Anda di halaman 1dari 3

Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Contributed by Administrator
Monday, 22 October 2007
Last Updated Wednesday, 13 August 2008
PENGENALAN JABATAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Objektif jabatan adalah untuk melahirkan para pendidik yang berketerampilan dalam pendidikan awal kanak-kanak dan
berupaya menyepadukan dan menggunakan prinsip-prinsip perkembangan, kurikulum, pengajran dan pentafsiran dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Progran ini juga digubal untuk melahirkan graduan yang berijazah
dan bestari serta berupaya mmengaplikasikan peranan profesional pendidik awal kanak-kanak dalam masyarakat
pelbagai budaya yang sedang mengalami perubahan sosial dan teknologi yang berterusan. SENARAI KURSUS
UNIVERSITI DAN PENDIDIKAN
KURSUS UNIVERSITIKURSUS UNIVERSITI JAM KREDITTITAS2Hubungan Etnik2Bahasa Melayu
Profesional2Communicative English I2Communicative English II2Pengantar Etika2
Pemikiran Strategik dan Inovatif2Bimbingan dan Penasihatan2Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi3Ko-
Kurikulum3Jumlah22KURSUS PENDIDIKANJAM KREDITFalsafah Kurikulum Pendidikan3Sosiologi
Pendidikan3Psikologi Pendidikan3Pedagogi Pendidikan3Pengujian, Pengukuran dan Penilaian Pendidikan3Rekabentuk
Instruksional dan Teknologi3Jumlah18 SENARAI KURSUS MAJOR DAN MINOR KURSUS
MAJORKODKURSUSKREDITKAP 1013Keluarga, Komuniti dan Budaya 3KAS 1013Perkembangan Seni dan Kreativiti
Kanak-Kanak 3KAZ 1013Apresiasi Muzik Kanak-Kanak
3KAJ 1013Perkembangan Pembelajaran Motor dan Pergerakan 3KAJ 1023Mainan dan Perkembangan
3KAT 3013Literasi Komputer Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
3KAB 1013Bacaan Awal Kanak-Kanak
3KAM 1013Matematik Awal Kanak-Kanak
3KAN2013Sains Awal Kanak-Kanak 3KAK 2013Kesusasteraan Awal Kanak-Kanak
3KAL 3013Pengajian Sosial Awal Kanak-Kanak
3KAL 2013AlamSekitar Dan Kanak-Kanak
3KAP 3013Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas
3KAP 1023Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak Dan Remaja
3KAJ 2013Kesihatan Dan Keselamatan
3KAP3033Perancangan Program Dan Strategi Pengajaran Pendidikan Awal Kanak-Kanak
3KAP 3023Kemahiran Pemerhatian Dan Penilaian
3KAP 2013Polisi dan Perkhidmatan Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
3Jumlah54
KURSUS MINOR PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAHSEMKODKURSUSKREDIT3KRP 1013Kurikulum Dan Pengajaran
Sekolah Rendah34KRB 1013Prinsip Pengajaran Bacaan37KRB 2013Pengantar Bahasa Melayu36KRB 2023Kaedah
Bahasa Melayu Sekolah Rendah35KRM 1013Pengantar Matematik 37KRT 3013Teknologi Maklumat Sekolah
Rendah36KRB 1023Prinsip Pengajaran Penulisan
35KRJ 1013Pendidikan Jasmani Dan Sukan3ATAU KURSUS MINOR PENDIDIKAN KHASSEMKODKURSUSKREDIT
3KBP2023Pendidikan Muzik, Seni Dan Kraftangan Dalam Pendidikan Khas34KBK 2053Sokongan Komuniti dalam
Pendidikan Khas35KBP 2013Pendidikan Jasmani Dalam Pendidikan Khas36KBD 3043Pendidikan Jasmani Suaian Dan
Kesihatan36KBL 3053Kod Tangan37KBL 4013Literasi Braille37KBD 4033Audiologi Dan Pemulihan Auditori 35KBK
4023Kurikulum Dan Penaksiran Dalam Pendidikan Khas3JUMLAH24*UPR 4000Praktikum10Kursus Universiti22Kursus
Pendidikan18JUMLAH KESELURUHAN128* Pelajar-pelajar dikehendaki mengambil 24 jam kredit kursus minor (dengan
memilih mana-mana minor yang dibenarkan).
