Anda di halaman 1dari 25

X PENGENALAN

Perkembangan dan perubahan semasa dalam dunia pendidikan menuntut


keperluan untuk menyediakan guru-guru yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, spiritual dan intelek. Kandungan topik ini membolehkan anda
mengenal pasti ciri-ciri seorang guru yang baik di samping menyedari peranan
anda dalam membentuk masa depan negara.

Sebagai seorang guru, kita diharapkan dapat membuat persepsi yang
menyeluruh dalam memahami diri dengan meningkatkan potensi diri sebagai
insan dan guru yang berakhlak mulia. Di dalam melaksanakan peranan sebagai
guru, kita terdedah kepada persekitaran yang amat mencabar dan harus kita
tempuhi dan lalui. Pengisian topik ini diharapkan dapat menyediakan anda
dengan daya tahan yang tinggi dan menerima hakikat bahawa profesion ini
adalah satu ibadat.



Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan maksud konsep guru profesional;
2. Menghuraikan ciri-ciri guru profesional;
3. Menyenaraikan faktor-faktor yang menaikkan martabat guru di
mata masyarakat;
4. Mengenal pasti peranan guru sebagai pembentuk masa depan
negara;
5. Mengkategorikan ciri-ciri guru yang baik dan yang tidak baik; dan
6. Mengamalkan ciri-ciri seorang guru yang baik.
HASIL PEMBELAJARAN

T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
2
2

X
Guru
Profesional
X TOPIK 2 GURU PROFESIONAL


34
Di dalam topik ini, kita akan membincangkan tentang guru sebagai profesion
yang mulia. Ini meliputi bagaimana menjadikan guru dihormati masyarakat,
menjadikan tugas guru sebagai satu ibadat dan menjadikan guru sebagai pakar
rujuk. Guru dikatakan sebagai pembentuk masa depan negara. Oleh itu, nilai-
nilai murni perlu diamalkan supaya guru boleh menjadi role model kepada
pelajar.
KONSEP: GURU PROFESION MULIA

Guru bertanggungjawab dalam usaha memperkembangkan potensi pelajar.
Setiap individu pasti pernah melalui sejarah hidup sebagai seorang pelajar.
Dalam melayari pengalaman tersebut pastinya terselit kenangan manis tentang
salah seorang daripada guru-gurunya. Mengapakah kita masih mengenang
guru-guru itu? Hal ini pastinya kerana pengalaman positif yang pernah kita lalui
bersamanya ketika itu.

Seorang guru yang telah mendorong kita sehingga berjaya di dalam pelajaran
dan menjadikan siapa diri kita hari ini tentulah merupakan seorang insan yang
mulia.

Sila baca contoh ini. Seorang kawan anda hampir putus asa kerana gagal di
dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia yang didudukinya.
Seorang guru yang begitu prihatin telah membimbingnya dan mendorongnya
secara berterusan. Akhirnya beliau mendapat keputusan cemerlang dalam
peperiksaan sebenar.
2.1.1 Konsep Kemahiran Profesional Keguruan
Guru adalah golongan yang mempunyai kemahiran profesional. Tahukah anda
apa yang dimaksudkan dengan kemahiran profesional itu?

Kemahiran profesional adalah sekumpulan kemahiran yang diperoleh melalui
pengalaman melaksanakan kajian dan melalui latihan dalam tempoh masa yang
ditetapkan. Kemahiran tersebut merupakan satu keperluan untuk menjalankan
tugas dengan cekap dan sempurna.

Ciri-ciri profesional yang terdapat dalam bidang perguruan adalah seperti
berikut:

(a) Mempunyai latihan ikhtisas dalam perguruan;
(b) Mempunyai autonomi dalam menentukan kaedah mengajar;
2.1
TOPIK 2 GURU PROFESIONAL W

35
(c) Menjadi ahli kesatuan dan mempunyai kod etika;
(d) Perkhidmatan adalah penting kepada negara; dan
(e) Guru adalah pakar dalam pendidikan.

Rajah 2.1 menunjukkan sifat dan kualiti profesional keguruan.


Rajah 2.1: Sifat dan kualiti profesional keguruan

Perbincangan seterusnya adalah berdasarkan tulisan Parkay & Stanford (1995,
ms. 443-447). Menurut beliau, terdapat empat ciri guru yang profesional:

(a) Tingkah Laku Profesional
(i) Reflection-in-action: Menjalankan refleksi atas tindakan diri yang
boleh menyebabkan kegagalan pelajar.
(ii) Kesanggupan menjadi mentor kepada sekumpulan pelajar.

(b) Pembelajaran Sepanjang Hayat (Lifelong Learning)
(i) Dedikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dan mata
pelajaran yang diajar.
(ii) Menyahut peluang untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran baru.
(iii) Kesediaan belajar ke peringkat yang lebih tinggi.

