Anda di halaman 1dari 11

arnab yang pemalas Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat.

Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan
masa bersama-sama. Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, Mari kita
buat sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat
berteduh. Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu, jawab arnab.
Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di
bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan.Jika kita ada sarang, tentu kita tak
akan basah begini,kata tupai. Ya, betul kata awak, jawab arnab. Pagi esok
kita akan buat sarang, kata arnab lagi. Keesokan pagi, cuaca sungguh baik.
Tupai mengajak arnab menbuat sarang. Lebih baik kita pergi cari kayu untuk
membuat sarang, kata tupai. Tapi bukan sekarang, jawab arnab. Kita masih
ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh lapar!
Tupai menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan
turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh.
Alangkah baiknya jika kita ada sarang, kata tupai. Esok kita mesti buat
sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan. Arnab yang
pemalasitu tidak menghiraukan rungutan sahabatnya. Kita tunggu esok
sahajalah, kata arnab.
Anak ikan yang suka menipu Di sebuah lautan, terdapat seekor
anak ikan yang nakal. Ia bernama Tony. Tony tidak disenangi rakan-rakanya
kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan mereka. Ketika ikan-ikan lain
sedang bermain, Tony akan menjerit, Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat!
Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-celah batu. Tony
akan mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung.
Jerung yang garang itu akan memakan mereka tanpa belas kasihan.
Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit, Jerung!
Jerung! Namun Tony sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat mempermain-
mainkan rakan-rakanya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai Tony, walaupun
mereka selalu tertipu dengan helah Tony. Pada suatu hari, Tony menghampiri
rakan-rakanya itu. Ia ingin mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba
muncul seekor jerung menghampiri mereka. Namun Tony tidak menyedari
kehadiran jerung itu. Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat! Jerit ikan-ikan itu.
Ikan-ikan itu lari lalu bersembunyi di celah-celah batu. Tony tidak
menghiraukan jeritan rakan-rakanya. Ia menyangka mereka cuba mepermain-
mainkanya. Baiklah, kamu semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak
usahlah kamu semua mempermain-mainkan aku! jerit Tony. Jerung itu
berenang menghampiri Tony. Tony tidak sempat melarikan diri. Ia dimakan
oleh jerung itu.
(azman hashim)
Anjing dan bayangannya
Seekor anjing yang mendapatkan sebuah tulang dari seseorang, berlari-lari
pulang ke rumahnya secepat mungkin dengan senang hati. Ketika dia
melewati sebuah jembatan yang sangat kecil, dia menunduk ke bawah dan
melihat bayangan dirinya terpantul dari air di bawah jembatan itu. Anjing
yang serakah ini mengira dirinya melihat seekor anjing lain membawa
sebuah tulang yang lebih besar dari miliknya.Bila saja dia berhenti untuk
berpikir, dia akan tahu bahwa itu hanyalah bayangannya. Tetapi anjing itu
tidak berpikir apa-apa dan malah menjatuhkan tulang yang dibawanya dan
langsung melompat ke dalam sungai. Anjing serakah tersebut akhirnya
dengan susah payah berenang menuju ke tepi sungai. Saat dia selamat tiba
di tepi sungai, dia hanya bisa berdiri termenung dan sedih karena tulang
yang di bawanya malah hilang, dia kemudian menyesali apa yang terjadi dan
menyadari betapa bodohnya dirinya.Sangatlah bodoh memiliki sifat yang
serakah
Kerbau dan kambing
Seekor kerbau jantan berhasil lolos dari serangan seekor singa dengan
cara memasuki sebuah gua dimana gua tersebut sering digunakan oleh
kumpulan kambing sebagai tempat berteduh dan menginap saat malam tiba
ataupun saat cuaca sedang memburuk. Saat itu hanya satu kambing jantan
yang ada di dalam gua tersebut. Saat kerbau masuk kedalam gua, kambing
jantan itu menundukkan kepalanya, berlari untuk menabrak kerbau
tersebut dengan tanduknya agar kerbau jantan itu keluar dari gua dan
dimangsa oleh sang Singa. Kerbau itu hanya tinggal diam melihat tingkah
laku sang Kambing. Sedang diluar sana, sang Singa berkeliaran di muka gua
mencari mangsanya
Lalu sang kerbau berkata kepada sang kambing, "Jangan berpikir bahwa saya
akan menyerah dan diam saja melihat tingkah lakumu yang pengecut karena saya
merasa takut kepadamu. Saat singa itu pergi, saya akan memberi kamu pelajaran
yang tidak akan pernah kamu lupakan."Sangatlah jahat, mengambil
keuntungan dari kemalangan orang lain.
Dua orang pengembara dan seekor beruang
Dua orang berjalan mengembara bersama-sama melalui sebuah hutan yang
lebat. Saat itu tiba-tiba seekor beruang yang sangat besar keluar dari
semak-semak di dekat mereka.Salah satu pengembara, hanya memikirkan
keselamatannya dan tidak menghiraukan temannya, memanjat ke sebuah
pohon yang berada dekat dengannya.Pengembara yang lain, merasa tidak
dapat melawan beruang yang sangat besar itu sendirian, melemparkan
dirinya ke tanah dan berbaring diam-diam, seolah-olah dia telah meninggal.
Dia sering mendengar bahwa beruang tidak akan menyentuh hewan atau
orang yang telah meninggal.Temannya yang berada di pohon tidak berbuat
apa-apa untuk menolong temannya yang berbaring. Entah hal ini benar atau
tidak, beruang itu sejenak mengendus-endus di dekat kepalanya, dan
kelihatannya puas bahwa korbannya telah meninggal, beruang tersebutpun
berjalan pergi.
Pengembara yang berada di atas pohon kemudian turun dari
persembunyiannya."Kelihatannya seolah-olah beruang itu membisikkan
sesuatu di telingamu," katanya. "Apa yang di katakan oleh beruang itu"
"Beruang itu berkata," kata pengembara yang berbaring tadi, "Tidak
bijaksana berjalan bersama-sama dan berteman dengan seseorang yang
membiarkan dan tidak menghiraukan temannya yang berada dalam bahaya."
Kemalangan dapat menguji sebuah persahabatan.

