Anda di halaman 1dari 10

8 Buletin Kesihatan Masyarakat Jilid 6, 2000

PREVALENS LEBIHAN BERAT BADAN DAN OBESITI DI


KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI
KELANTAN.

Zaini, H., Noor Hidayah, I. & Osman, A.*

ABSTRAK

Lebihan berat badan dan obesiti merupakan faktor risiko yang banyak di hubung
kait dengan masalah kesihatan. Gaya hidup yang pasif masa kini menjadikan
individu lebih cenderung menjadi obes. Kajian irisan lintang telah dijalankan
terhadap pelajar-pelajar menengah di Kelantan bagi mengenal pasti prevalens
lebihan berat badan dan lebihan berat badan dan obesiti serta faktor yang
menyumbang kepada masalah tersebut. Seramai 600 orang pelajar di kalangan
pelajar tingkatan IV dan V di kawasan bandar dan luar bandar telah dipilih sebagai
sampel dengan menggunakan kaedah pensampelan berbilang tahap. Dari jumlah itu
89.0% (534 orang) telah memberi kerjasama untuk menjayakan kajian tersebut.
Dengan mengambil indeks jisim badan, BMI > 25.00 sebagai titik potong, kajian
mendapati prevalens lebihan berat badan dan lebihan berat badan dan obesiti
adalah 7.3% dan tidak ada perbezaan yang signifikan antara prevalens penyakit ini
dengan jantina dan lokasi sekolah. Faktor yang memberi signifikan pada peringkat
univariat adalah amalan senaman, penglibatan dalam aktiviti sukan sekolah, ibu
mempunyai persepsi yang betul terhadap tubuh pelajar yang mempunyai masalah
tersebut. Pada peringkat multivariat amalan senaman dan persepsi ibu sahaja yang
signifikan pada paras 0.05.

Kata-kunci : Lebihan berat badan, lebihan berat badan dan obesiti, prevalens,
pelajar sekolah menengah.

ABSTRACT

Overweight and obesity is a common risk factor associated with health problems. A
passive life style makes an individual more prone to this problem. A cross sectional
study was carried out on secondary school students in Kelantan to determine the
prevalence of overweight and obesity and its contribution factors. Six hundred
respondents amongst form IV & V students from a rural and an urban area were
selected as sample through stratified sampling of whom the 89.0% (534 students)
participated in the study. The cut off point used for this study was body mass index >
25.0 Kg/m
2
. The study found that the prevalence of overweight and obesity was
7.3 % and there was no significant difference between the prevalence with gender

* Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, UKM,
and school location. From univariate analysis the significant factors were
exercise, involvement in school sport activity and mothers perception of obesity.
Bultin Kesihatan Masyarakat Jilid 6, 2000 9
From multivariate analysis exercise and mothers perception were found to be
significant at p<0.05.

Key words : overweight, obesity, prevalence, secondary school children.