SINOPSIS KURSUSKAP 1013KELUARGA, MASYARAKAT DAN BUDAYA
3 KREDIT Pelajar akan meneroka perubahan-perubahan yang berlaku dalam keluarga dan kekeluargaan masyarakat
masa kini serta peranan sekolah sebagai agen sosialisasi dalam pendidikan awal kanak-kanak serta hubungannya
dengan kerjasama antara keluarga dan masyarakat. Kursus akan memberi tumpuan kepada strategi-strategi komunikasi
berkesan dan perkongsian antara guru, keluarga dan masyarakat dalam pendidikan awal kanak-kanak.KAJ
1013PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR DAN PERGERAKAN
3 KREDIT Pengenalan kepada perkembangan fizikal kanak-kanak. Tumpuan kepada falsafah dan objektif pergerakan
dan mainan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Kandungan kursus meliputi pengenalan kepada teori pergerakan;
konsep dan prinsip asas pergerakan dan koordinasi dari aspek pergerakan lokomotor, pergerakan manipulatif, dan
pergerakan bukan lokomotor dengan mengambilkira konsep ruang, konsep daya dan konsep perhubungan tubuh
dengan pergerakan. Pendekatan kursus menggabungkan aspek teori dan amali.KAP 1023PSIKOLOGI
PERKEMBANGAN & PENGURUSAN TINGKAH LAKU
3 KREDIT Tumpuan kursus kepada kefahaman tentang pertumbuhan dan perkembangan dari peringkat sebelum lahir
hingga peringkat remaja. Kandungan kursus meliputi topik-toik tentang pengertian dan konsep asas psikologi
perkembangan kanak-kanak dan remaja, prinsip-prinsip asas pertumbuhan dan perkembangan; faktor-faktor yang
http://fskpm.upsi.edu.my Powered by Joomla! Generated: 6 January, 2010, 10:22
mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan; aspek-aspek perkembangan dan teori-teori perkembangan. Sesi amali
berkaitan dengan cara-cara membentuk tingkahlaku wajar guru-guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak serta bagaimana
membentuk tingkahlaku kanak-kanak sekolah juga diberi penekanan.KAS 1013KREATIVITI KANAK-KANAK
PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN
3 KREDIT Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan huraian kurikulum pendidikan seni prasekolah, aktiviti seni
prasekolah dan penilaian kemahiran dan hasil seni kanak-kanak. Kandungan kursus juga meliputi aktiviti-aktiviti
menghasilkan pelbagai jenis aktiviti seni daripada bahan-bahan persekitaran secara kreatif. Teori kreativiti dan peringkat
perkembangan artistik kanak-kanak juga dibincangkan.KAZ 1013APRESIASI MUZIK KANAK-KANAK
3 KREDIT Tumpuan kursus kepada kefahaman tentang muzik dan ritma sebagai sebahagian daripada budaya dan
kaitannya dengan kanak-kanak. Di samping itu, metod menghayati dan menghargai muzik, menghasilkan muzik dan
melodi mudah, melahir dan menyatakan perasaan dan emosi melalui muzik seperti dalam nyanyian juga diberi tumpuan.
Cara mudah dan berkesan untuk menghasilkan muzik seperti menggunakan bahan-bahan persekitaran juga
dibincangkan. Kefahaman dan kemahiran di atas akan dicapai melalui pendedahan kepada topik-topik seperti budaya
dan muzik; teori asas muzik; pengelasan muzik; menyemak lagu kanak-kanak (tempatan dan luar negeri); apresiasi
muzik; penghasilan melodi dan muzik mudah dan penulisan lirik.KAP 3023KEMAHIRAN PEMERHATIAN DAN
PENILAIAN
3 KREDIT Kursus ini bertujuan untuk memberi kemahiran asas dalam membuat pemerhatian, menganalisis dan menilai
perkembangan dan tingkahlaku kanak-kanak. Topik-topik merangkumi aspek sejarah, teori dan metod mengkaji kanak-
kanak; teknik memerhati dan menganalisis; asas dan teknik membuat penilaian dalam perkembangan fizikal dan motor;
cara merekod pemerhatian dan menyimpan rekod. Latihan amali tentang pemerhatian dan penilaian perkembangan
fizikal dan motor juga diberi penekanan.KAB 1013BACAAN AWAL KANAK-KANAK
3 KREDIT Tujuan kursus untuk memberi pendedahan tentang latarbelakang pengetahuan berkaitan kesediaan
membaca dan aktiviti pengajaran bacaan di peringkat awal kanak-kanak. Tumpuan kursus adalah kepada konsep, faktor
dan peringkat kesediaan membaca; proses dan matlamat pengajaran bacaan di peringkat awal kanak-kanak;
pengembangan isi dari peringkat mengenal huruf kepada peringkat mengenal perkataan dan seterusnya kepada kanak-
kanak; cara mengintegrasi bacaan dan penulisan di peringkat awal; dan penilaian bacaan di peringkat prasekolah.KAM
