pendekatan
dan struktur rekabentuk sistem kawalan.
Pengetahuan
2. Keupayaan untuk membincang teknik, pendekatan dan
struktur rekabentuk sistem kawalan.
Pemahaman
3. Keupayaan untuk menakrif, menaakul dan menganalisa
spesifikasi rekabentuk dan objektif kawalan.
Aplikasi
4. Keupayaan untuk menentukan strategi kawalan
berasaskan matlamat kawalan yang sesuai
Analisis
5. Keupayaan untuk merekabentuk pengawal atau
pemampas yang sesuai
Sintesis
6. Keupayaan untuk menilai prestasi sistem yang telah
direkabentuk
Penilaian
Penerapan Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Menggunakan Model Tersebati

140
Teknik jigsaw telah dimanfaatkan dalam pembelajaran kursus KKKL4023
(Rekabentuk Sistem Kawalan). Sesi kuliah selama dua jam telah digunakan untuk
melaksanakan sesi pertama teknik jigsaw. Pelajar yang mengikuti kursus ini telah
dibahagikan kepada lapan kumpulan jigsaw (KJ) yang terdiri daripada 5 orang
ahli manakala satu kumpulan mempunyai 6 orang ahli. Setiap ahli KJ diberi tugas
untuk menjadi pakar kepada topik yang tersenarai dalam Jadual 4. Untuk
sementara waktu, kumpulan pakar (KP) diwujudkan mengikut topik dan skop
yang tersenarai. Dalam sesi ini hanya subtopik yang bergaris sahaja dibincang
dahulu oleh KP untuk tempoh 30 minit. Setelah itu, KP dibubarkan dan ahli
kembali ke KJ masing-masing.

JADUAL 4 Senarai Topik Kepakaran Berasaskan Teknik Rekabentuk Utama

Bil. Topik Kepakaran Berasaskan Teknik Rekabentuk Utama
1. Teknik rekabentuk londar punca
Pemampas mendulu, mengekor, mendulu-mengekor
2. Teknik rekabentuk londar punca
Pengawal P, PI, PD, PID
3. Teknik rekabentuk domain frekuensi
Pemampas mendulu, mengekor, mendulu-mengekor
4. Teknik rekabentuk domain frekuensi
Pengawal P, PI, PD, PID
5. Teknik rekabentuk pengawal lasak kaedah penalaan
Teknik rekabentuk ruang keadaan (pencerap & penganggar
keadaan)

Seterusnya mereka diberi lagi masa 30 minit untuk melakukan perbincangan
dan perkongsian maklumat. Jam kedua kuliah digunakan untuk sesi penilaian dan
penaksiran. Beberapa kumpulan dipilih secara rawak untuk membuat
pembentangan dan penilaian dilakukan secara kritik terbuka di kalangan pelajar
dan pensyarah bertindak sebagai pengkritik profesional. Dengan cara ini,
penilaian KG komunikasi dapat dilakukan. Di samping itu, penilaian portfolio
dan penilaian rakan sekumpulan turut dilakukan dan diambilkira dalam
penggredan. Penilaian rakan sekumpulan memberi ruang untuk menilai
kemahiran kepimpinan dan kerja kumpulan manakala penilaian portfolio
memberi ruang untuk menilai KG berkaitan dengan pembelajaran sepanjang
hayat. Tiga lagi sesi kuliah 2 jam yang serupa diulang untuk subtopik lain dan
kumpulan pelajar yang lain pula membuat pembentangan secara bergilir sehingga
kesemua kumpulan dengan ahliberpeluang membuat pembentangan lisan.
Ringkasan pelaksanaan PBH yang menerapkan KG dalam domain ilmu
dengan menggunakan teknik pembelajaran khusus iaitu teknik jigsaw dibentang
secara ringkas dan padat dalam Jadual 5 yang memaparkan jadual matrik
gabungan HP, PO dan KG yang diketengahkan.
Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan 2005
.