PENDAHULUAN

Kajian yang terdahulu menunjukkan bahawa prevalens lebihan berat badan dan
obesiti di negara-negara yang sedang membangun telah meningkat dan peningkatan
ini lebih ketara dengan peningkatan usia (Itallie, 1985). Masalah lebihan berat badan
dan obesiti kini bukan sahaja menjadi masalah kesihatan di kawasan bandar tetapi
corak yang sama juga telah di alami di kawasan pendalaman/perkampungan (Mo-
suwan et al., 1993). Prevalens keadaan ini adalah lebih tinggi di kalangan wanita
berbanding dengan lelaki (Wadden et al., 1990).
Perubahan lemak badan bergantung kepada ketidakseimbangan antara tenaga
yang diambil dan yang digunakan. Lebihan berat badan dan obesiti terjadi apabila
pengambilan tenaga melebihi pengeluaran untuk jangkamasa yang tertentu. Terdapat
banyak penyebab yang dikaitkan dengan lebihan berat badan dan obesiti tetapi faktor
sosial dan persekitaran sama ada peningkatan pengambilan tenaga atau berkurangan
aktiviti fizikal memainkan peranan penting terjadi keadaan ini. Ini berkaitan dengan
peningkatan taraf ekonomi masyarakat dan penurunan aktiviti fizikal generasi muda
dan yang telah berusia. Aspek keturunan terhadap kejadian lebihan berat badan dan
obesiti sukar untuk ditentukan. Kajian yang telah dibuat telah mencadangkan lebihan
berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak lebih kepada kurangnya aktiviti
fizikal dan bukannya lebihan makanan dan pada remaja ia lebih dipengaruhi oleh
kurangnya aktiviti fizikal dan lebihan makanan (WHO, 1990).
Kajian lain menunjukkan lebihan berat badan dan obesiti adalah faktor risiko
pada penyakit kardiovaskular. Lebihan berat badan dan obesiti merupakan faktor
primer bagi penyakit koronari jantung dan bersama faktor risiko lain yang telah
dibuktikan seperti diabetes, hiperkolesterolemia atau kekurangan tahap lipoprotein
kepadatan tinggi (HDL)(Pollock & Wilmore, 1984). Hipertensi yang di alami oleh
mereka yang obes adalah signifikan lebih tinggi jika di banding dengan yang tidak
obes. Peningkatan tekanan darah adalah dicatat pada kedua-dua bacaan sistolik dan
diastolik (Wan Mohamad et al., 1996). Lebihan berat badan dan obesiti juga
mempunyai hubungan dengan penyakit diabetes. Kajian telah menunjukkan bahawa
walaupun terdapat peningkatan pengeluaran insulin oleh pankreas antara 100-200%
dalam keadaan obes tetapi masih wujud tanda-tanda klinikal kekurangan hormon
tersebut. Ini menjelaskan terdapat kekurangan tapak reseptor, penurunan kadar
sensitiviti reseptor atau kedua-duanya. Penurunan berat badan mengakibatkan tapak
reseptor kembali kepada asal dari segi jumlah serta sensitiviti dan ini akan mengawal
paras glukosa darah (Pollock & Wilmore, 1984). Kajian ini dijalankan bagi
mengukur magnitud lebihan berat badan dan obesiti di kalangan pelajar sekolah
menengah (tingkatan IV & V) di Kelantan dan faktor-faktor yang menyumbang
kepada masalah tersebut.
10 Buletin Kesihatan Masyarakat Jilid 6, 2000


METODOLOGI

Kajian ini telah dijalankan antara bulan J anuari hingga April 1997 di sekolah-
sekolah bantuan penuh kerajaan bukan berasrama penuh di Daerah J eli dan Kota
Bharu, Kelantan. Pemilihan daerah dan sekolah dibuat secara rawak pelbagai tahap.
Dari 600 sampel yang dipilih seramai 534 pelajar telah memberi respons terhadap
kajian ini.

Borang soal-selidik

Borang soal-selidik dalam Bahasa Malaysia diedar pada hari lawatan. Borang ini
meliputi maklumat berkaitan dengan data peribadi, maklumat keluarga, aktiviti
fizikal, persepsi pelajar terhadap lebihan berat badan dan obesiti, persepsi ibu pelajar
terhadap lebihan berat badan dan obesiti. Maklumat ini dijawab pada masa yang
sama oleh pelajar kecuali maklumat persepsi ibu pelajar terhadap lebihan berat
badan dan obesiti yang perlu dijawab dirumah. Borang yang telah dijawab akan
dikutip seminggu selepas tarikh lawatan pertama melalui guru kesihatan sekolah
masing-masing. Sekiranya pelajar tidak menyerahkan borang tersebut lawatan
susulan dua hari selepas itu dibuat dan sekiranya pelajar gagal untuk menyerahnya
maka pelajar itu dianggap tidak berminat dan digugurkan dari sampel.

