Anda di halaman 1dari 5

Salam..

Nak kongsi tips / panduan untuk calon temuduga jawatan Penolong Penguasa Penjara Gred KX27
yang akan berlangsung pada 26.04.2012 - 04.05.2012

Kat sini ada contoh-contoh soalan lazim yang ditanya semasa seisi temuduga :


1-Apakah tugas Penolong Penguasa Penjara Gred KX27?
2-Siapakah Ketua Pengarah Penjara Malaysia sekarang?
3-Jabatan Penjara Malaysia berada di bawah kementerian mana?
4-Siapakah menteri yang menerajui kementerian tersebut ketika ini?
5-Namakan timbalan kepada beliau?
6-Nyatakan agensi-agensi lain yang turut terlibat di bawah Kementerian Dalam Negeri?
7-Apakah tugas Jabatan Penjara?
8-Sebutkan motto Jabatan Penjara dan apakah warna rasmi bagi Jabatan Penjara?
9-Dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya sebagai sebuah institusi penahanan dan
pemulihan, Jabatan Penjara Malaysia tertakluk kepada akta / peraturan. Boleh anda terangkan akta /
peraturan berkaitan yang anda tahu?
10-Apakah objektif penubuhan Pusat Pemulihan Akhlak?
11-Apa yang anda tahu tentang Program Mesej Dari Penjara yang diperkenalkan oleh Jabatan
Penjara?
12-Tujuan Sekolah Henry Gurney diwujudkan di Malaysia?
13-Apa yang anda tahu tentang hukuman seumur hidup?
14-Apakah tujuan pusat pemulihan akhlak diwujudkan?




Jom kenali istilah-istilah kepenjaraan buat menambah pengetahuan berkaitan kerjaya Penolong
Penguasa Penjara Gred KX27.

PENJARA : Untuk menahan banduan yang belum dan yang telah dijatuhi hukuman penjara.


SEKOLAH HENRY GURNEY (SHG) : Untuk menahan penghuni berusia antara 14 hingga bawah 21
tahun yang ditahan di bawah Perintah Mahkamah Juvana.


TEMPAT TAHANAN PERLINDUNGAN (TTP) : Untuk menahan orang tahanan yang ditahan di bawah
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.


PUSAT PEMULIHAN AKHLAK (PPA) : Untuk menahan orang tahanan yang ditahan di bawah Ordinan
Darurat (Ketenteraman Awam Dan Mencegah Jenayah) 1969 dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-
Langkah Pencegahan Khas) 1985.

BANDUAN REMAN : Terdiri daripada orang yang ditahan di penjara sementara menunggu untuk
dibicarakan.


TAHANAN MAHKAMAH RENDAH (TMR)
Mereka yang ditahan sementara atas Perintah Mahkamah Rendah.
TAHANAN MAHKAMAH SESYEN (TMS)
Mereka yang ditahan sementara atas Perintah Mahkamah Sesyen.
TAHANAN MAHKAMAH TINGGI (TMT)
Mereka yang ditahan sementara atas Perintah Mahkamah Tinggi.


BANDUAN JATUH HUKUM : Terdiri daripada banduan yang telah disabitkan kesalahan oleh pihak
mahkamah.



Hukuman Lama
Ertinya seseorang banduan yang dihukum penjara bagi suatu tempoh atau yang melebihi enam
bulan atau bagi tempoh berturut-turut yang jumlahnya ialah atau melebihi enam bulan.
Hukuman Singkat
Ertinya seseorang banduan yang dihukum penjara bagi suatu tempoh kurang daripada enam bulan
atau bagi tempoh berturut-turut yang jumlahnya kurang daripada enam bulan.
Banduan Pertama Kali
Ertinya seseorang banduan yang pertama kali disabitkan dan dimasukkan ke dalam penjara.
Banduan Berulang Kali
Terdiri daripada banduan sabitan yang telah berulangkali masuk penjara
Banduan Muda
Terdiri daripada banduan yang berumur kurang daripada 21 tahun yang dijatuhkan hukuman oleh
mahkamah
Banduan Dadah
Terdiri daripada banduan yang telah disabitkan kesalahan kerana terlibat dengan kes-kes dadah oleh
pihak mahkamah


BUDAK NAKAL (JUVANA) : Terdiri daripada mereka yang berumur antara 14 hingga 18 tahun yang
telah disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Juvana dan mereka ini ditempatkan di Sekolah Henry
Gurney.


ORANG TAHANAN (OT) : Terdiri daripada mereka yang ditahan di bawah perintah Tahanan oleh
pihak berkuasa (Menteri Dalam Negeri):



Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.
Mereka ini ditahan di Tempat Tahanan Perlindungan.
Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969.
Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969.
Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.
Mereka ini ditempatkan di Pusat Pemulihan Akhlak.


BANDUAN DAGANG (BD) : Adalah warganegara asing yang ditahan di penjara sementara menunggu
pengusiran pulang ke negara asal mereka. Mereka terdiri daripada banduan yang telah tamat
menjalani hukuman penjara dan juga mereka yang ditahan terus di penjara di bawah Akta Imigresen.


BANDUAN AKHIR (BA) : Banduan yang dikelaskan sebagai banduan risiko tinggi dan terdiri daripada
mereka yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah.


HUKUMAN SEUMUR HAYAT : Banduan yang menjalani hukuman sepanjang hayat mereka dan tiada
tarikh bebas.


HUKUMAN SEUMUR HIDUP : Banduan yang dijatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun


TAHANAN LIMPAH SULTAN/GABENOR/YANG DI-PERTUAN AGONG : Banduan yang boleh dijatuhkan
hukuman mati oleh mahkamah tetapi tidak dijatuhkan hukuman mati atas sebab banduan tersebut
masih di bawah umur (juvana) atau ditakrifkan oleh pihak perubatan sebagai orang yang tidak
siuman. Mereka ini tidak mempunyai tarikh bebas dan pembebasannya hanya melalui pengampunan
oleh Sultan/Gabenor/Yang di-Pertuan Agong termasuk banduan gila yang ditahan di rumah sakit jiwa
atas limpah Sultan/Gabenor/Yang di-Pertuan Agong.

Anda mungkin juga menyukai