X TOPIK 2 GURU PROFESIONAL


36
(c) Penurunan Kuasa Guru (Teacher Empowerment)
(i) Membuat keputusan berkenaan dengan kurikulum yang akan
dilaksanakan untuk memenuhi keperluan pelajar.
(ii) Mengalu-alukan peluang untuk membuat keputusan yang secara
langsung memberi kesan ke atas kerja mereka.
(iii) Peluang memilih buku teks untuk kegunaan sekolah dan
membangunkan kurikulum.

(d) Penglibatan di dalam Profesion
(i) Dipamerkan menerusi tingkah laku yang profesional.
(ii) Menyedari peranan mereka sangat penting di dalam bidang
pendidikan.

Guru mempunyai beberapa kemahiran keguruan yang tidak dipunyai oleh
orang biasa, seperti kemahiran:



Mari kita melihat dengan terperinci tentang kemahiran belajar dan kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif.





(a) Belajar;
(b) Berfikir secara kritis dan kreatif;
(c) Merancang dan mengurus;
(d) Menilai dan menyoal;
(e) Membuat kajian;
(f) Berkomunikasi;
(g) Mengendalikan aktiviti luar bilik darjah;
(h) Menjalin hubungan sesama manusia; dan
(i) Menyelesaikan masalah.
TOPIK 2 GURU PROFESIONAL W

37
(a) Kemahiran Belajar
Kemahiran belajar ialah suatu kecekapan atau keupayaan seseorang untuk
mengumpul, memproses dan merumus maklumat. Kombinasi pelbagai
kaedah digunakan agar pembelajarannya berkesan. Kemahiran belajar
meliputi kemahiran:

(i) Membaca;
(ii) Mencatat nota;
(iii) Mengingat;
(iv) Mendengar;
(v) Menginterpretasi bahan; dan
(vi) Mengurus masa.

(b) Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
Kemahiran berfikir sangat penting kepada setiap profesional. Ia digunakan
untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan bijaksana.
Terdapat beberapa jenis pemikiran. Antaranya adalah:

(i) Konvergen
Hanya satu jawapan sahaja yang betul. Jawapan terbaik bagi soalan
atau masalah yang diberi telah dikenal pasti.

Contoh:
x Menjawab soalan Matematik; dan
x Mencari jawapan kepada satu uji kaji Sains.

(ii) Divergen
Banyak jawapan yang boleh diterima untuk sesuatu penyelesaian
masalah.

Contoh:
Berikan kegunaan kertas kepada manusia.
x Menulis, melukis, menutup makanan, membungkus; dan
x Sumber ekonomi (kitar semula: jual surat khabar lama).





X TOPIK 2 GURU PROFESIONAL


38
(iii) Induktif
Satu bentuk penaakulan yang dimulakan dengan contoh yang khusus
kemudian membuat generalisasi.

Contoh:



(iv) Deduktif
Bermula dengan generalisasi kemudian menuju kepada contoh-
contoh yang spesifik.



(v) Kreatif
Kebolehan menyusun maklumat untuk menghasilkan yang baru dan
asli.

Contoh:
x Mencipta puisi dari satu gambaran kehidupan yang diberi;
x Melukis suatu pemandangan daripada satu bahan bacaan; dan
x Memberikan satu idea baru untuk penyelesaian masalah.





TOPIK 2 GURU PROFESIONAL W

39
(vi) Membina
Keupayaan menghasilkan sesuatu benda maujud.

Contoh:
x Mereka cipta satu pelan kedudukan sebuah bangunan.

(vii) Kritis
Dapat menilai sesuatu objek atau situasi dengan bernas.

Contoh:
x Menghujah;
x Memberikan pendapat; dan
x Membuat pertimbangan.

(viii) Celik Akal
Kebolehan mengamati atau menilai sesuatu masalah dan
mengaitkannnya dengan situasi lain.

(ix) Penaakulan
Proses mental yang paling tinggi merangkumi:
x Mengingat;
x Memproses;
x Mengurus maklumat; dan
x Membuat rumusan.









X TOPIK 2 GURU PROFESIONAL


40

2.1.2 Dihormati Masyarakat

Rajah 2.2: Mengapa kita harus menghormati cikgu

Cuba anda lihat Rajah 2.2 di atas. Anda telah melihat beberapa sebab yang diberi
oleh pelajar mengapa mereka menghormati guru mereka. Golongan guru harus
dihormati bukan sahaja oleh pelajar malah seluruh masyarakat. Merekalah
pembentuk bakal pemimpin-pemimpin negara kita.



Bincangkan bagaimanakah kemahiran berikut membantu guru menjadi
seorang profesional.