Pengukuran

Ketinggian diukur menggunkan alat pengukur tinggi SECA yang di ambil bacaan
pada 0.1 m yang hampir. Sampel diminta menanggalkan alas kaki ketika pengukuran
dibuat. Penimbang berat badan SECA digunakan untuk menimbang berat badan
sampel. Penimbang dikalibrasi pada setiap hari lawatan sebelum penimbangan
dibuat. Bacaan dicatat pada 0.01 kg yang hampir. Pengukuran ini dilakukan dengan
bantuan dua orang jururawat terlatih yang sama pada setiap lawatan.

Status lebihan berat badan dan obesiti

Status lebihan berat badan dan obesiti diukur dengan menggunakan indeks jisim
tubuh (Body mass index, BMI). Kriteria yang digunakan adalah berdasarkan kriteria
modifikasi Garrow 1981 dan Health Welfare Canada 1988. Nilai yang digunakan
adalah :
Kurang berat badan (underweight) =BMI <19.0
Berat badan unggul =BMI 19.0 - 24.9
Lebihan berat badan =BMI 25.0 - 29.9
Obes =BMI >30.0

Bultin Kesihatan Masyarakat Jilid 6, 2000 11
Paras BMI >25.00 di guna sebagai titik potong di dalam kajian ini untuk
menunjukkan lebihan berat badan dan obes sedangkan BMI < 25.00 adalah
sebaliknya.

ANALISA DATA

Data mentah yang telah dikumpulkan melalui borang soal-selidik, diari pengambilan
diet serta pengukuran dimasukkan didalam komputer dan dianalisis dengan
menggunakan perisian SPSS versi 7.0

KEPUTUSAN

Prevalens lebihan berat badan dan obesiti

Status berat badan 534 orang pelajar telah dianalisis. Seramai 39 (7.3%) pelajar
didapati mempunyai masalah lebihan berat badan dan obes manakala selebihnya di
bawah paras ini. Taburan mengikut ciri-ciri demografi pula menunjukkan seramai 22
(7.6%) pelajar perempuan dan 17 (7.0%) pelajar lelaki mengalami masalah
tersebut. Perbezaan jantina ini tidak menunjukkan nilai yang signifikan dengan nilai
p >0.05 ( J adual 1 ).
Dari jumlah sampel yang mengalami lebihan berat badan dan obes dalam
kajian ini kawasan bandar mendapati 20 (8.5%) pelajar mengalami lebihan berat
badan dan obesiti sementara di kawasan luar bandar pula seramai 19 (6.4%)..
Perbezaan ini walau bagaimana pun tidak signifikan secara statistik (J adual 1 ).

Jadual 1: Taburan responden mengikut ciri demografi

Faktor n Status Pemakanan p
Tiada
LBBO
LBBO*
Lokasi
Bandar 236 216 (91.5%) 20 (8.5%) 0.355
Luar Bandar 298 279 (93.6%) 19 (6.4%)
J antina
Lelaki 243 226 (93.0%) 17(7.0%) 0.803
Perempuan 291 269 (92.4%) 22(7.6%)
* LBBO=Lebihan berat badan dan obes
Aktiviti fizikal.

Amalan senaman mempunyai hubungan dengan masalah lebihan berat badan dan
obesiti. Hanya 18 orang (4.6%) yang mempunyai masalah LBBO, menjadikan
senaman sebagai amalan. Amalan ini memberi sumbangan yang signifikan terhadap
lebihan berat badan (p=0.009) dan orang yang melakukan senaman mempunyai
12 Buletin Kesihatan Masyarakat Jilid 6, 2000

risiko seperempat untuk mengalami lebihan berat badan dan obesiti berbanding
orang yang tidak melakukannya (kesan pelindungan). Walau bagaimanapun
kekerapan menjalani senaman ini tidak signifikans (p=0.44). Selain dari itu, mereka
yang mempunyai lebihan berat badan dan obes didapati tidak aktif dalam sukan yang
dianjurkan oleh sekolah mereka (p<0.0001). Hanya 11(33.3%) pelajar tersebut yang
mengambil bahagian aktif dalam sukan sekolah. Bagi mereka yang tidak aktif dalam
sukan mempunyai risiko 8 kali ganda untuk mengalami lebihan berat badan dan
obesiti (J adual 2).

Persepsi ibu terhadap lebihan berat badan dan obesiti anak mereka

Soal selidik terhadap persepsi ibu pelajar yang mempunyai masalah ini, dari 33 ibu
yang mempunyai anak yang bermasalah 21 (63.6%) mempunyai tanggapan yang
benar berkaitan anak mereka. Mereka merasakan bahawa anak mereka adalah
tergolong dari mereka yang mempunyai lebihan berat badan. Persepsi ini
mempunyai hubungan yang signifikan (2=67.2, df=1, p<0.001) dan ibu-ibu yang
mempunyai persepsi yang anak mereka obes mempunyai risiko 15 kali ganda
mempunyai anak yang mengalami penyakit itu berbanding ibu yang tidak
mempunyai persepsi tersebut (jadual 3). Faktor keturunan juga ditanya dalam kajian
ini. Dari jawapan yang diterima menunjukan bahawa seramai 18(8.5%) mempunyai
ahli keluarga yang obes berbanding 15 (7.6%) tidak mempunyai ahli yang obes.
Ujian khi-kuasa dua menunjukkan hubungan ini tidak signifikans,
2
= 0.11,
df=1,p=0.73 ( J adual 3 ).

Pengetahuan pemakanan

Kajian tahap pengetahuan pemakanan dalam kajian ini mengambil min markah
keseluruhan respons sebagai titik potong antara yang berpengetahuan dan kurang
pengetahuan. Ini kerana tiada skor yang khusus yang dapat diguna sebagai piawai.
Soal selidik yang dijawab menunjukkan keseluruhan 324 pelajar (60.7%) di kategori
sebagai berpengetahuan dan selebihnya 210 (39.3%) pelajar kurang pengetahuan
berkaitan pemakanan. Menurut jantina 183 (62.9%) pelajar perempuan dan
141(58.0%) pelajar lelaki mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang
pemakanan , walau bagaimanapun perbezaan tahap pengetahuan ini tidak bererti
(p=0.25). Tiada perbezaan juga tahap pengetahuan pelajar bandar dan luar bandar
(p=0.06). Menurut status pemakanan didapati tiada perbezaan tahap pengetahuan
antara pelajar yang mengalami lebihan berat badan dan obesiti dengan pelajar yang
tidak mengalaminya (p>0.05).


Jadual 2: Hubungan aktiviti fizikal dengan lebihan berat badan
dan obesiti responden

Bultin Kesihatan Masyarakat Jilid 6, 2000 13
Faktor n Status Pemakanan p Nisbah ods
Tiada
LBBO
LBBO (95% SK)
Cara ke sekolah


Berjalan kaki 174 163 (93.7%) 11 (6.3%)
Basikal 67 63 (94.1%) 4 ( 5.9%)
Motokar / bas 239 223 (93.4%) 16 (6.6%) 0.62
Lain-lain 44 41 ( 93.2%) 3 (6.8%)

Amalan Senaman


Ya 386 368 (95.4%) 18 (4.6%) 0.009
*
0.4(0.2,0.9)
Tidak 137 122 (89.1%) 15
(10.9%)

Kekerapan senaman


<3 kali
seminggu
221 206 (93.2%) 15 (6.8%)
>3 kali
seminggu
290 275 (94.8%) 15 (5.2%) 0.442 0.75(0.34,1.67)
Penglibatan aktiviti sukan sekolah


Tidak 129 106(82.2%) 23
(66.7%)

Ya 386 375(97.2%) 11
(33.3%)
0.000 7.4(3.3,16.8)
p<0.05 adalah signifikan
LBBO =Lebihan berat badan dan obes




Jadual 3: Persepsi ibu terhadap lebihan berat badan
dan obesiti responden

Faktor n Status Pemakanan p Nisbah ods
Tiada
LBBO
LBBO (95% SK)
Persepsi ibu terhadap anak