141
JADUAL 5 Jadual Matrik Gabungan Hasil Pembelajaran (HP), Objektif
Program (PO) dan Kemahiran Generik (KG)Yang Diketengahkan
Kemahiran
Generik yang
disasarkan
objektif program
Hasil pembelajaran
(HP)
PO5 PO6

PO8

Penyampaian Penaksiran &
Penilaian
Londar Punca
(HP 1-6)
2 2/3 2 Kuliah
Aktif &
KOOP
Tugasan
Peperiksaan
Akhir
Penilaian
portfolio
Penilaian rakan
sekumpulan
(KJ)
Penilaian pakar
Kritik terbuka
oleh KJ lain
Domain Frekuensi
(HP 1-6)
2 2/3 2 -sama seperti
di atas-
-sama seperti di
atas-
Pengawal Lasak
(HP 1-6)
2 2/3 2 -sama seperti
di atas-
-sama seperti di
atas-
Ruang keadaan
(HP 1-6)
2 2/3 2 -sama seperti
di atas-
-sama seperti di
atas-

PO5: Kemahiran pembelajaran sepanjang
hayat
PO6: Kemahiran kerja berkumpulan
PO8: Kemahiran berkomunikasi


Tahap 1: Sebagai pengenalan sahaja
Tahap 2: Sebagai bahan pengajaran tanpa
penilaian
Tahap 3: Sebagai bahan pengajaran yang dinilai
bersama dengan ilmu bidang

KESAN PELAKSANAAN STRATEGI PEMBELAJARAN KOOPEATIF
TEKNIK JIGSAW

Pelaksanaan strategi pembelajaran kooperatif teknik jigsaw telah menghasilkan
kesan yang amat positif. Berlaku peningkatan terhadap prestasi pencapaian
pelajar dalam peperiksaan akhir berbanding dengan prestasi kumpulan pelajar
terdahulu yang tidak diajar strategi pembelajaran teknik jigsaw. Walaupun
keberhasilan dalam konteks kemahiran generik dinilai secara inferens tetapi tidak
secara langsung buat masa ini, namun keberhasilan secara keseluruhan dapat
Penerapan Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Menggunakan Model Tersebati

142
dilihat dari peningkatan purata markah peperiksaan akhir yang dicapai oleh
kumpulan pelajar yang melalui TPJ dan ini menunjukkan suatu perkembangan
yang amat positif terhadap PBH. Prestasi baik ini sememangnya dijangkakan
kerana teknik jigsaw telah terbukti keberkesanannya.
Jadual 6 melaporkan statistik pencapaian markah peperiksaan akhir untuk
kursus KKKL4023 Rekabentuk Sistem Kawalan untuk tiga sesi berturut-turut
bermula dari sesi 2003/2004. Pembelajaran secara tradisional terpusat pensyarah
dilaksanakan sepenuhnya dalam sesi 2003/2004. Sesi 2004/2005 merupakan
suatu tempoh transisi ke sistem PBH. Pendekatan pembelajaran PBH telah
dilaksanakan dan pelaksana masih dalam proses pembelajaran dan percubaan.
Menjelang sesi 2005/2006 dengan pengetahuan yang lebih mendalam tentang
PBH, pelaksana telah menjayakan strategi pembelajaran yang berkonsepkan PBH
menggunakan teknik khusus iaitu teknik jigsaw. Dapat diperhatikan bahawa
berlakunya peningkatan prestasi apabila PBH menggunakan TPJ dilaksanakan
iaitu purata markah peperiksaan akhir meningkat ke 79.2% berbanding 64.1%
sebelum PBH.
Kemerosotan prestasi dilihat pada mula-mula PBH dilaksanakan pada sesi
2004/2005 dan ini besar kemungkinan disebabkan kurang persediaan dan
pengetahuan di kalangan tenaga pengajar dan juga para pelajar yang kurang
bersedia menghadapi kaedah pembelajaran berkumpulan yang berbeza dari biasa
yang mereka alami sebelumnya. Seperkara penting yang turut diperhatikan ialah
isu polarisasi ras yang amat ketara di kalangan pelajar IPT telah dapat ditangani
secara berhemah melalui TPJ yang mewajibkan setiap KJ mesti mempunyai ciri
keahlian berbilang ras dan berlainan jantina.