(a) Kemahiran merancang dan mengurus;
(b) Kemahiran menilai dan menyoal;
(c) Kemahiran membuat kajian;
(d) Kemahiran berkomunikasi;
(e) Kemahiran mengendalikan aktiviti luar bilik darjah;
(f) Kemahiran menjalin hubungan sesama manusia; dan
(g) Kemahiran menyelesaikan masalah.
AKTIVITI 2.1
TOPIK 2 GURU PROFESIONAL W

41
Para guru akan lebih dihormati oleh masyarakat sekiranya melakukan perkara-
perkara yang disebutkan di bawah:

(a) Melibatkan diri dengan aktiviti setempat (aktiviti masjid/keagamaan,
gotong-royong, ziarah yang sakit atau kematian, perkahwinan dan lain-
lain).
(b) Menjalinkan hubungan rapat dengan pelajar Mengenali ibu bapa mereka
dan menghubungi keluarga untuk berkenalan secara lebih rapat.
(c) Sensitif dengan budaya setempat dan adat resam.
(d) Mengalakkan ibu bapa pelajar menghubungi guru untuk mendapatkan
maklumat berkenaan anak mereka.
(e) Ikhlas sama ada bila memuji ataupun menegur tingkah laku pelajar.
(f) Empati dengan latar belakang pelajar.
(g) Mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi.


2.1.3 Tugas Guru sebagai Ibadat
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para malaikat-
Nya begitu juga penghuni langit dan bumi, sehingga semut yang berada di
lubangnya dan ikan di lautan, semuanya memohon rahmat bagi orang yang
mengajarkan kebaikan kepada orang ramai.

Apakah perasaan anda apabila membaca ayat di atas? Kita harus ingat akan
mulianya kerja sebagai seorang guru. Tugas utama guru adalah menyampaikan
ilmu. Guru bertanggungjawab mengubah seseorang individu daripada tidak
tahu kepada tahu dari segi ilmu, kemahiran dan sikap. Bukankah ini suatu
ibadat?

Latihan sumbang saran:

Bincangkan langkah-langkah yang boleh menaikkan martabat guru di
mata masyarakat.
AKTIVITI 2.2
X TOPIK 2 GURU PROFESIONAL


42
Guru mendidik kita dengan sabar, tanpa menghiraukan rupa, bangsa dan
agama. Di mana pun mereka berada, tugas mendidik ini tidak pernah
ditinggalkan. Matlamat utamanya menjadikan kita manusia yang berilmu, boleh
berdikari dan mempunyai masa depan yang cemerlang.

Di samping menyampaikan ilmu, guru juga membentuk sikap dan sahsiah
pelajar. Kita diminta mempamerkan tingkah laku yang diterima oleh masyarakat
dan positif, bukan tingkah laku yang anti sosial.

Pelbagai teknik pengurusan tingkah laku digunakan untuk memastikan tingkah
laku yang diingini diikuti oleh pelajar. Kita diajar memberi salam apabila
berjumpa, mengucapkan terima kasih apabila menerima sesuatu, mengetuk
pintu sebelum masuk dan meminta izin apabila ingin keluar dari kelas. Semua
tindakan guru ini adalah untuk menjadikan kita insan yang baik. Bukankah ini
satu ibadat?
2.1.4 Masa Depan Negara


(a) Agen Perubahan
Agen perubahan dalam konteks ini adalah sumber ilmu kemahiran dan
pendirian. Sekolah (Rendah, Menengah, Teknik dan Vokasional), universiti
dan kolej berperanan sebagai agen perubahan yang menawarkan asas-asas
ilmu (UPSR, PMR, SPM, STPM) dan juga pelbagai kursus (perguruan,
teknologi maklumat, perniagaan, kejuruteraan dan sebagainya).

Guru dianggap sebagai agen perubahan. Pusat Perkembangan Kurikulum
bertanggungjawab dalam menggubal kurikulum baru tetapi siapakah yang
melaksanakannya kalau bukan guru?

(b) Mobiliti Sosial
Anjakan sosial boleh berlaku disebabkan tahap ilmu yang dimiliki
seseorang individu (Rajah 2.3). Pernahkah anda mendengar seorang anak
nelayan menjadi doktor? Seorang anak buruh kasar menjadi peguam?
Seorang anak penoreh getah menjadi jutawan? Itulah yang dimaksudkan
sebagai mobiliti sosial.

Mobiliti sosial meningkatkan gaya hidup.
Guru adalah pencorak masa depan negara. Adakah anda bersetuju
dengan kenyataan ini?
AKTIVITI 2.3
TOPIK 2 GURU PROFESIONAL W

43

Rajah 2.3: Anjakan sosial disebabkan oleh tahap ilmu akan meningkatkan gaya hidup

Kedua-dua faktor ini iaitu ilmu dan mobiliti sosial menyumbang kepada
peningkatan gaya hidup. Peranan guru sebagai agen perubahan membantu
pelajar untuk mencapai tahap sosio-ekonomi yang baik melalui mobiliti sosial.
Adakah anda bersetuju dengan kenyataan ini?
2.1.5 Guru sebagai Pakar Rujuk
Mari kita renung sejenak pengalaman kita sebagai pelajar dahulu. Kepada
siapakah kita pergi untuk mendapatkan bantuan jika menghadapi masalah
dalam bidang akademik, terutamanya jika ibu bapa tidak mampu membantu
menyelesaikannya? Pelajar sering kali merujuk guru untuk menyelesaikannya
(Rajah 2.4).