Mengalami 74 53(71.6%) 21(28.4%)
14 Buletin Kesihatan Masyarakat Jilid 6, 2000

LBBO
Tidak obes 411 400(97.3%) 11( 2.7%) 0.000 14.4(6.2,34.0)
Penyebab LBBO


Kuat makan 202 194(96.0%) 84(4.0%)
Banyak tidur 43 38(88.3%)
5(11.7%)

Kurang senaman 149 138(92.6%) 11(7.4%) 0.87
Keturunan 42 36(85.7%) 6(14.3%)
Lain-lain 03 3(100%) 0
Mempunyai keturunan obes


Ada 211 193(91.5%) 18(8.5%) 0.11 0.88(0.4,1.9)
Tiada 197 182(92.4%) 15(7.6%)
p<0.05 adalah signifikan
LBBO =Lebihan berat badan


PERBINCANGAN

Hasil kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa prevalens lebihan berat
badan keseluruhan di kalangan pelajar menengah Kelantan adalah 7.3%.
Perbandingan prevalens di kalangan pelajar lelaki pula adalah 7.0% berbanding
dengan pelajar perempuan iaitu 7.6%. Perbezaan prevalens jantina ini tidak
signifikan dari segi statistik ( p >0.05). Hasil ini adalah tidak banyak beza dengan
hasil yang diperoleh dalam kajian yang dilakukan oleh Wan Mohamad (Wan
Mohamad et al., 1996) terhadap masyarakat setempat di Kelantan iaitu 4.5%. Walau
bagaimana pun dalam kajian yang sama prevalens lebihan berat badan dan obesiti di
kalangan perempuan adalah tiga kali (20.1%) lebih tinggi berbanding lelaki (5.7%).
Di Thailand prevalens lebihan berat badan dan obesiti dengan menggunakan
berat-untuk-tinggi (weight-for-height) bagi kanak-kanak sekolah adalah 12.2% pada
tahun 1991 dan meningkat 13.5% dan 15.6% pada 1992 serta 1993 masing-masing
(Mo-suwan et al.,1993). Di Singapura kajian terhadap pelajar pra-sekolah di
republik itu menunjukkan prevalens obesiti adalah di tahap 3.9%. Prevalens obesiti
mempunyai perbezaan yang signifikan antara lelaki (55.4%) dengan perempuan
(52.2%) dengan nilai p<0.01 (Vijayalaksmi & Lam, 1995). Kajian di Kuala Lumpur
dengan mengambil kanak-kanak sekolah rendah sebagai sampel mendapati prevalens
obesiti adalah 7.1% sementara 2.5% pula mengalami obes yang teruk. Tidak ada
perbezaan yang signifikan antara jantina, sejarah penyusuan dada dan asthma (Azizi,
1993). Di Austria insiden lebihan berat badan dan obesiti tidak berbeza antara
kedua-dua jantina sehingga berusia 40 tahun di mana selepas itu peningkatan yang
ketara terhadap wanita berbanding lelaki(Kluthe & Schubert, 1985).
Kajian yang dijalankan ini menunjukkan bahawa faktor keturunan tidak
memainkan peranan dalam menyumbang masalah lebihan berat badan kepada
Bultin Kesihatan Masyarakat Jilid 6, 2000 15
pelajar. Ini menunjukkan terdapat Keputusan ini tidak konsisten dengan penemuan
yang dilakukan terhadap kanak-kanak yang di ambil sebagai anak angkat. Dalam
kajian ini ia mendapati bahawa indeks jisim badan anak lelaki mempunyai hubungan
yang signifikan dengan ibu sebenar mereka (p=0.001). Tetapi hubungan ini tidak
wujud antara anak perempuan dan ibu sebenar. Hubungan ini juga tidak wujud
antara anak lelaki dengan anak perempuan (Stunkard et al., 1986). Dari keputusan
ini walaupun terdapat pengaruh genetik tetapi ia sukar diramal dan pengaruhnya
mungkin berbeza-beza.
Aktiviti fizikal adalah antara faktor yang signifikan dalam mengawal lebihan
berat badan dan obesiti. Salah satu penyebab utama lebihan berat badan dan obesiti
adalah kekurangan aktiviti fizikal. Penurunan berat badan melalui latihan jasmani
dan diet adalah yang paling berkesan untuk lebihan berat badan dan obesiti (Darus,
1996). Latihan fizikal mempengaruhi pengurangan berat badan. Kehilangan lemak
adalah antara 47-49% dalam kajian yang telah dijalankan. Kehilangan lemak
tersebut adalah ketara dan bentuk badan dikekalkan sepanjang kajian tersebut (Belko
et al., 1984). Dalam kajian yang lain lelaki yang menjalani latihan fizikal atau
meningkatkan aktiviti kehilangan berat badan 5.66 kg berbanding peningkatan berat
badan 0.43 kg bagi mereka yang tidak menjalani latihan fizikal (p<0.005)(Wong et
al., 1997). Satu kajian yang cuba menghubungkan aktiviti yang tidak aktif mendapati
bahawa terdapat hubungan antara obes, superobes dengan menonton televisyen bagi
kanak-kanak berumur antara 6-11 tahun. Kanak-kanak yang menghabiskan banyak
masa menonton television mencatat prevalens lebihan berat badan dan obesiti
(p<0.01) atau superobes (p<0.02) yang tinggi. Di kalangan remaja menonton lebih
setiap hari pula lebih obes (p<0.001)atau superobes (p<0.0001) berbanding
golongan sebaliknya (Dietz et al., 1985). Kajian yang dijalankan terhadap pelajar di
Kelantan mendapati bahawa ada terdapat hubungan yang signifikan amalan senaman
(p=0.001) dengan lebihan berat badan. Dalam aktiviti fizikal ini kekerapan pelajar
menjalani senaman tidak memberi sumbangan yang signifikan (p=0.44).
Kajian yang telah dijalankan oleh Tamir et al (1990) mendapati intervensi
yang dijalankan bagi mengubah sikap, pengetahuan dan amalan pemakanan
menunjukkan ia memberi peningkatan yang signifikan terhadap pengetahuan
berkaitan dengan pemakanan dan penurunan yang signifikan dalam pengambilan
lemak tepu dalam kumpulan tersebut. Kajian ini bukan sahaja melibatkan kanak-
kanak tetapi juga melibatkan guru-guru dan penglibatan ibu bapa untuk mengambil
bahagian dalam aktiviti yang dirancang. Di Singapura pula keputusan yang
sebaliknya didapati, bagi kedua-dua jantina penurunan berat badan tidak ada
hubungan dengan keinginan untuk menurunkan berat, perhatian terhadap
kegemukan, skor pengetahuan dan bilangan sesi rawatan yang dihadiri (Wong et
al.,1997). Penemuan dari kajian ini adalah sama seperti yang diperoleh dari kajian di
Singapura. Ini mungkin kerana pengetahuan yang ada tidak dapat mengubah amalan
pemakanan individu. Perbezaannya dengan keputusan kajian oleh Tamir (1990)


mungkin kerana kajian tersebut lebih menyeluruh bukan sahaja dari segi
peningkatan pengetahuan tetapi juga penglibatan semua pihak dalam segala aktiviti.
16 Buletin Kesihatan Masyarakat Jilid 6, 2000

Simic (1983) mendapati bahawa ibu bapa yang menganggap lebihan berat
badan dan obesiti adalah masalah kesihatan akan lebih konsisten dalam menjaga
pemakanan anak mereka dan mencapai tahap berat badan yang lebih baik dan kekal.
Wadden et al. (1990)

pula cuba menghubungkan sokongan ibu terhadap rawatan
penurunan berat badan anak mereka. Hasil kajian menunjukkan bahawa ibu yang
memberi sokongan kepada anaknya untuk menurunkan berat badan (dengan
menghadirkan diri dalam sesi rawatan) berjaya menurunkan berat badan anak
mereka dengan ketara. Perbezaan ini menghampiri nilai signifikan (p=0.07) jika
berbanding dengan ibu yang kurang atau tidak memberi sokongan. Kajian yang
dijalankan terhadap pelajar di Kelantan ini menyokong hubungan persepsi positif ibu
dengan keobesan anak mereka (p<0.0001). Usaha perlu diambil untuk membantu ibu
menyokong tabiat pemakanan anak mereka.