1013MATEMATIK AWAL KANAK-KANAK
3 KREDIT Menekankan kepada pelbagai strategi untuk merangsang semangat ingin tahu dalam matematik.
Pendekatan holistic dan bersepadu dalam memahami konsep matematik di samping peneguhan konsep matematik
melalui aktiviti seharian dan permainan. Topik-topik kursus merangkumi kemahiran asas matematik seperti urutan,
hubungan satu dengan satu dan pengekalan); konsep asas seperti nombor, kuantiti, ukuran; bahasa matematik;
matematik dalam persekitaran; dan strategi pengajaran seperti mainan, permainan, teka-teki dan kegiatan seharian
lain.KAJ 1023MAINAN DAN PERKEMBANGAN
3 KREDIT Tumpuan kursus kepada peranan mainan dalam perkembangan kanak-kanak. Topik yang akan didedahkan
meliputi teori semasa tentang permainan; jenis-jenis permainan dan kaitannya dengan umur; organisasi pelbagai
permainan untuk menggalakkan perkembangan fizikal, intelek, bahasa dan sosioemosi. Teori-teori ini akan diteguhkan
melalui aktiviti-aktiviti berstruktur.KAK 2013KESUSASTERAAN AWAL KANAK-KANAK
3 KREDIT Tumpuan kursus kepada kemahiran memilih dan menggunakan kesusasteraan dalam pendidikan awal kanak-
kanak. Pengenalan kepada bahan bacaan kanak-kanak serta menilai kesesuaian bahan bacaan berdasarkan criteria
pendidikan, psikologi, nilai murni dan bahasa. Bahan-bahan terdiri daripada cereka dan puisi yang disertai ilustrasi.
Kursus ini juga menekankan cara untuk menimbulkan minat membaca di kalangan kanak-kanak.KAN 2013SAINS AWAL
KANAK-KANAK
3 KREDIT Kursus ini memberi penekanan kepada cara-cara memupuk minat yang kekal dalam Sains, perasaan cinta
akan tumbuhan dan haiwan, perasaan ingin tahu dan suka bertanya serta pemikiran logik di kalangan kanak-kanak.
Perbincangan tentang cara-cara menjadikan pembelajaran sains mudah, menarik dan seronok melalui aktiviti
eksperimen yang mudah serta sesuai supaya kanak-kanak mendapat pengalaman hands-on dan belajar proses sains.
Tumpuan juga akan diberikan kepada bagaimana kanak-kanak boleh dibimbing untuk membuat penemuan sains mudah
serta menjalankan kajian mudah. Strategi mendorong kanak-kanak belajar konsep sains yang mudah melalui aktiviti
seharian seperti bermain pasir atau air akan dibincangkan disamping cara-cara mendorong kanak-kanak menghargai
kepentingan dan sumbangan sains dan teknologi kepada manusia. Pengelolaan lawatan ke zoo, taman, muzium dan
pusat sains serta tempat yang menarik juga akan dibincangkan.KAT 3013LITERASI KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN
AWAL KANAK-KANAK
3 KREDIT Kursus ini merangkumi topik-topik yang dapat mengembangkan kemahiran asas komputer di kalangan
kanak-kanak seperti menggunakan komputer, menyimpan maklumat, mencetak dan sebagainya. Juga diberi tumpuan
kepada persediaan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran; pemilihan perisian yang sesuai; perkembangan
kemahiran asas melalui komputer seperti mengenal nombor, huruf, perkataan serta kemahiran matematik melalui
komputer dan kemahiran bacaan dengan komputer. Cara akses Internet untuk mendapatkan maklumat juga akan
didedahkan.KAL 3013PENGAJIAN SOSIAL AWAL KANAK-KANAK
3 KREDIT Kursus ini memberi tumpuan kepada teori dan pendekatan pengajaran Sains Sosial dalam merangsang
minda kanak-kanak untuk menghayati dan menghargai sejarah, kejadian-kejadian semasa serta persekitaran mereka.