Rajah 2.4: Peranan guru sebagai pakar rujuk



X TOPIK 2 GURU PROFESIONAL


44
(a) Disiplin Ilmu
Pelajar merujuk kepada guru untuk mendapatkan bantuan di dalam
perkara-perkara berikut:

(i) Cara belajar yang berkesan;
(ii) Masalah akademik;
(iii) Masalah pembelajaran;
(iv) Masalah dalam komunikasi/bahasa; dan
(v) Memilih mata pelajaran yang sesuai untuk diambil.

(b) Kemahiran
Di dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran amali,
guru menjadi pakar rujuk yang utama. Contohnya, di dalam mata pelajaran
Sains, Kemahiran Hidup, Teknologi Maklumat dan Komunikasi,
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan
Vokasional dan Teknikal dan lain-lain lagi. Guru juga dirujuk untuk
meningkatkan kemahiran belajar yang merangkumi kemahiran berikut:

(i) Kemahiran mencatat nota membuat peta minda;
(ii) Kemahiran membaca; dan
(iii) Kemahiran mengingat.

(c) Kaunseling dan Kerjaya
Kita sering kali berjumpa dengan guru untuk mendapatkan khidmat
kaunseling terutamanya bila menghadapi masalah peribadi seperti
pertelingkahan dalam keluarga, masalah kecelaruan personaliti, masalah
dalam hubungan dengan rakan sebaya dan seumpamanya. Apakah yang
kita harapkan daripada guru-guru ini? Guru-guru kaunseling membantu
kita membuat keputusan yang tepat supaya dapat mengurangkan stres dan
meminimumkan dilema.

Apabila hampir meninggalkan alam persekolahan, sekali lagi kita
menghadapi dilema untuk memilih bidang yang sesuai dengan cita-cita
dan kelayakan yang kita perolehi. Kali ini guru pakar di dalam bidang ini
sangat diperlukan sebagai pakar rujuk.





TOPIK 2 GURU PROFESIONAL W

45
(d) Pengurusan Diri
Bantuan guru diperlukan dalam pengurusan diri. Kebanyakan pelajar
didapati kurang mahir di dalam aspek ini yang meliputi:

(i) Jadual belajar;
(ii) Teknik belajar berkesan;
(iii) Pengurusan masa; dan
(iv) Meningkatkan daya ingatan.
CIRI-CIRI GURU YANG BAIK

Sekarang, mari kita lihat ciri-ciri guru yang baik. Guru yang baik harus
mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

(a) Berpengetahuan dan Mahir dengan Apa yang Diajar
(i) Pakar mata pelajaran yang diajarkan.
(ii) Bersedia untuk menerima ilmu baru/terkini.
(iii) Mahir dalam pedagogi pengajaran dan pembelajaran.
(iv) Kemahiran menerangkan, menyoal dan menguruskan bilik darjah.

(b) Harapan yang Tinggi terhadap Pencapaian Pelajar
(i) Mengekalkan jangkaan baik terhadap sosial dan pencapaian pelajar.
(ii) Bertanggungjawab dan boleh berdikari.

(c) Tingkah Laku Positif terhadap Pelajar
(i) Menyelitkan unsur kecindan dalam pengajaran.
(ii) Pelajar seronok belajar.
(iii) Mengenali pelajar melalui interaksi di dalam kelas.

2.2
X TOPIK 2 GURU PROFESIONAL


46
(d) Berurusan Secara Adil
(i) Memberi panduan yang jelas untuk setiap tugasan yang diberi.
(ii) Membimbing secara lembut untuk membantu pelajar mencapai
tingkah laku yang dikehendaki.
(iii) Konsisten apabila menguruskan tingkah laku pelajar.

(e) Pujian yang Diberi Menampakkan Keikhlasan
(i) Tekal dalam menilai tugasan pelajar.
(ii) Menegur kesilapan pelajar dengan cara memberi motivasi.

(f) Hormat dan Bertolak Ansur dengan Pelajar
(i) Elakkan daripada menengking atau memalukan pelajar.
(ii) Unsur paralinguistik digunakan untuk mendapatkan perhatian
pelajar.
(iii) Menyelidik/menerima alasan yang diberi.

(g) Kesedaran terhadap Objektif Pengajaran
(i) Bertanggungjawab terhadap pencapaian objektif.
(ii) Tahu apa yang hendak dicapai di akhir pengajaran.

(h) Rancangan Pengajaran yang Berstruktur
(i) Pengajaran dari senang kepada susah.
(ii) Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

(i) Mempunyai Objektif Jangka Panjang
(i) Membimbing pelajar yang memerlukan bantuan.
(ii) Merangka program yang membantu mengembangkan kemahiran
pelajar.
(iii) Menjelaskan apa yang seterusnya akan dipelajari.

Effective teachers know their goals and try to achieve these goals (Hedges
and Papritan, 1987; OBrien and Pulliam, 1984; and Tobin and Fraser, 1984).


TOPIK 2 GURU PROFESIONAL W

47
(j) Menggunakan Pelbagai Strategi Pengajaran
(i) Strategi pengajaran dan pembelajaran dipelbagaikan.
(ii) Unsur-unsur kecindan dan hiburan diselitkan semasa mengajar.
(iii) Libatkan pelajar-pelajar yang berbakat untuk sesi tunjuk cara atau
mengajar rakan sebaya.
(iv) Ambil kira mood semasa pelajar untuk memilih strategi pengajaran
dan pembelajaran yang akan dilaksanakan.

(k) Bersemangat
Teachers show enthusiasm through movement, gesture and voice
inflections (Rosenshine and Furst, 1971).
(i) Betul-betul bersemangat bukan dibuat-buat.
(ii) Bertujuan untuk pelajar seronok dan turut bersemangat untuk belajar.
(iii) Memberi galakan atau motivasi kepada pelajar untuk berjaya.
(iv) Tunjukkan guru berminat dengan pencapaian pelajar.

(l) Kesedaran terhadap Perkembangan Individu
(i) Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan individu
seperti:
x Pengaruh genetik;
x Perbezaan fizikal;
x Perbezaan kognitif;
x Perbezaan emosi;
x Pengaruh keluarga;
x Pengaruh rakan sebaya;
x Kebudayaan dan kepercayaan;
x Sumber dan teknologi; dan
x Guru dan sekolah.
(ii) Guru perlu mempunyai kesedaran terhadap kualiti pelajar.
Sebahagian besar pelajar amat memerlukan bimbingan yang lebih
daripada guru berbanding dengan yang lain.

X TOPIK 2 GURU PROFESIONAL


48
(iii) Perancangan aktiviti perlu mengambil kira keupayaan pelajar.
(iv) Cuba mempengaruhi pelajar secara positif dengan menggalakkan
setiap individu ke arah mencapai kejayaan.

(m) Strategi Melayan Pelajar Berdasarkan Perbezaan Individu
Effective teachers have been found to tailor teaching to students needs by
using techniques which suit the learner
(Demmon-Berger, 1986)

These techniques include using different instructional modes, providing
extra works for the more able pupils and doing remediation out of class
time thus allowing students to work at their own rate

(Tobin and Fraser, 1984)

(i) Pastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi.
(ii) Setiap pelajar berbeza dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi,
pengalaman, minat dan bakat.
(iii) Kadar kebolehan menerima pendidikan berbeza antara individu.
(iv) Pelbagai strategi dan pendidikan digunakan dalam melaksanakan
proses pemulihan dan pengayaan.
(v) Pengajaran secara individu, kumpulan kecil, berpasangan atau kelas.

(n) Pengurusan Berkesan
(i) Guru mengamalkan pengurusan diri yang baik.
(ii) Pelajar sentiasa diingatkan semasa pengajaran pembelajaran
berkenaan tugasan mereka.
(iii) Pastikan semua pelajar dilibatkan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran untuk mengelakkan masalah disiplin.
(iv) Menggunakan pemantauan secara berkesan ke atas pencapaian
pelajar.
(v) Menyediakan maklum balas.



TOPIK 2 GURU PROFESIONAL W

49
(vi) Menggunakan teknik pengurusan tingkah laku yang berkesan:
x Memuji tingkah laku baik yang dipamerkan.
x Pelajar bertanggungjawab ke atas tingkah laku sendiri.
x Tindakan guru sentiasa konsisten dan demokratik.
x Uruskan tingkah laku bukan pelajar.

Apa yang dibincangkan di atas dirumuskan di dalam Jadual 2.1 berikut.

Jadual 2.1: Rumusan Berkaitan Ciri-ciri Guru yang Baik
Kategori Elemen
Atribut Personal x Mahir dengan apa yang diajar
x Sikap positif terhadap pelajar
x Adil bila berurusan dengan pelajar
x Menghormati pelajar
x Bersemangat
Persekitaran Pengajaran dan
Pembelajaran
x Galakan positif atas kerja-kerja pelajar
x Strukturkan rancangan pengajaran
x Pelbagaikan strategi pengajaran
x Pengurusan berkesan
Jangkaan Guru x Jangkaan tinggi terhadap pelajar
x Berhati-hati dengan objektif pengajaran
x Objektif jangka panjang
Mengambil Kira Perbezaan
Individu
x Mengambil kira perkembangan individu
x Melayan keperluan individu
2.2.1 Guru Seorang yang Penyayang
Menurut Ibn Khaldun, kanak-kanak harus dididik dengan penuh kasih sayang,
lemah lembut dan bertimbang rasa. Mereka tidak harus dilayan dengan cara
kekerasan. Kekerasan akan membentuk kanak-kanak mereka menjadi pemalas,
pembohong, tidak berperikemanusiaan dan berlagak. Kesannya mereka akan
mula menyembunyikan perkara sebenar sebagai langkah menyelamatkan diri
dan amalan mencipta tipu helah akan menjadi kebiasaan.