JADUAL 6 Statistik Markah Peperiksaan Akhir Kursus KKKL4023
Sesi 2003/2004 Sesi 2004/2005 Sesi 2005/2006
Bil. Pelajar 53 48 46
Purata 64.1 57.2 79.2
Sisihan Piawai 15.9 12.7 11.5
Markah Maksima 87 77 97
Markah Minima 20 23 45


Rajah 3 merupakan carta palang prestasi pencapaian pelajar sasaran yang
menunjukkan taburan markah peperiksaan akhir yang diperolehi. Pencapaian pra
TPJ iaitu Rajah 3(a) dan 3(b) menunjukkan majoriti pelajar mendapat markah
pada julat 61-70 markah. Peningkatan pencapaian dapat dilihat dalam Rajah 3(c)
dengan majoriti pelajar berada di julat markah 81-90 iaitu selepas TPJ
dilaksanakan atau pasca TPJ.
Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan 2005
.

143
0
5
10
15
20
25
30
B
I
L

P
E
L
A
J
A
R

(
%
)
0-10 11-20 21-30 31-40 41-50 51-60 61-70 71-80 81-90 91-100
JULAT MARKAH
Taburan Markah Peperiksaan Akhir KKKL4023
Sesi 2003/2004

(a) Pembelajaran Tradisional Terpusat Pensyarah


0
5
10
15
20
25
30
35
B
I
L

P
E
L
A
J
A
R

(
%
)
0-10 11-20 21-30 31-40 41-50 51-60 61-70 71-80 81-90 91-100
JULAT MARKAH
Taburan Markah Peperiksaan Akhir KKKL4023
Sesi 2004/2005

(b) Pembelajaran Kooperatif Teknik Berkumpulan Biasa


0
5
10
15
20
25
30
35
40
45
50
B
I
L

P
E
L
A
J
A
R

(
%
)
0-10 11-20 21-30 31-40 41-50 51-60 61-70 71-80 81-90 91-100
JULAT MARKAH
Taburan Markah Peperiksaan Akhir KKKL4023
Sesi 2005/2006

(c) Pembelajaran Kooperatif Teknik jigsaw


RAJAH 3 Taburan Pencapaian Markah Peperiksaan Akhir
untuk Tiga Sesi Berturut-turut
Penerapan Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Menggunakan Model Tersebati