RUJUKAN

Azizi, B.H.O. 1993. Obesity in a sample of primary school children in Kuala
Lumpur: An analysis using a body mass index. Jurnal Perubatan UKM. 15
(1) : 11-17.
Belko, A.Z., Obarzanek, E., Roach, R., Rotter, M., Urban, G., Weinberg, S. & Roe,
D.A. 1984. Effect of aerobic exercise and weight loss on riboflavin
requirement of moderately obese, marginally deficient young women. The
American Journal of Clinical Nutrition. 40: 553-561.
Darus, N. 1996. Exercise - The way to stay trim and healthy. Malaysian Society For
The Study Of Obesity. 1 : 15-21.
Dietz, J r. W.H. & Gortmaker, S.L. 1985. Do we fatten our children at the television
set? Obesity and Television Viewing in Children and Adolescents. Pediatrics.
75 (5) : 807-812.
Itallie, T.B.V. 1985. Health implications of overweight and obesity in the United
States. Annals of Internal Medicine. 103 (6) : 983-988.
Kluthe, R. & Schubert, A. 1985. Obesity in Europe. Annal of Internal Medicine. 103
(6) : 1037-1042.
Mo-suwan, L. J unjana, C. and Puetpoiboon, A. 1993. Increasing obesity in school
children in a transitional society and the effect of the weight control
Program. Southeast Asian J Trop Med Public Health. 24 (3) : 590-594.
Pollock, M.L. & Wilmore, J .H. 1984. Exercise in health and disease: Evaluation
and prescription for prevention and rehabilitation Ed. Ke-2. Philadelphia:
W.B. Saunders Company.
Simic, B.S. 1983. Childhood obesity as a risk factor in adulthood and its prevention.
Preventive Medicine. 12 : 47-53.
Stunkard, A.J , Sorensen, T.I.A., Hanis, C., Teadale, T.W., Chakraborty, R., Schulli,
W.J . & Schulsinger, F. 1986. An adoption of human obesity. The New
England Journal of Medicine. 314 (4) : 193-198.
Tamir, D., Feurstein, A., Brunner, S., Halfon, S.T., Reshef, A. & Palti, H. 1990.
Primary prevention of cardiovascular disease in childhood: Changes in serum
Bultin Kesihatan Masyarakat Jilid 6, 2000 17
total cholesterol, high density lipoprotein, and body mass index after 2 years
of intervention in J erusalem schoolchildren Age 7-9 Years. Preventive
Medicine. 19 : 31-39.
Vijayalakshmi, K. & Lam, S.L. 1995. Obesity among preschool children.
Singapore Pediatric Journal. 37 (2) : 79-84.
Wadden, T.A., Stunkard, A.J ., Rich, L., Rubin, C.J ., Sweidel, G. & McKinney, S.
1990. Obesity in black adolescent girls: A controlled clinical trial of treatment
by diet, behavior modification, and parental support. Pediatrics 85 (3) : 345-
351.
Wan Mohamad, W.B., Moktar, N., Mafauzy, M., Mustaffa, B.E. & Musalmah, M.
1996. Obesity: The extend of problem in Malaysia. Malaysian Society For
The Study Of Obesity 1 : 51-58.
WHO. Diet, nutrition, and the prevention of chronic diseases. Report of a WHO
study Group. Geneva1990.
Wong, M.L., Koh, D., Lee, M.H. & Fong, Y.T. Two-yaer follow-up of a behavioral
weight control programme for adolescents in Singapore: Predictor of long-
term weight loss. Annals Academy of Medicine 1997; 26 (2) : 147-153.

Anda mungkin juga menyukai