X TOPIK 2 GURU PROFESIONAL


50
Hubungan baik antara guru dan murid adalah perkara yang sangat penting
diberikan keutamaan. Hubungan yang wujud perlu berasaskan rasa hormat
menghormati, sayang menyayangi dan mengambil berat antara satu dan lain.
Guru perlu menunjukkan kasih sayang dan hormat terhadap pelajar untuk
memastikan mereka berupaya:

(a) Membina perhubungan yang sihat berasaskan kepercayaan bersama serta
menghormati orang dewasa, rakan sebaya, seterusnya boleh mematuhi
peraturan dalam kumpulan;
(b) Memahami dan menghormati perbezaan budaya bangsa; dan
(c) Mengetahui peranan dan tanggungjawab sosial dalam pergaulan.


2.2.2 Guru Seorang yang Penyabar
Bidang perguruan adalah bidang tugas yang amat mencabar. Semasa
menjalankan tugas kita bukan sahaja akan berhadapan dengan pelajar malahan
juga banyak pihak lain yang turut terlibat. Penglibatan banyak pihak dalam
pengurusan melaksanakan tugas hakiki seorang guru sangat menuntut nilai
kesabaran.
Arahan: Tambahkan ruangkan debit dan kredit ke dalam Akaun Bank
Emosi Guru Penyayang.

Bil Debit Kredit
1. Membelai Menengking
2. Memujuk Membeliakkan mata
3. Mesra Menjerit
4.

5.

6.

7.

8.

9.

AKTIVITI 2.4
TOPIK 2 GURU PROFESIONAL W

51
Kerjaya perguruan ini melibatkan interaksi dengan:

(a) Pelajar;
(b) Ibu bapa atau penjaga;
(c) Rakan sejawat;
(d) Pentadbir sekolah;
(e) Pentadbir di peringkat daerah dan negeri;
(f) Pentadbir di peringkat pusat; dan
(g) Kementerian Pelajaran Malaysia.

Di dalam bilik darjah kita berhadapan dengan pelbagai kerenah pelajar. Pelajar
kita ini datangnya dari pelbagai latar belakang, berbeza dari segi fizikal, emosi,
pengalaman dan sebagainya. Keperluan mereka juga berbeza.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, sebagai guru kita
perlu menggunakan pelbagai strategi dan kaedah pengajaran untuk memenuhi
keperluan mereka yang berbeza itu. Pelbagai aktiviti hendaklah dirancang
terlebih dahulu supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat menarik
minat pelajar dan proses tersebut menjadi lebih berkesan.

Seandainya strategi ataupun kaedah pertama gagal menarik perhatian pelajar,
kita tidak harus cepat berputus asa. Guru boleh mengaplikasi pelbagai lagi
strategi pengajaran yang lain.

Melayani perbezaan individu pelajar:

(a) Menyelaraskan kurikulum sesuai dengan keperluan dan minat;
(b) Menyediakan alat bantu mengajar yang dapat membantu pembelajaran;
dan
(c) Menyediakan persekitaran yang dapat membantu perkembangan potensi.

Kesabaran kita adakalanya diuji dengan masalah disiplin atau masalah tingkah
laku pelajar di dalam bilik darjah yang mungkin timbul secara tidak diduga.
(rujuk Rajah 2.5).

X TOPIK 2 GURU PROFESIONAL


52

Rajah 2.5: Masalah-masalah tingkah laku pelajar


2.2.3 Guru Seorang yang Komited
Guru adalah agen keberkesanan pendidikan. Sebaik manapun sistem pendidikan
dibina dan dicipta namun sekiranya agen tidak dapat melaksanakannya dengan
efektif atau tidak komited, maka matlamat asal sistem pendidikan tersebut tidak
akan dapat dicapai. Kejayaan dan keberkesanan setiap dasar pendidikan yang
digubal sangat bergantung kepada bagaimana sistem tersebut dilaksanakan. Ia
Kejayaan ini pula berkait rapat dengan rasa tanggungjawab, komitmen,
kemahiran dan keikhlasan pelaksana itu iaitu guru.

Sebelum memulakan pengajaran, kita tentunya akan membuat perancangan dari
segi kandungan, objektif pengajaran, strategi dan kaedah, aktiviti dan alat bantu
mengajar yang sesuai.

