Anda di halaman 1dari 19

UKD1031/LJ2 FEB2021/2022

KEPIMPINAN DAN MOTIVASI


UKD1031 / LJ2
FEBRUARI 2021/2022

STUDENT NAME NIK NURDURRATUL IZZAHIRA BINTI NIK


KHAIRUL ANUAR
MATRIC NUMBER E21G0812
LECTURE GROUP LJ2
NAME OF LECTURER PUAN ROS DALILAH BINTI ABD GHANI
DATE OF SUBMISSION 12.07.2022
UKD1031/LJ2 FEB2021/2022

JURNAL REFLESI KO-KURIKULUM UKD1031/LJ2 (KEPIMPINAN DAN MOTIVASI)

Minggu Pertama

Pada : 22 Mac 2022

Waktu : 3.00 – 4.30 petang

Saya, Nik Nurdurratul Izzahira binti Nik Khairul Anuar telah menyertai kokorikulum
UKD1031 Kepipimpinan dan Motivasi untuk minggu pertama pada tarikh tersebut. Saya
merupakan salah seorang daripada 35 orang pelajar yang telah menghadirkan diri dalam kelas
pertama yang dijalankan melalui pautan google meet: https://meet.google.com/rug-sfms-ekn .
Pensyarah yang bertanggungjawab mengajar kami sepanjang 14 minggu pembelajaran ialah
Puan Ros Dalilah binti Abd Ghani.

Puan Ros Dalilah atau lebih dikenali dengan Madam ros merupakan pensyarah di fakulti
pengajian Bahasa dan pembangunan insan. Beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar
kursus Bahasa inggeris di Universiti Malaysia Kelantan Cawangan Bachok. Untuk kelas
pertama, Madam Ros telah memperkenalkan diri beliau dan memberikan penerangan dengan
lebih lanjut tentang kursus UKD1031 Kepimpinan dan Motivasi serta menyatakan silibus kursus
ini sepanjang semester ini berlansung.

Seterusnya, perjalanan kelas yang berlangsung dilanjutkan lagi dengan aktiviti “Ice
Breaking”. Madam Ros telah memperkenalkan aktiviti “Ice Breaking” yang dinamakan Rose,
Bud and Thorn kepada kami. Aktiviti Rose, Bud and Thorn merangkumi 3 komponen penting
dalam kehidupan. Rose adalah perkara yang disyukuri dalam kehidupan, Bud adalah ekspektasi
perjalanan kehidupan di masa hadapan dan Thorn adalah cabaran-cabaran yang dihadapi dalam
kehidupan. Madam Ros memberikan arahan agar kami memperkenalkan diri masing-masing
dengan menyatakan nama, nama panggilan, negeri asal, kursus yang diambil sekaligus
menyatakan komponen dari aktiviti Rose, Bud and Thorn.
UKD1031/LJ2 FEB2021/2022

Pada pandangan saya, sesi perkenalan dan ice breaking yang dijalankan membuatkan
hubungan kami lebih rapat meskipun baru sahaja bertemu buat pertama kalinya di sesi kelas
yang pertama ini. Walaupun pembelajaran dilakukan secara atas talian namun Madam Ros
berjaya menggapai seluruh perhatian kami dan membuatkan kelas UKD1031 Kepimpinan dan
Motivasi ini lebih menarik dan menyeronokkan. Saya amat menghargai usaha yang dilakukan
oleh Madam Ros kerana beliau telah berjaya menerapkan minat yang mendalam di dalam diri
saya untuk terus mendalami kursus ini sepanjang semester ini berlansung.
UKD1031/LJ2 FEB2021/2022

Minggu Kedua

Pada : 29 Mac 2022

Waktu : 3.00 – 4.30 petang

Untuk kelas pada minggu kedua, Madam Ros telah memulakan pengajaran untuk topik
pertama iaitu pengenalan kepada kepipimpinan. Terdapat beberapa perkara penting yang para
pelajar perlu ambil tahu berkaitan kepimipinan. Antaranya ialah definisi kepimpinan mengikut 3
teori berbeza mengikut peredaran masa iaitu dari sudut pandang Robert Dubin pada tahun 1958,
Hollander pada tahun 1978 dan Koontz pada tahun 1984.

Seterusnya ialah pengenalan kepada jenis-jenis gaya kepimpinan seperti demokratik,


autokratik dan laissez-faire beserta dengan ciri-cirinya. Kemudian, kelas diteruskan lagi dengan
kriteria pengurus dan pemimpin yang baik. Melalui slaid yang diberikan oleh Madam Ros, para
pelajar dapat memahami dan membezakan gaya dan sifat kepimpinan yang baik untuk diterajui
pada masa hadapan. Penerangan yang jelas daripada Madam Ros membuatkan para pelajar lebih
peka akan sifat kepimpinan para pemimpin muda di kalangan mereka.

Sebelum kelas berakhir, Madan Ros telah memberikan kami tugasan latihan dalam
kumpulan untuk mempratikkan gaya dan sifat kepimpinan yang baru sahaja kami pelajari.
Tugasan ini perlu dibentangkan pada kelas seterusnya iaitu pada minggu ketiga. Di dalam
tugasan ini, kami perlu membentuk sebuah kumpulan yang terdiri daripada 5 orang ahli dan
mengambil peranan sebagai presiden kelab kepimpinan dan motivasi. Kami dikehendaki untuk
menganjurkan sebuah program berbentuk kemasyarakatan atau kesukarelawanan untuk
masyarakat setempat.

Kami perlu berbincang bersama ahli kumpulan untuk memastikan program yang akan
dianjurkan dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Antara perkara yang dibicangkan ialah:

1) Jenis program yang akan dianjurkan berserta justifikasi pemilihan program


2) Objektif perlaksaan program
3) Penglibatan jawatakuasa penjayaan program
4) Cadangan aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlansung
UKD1031/LJ2 FEB2021/2022

Seperti yang saya terangkan, pembelajaran minggu kedua agak ringkas kerana
penerangan yang ringkas namun padat telah diberikan oleh Madam Ros. Penerangan beliau
membuatkan saya lebih faham akan konsep kepimpina serta gaya kepimpinan. Beliau juga
Berjaya menjadikan saya lebih celik akan sikap kepimpinan yang betul semasa mengetuai
sesebuah organisasi atau mengelola sesebuah jawatan tinggi. Minggu ini juga memerlukan saya
untuk bergaul dengan rakan sekelas dan mencari ahli kumpulan untuk latihan dalam kumpulan.
Proses pencarian ahli kumpulan membuatkan saya lebih rapat dan lebih mengenali rakan sekelas
yang lain meskipun kami hanya berjumpa di alam maya.
UKD1031/LJ2 FEB2021/2022

Minggu Ketiga

Pada : 5 April 2022

Waktu : 3.00 – 4.30 petang

Pada minggu ketiga, Madam Ros telah menerangkan dengan lebih terperinci, satu lagi
elemen penting dalam kursus UKD1031 Kepimpinan dan Motivasi iaitu Motivasi. Beliau telah
menerangkan definisi motivasi, jenis-jenis motivasi, teori motivasi dan pandangan atau sudut
pandang terhadap motivasi manusia.

Seterusnya, kelas diteruskan dengan pembentangan tugasan latihan dalam kumpulan.


Kumupulan kami memilih untuk menganjurkan Program Penghijauan Jeli yang berbentuk
kemasyarakatan. Program ini melibatkan Fakulti Sains Bumi, Pejabat Perhutanan dan
masyarakat setempat di Jeli. Terdapat 2 aktiviti yang akan diadakan iaitu penanaman pokok dan
pertandingan menghias taman untuk menambaik baik kecantikan persekitaran perumahan
masyarakat setempat. Madam Ros memberikan komen yang positif terhadap pembentangan kami
membuatkan kami berasa kami berjaya menjana idea yang bagus.
UKD1031/LJ2 FEB2021/2022

Minggu Keempat

Pada : 12 April 2022

Waktu : 3.00 – 4.30 petang

Pada minggu keempat, kami dikehendaki untuk menjalankan Inventori Personaliti Warna
(IPW) untuk mengetahui jenis dan ciri personality yang kami miliki berdasarkan 4 skala warna
iaitu emas, hijau, biru dan jingga. Madam Ros telah berkongsi slaid interpretasi personaliti warna
kepada kami semasa kelas berlansung setelah kami selesai mengira jumlah Ya bagi setiap
seksyen warna.

Setelah mengambil ujian IPW, saya mendapati bahawa saya lebih cenderung kea rah ciri-
ciri personaliti hijau. Antara ciri yang saya rasakan amat dekat dengan diri saya, ialah sifat ingin
tahu. Dalam diri saya seringkali tercetus rasa ingin tahu yang mendalam apabila mempelajari dan
melihat sesuatu yang baharu. Minda saya akan terus menerus mengasakkan soalan berkaitan
maklumat yang baru diperolehi. Oleh itu, untuk memuaskan rasa ingin tahu saya, saya perlu
lebih proaktif dalam mencari maklumat. Tidak kiralah samaada dengan bertanyakan kepada
pensyarah atau orang sekeliling mahupun dengan mencari maklumat tambahan melalui media
massa dan digital.
UKD1031/LJ2 FEB2021/2022

Madam ros juga telah membuka ruangan forum di platform ECampus agar kami dapat
menyatakan 2 atau 3 ciri yang ada pada kami berdasarkan senarai yang telah beliau berikan
dalam tafsiran inventori dan penambaikan yang akan kami lakukan untuk menjadi seorang
individu yang baik. Pembelajaran pada minggu ini membuatkan saya lebih mengenali diri saya
dengan mengetahui ciri-ciri yang ada pada diri saya melalui IPW. Penerangan yang jelas dan
terperinci oleh Madam Ros justeru lebih membantu saya mengenali diri saya dengan lebih dekat.

Minggu Kelima

Pada : 19 April 2022

Waktu : 3.00 – 4.30 petang

Pada minggu kelima, pembelajaran diteruskan lagi dengan pendedahan salah satu elemen
penting lain dalam kepimpinan iaitu etika dan pengurusan mensyuarat yang berkualiti. Untuk
memastikan para pemimpin mendapat mesyuarat yang berkualiti, mesyuarat mestilah
mempunyai objektif yang jelas, keberkesanan pengerusi, setiausaha dan ahli mesyuarat serta
kehadiran yang penuh oleh para peserta mesyuarat. Elemen ini dapat diterapkan dalam
mesyuarat atau perjumpaan para pelajar di masa hadapan.

Perkara ini amat penting untuk diamalkan bagi setiap individu kerana pada suatu hari
nanti, sudah pasti setiap seorang dari kami akan menjadi pemimpin muda dalam sesebuah
organisasi.. Walaupun saya menyertai pembelajaran secara online, Madam Ros menerangkannya
dengan baik bagi kesemua pelajar. Saya dapat memahami penerangan itu dengan baik dan
bersemangat untuk mengaplikasikannya pada masa akan datang.
UKD1031/LJ2 FEB2021/2022

Minggu Keenam

Pada : 26 April 2022

Waktu : 3.00 – 4.30 petang

Pada minggu keenam, Madam Ros telah mengadakan perbincangan bagi projek akhir
yang akan dilaksanakan bagi kursus UKD1031 Kepimpinan dan Motivasi. Kami bersama-sama
menjana idea dan memberikan cadangan berkaitan program yang akan dilaksanakan. Disebabkan
oleh kekangan masa dan situasi, program ini tidak dapat dijalankan secara fizikal namun ia
diteruskan secara webinar. Setelah memutuskan tajuk program, kami membangunkan organisasi
untuk menjayakan program ini yang terdiri daripada pengerusi, naib pengerusi, setiausaha,
bendahari serta ahli jawatankuasa program. Ahli majlis tertinggi perlu menyiapkan dan
menghantar kertas kerja program dalam masa yang ditetapkan.

Bagi perlaksaan program ini, saya berpeluang memegang jawatan sebagai bendahari.
Kami kerap melakukan perbincangan sesama ahli majlis tertinggi untuk menambahbaik dan
menyiapkan kertas kerja sesuai kehendak Pihak Kokurikulum UMK. Saya berasa amat senang
berada dalam organisasi ini yang diterajui oleh pengerusi, Mohd Izwan kerana cara beliau
mengedalikan perbincangan amat jelas dan ringkas namun ia nya mudah difahami dengan baik.
UKD1031/LJ2 FEB2021/2022

Minggu Ketujuh

Pada : 10 Mei 2022

Waktu : 3.00 – 4.30 petang

Pada minggu ketujuh, kami perlu menonton sebuah video tentang pengucapan awam
yang bertajuk, “The Art of Public Speaking” oleh Tuan Rizal Rashid melalui pautan
https://youtu.be/TQM90qatP2A di ECampus. Beliau berkongsi tips dan cara-cara untuk
menstruktur sesuatu ucapan di khalayak umum. Antara tips yang dikongsikan ialah bertapa
pentingya mempunyai struktur “Opening, Content dan Closing” dalam ucapan kita. Struktur
yang jelas dalam ucapan membolehkan kita menggapai segenap fokus audiens supaya lebih peka
dengan ucapan kita.

Struktur ini juga boleh dipratikkan dalam pembentangan semasa kelas untuk mencapai
100% fokus rakan sekelas. Tips yang dikongsikan amat berguna kepada mahasiswa terutamanya
kerana kami mempunyai banyak tugasan yang memerlukan pembentangan dan terkadang
menggamit fokus rakan-rakan sekelas merupakan satu tugas yang amat sukar. Dengan adanya
perkongsian ringkas ini, saya yakin saya dapat menyampaikan pembentangan seterusnya dengan
lebih baik.
UKD1031/LJ2 FEB2021/2022

Minggu Kelapan

Pada : 17 Mei 2022

Waktu : 3.00 – 4.30 petang

Pada minggu kelapan, kami telah mempelajari satu lagi topik penting dalam kursus
UKD1031 Kepimpinan dan Motivasi iaitu kemahiran pengucapan awam. Ia merupakan satu
kemahiran yang amat penting pada masa kini dan perlu ada pada setiap individu terutamanya
pada mereka yang bergelar pemimpin. Kebolehan seseorang individu berucap di khalayak ramai
dengan yakin dapat membantu menjadikan mereka seorang pemimpin yang hebat dan dihormati.

Pelajar kebiasaanya amat sinonim dengan rasa takut berdepan di khalayak ramai namun
teknik pengucapan awam berkesan sebenarnya dapat mengurangkan rasa gugup apabila berucap
di depan umum. Walaupun saya mempunyai pengalaman dalam mengendalikan majlis-majlis
sebagai seorang pengacara, rasa gugup dan takut itu masih ada dalam diri. Teknik pengucapan
awam ini sedikit sebnayak membantu saya dalam mengurangkan rasa takut untuk berdepan
khalayak dan menjadikan saya lebih yakin apabila mengacara sesuatu majlis.
UKD1031/LJ2 FEB2021/2022

Minggu Kesembilan

Pada : 24 Mei 2022

Waktu : 3.00 – 4.30 petang

Pada minggu kesembilan, Madam Ros telah menyediakan dua pautan kuiz iaitu kuiz
kepimpinan yang telah dipelajari pada minggu kedua dan kuiz motivasi yang telah dipelajari
pada minggu ketiga. Kuiz ini bertujuan untuk menguji minda kami serta menguji kefahaman
kami setelas lapan minggu mempelajari kursus UKD1031 Kepimpinan dan Motivasi ini. Kuiz ini
juga membolehkan saya menerapkan ilmu yang telah dipelajari dalam diri saya serta
mengukuhkan lagi pengetahuan saya berkaitan kepimpinan dan motivasi.

Selain itu, kuiz ini juga memberikan saya banyak manfaat dengan adanya soalan yang
saya ketahui dan tidak ketahui jawapannya. Kuiz ini secara tidak langsung mengembalikan
memori saya terhadap penerangan Madam Ros pada minggu-minggu sebelumnya dan meransang
minda saya untuk terus menyimpan ilmu yang diperolehi untuk kegunaan pada masa hadapan.
UKD1031/LJ2 FEB2021/2022

Minggu Kesepuluh

Pada : 31 Mei 2022

Waktu : 3.00 – 4.30 petang

Pada minggu kesepuluh, Madam Ros telah menyediakan dua pautan kuiz yang lain iaitu
kuiz memimpin organisasi yang telah dipelajari pada minggu kelima dan kuiz ciri-ciri
kepimpinan berkesan yang telah dipelajari pada minggu kelapan. Kuiz ini bertujuan untuk
menguji minda kami serta menguji kefahaman kami setelah lapan minggu mempelajari kursus
UKD1031 Kepimpinan dan Motivasi ini. Kuiz ini juga membolehkan saya menerapkan ilmu
yang telah dipelajari dalam diri saya serta mengukuhkan lagi pengetahuan saya dalam usaha
untuk memimpin sesebuah organisasi pada masa akan datang.

Selain itu, kuiz ini juga memberikan saya banyak manfaat dengan adanya soalan yang
saya menguji sifat kepimipinan di dalam diri saya. Kuiz ini secara tidak langsung
mengembalikan memori saya terhadap penerangan Madam Ros pada minggu-minggu
sebelumnya dan meransang minda saya untuk terus menyimpan ilmu yang diperolehi untuk
kegunaan pada masa hadapan.
UKD1031/LJ2 FEB2021/2022

Minggu Kesebelas

Pada : 7 Jun 2022

Waktu : 3.00 – 4.30 petang

Pada minggu kesebelas, kami telah mempelajari dua kemahiran penting yang perlu
diterapkan dalam diri semua manusia iaitu kemahiran berfikir dan kemahiran membuat
keputusan. Pembangunan kemahiran berfikir adalah antara pembangunan sumber manusia yang
paling penting dalam sesebuah organisasi. Kemahiran ini merupakan kemahiran yang paling
diperlukan oleh seseorang individu untuk menjadi lebih produktif dan efektif dalam melakukan
sesuatu pekerjaan.

Pembangunan diri bukanlah mengambil masa sehari dua untuk melihat hasilnya. Bak kata
pepatah, ‘Yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.’ Ini
bermakna dalam sesuatu pekerjaan, usaha sentiasa diperlukan dan setiap usaha itu perlu
dikerjakan dengan bersungguh-sungguh. Pada pendapat saya, gaya pemikiran yang kreatif dan
UKD1031/LJ2 FEB2021/2022

kritis perlu diterapkan dalam diri para mahasiswa untuk menjadi lebih yakin dan mahir dalam
mengendalikan masalah dalam suasana yang getir.

Madam ros juga telah memberikan kami tugasan aktiviti dalam kupulan iaitu aktiviti
“Kapal karam”. Setiap kumpulan diberikan satu situasi di mana 10 orang sedang terapung-apung
di laut kerana kapal yang mereka naiki telah karam dan kami dikehendaki untuk menyenaraikan
6 orang yang kami hendak selamatkan mengikut keutamaan. Objektif aktiviti ini adalah supaya
peserta boleh bertindak dengan pantas beserta dengan pemikiran yang tajam dan keputusan yang
dibuat mestilah tepat dan tidak terburu-buru. Aktiviti ini mengajar saya untuk bertindak dengan
cepat dan menyelamatkan orang-orang yang menjadi keutamaan dalam hidup saya seperti ibu,
bapa, adik, abang, rakan karib, dan guru.

Minggu Keduabelas

Pada : 14 Jun 2022

Waktu : 3.00 – 4.30 petang

Pada minggu keduabelas, kami telah menjayakan projek akhir secara webinar
menggunakan aplikasi Google Meet yang bertajuk “Leader is Made, Not Born” pada tarikh 15
Jun. Seminar ini berlansung selama 2 jam bermula dari pukul 8.30 hingga 10.30 malam.
Penceramah jemputan bagi projek akhir ini ialah Tuan Mohd Hafizuddin Hiew Abdullah. Beliau
merupakan Chief Executive Officer (CEO) di syarikat beliau sendiri iaitu TDC Holdings.

Semasa webinar ini, beliau banyak berkongsi tentang bagaimana titik permulaan dimana
beliau memulakan bisnes kecil-kecilan untuk menampung kos pembelajaran semasa beliau di
peringkat ijazah sarjana muda dan seterusnya berjaya mengembangkan perniagaan beliau di
tahap ini dimana beliau telah membuka syarikat sendiri dan mengeluarkan produk-produk yang
berkualiti setanding jenama luar negara.
UKD1031/LJ2 FEB2021/2022

Selepas sesi perkongsian berakhir, banyak soalan yang dilontarkan oleh rakan-rakan
sekelas saya dan jawapan yang diberikan oleh Tuan Hafiz telah membuka mata saya ke arah
dunia perniagaan. Setiap perniagaan sudah pasti ada naik turunnya namun saya amat kagum
dengan semangat dan tekad yang ditunjukkan oleh Tuan Hafiz yang berjaya membuatkan beliau
berada di tampuk sekarang.

Minggu Ketigabelas

Pada : 14 Jun 2022

Waktu : 3.00 – 4.30 petang

Pada minggu ketigabelas, semua kumpulan diminta untuk membentangkan tugasan


aktiviti kumpulan yang telah dibincangkan pada minggu kesebelas iaitu aktiviti “Kapal Karam”.
Kumpulan saya terdiri daripada enam orang ahli iaitu saya, Amila, Aimuni, Azam, Amalin dan
Asraf. Setiap seorang daripada kami telah memilih seorang untuk diselamatkan. Antaranya ialah
ibu yang sakit tua, bapa yang tidak bekerja, abang yang buta, adik yang nakal, kawan karib dan
orang kaya yang budiman.

Setiap daripada kami mempunyai sebab tersediri untuk menyelamatkan individu tersebut.
Saya telah memilih ibu yang sakit tua kerana pada saya ibu hanya satu dan tidak akan pernah ada
pengganti lainnya. Pengorbanan ibu amat besar dan tidak dapat dibalas jika hendak dibandingkan
dengan bakti yang telah kita laburkan seumur hidup ini. Aktiviti ini membolehkan saya berfikir
UKD1031/LJ2 FEB2021/2022

dan bertindak dengan pantas untuk menyelamatkan orang yang menjadi keutamaan dalam hidup
saya.

Minggu Keempatbelas

Pada : 14 Jun 2022

Waktu : 3.00 – 4.30 petang

Pada minggu ini, Madam Ros telah menyediakan kuiz terakhir bersempena dengan kelas
terakhir pada hari ini iaitu kuiz kemahiran berfikir dan membuat keputusan yang telah dipelajari
pada minggu kesebelas. Kuiz ini bertujuan untuk menguji minda kami serta menguji kefahaman
kami setelah tigabelas minggu mempelajari kursus UKD1031 Kepimpinan dan Motivasi ini.
Kuiz ini juga membolehkan saya menerapkan ilmu yang telah dipelajari dalam diri saya serta
mengukuhkan lagi pengetahuan saya dalam usaha untuk berfikir dengan lebih kreatif dan kritis
serta mampu membuat keputusan dengan pantas dan rasional pada saat-saat getir.

Selain itu, kuiz ini juga memberikan saya banyak manfaat dengan adanya soalan yang
saya menguji kemahiran berfikir dan daya membuat keuputusan yang tepat di dalam diri saya.
Kuiz ini secara tidak langsung mengembalikan memori saya terhadap penerangan Madam Ros
UKD1031/LJ2 FEB2021/2022

pada minggu-minggu sebelumnya dan meransang minda saya untuk terus menyimpan ilmu yang
diperolehi untuk kegunaan pada masa hadapan.

Pada hari ini, seperti yang kita ketahui ini merupakan kelas terakhir bersama Madam Ros
Dalilah. Banyak ilmu yang saya pelajari daripada Madam Ros terutamanya sentiasa kekal positif
walau apa jua keadaan yang dihadapi dan jalani sahaja yang ditetapkan hadap dengan penuh
kesabaran. Saya amat bersyukur apabila kelas LJ2 mendapat pujian dari beliau kerana kami
sentiasa beri kerjasama semasa kelas berlansung, patuh dengan arahan dan sentiasa menjawab
soalan apabila ditanya. Dalam kelas ini juga Madam Ros memberikan kata-kata akhir untuk kami
untuk teruskan perjuangan kami dan tidak lupa akan ilmu yang diperolehi sepanjang empatbelas
minggu ini.

Saya amat menghargai segala ilmu yang telah dicurahkan oleh Madam Ros selama ini
dan saya berharap agar saya dapat menerapkan ilmu yang telah saya pelajari apabila saya
mendapat peluang untuk memimpin atau menjadi ahli dalam sesebuah organisasi. Di kelas
terakhir ini, kami telah menangkap layar gambar kelas LJ2 sebagai kenangan.
UKD1031/LJ2 FEB2021/2022

Anda mungkin juga menyukai