Anda di halaman 1dari 18

PENGENALAN

Topik ini adalah tentang kesedaran dan kepentingan deria yang dianugerahkan
Tuhan kepada setiap insan untuk mengetahui, memahami dan mengenalpasti
apa yang terdapat di sekelilingnya. Dengan menggunakan deria, pelajar akan
mendapat kefahaman yang jelas tentang sesuatu perkara atau aktiviti yang
dilakukannya. Untuk itu, kefahaman tentang deria adalah penting. Deria terdiri
daripada pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelima-lima deria ini
adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual.
PERKEMBANGAN KEPEKAAN DERIA
Perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir
hingga peringkat kematangan. Faktor-faktor perkembangan manusia banyak
dipengaruhi oleh baka dan persekitaran yang berada di sekeliling mereka. Untuk
itu, perkembangan kematangan deria adalah penting dalam mempertingkatkan
lagi perkembangan diri setiap individu.

3.1
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
3
DeriadanSeni

3

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenalpasti perkembangan keperluan deria dalam diri pelajar;
2. Menyatakan kepentingan deria dalam persekitaran pelajar;
3. Menjelaskan kepentingan deria dalam proses pengajaran dan
pembelajaran;
4. Menjelaskan aktiviti-aktiviti yang dialami oleh pelajar melalui deria;
dan
5. Membincangkan penggabungjalinan aktiviti berdasarkan kepada
penggunaan kemahiran deria.
HASIL PEMBELAJARAN
TOPIK 3 DERIA DAN SENI


43
Pelajar mula mendapat kematangan dalam perkembangan kepekaan deria
semasa ia masih bayi lagi iaitu ketika berumur 0-2 tahun. Ketika ini, kanak-kanak
telah mula memperoleh koordinasi dan kawalan otot. Mereka mula mengenal
objek dalam alam sekitar melalui organ deria dan tangan. Penglihatan dan
pendengaran mula berkembang secara perlahan-lahan dan mula matang ketika
berumur 6-12 tahun. Ketika inilah pelajar mula mendapat perkembangan
kepekaan derianya.

Deria dan seni membolehkan individu meneroka alam sekelilingnya dan ini
merupakan satu proses yang berterusan. Aktiviti-aktiviti seni dapat membantu
naluri ingin tahu seseorang melalui eksplorasi dan eksperimentasi dengan
menggunakan deria.

Melalui aktiviti-aktiviti seni, pelajar boleh berinteraksi secara langsung dengan
persekitaran dan belajar mengembangkan kebolehan mereka untuk membuat
pertimbangan yang baik melalui pengalaman yang diperolehi.
3.1.1 Sentuhan
Sentuhan biasanya dilakukan dengan menggunakan jari. Ini merupakan aspek
perkembangan psikomotor yang mula-mula diperolehi oleh kanak-kanak
sebelum kanak-kanak itu mula berbahasa. Melalui sentuhan, pelajar akan dapat
melaksanakan pelbagai aktiviti. Contohnya, dalam aktiviti seni visual, pelajar
akan menggunakan jarinya untuk melukis gambar di atas kertas atau kanvas.
Manakala di dalam muzik, pelajar akan cuba mencipta satu corak irama yang
berbeza apabila mendengar sesebuah lagu. Ini adalah kerana pelajar
(terutamanya kanak-kanak) suka membuat improvisasi atau mengubahsuai
suatu perkara baru. Manakala di dalam pergerakan pula, mereka akan dapat
mengetahui aras atau ruang, sama ada tinggi, rendah, sederhana, dekat atau
jauh.

Deria sentuh mula berkembang ketika masih bayi lagi. Melalui sentuhan ibu,
kanak-kanak akan berhenti menangis dan melalui sentuhan juga kanak-kanak
akan berasa selamat.