Strategi dan cara pemilihan bahan dan sumber untuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dalam
memperkembangkan minat kanak-kanak dalam sains sosial juga dibincangkan.KAL 2013ALAM SEKITAR DAN KANAK-
KANAK
3 KREDIT Kursus ini membincangkan tentang pembentukan persekitaran yang sihat dan selamat terutama dari segi
konsep dan isi kandung alam sekitar fizikal dan biologika. Tanggungjawab sosial dan etika individu dan masyarakat
http://fskpm.upsi.edu.my Powered by Joomla! Generated: 6 January, 2010, 10:22
untuk memaju dan mengekalkan persekitaran alam yang sihat dan selamat juga dibincangkan. Kursus ini juga
melibatkan teknik mengajar dan menilai pengetahuan serta kefahaman kanak-kanak tentang isu alam sekitar.
Diharapkan kanak-kanak dapat memahami bahawa persekitaran yang sihat dan selamat adalah merupakan satu hak
kanak-kanak dan sangat penting dalam perkembangan kanak-kanak serta masyarakat.KAJ 2013KESIHATAN DAN
KESELAMATAN
3 KREDIT Kursus ini memperkenalkan fisiologi kanak-kanak dan faktor utama yang mempengaruhi kesihatan dan
keselamatan; peraturan keselamatan dan kesihatan di pusat asuhan kanak-kanak dan prasekolah; keselamatan di
rumah; dan peranan komuniti dalam mempertingkatkan kesihatan dan keselamatan kanak-kanak. Kursus ini juga akan
memberi latihan amali dalam pertolongan cemas.KAP 3013KANAK-KANAK DENGAN KEPERLUAN KHAS
3 KREDIT Kursus ini bertujuan untuk membantu guru dalam memahami kanak-kanak berkeperluan khas dan berisiko
seperti kanak-kanak dengan pelbagai kerencatan, kecacatan anggota, penglihatan, pendengaran, terencat akal,
masalah komunikasi dan tingkahlaku, bermasalah pembelajaran dan kanak-kanak berkecerdasan tinggi. Strategi dan
langkah-langkah mewujudkan persekitaran yang positif untuk kanak-kanak faham dan peka terhadap kanak-kanak
berkeperluan khas juga dibincangkan.KAP 3023KEMAHIRAN PEMERHATIAN DAN PENILAIAN
3 KREDIT Menganalisis perkhidmatan awal kanak-kanak dalam konteks sosial, politik dan budaya; jenis-jenis
perkhidmatan bagi kanak-kanak dan keluarga; isu-isu utama yang mempengaruhi perkhidmatan ini serta analisis kritikal
mengenainya; Akta perlindungan kanak-kanak dan peraturan-peraturannya, Akta Pusat Penjagaan termasuklah cara
penubuhannya dan peraturan-peraturan pusat penjagaan kanak-kanak; Akta Pekerjaan Kanak-kanak dan Anak Muda.
Kursus ini untuk membolehkan pendidik awal kanak-kanak memahami polisi dan jenis-jenis perkhidmatan awal kanak-
kanak yang terdapat di Malaysia.KAP 3033PERANCANGAN PROGRAM DAN STRATEGI PENGAJARAN PENDIDIKAN
AWAL KANAK-KANAK
3 KREDIT Kursus ini bertujuan memberi pengenalan tentang cara memilih aktiviti yang sesuai; menyusun dan
menjalankan aktiviti bagi membolehkan kanak-knak mendapat asas yang teguh dalam perkembangan fizikal, intelek,
bahasa, sosioemosi dan sahsiah. Kursus ini berfokus kepada peranan pendidikan awal kanak-kanak dalam berbagai
situasi; panduan bagi perancangan aktiviti supaya keperluan individu dan kumpulan dapat dipenuhi; pelaksanaan dan
pengurusa n aktiviti untuk menggalakkan perkembangan fizikal, intelek, bahasa dan sosioemosi; dan penggunaan masa
ruang dan sumber dengan berkesan. Latihan akan merangkumi perancangan, perlaksanaan, penilaian aktiviti berkaitan
dengan perkembangan dan pemelajaran kanak-kanak melalui persekitaran fizikal, penggunaan konsep matematik dan
sains dalam persekitaran pemelajaran; dan cara-cara menyediakan persekitaran yang selamat dan merangsangkan.

http://fskpm.upsi.edu.my Powered by Joomla! Generated: 6 January, 2010, 10:22

Anda mungkin juga menyukai