Anda di halaman 1dari 2

PERPADUAN

Pendidikan yang terdapat di Malaysia mempunyai hubungkait serta pertalian


yang erat bagi mencapai matlamat Wawasan 2020. Di samping itu juga, pendidikan
memainkan peranan yang penting bukan sahaja bertujuan memenuhi keperluan
manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum. Sememangnya
tidak dapat dinafikan bahawa perpaduan kaum begitu signifikan untuk menyumbang
ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju
yang mengikut acuan sendiri. Selain itu juga, pendidikan dijadikan sebagai alat
perpaduan antara kaum jelas dinyatakan dalam Penyata Razak 1956.

Sesungguhnya pendidikan yang ada pada hari ini telah memainkan peranan
penting di dalam merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan
kaum. Pendidik hari ini telah membuktikan bahawa mereka berjaya mengimbangkan
kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.

Menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd, pendidikan
bermaksud sesuatu proses belajar dan juga mengajar. Perpaduan atau solidarity
dapat didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat
dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan
nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Di samping itu juga,
definisi perpaduan menurut Kamus Dewan 1994 mentakrifkan sebagai
penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu
bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya.

Perpaduan atau solidarity ini juga dapat didefinisikan sebagai satu proses
yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta
dan banggakan tanahair. Hj. Samat Buang (2003) mentakrifkan perpaduan sebagai
satu penyatuan tenaga, fikiran, cita-cita dan pengorbanan dalam satu ikatan yang
sepadu, kuat dan maju.

Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni
seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama.
Secara faktanya, sejarah tidak menipu manusia dan sejarah telah membuktikan
betapa golongan pendidikan menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan
negara.

Penyataan di atas jika diteliti mampu membawa makna munasabah terhadap
persoalan yang kita hadapi, yang kita tafsir dan yang membuat kita bertanya apa
signifikannnya pernyataan tersebut. Sudah tentulah kita dapat menyimpulkan
bahawa masyarakat dan negara dapat diikat dengan adanya permuafakatan,
persefahaman dan juga kerjasama.

Kesimpulannya, perpaduan merupakan satu proses menyatupadukan
masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Oleh itu untuk mencapai
perpaduan yang seimbang guru memainkan peranan yang sangat penting dalam
menerapkan nilai-nilai yang boleh menyatupadukan rakyat melalui pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai