Anda di halaman 1dari 27

NAMA AHLI KUMPULAN

AHMAD LUTFIL AL-HADI BIN AZIZ AZHAR

MALEK FARKHAN B MALEK FAISAL

NURNAJIHAH AQILAH BT ZULKIFLI

MASTURAH BT MOHD NASARUDIN

NURUL EZREEN NAJWA BT AHMAD KAMAL


TELUR PINDANG
NAMA COMPANY KAMI !!

WARISAN.ENTERPRISE
PEGAWAI
TIMBALAN
JAMINAN
PEMASARAN
PENGARAH
KUALITI
ISTILAH

Istilah pindang merujuk kepada proses memasak mendidih bahan-


bahan dalam garam bersama-sama dengan rempah tertentu yang
mengandungi biasanya hampas soya , kulit bawang merah , daun jambu
batu , daun jati, teh atau rempah lain yang biasa di Asia Tenggara.
Ini memberikan makanan warna coklat gelap dan tahan lebih lama
berbanding dengan telur yang direbus
Dengan itu pindang adalah satu kaedah tradisional Indonesia untuk
memelihara makanan, biasanya digunakan untuk ikan dan telur. Teknik
ini berasal dari Jawa dan Sumatera.
OBJEKTIF

Penyediaan Telur Pindang adalah untuk:

1. Mempelbagaikan penggunaan telur .


2. Menggunakan pelbagai tumbuhan herba untuk
memasak telur pindang.
3. Produk ini boleh tahan lama.
BAHAN DAN PERALATAN
Bahan-bahan untuk membuat Telur Pindang

1. 50 biji telur ayam gred C


2. 15 helai daun manggis (tua dan muda)
3. 10 tangkai daun senduduk muda
4. 1 tangkai lengkuas
5. 2 inci akar lengkuas (dipotong kepingan tebal dan tidak dibuang kulit)
6. 5 tangkai serai
7. 10 helai daun pandan
8. 10 helai daun limau purut
9. 30 gm biji ketumbar
10. 15 gm biji adas
11. 15 gm jintan putih
12. 2 sudu kecil kulit halia
13. 2 sudu kulit bawang mearh
14. Beberapa keping asam gelugur atau sedikit cuka
15. 3 sudu makan kicap manis
16. Sedikit garam
Daun jambu batu
Daun pandan

Daun Limau Purut


Daun Lengkuas

Daun Senduduk Tua


Daun Manggis dan Muda
Asam Gelugor Serai

Biji Ketumbar
Kulit Bawang

Biji Adas

Lengkuas

Jintan Putih
Kulit Halia
Bahan bahan yang telah di potong dan
siap untuk digunakan semasa memasak
Telur Pindang
PERALATAN YANG DIGUNAKAN SEMASA MEMASAK
TELUR PINDANG

1. Periuk
2. Penutup periuk
3. Dapur
4. Pinggan
5. Sudu
6. Sendok
7. Gas
8. Dapur gas
KAEDAH MEMASAK
Basuh dan bilas daun-daun berkenaan serta potong kecil daun-daun itu.
Basuh dan bilas telur ayam
Susun kepingan- kepingan daun-daun di dalam periuk
Susun telur-telur itu di atas daun-daun di dalam periuk
Taburkan herba dan kulit halia serta kulit bawang di atas telur-telur itu
Ulangi semula susunan di atas sehingga habis disusun telur-telur itu di dalam
periuk
Setelah selesai susunan lapisan itu, tutup telur-telur dengan daun-daun itu lagi.
Kemudian, masukkan kicap manis , garam dan tuangkan air sehingga
menenggelamkan telur-telur itu.
Letakkan pinggan di atas periuk itu dan letakkan periuk di atas dapur untuk
merebus telur itu.
Perlahankan mereneh sehingga 4 jam dan tutup api. Rehatkan telur itu sebentar.
Keesokkan harinya rebus semula telur itu sehingga biarkan mereneh hingga 3
jam. Tutup api dan rehatkan telur itu.
Langkah ini diulang selama 3 hari .
Hari Pertama : Telur putih bergaram tapi tiada aroma.
Hari Kedua : Telur putih beraroma tapi telur kuning masih seperti
biasa.
Hari Ketiga : Berasa dan beraroma menembusi keseluruhan telur.
Setelah periuk sejuk sepenuhnya keluarkan telur itu dan lapkan dengan tisu
dapur .
Selepas itu telur itu bolehlah dimakan begitu sahaja atau bersama nasi.
KEBAIKAN PRODUK

