Anda di halaman 1dari 2

Tempat-tempat sensitif wanita

Sebagai lelaki, anda hanya tahu bahagian yang sering diberi tumpuan dan diterokai. Kalau
ikut kata nafsu, mata dan perhatian hanya tertumpu pada dada dan gerak tubuh.Namun
sebenarnya apabila sudah anda miliki seseorang wanita itu, perlu untuk dijadikan panduan
dan ilmu penting bagi anda mengetahui bahagian mana sebenarnya perlu diberikan
perhatian lebih.Ketahuilah yang wanita mempunyai deria pengesan yang sangat kuat di
bahagian lain pada tubuh badannya dan bahagian yang anda abaikan ini sebenarnya
membantu dirinya terangsang.

Rambut.
Mengekalkan rambut yang cantik bukan alasan wanita mahu mengunjungi salon rambut
dengan lebih kerap. Sebenarnya, proses membasuh, memotong dan menggayakan rambut
memberi kepuasan hati wanita. Bayangkan jika anda membelai rambut pasangan anda
dengan lembut, ia bukan sekadar menenangkan pasangan anda tapi boleh membuatkan
pasangan anda lebih manja.

Pinggul.
Fokus pada pinggul pasangan adalah idea yang baik kerana ia memberi rasa sensasi dan
membangkitkan rasa sayang yang mendalam buat pasangan anda. Menyentuh pinggul
pasangan anda akan menimbulkan getaran buat pasangan kerana ia dianggap situasi
romantik anda berdua yang tidak mungkin dilupakan.

Kaki.
Kajian mendapati menggosok kaki pasangan anda akan membangkitkan satu perasaan
yang mendebarkan. Kebanyakan lelaki Asia jarang mahu mengurut tapak kaki pasangan
sedangkan aktiviti ini membantu melembutkan anggota badan pasangan menjadi lebih
manja di sisi anda. Guna minyak aromaterapi atau losyen yang membantu memberi rasa
ghairah pasangan dan anda akan terdengar dengusan mesra pasangan anda.

Telinga. Ramai yang tidak tahu yang telinga juga adalah bahagian sensitif wanita. Percaya
atau tidak, wanita boleh menjerit dan menaikkan bulu roma saat anda menyentuh sambil
memandang tepat pada matanya. Wanita akan lebih nikmat jika bibir anda bermain di telinga
mereka sambil bisik perkataan You look sexy.

Tapak tangan. Anda sering menggunakan tangan untuk membelai pasangan anda tapi
jarang mengetahui mengenai kehebatan tapak tangan. Urutan tapak tangan akan
melancarkan perjalanan darah pasangan anda dan membuatkan mereka lebih memberi
tumpuan terhadap anda. Meletakkan tapak tangannya di wajah dan dada anda akan
membuatkan mereka lebih bertenaga.

Bahu. Satu daripada cara untuk membuatkan pasangan anda merasa selesa dan selamat
adalah dengan meletakkan tangan anda di belakang badannya serta bahu. Menyentuh
belakang badan serta bahu pasangan anda saja boleh buat pasangan tidak keruan. Itu
belum termasuk mencium bahunya dan jari anda bermain di belakang tubuh badannya.

Memang sejak azali wanita dilahirkan sebagai insan pemalu. Mengetahui bahagian lain yang
belum anda terokai serba sedikit menjadikan wanita lebih peka dan bersikap berani dengan
kemahuan anda.

Anda mungkin juga menyukai