Anda di halaman 1dari 4

Jelaskan isu-isu besar berkaitan Mahkamah Syariah yang masih dibangkitkan hingga kini.

Sejauhmana kebenaran isu tersebut dan sekiranya benar, bagaimanakah ia dapat diselesaikan?

Kos guaman yang mahal.


Sebenarnya seseorang manusia yang lemah dan tidak berdaya untuk mempertahankan haknya
memerlukan seorang pembela atau wakil bagi menegakan keadilan di pihaknya. Seseorang peguam
mempunyai kewajipan untuk membantu seseorang yang memerlukan bantuan ini dengan memberikan
khidmat guaman kepada anak guamnya untuk memenuhi harapan dan pemintaanya. Anak guaman
biasanya mengharapkan khidmat sepenuhnya daripada peguam agar dia boleh memenangi kes atau jika
disabitkan kesalahn, hukuman ke atasnya diketepikan atau diringankan melalui proses rayuan ke
mahkamah yang lebih tinggi. Peguam juga berperanan membantu hakim untuk menyelesaikan Sesuatu
kes berlandaskan prinsip keadilan. Maka sewajarnya seorang peguam itu mempunyai kelayakan yang
membolehkannya dilantik menjadi seorang peguam syarie untuk mewakili anak guamannya di
mahkamah syariah. Peguam syarie ditugaskan membela anak guamannya di mahkamah syariah dalam
kes yang mana mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa.

Pada masa kini firma guaman tumbuh bagaikan cendawan yang tumbuh selepas ujan. Ini kerana di
sebabkan terdapat berbagai kes yang telah berlaku di masa kini, dan ini perlu kepada pembelaan
tuntutan hak masing-masing. Selain itu tumbuhnya firma guaman ini di sebabkan hasilnya atau
pendapatannya adalah lumayan bagi setiap kes yang mereka wakilkan. Ini lah yang menjadi isu pada hari
ni yang mana kos untuk mengambil peguam adalah terlalu tinggi bagi setiap permohonan kes ke
mahkamah syariah. Ini telah membebankan banyak pihak terutamanya bagi golongan yang miskin.

Kes-kes di dalam mahkamah syariah bukan lah kes yang berprofil tinggi seperti kes-kes di mahkamah
sivil atau majesterik. Yang mana kes yang terdiri daripada kes dadah, kes ganti rugi ahli perniagaan. Yang
mana di ketahui tidak ada masalah untuk membayar kos guaman tersebut. Manakala di dalam
mahkamah syariah hanya lah terdiri daripada kes-kes rumahtangga diantaranya tutuntutan perceraian,
tuntutan nafkah, tuntutan hadanah dan sebagainya.

Didalam kes-kes rumahtangga ini adalah terdiri dari golongan wanita yang tidak berkerja yang mahu
menuntut haknya terhadap suaminya. Bagaimanakah golongan ini mampu untuk membayar kos guaman
yang tinggi hanya ingin memohon dilepaskan ikatan perceraian dari suaminya. Bagaimanakan golongan
ini mampu membayar kos guaman yang tinggi ini yang mana mereka juga membuat tuntutan nafkah
terhadap suaminya.

Pada September 1970 kerajaan telah menubuhkan biro bantuan guaman. Objektif utamanya adalah
untuk member khidmat nasihat dan bantuan guaman mengenai isu undang-undang yang dihadapi oleh
golongan miskin. Pada 16 januari 2010 nama biro bantuan guaman telah ditukarkan kepada jabatan
bantuan guaman.

Penubuhan jabatan bantuan guaman ini adalah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan
untuk mengunakan peguam swastar yang mengenakan kos guaman yang tinggi. Diantara fungsi jabatan
bantuan guaman ini adalah seperti berikut.:-
1. Memberikan khidmat nasihat guaman dalam semua perkara undang-undang
2. Mewakili atau memberikan bantuan guaman dalam prosiding di semua mahkamah dalam
bidang kuasa yang diperuntukan dalam jadual kedua.
3. Memberikan khidmat pengantaraan
4. Memberikan kesedaran undang-undang kepada masyarakat tentang hak mereka di bawah
undang-undang.
Dengan tertubuhnya jabatan bantuan guaman ini, sikit sebanyak dapat lah menolong atau membantu
golongan yang kurang berkempuan untuk membuat tuntutan hak-hak mereka di mahkamah syariah.
Dengan adanya juga jabatan ini.ianya telah banyak membantu mahkamah syariah menyelesaikan kes-
kes tuntutan meraka yang memelukan proses perbicaraan yang panjang dan sukar. Dan juga
memudahkan hakim-hakim menyelesaikan dan membuat keputusan berdasarkan bukti-bukti yang telah
di kemukakan oleh peguam.

Ingkar perintah mahkamah.