1. Boleh dijadikan makanan berkhasiat kerana telur mengandungi


protein yang tinggi dan penggunaan herba yang mempunyai khasiat
yang tersendiri untuk mengekalkan tubuh yang sihat
2. Boleh dijadikan bekalan kerana telur pindang boleh tahan selama dua
minggu
3. Mempunyai rasa yang berempah dan unik
4. Boleh diberi sebagai hadiah di kenduri khawin
KESAN SAMPINGAN

Sedikit berbau tidak menyenangkan

PENAMBAH BAIKKAN
Membuat bungkusan yang menarik

Membuat pembungkusan yang kedap udara


PEMASARAN TELUR PINDANG

SASARAN TEMPAT PROMOSI


MEMBUAT IKLAN
1. KOPERASI SEKOLAH
2. PASARAYA
MELALUI MEDIA SOSIAL
3. KEDAI RUNCIT SURAT KHABAR
4. KENDURI KAHWIN
PREODER
5. PELBAGAI MAJLIS
FLAYERS
SASARAN PELANGGAN :
6. Pensyarah
#Mengikut permintaan
7. Pelajar
8. Staff sekolah pelanggan nak berapa banyak
9. dll
PEMASARAN TELUR PINDANG
Sekarang ini cabaran yang dihadapi pengusaha seperti kami ialah bagaimana untuk
terus berkembang. Sungguhpun kami akan menghasilkan antara 100 hingga 200
biji telur pindang dalam seminggu tetapi sebenarnya pasarannya masih terlalu kecil.

Kalau dari segi persaingan, kami tidak rasa ia merupakan cabaran kerana tidak
ramai yang mahu mengusahakan perniagaan telur pindang memandangkan
kerumitan dan betapa cerewetnya proses penyediaannya. Pun begitu, semenjak
semua pihak mengetahui tentangnya, kami dapat lihat minat generasi muda
membuat kajian berkaitan telur pindang.

Ini merupakan satu tanda yang positif. Pada pandangan kami lebih ramai adalah
lebih baik kerana di dalam Islam rezeki itu adalah ketentuan Allah dan kami akan
jual telur pindang ini di kedai runcit, pasaraya dan jualan online untuk di pre-order.
HARGA JUALAN

HARGA SEBIJIK TELUR HARGA PENGELUARAN

Rm 1.50 sebiji
RM 12 000 sebulan
Rm 6.00 6 biji
Oder banyak dapat separuh harga !!
KOS PENGELUARAN

RM 144000 setahun
2 JENIS PEMBUNGKUSAN

Polestrin jernih
Plastik
Kertas tisu
Pembungkusan Telur Pindang

Membungkus TELUR PINDANG jadi macam dalam gambar ni. Ambil


kertas tisu, bungkus telur, pintal hujung tisu dan ikatkan. Mudah,
cuma leceh kena hati-hati sebab kertas tisu mudah koyak. Kalau tak
betul-betul pintal pulak, memang susah nak buat ikatannya.
1. Merupakan bekas atau tempat untuk menyimpan kandungan sesuatu barangan.

2. Terdapat 2 jenis pembungkusan:


i. Tradisional-daripada tumbuh-tumbuhan seperti daun pandan, mengkuang, daun
ketapang,daun kelapa, buluh, daun getah dan sebagainya.
ii. Moden- kertas, aluminium,kaca, plastik, polisterin dan sebagainya.

3. Fungsi pembungkusan:
a. Memelihara kebersihan makan
b. Mudah untuk dibawa
c. Memelihara kualiti/keselamatan barangan
d. Memudahkan penyimpanan
e. Memberi maklumat kepada pengguna
KANDUNGAN NUTRISI TELUR PINDANG
Telur dapat dimanfaatkan sebagai lauk, bahan pencampur berbagai
makanan, tepung telur, ubat, dan sebagainya. Telur terdiri dari :

protein 13%
lemak 12%
Vitamin dan mineral

Nilai tertinggi telur terdapat pada bagian kuningnya. %uning telur


mengandung asam amino serta mineral seperti & besi, fosfor, sedikit
kalsium, dan vitamin b. Sebagian protein 50% dan semua lemak terdapat
pada kuning telur dan putih telur yang jumlahnya sekitar 60% dari
seluruh bulatan telur mengandung 5 jenis protein dan sedikit karbohidrat.
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai