Anda di halaman 1dari 5

Asas Masakan Hutan

Pengetahuan mengenai kaedah memasak altenatif penting bagi


seorang ahli pengakap. Aktiviti seperti kembara dan perkhemahan
lazimnya tidak mengizinkan ahli pengakap untuk membawa barangan
dan makanan yang cukup kerana beberapa faktor yang tidak dapat
dielakkan. Kembara contohnya, memerlukan ahli pengakap untuk
berjalan beberapa kilometer menyusuri pantai, anak sungai malah
kadang kala jauh ke dalam hutan belantara. Justeru dalam nota kali
ini, saya akan menunjukkan beberapa contoh masakan alternatif
masakan hutan! yang boleh digunakan oleh ahli pengakap jika
berhadapan dengan situasi luar jangkaan seperti kehabisan bekalan
makanan, sesat atau kemalangan ringan.
Resipi Pertama - Roti lilit
"ahan # $epung gandum secukupnya, sedikit
garam, air dan ranting kayu atau belahan buluh yang telah
dibersihkan.
%ara &embuat # %ampurkan tepung gandum, air dan sedikit garam.
'akukan dengan cermat dan sedikit demi sedikit mengikut keperluan.
(li sehingga sebati sehingga menjadi doh. "ila siap gentel doh tadi
menjadi bentuk selinder yang panjang sebelum dililit dengan kemas
pada sebatang belahan buluh atau ranting. Pastikan ukuran lilit doh
tidak terlalu tebal kerana bimbang lambat masak. Jika ada mentega,
sapukan di atas doh tadi. Kemudian panggang di tepi api yang
sederhana sambil dipusing#pusingkan supaya semua bahagian doh
masak dengan sempurna. Apabila telah masak, bolehlah dihidang di
atas daun pisang. "agaimana hendak menyalakan api ) *ebelum api
dinyalakan, buat lubang berukuran + kaki , - kaki dengan kedalaman
yang sesuai. $ujuan lubang ini ialah untuk meletakkan ranting kering
supaya tidak ditiup angin.
Kebaikkan Menggunakan Lubang Api
-. melindungi tiupan angin
+. mengawal bara api supaya tidak dipijak
.. kekemasan dapur bawah tanah!
/. lebihan bara api boleh terus ditimbus bila selesai masak
0. mengelakkan lokasi perkhemahan dikesan musuh
Cara Menyalakan Api Menggunakan Kanta
-. alternatif jika mancis basah, habis atau tertinggal
+. boleh digunakan jika hari panas matahari terik!
.. perlukan sebuah kanta
/. gunakan habuk halus buluh diraut halus!
0. atau kapas sebagai bahan bantu mula
1. kelemahannya, mengambil masa yang lama
2. amat menguji kesabaran ahli pengakap
Resipi Kedua - Masak nasi dalam buah kelapa
"ahan # *ebiji kelapa, beras secukupnya dan
beberapa helai daun kelapa atau daun pandan.
%ara &embuat # Kelapa tua dikupas sabutnya tetapi tidak perlu di
belah dua. "uat lubang di hujung tempurung kelapa berkenaan supaya
beras dapat diisi dengan mudah. "eras yang telah dicuci di masukkan
kelapa berkenaan berlahan#lahan bersama#sama air kelapa yang telah
sedia ada di dalamnya. (kuran beras ialah separuh dari keluasan buah
kelapa berkenaan. *eterusnya, tutup lubang tadi dengan daun kepada
atau daun pandan jika ada!, supaya air kelapa tidak melimpah keluar
apabila mendidih kelak. Akhir sekali, masukkan kelapa yang berisi
beras tadi ke dalam bara api dan tunggu sehingga mendidih dan
masak. *alah satu tanda nasi telah masak ialah tempurung kelapa
telah hangus. Angkat kelapa berkenaan, dan belah dua untuk melihat
hasilnya. 3asi tadi berasa amat sedap dan berbau wangi seperti nasi
lemah. *ebiji kelapa sesuai untuk hidangan dua orang dewasa.
Resipi Ketiga - Masak nasi dalam buluh
"ahan # 4ua batang buluh lemang, beras
secukupnya dan beberapa helai daun pisang muda.
%ara &embuat # Potong buluh kira#kira panjang sebelah tangan.
Kemudian cuci sehingga bersih dan lapik menggunakan daun pisang
muda di bahagian dalamnya seperti buat lemang!. "eras yang telah
dicuci di masukkan ke dalam buluh. (kuran beras ialah separuh dari
ketinggian buluh berkenaan dan tuangkan air hingga .5/ penuh. $utup
hujung buluh dengan daun pisang muda yang telah dibuat gumpalan.
$ujuannya supaya habuk dan asap tidak masuk ke dalam nasi
berkenaan. Akhir sekali, sendengkan buluh yang berisi beras tadi ke
tepi bara api dan tunggu sehingga mendidih. *alah satu tanda nasi
telah masak ialah air dalam buluh tadi kering. *ebatang nasih yang
dimasak dalam buluh sesuai untuk hidangan dua orang dewasa.
Resipi Keempat - Masak telur dalam limau
"ahan # beberapa biji telur, dua biji buah
limau sunkist, dan beberapa batang lidi.
%ara &embuat # 'imau sunkist perlu dipotong dua. "ahagian yang
perlu dipotong ialah di bahagian atas limau berkenaan dan jadikan
seperti tutupnya. Kemudian buang bahagian isi dalamnya dengan
cermat supaya tidak bocor. 6anya perlukan kulit luar sahaja untuk
dijadikan 7periuk7 sementara. Jika limau sunkist tiada, cari buah hutan
yang berkulit tebal dan basah serta dibuang isi dalamnya. Pecahkan
sebiji telur ke dalam 7periuk limau7 tadi dan kacau perlahan#lahan
sebelum ditutup dengan kemas. 8unakan lidi sebagai 7jarum7 supaya
tutup limau tidak terbuka. 'etakkan 7mangkuk limau7 yang
mengandungi telur dengan cermat di tepi bara api. $unggu sehingga
telur tadi masak dan dihidang di atas daun pisang. 9asa telur amat
enak, kerana campuran perisa limau dan telur tadi.
Resepi Kelima - Telur bersalut tanah liat
"ahan # $elur secukupnya dan tanah liat
sungai.
%ara &embuat # Kumpul tanah liat sungai dalam sebuah bekas.
Pastikan tanah liat tidak terlalu cair. Kemudian balut telur tadi dengan
menggunakan tanah liat sehingga tebal. $ujuan utama kenapa tanah
perlu dibalut dengan tebal supaya telur tidak pecah atau meletup
apabila dibakar. Jika selesai, masukkan telur ke dalam bara api dan
tunggu sehingga masak. $anda telur telah masak ialah, bahagian
tanah liat tadi kelihatan kering dan merekah.

Anda mungkin juga menyukai