Kita juga akan membantu pelajar yang bermasalah bukan sahaja dari segi
akademik malah emosi hinggalah kadang-kadang dari segi ekonomi juga.

Renungkan sejenak bagaimana guru anda dahulu menangani masalah
tingkah laku di dalam bilik darjah anda.

(a) Apakah kesan tindakan itu terhadap pelajarnya?

(b) Adakah anda rasa tindakan guru anda itu betul?
AKTIVITI 2.5
TOPIK 2 GURU PROFESIONAL W

53
Seorang guru yang komited akan merancang dan mengurus pengajarannya
dengan berkesan.

Ciri-ciri guru yang komited adalah seperti berikut:

(a) Merancang Pengajaran
Anda merancang untuk menentukan hasil pembelajaran, pemeringkatan isi
pelajaran, penentuan strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran
serta pemilihan dan pengurusan bahan pengajaran dan pembelajaran.

(b) Melaksanakan Pengajaran di dalam Bilik Darjah dengan Berkesan
Anda akan menyusun langkah-langkah yang bermula dari set induksi yang
menarik dan pelbagai. Langkah-langkah pengajaran mesti sesuai dengan
objektif pembelajaran. Langkah tersebut perlu dimasukkan elemen nilai
tambah seperti berikut:

(i) Pelbagai kecerdasan;
(ii) Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif;
(iii) Kemahiran meramal masa depan;
(iv) Pembelajaran koperatif dan kolaboratif; dan
(v) Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi.

(c) Menggunakan Pelbagai Strategi untuk Menarik Minat Pelajar
Dalam menangani perbezaan individu yang pelbagai, guru perlu memilih
strategi yang bersesuaian dengan kehendak pelajar seperti:

(i) Berpusatkan pelajar Contoh: aktiviti kumpulan, individu,
penerokaan
(ii) Berpusatkan bahan Contoh: penggunaan bahan multimedia,
penggunaan komputer, persekitaran, makmal dan sebagainya.
(iii) Berpusatkan guru Contoh: kuliah, tunjuk cara.

(d) Menilai Semula Pengajaran
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, penilaian formatif perlu
dilaksanakan untuk membolehkan guru menilai sama ada objektif yang
dirancang tercapai atau tidak. Ini juga membantu guru membuat penilaian
kendiri.


X TOPIK 2 GURU PROFESIONAL


54
(e) Memberikan Bimbingan Akademik dan Sahsiah kepada Pelajar
Selepas membuat penilaian, sekiranya didapati masih terdapat pelajar yang
tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar atau pelajar lembam maka
bimbingan secara berterusan perlu dilaksanakan. Aktiviti pemulihan perlu
disediakan, sesuai dengan aras pencapaian mereka. Begitu juga dengan
pelajar-pelajar yang pintar cerdas, mereka memerlukan pengayaan supaya
tidak bosan dengan aktiviti pengajaran guru.

(f) Menjalin Hubungan Baik dengan Ibu Bapa Pelajar
Selain daripada hubungan yang terjalin menerusi Persatuan Ibu Bapa Guru
(PIBG), setiap guru patut cuba menjalin hubungan secara profesional
dengan ibu bapa setiap pelajar. Dengan ini kita dapat mengenali latar
belakang pelajar kita secara lebih tepat. Perbincangan yang menjurus ke
arah peningkatan prestasi dan sahsiah pelajar dapat dilaksanakan dari
semasa ke semasa.

(g) Mengenali Setiap Pelajar dari Segi Latar Belakang dan Tahap Pencapaian
Sebagai guru kita perlu mengenali setiap orang pelajar di bawah jagaan
kita. Seorang guru yang tidak mengambil berat berkenaan kebajikan pelajar
mungkin akan menjadi guru yang kurang didekati oleh pelajarnya.
Mengingati nama pelajar dalam kelas merupakan satu prasyarat untuk
guru mendekatkan diri dengan pelajarnya.

(h) Mematuhi dan Melaksanakan Arahan-arahan Pihak Sekolah
Setiap sekolah mempunyai peraturannya sendiri yang wajib dipatuhi oleh
setiap warganya daripada guru hinggalah kepada pelajarnya. Di sini guru
memainkan peranan penting memastikan peraturan sekolah dipatuhi oleh
setiap pelajar. Guru akan dijadikan contoh oleh pelajar di dalam mematuhi
peraturan ini.







1. Secara berpasangan bincangkan apakah yang dimaksudkan dengan
peribahasa jika guru kencing berdiri murid kencing berlari.

2. Apakah implikasinya kepada masyarakat?
AKTIVITI 2.6
TOPIK 2 GURU PROFESIONAL W

55
(i) Mengurus dan Melaksanakan Aktiviti Kokurikulum Seperti yang Diarahkan
Pelajar kita bukan sahaja didedahkan dengan mata pelajaran akademik di
sekolah, mereka juga diwajibkan mengikuti aktiviti kokurikulum seperti
permainan, persatuan dan unit beruniform. Jadual 2.2 menunjukkan
contoh-contoh aktiviti kokurikulum di sekolah.

Jadual 2.2: Contoh Aktiviti Kokurikulum di Sekolah
Permainan Bola Sepak Badminton Karum (Carrom)
Persatuan atau
Kelab
Persatuan Bahasa
Persatuan Seni
Budaya
Kelab Koir
Unit Beruniform
Pergerakan Puteri
Islam Malaysia
Tunas Kadet
Remaja
Pengakap Muda

Siapakah yang akan membimbing mereka di dalam aktiviti kokurikulum
ini kalau bukan guru?

Jadi adalah menjadi sebahagian daripada tugas kita untuk mengurus dan
melaksanakan aktiviti kokurikulum ini.

(j) Berkolaborasi dengan Rakan Sejawat
Setiap orang guru akan berkolaborasi dengan rakan sejawat dalam panitia
masing-masing. Pelbagai cara kolaborasi dijalankan seperti menyediakan
rancangan tahunan, agihan tugasan dari segi penggubalan soalan begitu
juga dengan penyediaan bahan-bahan bantu mengajar.

Kolaborasi juga dapat dilaksanakan dengan rakan sejawat jika seorang
guru merancang untuk membuat kajian berkenaan masalah yang
dihadapinya yang berkaitan dengan pencapaian pelajar dan lain-lain lagi.

(k) Kesediaan Membuat Refleksi
Guru yang komited akan membuat refleksi setiap kali berakhirnya
pengajaran di bilik darjah. Guru perlu memikirkan apakah kelemahan yang
perlu diperbaiki dan kelebihan yang perlukan penambahbaikan.

(l) Kesediaan Mengikuti Kursus-kursus Peningkatan Ilmu
Ilmu adalah sesuatu yang dinamik. Seorang guru yang komited terhadap
tugasnya sentiasa bersedia untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan
kemahiran sesuai dengan perkembangan semasa.

Terdapat banyak kursus-kursus peningkatan profesionalisme anjuran
sekolah yang dilaksanakan secara dalaman, kursus anjuran Jabatan
Pelajaran Negeri atau pun bahagian-bahagian lain dalam Kementerian
X TOPIK 2 GURU PROFESIONAL


56
Pelajaran. Guru-guru yang menghadiri kursus ini patut melaksanakannya
di dalam tugas mereka.

Bagi kursus peningkatan dalam perkhidmatan yang dianjurkan oleh
kementerian, guru-guru yang terpilih akan mengikutinya dalam tempoh
yang tertentu sama ada selama beberapa minggu ataupun setahun.

Contohnya:

(i) Kursus dalam Perkhidmatan 14 Minggu (KDP 14 Minggu) kerjasama
antara Kementerian Pelajaran dengan OUM; dan

(ii) Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) satu tahun.

x Ciri-ciri yang dimiliki oleh seorang guru profesional adalah:
Mempunyai latihan ikhtisas dalam perguruan;
Mempunyai autonomi dalam menentukan kaedah mengajar;
Menjadi ahli kesatuan dan mempunyai kod etika;
Menyedari perkhidmatannya adalah penting kepada negara; dan
Merupakan guru pakar dalam pendidikan.

x Seorang guru harus menunjukkan sikap-sikap profesional seperti berilmu,
berdedikasi, kreatif, beretika, berketerampilan, integriti, kejujuran.

x Guru-guru haruslah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan
(gotong-royong); kerap berkomunikasi dengan ibu bapa, menjaga kebajikan
murid-murid supaya mereka dihormati oleh masyarakat.

x Guru berperanan sebagai agen perubahan dalam proses membentuk masa
depan negara kerana gurulah yang bertanggungjawab mencurahkan ilmu
kepada pelajar yang akan membantu mereka meningkatkan gaya hidup
mereka.

x Antara ciri-ciri guru yang baik adalah merancang pengajaran, melaksanakan
pengajaran di dalam bilik darjah dengan berkesan, melaksanakan pengajaran
di dalam bilik darjah dengan berkesan, menjalin hubungan baik dengan ibu
bapa pelajar dan sebagainya.
TOPIK 2 GURU PROFESIONAL W

57

Autonomi
Kemahiran Interpersonal Potensi
Keperluan asas
Mentor
Role model
Unsur paralinguistik

Profesion perguruan hari ini banyak cabarannya, guru bukan sahaja diminta
memenuhi ekpektasi masyarakat iaitu ibu bapa malah juga memenuhi kehendak
sekolah di samping menguruskan disiplin pelajar.

1. Bincangkan LIMA cabaran yang dihadapi oleh guru hari ini.
(5 markah)

2. Berikan contoh yang sesuai.
(5 markah)

3. Berikan cadangan anda bagaimana cabaran-cabaran itu harus ditangani.
(10 markah)

Anda mungkin juga menyukai