Anda di halaman 1dari 8

[Type the document title]

[Type the document subtitle]


Suzie Lim

PERANCANGAN PEMBELAJARAN

Tajuk Topik: Kepentingan rawatan warfarin

Metodologi: Ceramah pendidikan kesihatan

Peserta – Pesakit yang menjalani rawatan Warfarin.


Latarbelakang & saiz: (10-20 Pesakit)

Tarikh & Masa: 05 Julai 2009 & 2.00 Petang

Tempat: Bilik Pendidikan, Hospital XXX.

Objektif Am: 1) Memperolehi pengetahuan dan kefahaman tentang rawatan


warfarin.
2) Menyedari tentang kepentingan pengambilan ubat warfarin
dan tindak susulan.
Objektif Spesifik: Pada akhir sesi pembelajaran, pesakit akan dapat:
a) Mengetahui dan memahami kesan dan tindakan rawatan
warfarin.
b) Mengetahui cara yang betul dalam pengambilan ubat.
c) Menyedari tentang keperluan dan kepentingan pemeriksaan
INR mengikut temujanji bagi menentukan dos ubat warfarin
yang sesuai.
d) Mengetahui tentang kepentingan memilih makanan yang
sesuai semasa rawatan warfarin.
e) Mengetahui tentang tanda dan simtom kesan daripada
rawatan warfarin yang perlu dirawat oleh doktor dengan
serta-merta.

Nota Pengajaran

Aktiviti-aktiviti pengajaran Isikandungan Alat bantuan

Page 1
[Type the document title]
[Type the document subtitle]
Suzie Lim

(Anggaran Masa) audio-visual


Pengenalan (2 minit) 1) Warfarin dan tindakan rawatan. Gambar jenis-
2) Jenis-jenis warfarin jenis tablet
warfarin.
Isi 1 – Tentang INR 3) Bagaimanakah doktor
menentukan dos ubat warfarin
dengan betul?

Isi 2 – Tentang pemakanan 4) Jenis-jenis makanan yang perlu


dielakkan semasa rawatan
warfarin.
5) Mengapakah makanan-makanan
tersebut perlu dielakkan?

Isi 3 – Kesan ubat-ubatan lain 6) Kesan ubat-ubatan lain terhadap


terhadap warfarin. warfarin.

Isi 4 – Tanda dan simtom 7) Tanda dan simtom awal kesan


komplikasi rawatan warfarin. sampingan yang perlu
dilaporkan segera kepada
doktor.

Penutup 8) Perkara-perkara penting yang


perlu diketahui semasa
menjalani rawatan warfarin.

KEPENTINGAN RAWATAN WARFARIN

1. Apakah itu warfarin?

Page 2
[Type the document title]
[Type the document subtitle]
Suzie Lim

Warfarin adalah sejenis ubat yang digunakan untuk menghalang koagulasi atau
menghalang terjadinya pembekuan darah di dalam salur darah.

Tindakan warfarin yang menghalang pembekuan darah dapat mengurangkan risiko


penyumbatan salur darah. Oleh itu, ia dapat mengurangkan risiko strok, serangan sakit
jantung dan lain-lain lagi masalah jantung.

Warfarin lebih dikenali juga sebagai ubat mencairkan darah.

2. Apakah jenis-jenis ubat warfarin?

Nama dagangan warfarin dikenali sebagai Apo Warfarin. Terdapat 3 jenis kekuatan
warfarin dan dapat dibezakan melalui warnanya:

1) Pink (Merah jambu) : 1mg


2) Lavender (Ungu) : 2mg
3) Peach (Cream) : 5mg

Dengan mengetahui warna tablet warfarin, ini membolehkan ubat dapat dikenali dan
diambil dengan betul berdasarkan warnanya sepertimana yang diarahkan oleh doktor
bagi mencapai rawatan yang optima.

3. Bagaimanakah doktor dapat menentukan dos ubat warfarin dengan betul?


Dos warfarin dapat ditentukan berdasarkan ujian darah yang dipanggil sebagai INR.
 Doktor pakar anda akan menentukan dengan tepat dos ubat yang anda perlukan
berdasarkan ujian INR anda sendiri.
 INR adalah sejenis ujian untuk menyukat secepat mana pembekuan darah
berlaku. Ujian INR akan dilakukan setiap minggu mengikut arahan doktor dan
dos ubat warfarin akan diselaraskan berdasarkan keputusan INR yang telah
diperolehi.

Page 3
[Type the document title]
[Type the document subtitle]
Suzie Lim

 Jika nilai keputusan INR adalah tinggi, anda adalah berpotensi mengalami
pendarahan. Oleh itu, doktor mungkin akan mengurangkan dos warfarin
ataupun warfarin dihentikan dengan serta-merta untuk mengelakkan sebarang
pendarahan aktif berlaku.
 Manakala, jika nilai keputusan INR adalah rendah, anda adalah berisiko
mengalami pembekuan darah dalam salur darah, .Oleh itu, dos warfarin mungkin
akan ditambah untuk mengelak kejadian sakit jantung atau strok berlaku.

4. Apakah jenis makanan yang perlu dielakkan semasa menjalani rawatan


warfarin?
 Sayur-sayuran hijau seperti:
Brokoli, bayam, kalian, kulat, kobis cina, kobis bulat, lobak hijau, daun salad,
rumpai laut, parsley dan pegaga.