KAWAN YANG TIDAK JUJUR
Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat bernama Ronnie. Ronnie ialah
seekor keldai. Joe sangat licik. Ronnie pula seekor keldai yang kurang cerdik. Oleh itu, Joe
sering mengambil kesempatan terhadap kawannya itu. Ia kerap menggunakan Ronnie bagi
mendapatkan makanan. Roni hanya menurut segala kata-kata dan arahan Joe. Pada suatu
petang, Joe dan Ronnie berjalan- jalan di dalam hutan. Tiba-tiba mereka terserempak dengan
seekor singa.
Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Joe yang licik mendapat idea untuk melepaskan diri
dari singa itu. Ia berpura-pura berani di hadapan kawannya itu. Kamu tunggu di sini. Biar
aku pergi berunding dengan singa itu,kata Joe. Joe berjalan kea rah singa. Hai, Encik Singa!
Tolong jangan makan saya! Saya akan bawakan keldai itu ke sebuah gua. Tuan boleh
menikmati dagingnya yang lazat itu di sana, kata Joe dengan lemah lembut. Baiklah, aku
akan lepas kan kau! Tapi, kau mesti bertindak cepat! jawab singa dengan garang. Joe
kembali menemui Ronnie. Singa itu tak mahu makan kita sekarang! Lebih baik kita pergi
segera dari sini dan menyorok di dalam gua ketika rubah dan keldai itu masuk ke dalam gua,
singa terus menerkam rubah. Kemudian, ia membaham keldai. Kedua-dua sahabat itu menjadi
makanan singa.
Melaka mendapat nama Amy Suzani Ainuddin
Pada suatu hari,Parameswara dan pengawal-pengawalnya keluar untuk memburu
binatang di hutan. Parameswara membawa seekor anjing pemburunya yang besar
dan sangat garang. Tiba-tiba,Parameswara ternampak seekor pelanduk yang
sedang berlari pantas.Parameswara tidak dapat memanah pelanduk itu lalu
memerintah anjing pemburunya untuk mengejar pelanduk itu. Tiba-tiba,pelanduk itu
melawan lalu menendang anjing pemburu sehingga terjatuh ke dalam sungai.
Parameswara merasa kagum melihat kejadian itu dan merasakan bahawa kawasan
dia berburu itu bertuah lalu dia berehat pada sebatang pokok. Baginda mahu
membuka negeri di tempat itu dan menamakan negeri itu negeri Melaka bersempena
dengan nama pokok tempat dia bersandar. Sejak itu,ramai pedagang datang
berniaga di Melaka. Orang Arab turut datang ke Melaka dan menyebarkan agama
Islam.Parameswara dan rakyatnya pun memeluk Islam.
Keluang menggatung dir Amer Haji Matsom
Pada satu musim buah-buahan,burung-burung bergaduh kerana terdapat burung
yang makan buah putik.Mereka pun mengadakan mesyuarat namun mereka tidak
dapat mencapai kata sepakat. Kemudian, Sang Kelengkeng memberi cadangan
kawan-kawannya memilih warna bunga masing-masing. Kemudian datanglah Sang
Keluang dan Sang Kelawar mahu tiga warna bunga. Burung-burung lain benci
dengan sikap mereka yang gelojoh. Apabila waktu bunga-bunga mereka
masak,Sang Keluang dan Sang Kelawar terkejut kerana semua bunga mereka
buahnya keras. Sang Keluang dan Sang Kelawar berasa malu kerana bersikap
gelojoh. Sejak hari itu,Sang Keluang dan Sang Kelawar menghukum diri dengan
menggantung diri mereka di dahan pokok dengan kaki ke atas dan kepala ke bawah.
Mereka hanya keluar pada waktu malam untuk memakan buah kerana malu dengan
kawan-kawan mereka.
Asal-usul kuching Aripin Said
Seorang pertapa yang mempunyai kuasa sakti bernama Ki Empu Cingi tinggal di
hutan. Dia sayang akan binatang dan tidak pernah makan haiwan malah bersahabat
baik dengan mereka.Dia hanya makan buah-buahan dan pucuk tumbuhan.Dia
menyuruh agar semua binatang tidak bergaduh dan hidup dalam keadaan
aman.Satu hari,buah-buahan di tempat Ki Empu Cingi tinggal,semakin berkurangan.
Sebelum pergi ke pergi ke hutan seberang,dia memberi pesanan kepada
Harimau,Singa dan Kancil agar menjaga hutan dan semua binatang lain.Namun
demikian,berlaku perselisihan faham antara Kancil dan Harimau. Singa
menasihatkan Harimau namun Harimau tidak mengendahkan Singa. Harimau
mencakar Kancil sehingga Kancil mati. Apabila diberitahu kepada Ki Empu Cingi,dia
berasa sangat marah dan menghukum Harimau menjadi badan sebesar Kancil.
Namanya ditukar kepada kucing bersempena nama Ki Empu Cingi.
Bagaimana harimau mendapat belang Rubiah Jusoh
Dulu, Harimau merupakan haiwan yang dipelihara oleh manusia. Badannya seperti
kucing dan tidak berbelang-belang. Harimau tinggal dengan saudagar kaya yang
kematian isteri. Saudagar kaya itu mempunyai seorang anak perempuan yang dijaga
oleh orang gaji. Disebabkan saudagar kaya selalu sibuk,Harimau berkawan baik
dengan anak saudagar kaya itu. Setiap hari Harimau makan daging yang dibeli oleh
orang gaji dari pasar. Satu hari,saudagar mengadakan kenduri di rumahnya. Orang
gaji sangat sibuk sehingga terlupa membeli daging untuk harimau. Harimau
menahan rasa laparnya. Harimau bermain dengan anak perempuan saudagar
dan menangkap dia. Tiba-tiba,selera Harimau terbuka lalu dia menjilat badan anak
saudagar dan terus menggigit budak itu. Anak saudagar menjerit dan mengejutkan
orang gaji. Orang gaji terkejut melihat Harimau sedang makan anak saudagar. Orang
gaji mengambil kayu rotan dan memukul Harimau sekuat hati sehingga
meninggalkan belang di badan Harimau.Harimau kesakitan lalu melarikan diri ke
dalam hutan. Sehingga kini belang Harimau tidak pernah hilang.