Perceraian merupakan satu perkataan yang paling ditakuti oleh pasangan yang berkahwin, apa lagi
sekiranya rumah tangga yang dibina telah lama terbina atau pasangan tersebut berkahwin atas dasar
suka sama suka. Sesungguhnya bercerai itu dibenarkan di dalam islam, namun ia dibenci oleh Allah SWT.
Sebagaimana sabda nabi saw yang bermaksud: perbuatan halal yang teramat dibenci allah, ialah
talaq.(riwayat abu daud)

Begitu pun, bercerai atau talak ialah satu pendekatan terbaik apabila tiada lagi persefahaman di dalam
melayari bathera perkahwinan. Sayangnya, perceraian ini seringkali diambil remeh oleh individu yang
bercerai, terutamanya di pihak lelaki kerana beranggapan berakhirnya episode perkahwinan itu, ia sekali
gus menadakan mereka bebas daripada menunaikan tangungjawab yang digalaskan selama ini iaitu
pemberian nafkah kepada anak-nak yang telah menjadi mangsa keadaan.

Meskipun ia melibatkan anak-anak tetapi sebenarnay bebanan ini dipikul dibahu bekas isteri yang
terpaksa mengambil hak memelihara dan menjaga anak-anak hasil daripada perkahwinan mereka
berdua.

Berbalik kepada penjelasan di atas, dimana ia adalah segelintir daripada puluhan ribu kes yang
melibatkan bekas suami ingkar bayar nafkah, walaupun telah mendapat perintah mahkamah. Inilah yang
menjadi isu pada hari ini, dan menjadi bebenan kepada bekas isteri yang menangung kos kehidupan
menyara anak berseorangan.

Bagi menyelesaikan isu ini, pihak kerajaan telah menubuhkan biro sokongan keluarga(BSK) sebagai satu
unit di jabatan kehakiman syariah Malaysia. Penubuhan bahagian sokongan keluarga ini juga dilihat satu
langkah yang bijak dan tepat pada masanya, bagi mengatasi masalah berhubung dengan pelaksanaan
perintah.

Penubuhan biro sokongan keluarga ini adalah bertujuan meyelesaikan isu mahkamah syariah, antara
fungsi biro sokongan keluarga ini ialah:-
1. Member khidmat nasihat perundangan kepada orang islam mengenai hak dan tuntutan di
mahkamah syariah terutama mengenai isu nafkah
2. Melaksanakan penguatkuasaan penghakiman atau penghakiman atau perintah nafkah yang
dikeluarkan oleh mahkamah syariah
3. Menyalurkan bantuan sara hidup sementara kepada isteri atau isteri dan anak-anak yang
menghadapi masalah mendapatkan nafkah dari pihak yang wajib
4. Menjadi agen mengutip dari pihak yang diperintahkan membayar nafkah
5. Menyalurkan nafkah kepada pihak yang berhak mendapat nafkah
6. ,encari dan mengumpul dana bagi keperluan pembayaran nafkah yang tidak mencukupi.


Isu kes lewat dan tertunda.

Usaha kerajaan untuk menaik taraf sistem perundangan syariah dengan menambah peringkat
mahkamah daripada tiga kepada lima harus dipuji. Usaha ini selaras dengan pekembangan mahkamah
syariah kini yang semakin berkembang dan bertambah baik. Ia juga selari dengan kesedaran masyarkat
yang semakin peka terhadap isu kekeluargaan islam dan jenayah islam. Kepetingan mahkamah syariah
bukan hanya membabitkan institusi kekeluargaan, malah merangkumi aspek perundangan islam.

Dengan nadanya penambahan peringkat mahkamah syariah ini, sudah tentu bidang kuasa untuk
membicarakan sesuatu kes dapatdilaksanakan lebih teratur memandangkan ajam wujud mahkamah
tengan yang akam mengambil alih sebahagian perbicaraan itu.

Usaha ini juga dilihat sebagai pengiktirafan terhadap mahkamah syariah yang sebelum ini sering
dipandang sepi dan tidak mendapat keistimewaan seperti mana mahkamah sivil. Ia juga akan
menigkatkan tahap profesionalisme dalam pelaksanaan mahkamah syariah di Negara ini.

Mahkmah syariah sebelum ini hanya mempunyai tiga peringkat iaitu mahkamah rendah, mahkamah
tinggi, dan mahkamah rayuan.

Longgokan kes di kedua-dua mahkamah ini member kesan kepada perjalanan kes dan akam mengambil
masa lama. Dari segi bidang kuasanya, ada perbezaan berkaitan kes yang boleh dibicarakan di
mahkamah rendah dan mahkamah tinggi. Mahkamah rayuan pula hanya membicarakan kes rayuan
semata-mata. Ketidakseragaman ini telah menyebabkan prosedur perjalanan kes berlarutan terutama di
mahkamah tinggi. Keadaan sistem mahkamah yang terhad menyebabkan kes tidak dapat diselesaikan
dengan cepat

Lagipun, masyarakat kini semakin sedar menganai undang-undang dan ini menyebabkan jumlah mereka
yang menuntut hak di mahkamah syariah turut meningkat.

Contohnya, di Selangor terdapat kiri-kira 16 hakim untuk mendengar dan menbicarakan kes di
mahkamah rendah. Mahkamah tinggi pula mempunyai empat hakim untuk membicarakn kes di bawah
bicang kuasanya.