 Lain-lain:
Hati, tea hijau, makanan tambahan ( sesetengah makanan tambahan
mengandungi tinggi dalam vitamin K ), spirulina dan barli.

5. Mengapakah jenis-jenis makanan tersebut perlu dielakkan semasa menjalani


rawatan warfarin?
 Makanan-makanan tersebut mengandungi tinggi vitamin K yang akan
menyebabkan tindak balas terhadap warfarin.

 Komponen utama vitamin K adalah untuk pembekuan darah dan amat


bertentangan dengan tindakan warfarin.

 Anda boleh mengambil pemakanan anda seperti biasa, kecuali yang


mengandungi vitamin K untuk mendapatkan rawatan warfarin yang berkesan.
6. Apakah kesan penggunaan ubat-ubatan lain terhadap warfarin?
 Sesetengah ubat akan memberi kesan terhadap rawatan warfarin.

Page 4
[Type the document title]
[Type the document subtitle]
Suzie Lim

 Jika anda sedang mengambil ubat-ubatan lain, anda seharusnya memberitahu


doktor sebelum doktor memulakan rawatan warfarin kepada anda.
 Ubat-ubatan lain yang biasanya menjadi perhatian doktor adalah seperti:

 Aspirin atau sebarang ubat yang mengandungi aspirin.


 Aspirin dikelaskan sebagai Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs
(NSAIDs). Ia bertindak dengan menyekat penghasilan prostaglandin
dimana tindakan kimia prostaglandin adalah mendorong kepada
kejadian kebengkakkan, sakit dan demam. Secara tidak langsung,
prostaglandin juga bertindak sebagai pembeku darah dengan
meransang penghasilan platelet.

 Tindakan ubat ini juga akan menghakis dinding perut atau usus yang
akan menyebabkan ulser, kebocoran dan pendarahan tanpa
menunjukkan sebarang tanda amaran .

 Naproxen, Ibuprofen
 Ubat ini juga mengandungi NSAID yang biasanya digunakan untuk
mengurangkan sakit dan kebengkakkan pada sendi tulang contoh;
osteoatritis, rheumatoid atritis. Ubat ini membawa kesan sampingan
sama seperti Aspirin.

 Cimetidine, Famotidine
 Ubat ini adalah untuk merawat ulser pada lapisan perut dan usus.
(peptik, gastrik, duodenal).
 Ulser yang dialami oleh pesakit adalah berisiko akan mengalami
pendarahan dalam aktif jika warfarin diambil.

 Herba seperti gingko, ginseng, daushen, dong quai dan green tea.

Page 5
[Type the document title]
[Type the document subtitle]
Suzie Lim

 Herba yang disenaraikan adalah mengandungi tinggi vitamin K yang


mana bertindak sebagai pembeku darah dan bertentangan dengan
tindakan warfarin.

7. Apakah tanda-tanda amaran yang penting untuk anda ketahui dan perlu
menerima rawatan segera semasa menjalani rawatan warfarin?

 Pendarahan yang banyak


 Perdarahan berterusan yang diakibatkan oleh kecederaan.
 Haid yang banyak dalam jangkamasa yang panjang.
 Pendarahan di hidung yang berterusan
 Pendarahan pada gusi.
 Kencing berwarna merah atau coklat
 Najis berwarna hitam atau merah.
 Lebam pada kulit yang teruk.

8. Apakah perkara-perkara penting yang perlu diketahui semasa pengambilan


ubat warfarin ketika di rumah?

a. Ambil amaun ubat yang betul.


 Warfarin perlu diambil mengikut amaun yang diarahkan oleh Doktor.
 Jangan berhenti memakan ubat atau menukar dos ubat

b. Makan ubat pada masa yang sama setiap hari.


 Warfarin perlu dimakan setiap hari pada waktu yang sama.
 Jika anda terlupa mengambil1 dos ubat, anda boleh mengambilnya dengan
serta-merta. Tetapi, jika anda teringat pada masa yang hampir untuk mengambil
dos yang seterusnya, dos yang anda lupa perlulah diabaikan dan ambil 1dos

Page 6
[Type the document title]
[Type the document subtitle]
Suzie Lim

ubat sahaja mengikut masa yang sepatutnya. Anda adalah dilarang sama sekali
jika mengambil dos ubat 2 kali ganda dalam satu masa untuk mengantikan dos
yang terlupa, kerana tindakan anda akan membahayakan kesihatan anda.
 Adalah dinasihatkan untuk merekod setiap dos ubat yang anda lupa di dalam
diari.

c. Dapatkan nasihat daripada doktor dan pegawai farmasi.


 Beritahu doktor jika anda mengalami cirit-birit, muntah-muntah, demam dan
sebarang tanda-tanda lebam dan kebengkakkan.

d. Memaklumkan kepada doktor atau doktor gigi


 Anda perlu memaklumkan kepada doktor bahawa anda sedang menerima
rawatan warfarin sebelum anda menjalani sebarang rawatan, pembedahan atau
tatacara pergigian.

e. Pastikan anda mempunyai bekalan ubat yang secukupnya.


 Anda perlu membawa bekalan ubat yang secukupnya apabila pergi melancong.

f. Datang berjumpa doktor anda mengikut temujanji yang telah ditetapkan.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Page 7
[Type the document title]
[Type the document subtitle]
Suzie Lim

Page 8

Anda mungkin juga menyukai