Bagaimana anjing menjadi binatang peliharaan Siti Hajar Abdul
Aziz
Dulu,Anjing tinggal di dalam hutan dan bersahabat baik dengan Serigala.
Satu hari, mereka pergi berburu tetapi tidak mendapat hasil makanan. Sampai di tepi
hutan, Anjing mendapat akal untuk memasuki sebuah perkampungan di pinggir
hutan.Serigala pun masuk ke kampung untuk menangkap seekor ayam. Serigala
menyebabkan ayam-ayam membuat bunyi bising dan menarik perhatian
pekebun.Malangnya ketika Serigala hampir dapat menangkap ayam,pekebun
mengacukan senapang ke arah Serigala.Serigala melarikan diri sepantas mungkin
ke arah Anjing. Anjing hampa kerana Serigala tidak berjaya menangkap
ayam.Serigala takut untuk masuk ke kampung lagi kerana takut dibunuh oleh
pekebun.Anjing berkeras mahu masuk ke dalam kampung untuk menangkap ayam
walaupun dihalang oleh Serigala.Ketika Anjing baru masuk ke dalam reban, pekebun
menebar jaring ke arah anjing. Pekebun mengugut mahu membunuh anjing tetapi
Anjing berjanji akan taat setia kepada pekebun jika dia tidak dibunuh oleh pekebun.
Sejak itu Anjing tinggal dengan manusia untuk menjaga keselamatan dan harta
manusia.Serigala sedih kerana Anjing tidak pulang ke hutan. Waktu malam,Serigala
menyalak dengan sayu,kononnya untuk memanggil Anjing pulang ke hutan.

Anda mungkin juga menyukai