144
KESIMPULAN

Kertas kerja ini telah mengupas kepentingan menerap kemahiran generik dalam
sistem pendidikan pengajian tinggi supaya dapat melahirkan graduan yang
mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi dan sejagat. Kemahiran generik
dalam domain KKM menyepadukan semua kelayakan yang dianugerahkan di
Malaysia terasas hasil pembelajaran. Kaedah pelaksanaannya turut diperihalkan
dalam suatu matriks yang menggabungkan hasil pembelajaran (HP), kemahiran
generik yang disasarkan dalam program/kursus tertentu serta kaedah
penyampaian, penaksiran dan penilaian. Model yang ditunjukkan dapat dilakukan
oleh semua tenaga pengajar untuk mencapai objektif pendidikan berasaskan hasil
(PBH). Teknik pembelajaran khusus iaitu teknik jigsaw dengan strategi
pembelajaran kooperatif telah digunakan dengan jayanya. Kajian ini telah berjaya
membuktikan keberkesanan penerapan KG dalam suatu proses pembelajaran.
Sungguh pun kajian terperinci tentang penguasaan kemahiran generik belum
dilakukan, kejayaan penerapan KG ini dapat diukur melalui peningkatan
pencapaian akademik yang agak signifikan pada kumpulan pelajar yang disasar.
Peningkatan dalam pencapaian akademik ini secara tidak langsung
mempamerkan kejayaan penerapan elemen-elemen kemahiran generik yang
merangkumi kebolehan pelajar untuk berfikiran kreatif dan kritikal, keupayaan
untuk menyelesaikan masalah dan berkomunikasi secara berkesan dalam
kumpulan masing-masing. Sepanjang pelaksanaan penerapan KG, beberapa
faktor kekangan yang mungkin melemahkan iltizam pengajar untuk
mengamalkan PBH dikenalpasti, antaranya ialah kekangan infrastruktur, nisbah
pelajar-pengajar yang tinggi dan dinamika pelajar yang tidak didedahkan kepada
teknik dan strategi pembelajaran PBH. Pengurusan akademik fakulti dapat
menyumbang kepada keberkesanan PBH dengan mengatur strategi untuk
mengatasi kekangan yang disenaraikan serta memberi ganjaran tidak berasaskan
kewangan seperti pengurangan beban kredit, masa penyelidikan terlindung
dsbnya. Pengalaman dicerap penulis membuktikan pelaksanaan adalah mencabar
namun boleh dijalankan dengan lebih berjaya sekiranya segala kekangan diambil
kira.


RUJUKAN

Accreditation Board of Engineering and Technology (ABET). 1998. Self-Study
Questionnaire. (atas talian) http://www.abet.org. 8 Sep. 2005.

Aronson, E. 2000. Jigsaw Classroom. (atas talian) http://www.jigsaw.org/ 8
Okt.2005.

Che Husna Azhari. 2005. Malaysian Qualifications Framework. Engineering
Accreditation Council Workshop on OBE. (bahan tidak terbit). Jabatan
Pengajian Tinggi.
Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan 2005
.

145
Dunne, E., Bennett, N. & Carre C. 2000. Skill Development in Higher Education
and Employment in Coffield (ed) Differing Visions of A Learning Society.
Policy Press, Bristol.

Forrester, V. 2004. Problem-Based Learning In Hong Kong: An Infusion
Approach To Language Development And Professional Studies. Proc. of the
Lifelong Learning Conference, Central Queensland University, 13-16 June,
2004. (atas talian) http://lifelonglearning.cqu.edu.au (24 Oct. 2005).

Maloof, J. E. 2004. Using the Jigsaw Method of Cooperative Learning to Teach
from Primary Sources. (atas talian)
http://www.doit.gmu.edu/inventio/past/display_past.asp?pID=spring04&sID=
maloof (1 Nov. 2005).

McGuinness, C. 2000. ACTS (Activating Childrens Thinking Skills): A
methodology for enhancing thinking skills across the curriculum (with a focus
on knowledge transformation) Proc. of ESRC TLRP 1st Programme
Conference, 9-10 November 2000.

NCVER 2003. Defining Generic Skills. Technical document of the National
Centre for Vocational Education Research. (atas talian)
http://www.ncver.edu.au/research/proj/nr2102b.pdf (14 Oktober 2005).

Siti Rahaya Ariffin, Shahrir Abdullah & Abd. Ghafur Ahmad. 2005.
Pengukuran dan Penilaian. Dlm Siti Rahayah Ariffin, Shahrir Abdullah
& Abd. Ghafur Ahmad (pnyt). Perkembangan Profesional Ahli
Akademik, hlm 151-179. UKM: Pusat Pembangunan Akademik.

Yaso, T. & Ginger, G. 2003. Diffusion of Teaching Innovations in Higher
Education. Proc. of the Hawaii International Conference on Education.
January 7 - 10, 2003. Sheraton Waikiki Hotel, Honolulu, Hawaii, USA (atas
talian) http://www.hiceducation.org/Edu_Proceedings/ Yaso%20Thiru.pdf. 24
Oktober 2005.

Anda mungkin juga menyukai