TOPIK 3 DERIA DAN SENI

44
3.1.2 Dengar

Mendengar melibatkan deria telinga. Aktiviti yang dijalankan untuk deria ini
lebih tertumpu kepada persoalan: apa yang mereka dengar? Contohnya, aktiviti
seni visual yang dilakukan adalah berdasarkan apa yang telah didengarnya
ketika dia melukis. Begitulah juga dalam aktiviti muzik. Contohnya, mereka
akan cuba mencipta bunyi berdasarkan apa yang didengar. Dalam bidang
pergerakan, pelajar akan tahu dan dapat membuat interpretasi dan bergerak
sama ada cepat atau lambat.
3.1.3 Lihat

Melihat menggunakan deria mata melibatkan pengamatan dan pemerhatian.
Berdasarkan maklumat yang datang melalui deria mata, seseorang akan dapat
mengalami pelbagai jenis warna, bentuk, ruang dan jalinan. Manakala bagi orang
buta, dia hanya melihat dengan melatih otaknya untuk membuat tafsiran
berdasarkan pengalaman seni tampak yang telah dialaminya.

Pemahaman tentang warna membolehkan pelajar mengetahui ciri-cirinya dan
seterusnya tahu untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam pendidikan seni
visual. Dengan melihat juga, pelajar dapat meningkatkan lagi kecerdasan ruang
iaitu melihat dunia visual-spatial dengan lebih tepat.
TOPIK 3 DERIA DAN SENI


45
3.1.4 Rasa
Rasa merupakan gerak hati atau kata hati pelajar. Dengan menggunakan deria
ini, pelajar akan dapat membuat sesuatu persepsi dengan tepat. Persepsi
bermaksud seseorang membuat interpretasi atau memberi makna kepada
rangsangan yang diterima oleh derianya. Seterusnya, apabila maklumat itu
dirasakan penting, individu akan membentuk konsep daripadanya. Ahli
psikologi gestalt merumuskan bahawa dalam persepsi, manusia akan cenderung
mempersepsi sesuatu secara keseluruhan daripada bahagian-bahagian yang
menjadi keseluruhan. Segala apa yang dilakukannya adalah mengikut
pengalaman ekspresinya. Di dalam seni visual, pelajar akan dapat meluahkan
perasaan melalui pengalaman yang telah diperolehinya apabila membuat
sesuatu aktiviti seni. Apabila mendengar muzik, secara tidak langsung kakinya
akan bergoyang. Ini adalah disebabkan oleh rangsangan daripada jenis mud
muzik tersebut. Begitu juga dalam aktiviti pergerakan. Terdapat rangsangan
apabila mendengar muzik dan secara tidak sedar kita akan melakukan
pergerakan.

Terdapat dua prasyarat bagi pembelajaran jenis ini:
(a) Pelajar mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti
pembelajaran.
(b) Dalam proses pembelajaran, pengetahuan yang sedia ada dalam struktur
kognitif pelajar harus digunakan untuk mengaitkannya dengan pelajaran
baru.
3.1.5 Hidu
Hidu lebih menekankan aspek penanggapan. Penanggapan tidak berlaku secara
semulajadi. Sebaliknya, guru harus merancang strategi untuk menyerapkan
unsur ini dalam pengajarannya. Ini boleh dilakukan dengan cara-cara berikut:
(a) Kebolehan Mental Pelajar
Faktor ini penting untuk memastikan setiap pelajar mendapat
pembelajaran optimum mengenai konsep yang diajar oleh guru.
(b) Pendekatan Pengajaran
Guru perlu merancang strategi pengajaran yang hendak digunakan
olehnya untuk membentuk penanggapan yang baik. Antaranya ialah:
(i) Pendekatan Inkuiri Penemuan
Pelajar mencari maklumat sendiri mengenai konsep melalui situasi
penyelesaian masalah. Pelajar akan berfikir dan menaakul secara
TOPIK 3 DERIA DAN SENI

46
mental dengan menggunakan organ deria untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan
bukan sebagai pemberi jawapan yang sebenar.
(ii) Pendekatan Resepsi
Guru menyampaikan maklumat mengenai konsep secara langsung
dengan bergantung kepada pelajar.
(iii) Pendekatan Deduktif
Guru menghuraikan prinsip dan ciri-ciri penting dalam sesuatu
konsep dengan diikuti contoh-contoh spesifik yang mengukuhkan
konsep tersebut.