Keadaan ini jelas menampakan ketidakseimbangan antara kedua-dua mahkamah itu. Hakim mahkamah
tinggi secara asanya perlu mendengar dan memutuskan kadar kes yang sama dengan keselururhan
mahkamah rendah.

Selaian dari mendengar kes yang terdapat di bawah bicang kuasanya. Mahkamah tinggi juga mendengar
kes rayuan dari mahkamah rendah. Malah di sesetengah negeri lain, hanya terdapat du hakim saja untuk
mendengar kes mahkamah tinggi.

Dengan adanya penambahan peringkat mahkamah syariah ini, sudah tentu bidang kuasa untuk
menbicarakan sesuatu kes dapat dilaksanakan dengan lebih teratur memandangkan akam wujud
mahkamah tengah yang akan mengambil alih sebahagian perbicaraan itu.

Secara tidak langsung ia akan dapat mempecepatkan kes di mahkamah syriah. Pembahagian bidang
kuasa ini jugak mengurangkan beban yang dipikul hakim terutama hakim mahkamah tinggi.

CABARAN UNDANG-UNDANG DAN KEPERLUAN SEMASA

Kita perhatikan bahawa undang-undang islam sebenarnya dinamik. Sifat dinamisma itu wujud kerana
wujud padanya cirri flexibility yang merupakan cirri-ciri yang diberikan perhatian dalam hukuman islam.
Kerana hukum feqah tidak terpisah dari reality social dan keadaan persekitaran. Demekianlah dengan
semua ibadat dalam islam, ia boleh diamal mengikut keadaan pengamal dan alam sekeliling. Ia tidak
bertujuan untuk meyulitkan, demekian jugalah dengan undang-undang islam. Tujuan bukanlah untuk
menyusahkan tetapi untuk menjadi pengajaran dan untuk kebaikan masyarakat dalam keadaan reality
social yang berubah-rubah.

Dalam kaedah feqah ada menyebut rules of law vary with change of time atau hukum-hakam
berubah dengan perubahan masa, kaedah ini diterima oleh ulama feqah silam dan sekarang.

Sehubungan dengan itu mahkamah syariah dan hakim-hakimnya perlu dipertingkatkan agar mereka
benar-benar mencerminkan keadilan hukum syarak. Tetapi sebelum itu, kredibiliti dan ketertiban dalam
pentadbiran hukum syarak hendaklah ditingkatkan bersama. Jika kita boleh memperkenalkan sistem
perbankan islam sehingga ia diterima umum, tidak ada sebab kita tidak boleh memperlihatkan
pentadbiran hukum syarak yang tidak akan meragukan sesiapa.

Di samping itu adalah bermanfaat jikalau ruang dan kemudahan prasarana serta sokongan pada
diberikan oleh pihak kerajaan kepada para hakim mahkamah syariah melanjutkan pengajian-pengajian
kepa tahap yang lebih tinggi sesuai dengan keperluan semasa dan memberikan perhatian tentang
kebajikan mereka. Penigkatan daya ilmu dan daya fikir, pemehaman terhadap isu-isu semasa kian rumit
adalah juga perlu.

Menyentuh mengenai kedudukan mahkamah syariah, diketahui umum bahawa mahkamah syariah
berada di luar struktur umum kehakiman Negara. Hal ini disebabkan oleh latarbelakang sejarah dan
undang-undang dinegara majmuk dan berbagai-bagai agama. Hal ini tidak bermakna bahawa kedudukan
mahkamah syariah boleh dipandang rendah dan dibiarkan. Ini adalah kerana jika ada keaiban kita dan
keaiban umat islam di Malaysian. Kita semua, termasuk hakim-hakim mahkamah syariah yang
semestinya berusaha seberapa yang mungkin untuk meningkat dan meletakan mahkamah syariah di
tahap yang lebih tinggi.

Kerjasama yang rapat di antara mahkamah syariah dan sivil perlu dipertingkatkan. Interaksi antara ahli
undang-undang sivil dan undang-undang syarak perlu diraptkan. Walaupun kedua-duannya terpisah,
perpisahan itu tidak sepatutnya sehingga bertentangan. Persamaan prinsip dan matlamat untuk
menegakkan masyarakat yang adil perlu diadakan.

Mahkamah syariah memang diberi kuasa yang terbatas oleh undang-undang. Namun demekian
janganlah kita merasa terkilan. Keadaan dalam Negara majmuk dengan penduduk berbagai-bagai agama
memaksa kita menangani soal perundangan dena pengadilan dengan acuan yang telah ditentukan.
Adalah diharapkan semua negeri menerimapakai kesemua undang-undang yang seragam yang telah
diperkenalkan oleh masjlis raja-raja melayu dan mahkamah syariah perlu membuktikan kecekapannya
dalam mentadbirkan kehakiman syarak setinggi mungkin. Insyaallah dengan berkat dedikasi dan
keikhlasan semua pihak, mahkamah syariah akan dihormati dan disanjungi tinggi kerana pengadilannya
yang tertip dan adil.

Anda mungkin juga menyukai