AKTIVITI 3.1
Jelaskan kepentingan deria terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran.
KEPENTINGAN KEPEKAAN DERIA 3.2
Kepekaan deria adalah penting kerana ia dapat membantu kita membentuk satu
persepsi menyeluruh. Persepsi ini juga dipanggil pengamatan. Untuk itu,
pancaindera manusia yang mengandungi mata, telinga, hidung, lidah dan kulit
akan menerima maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalam
persekitarannya (sila lihat Rajah 3.1).
TOPIK 3 DERIA DAN SENI


47

Rajah 3.1: Proses ringkas pengamatan dan persekitaran
3.2.1 Persekitaran
Persekitaran memainkan peranan penting dalam meningkatkan lagi
perkembangan deria pelajar. Pelajar yang dikelilingi persekitaran sosial yang
mendorong akan menjadi seorang pelajar yang sentiasa bermotivasi. Jika tidak,
yang sebaliknya akan berlaku. Untuk itu, guru bertanggungjawab untuk
menyediakan sebuah bilik khas untuk pendidikan seni visual sebagai usaha
untuk menyediakan persekitaran yang menarik di sekolah.

Pengurusan bilik seni merupakan satu perkara utama dalam konteks proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru Pendidikan Seni
Visual hendaklah memainkan peranan penting dalam perkara ini. Guru
Pendidikan Seni hendaklah sentiasa bekerjasama dengan guru-guru seni yang
lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam Bilik Seni.

Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi
sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh
masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, guru seni hendaklah
cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang
sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni.
TOPIK 3 DERIA DAN SENI

48
Mewujudkan iklim bilik pendidikan seni visual yang kondusif merupakan
tanggungjawab guru demi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tugas harian.
Aspek-aspek keselamatan dalam pengajaran dan pembelajaran juga perlu
dititikberatkan. Selain daripada itu, guru juga dikehendaki mengenalpasti sumber
pengajaran dan pembelajaran dengan memberi pertimbangan terhadap pengutaraan
tampak kanak-kanak.

Pengetahuan tentang pengurusan bilik Pendidikan Seni Visual adalah penting kerana
ia dapat membantu meningkatkan tahap kecemerlangan kanak-kanak. Antaranya
ialah:

(a) Aspek Fizikal
(i) Cahaya
Bilik hendaklah mendapat cahaya yang sesuai, sama ada cahaya semula
jadi atau cahaya daripada lampu. Cahaya juga seharusnya dapat
menerangi ruang bilik darjah.
(ii) Peredaran Udara
Bilik darjah harus mempunyai peredaran udara yang baik untuk
menimbulkan suasana pembelajaran dan keselesaan pelajar.
(iii) Stor
Bilik darjah perlu ada tempat penyimpanan alat, bahan dan hasil kerja
murid, sama ada dalam bilik stor atau almari.
(iv) Panel dan Rak Pameran
Setiap bilik disediakan dengan kelengkapan dan ruang pameran untuk
tujuan mempamerkan hasil kerja murid.
(v) Perabot
Kerusi dan meja yang dilengkapkan dalam bilik darjah hendaklah sesuai
dengan semua aktiviti pendidikan seni yang dijalankan dari segi saiz dan
jumlah murid.
(vi) Kemudahan Asas
Sinki dan punca elektrik diubahsuai agar dipasang pada tempat yang
sesuai di mana banyak aktiviti pendidikan seni visual dilakukan.
(b) Aspek Emosi
(i) Hiasan Dalaman
Susun atur perabot, peralatan dan hiasan yang sesuai dalam bilik darjah
dapat membantu suasana pengajaran dan pembelajaran serta
menggalakkan lagi interaksi pelajar.


TOPIK 3 DERIA DAN SENI


49
(ii) Ruang
Jumlah perabot dan peralatan yang bersesuaian dengan ruang bilik darjah
dapat menimbulkan suasana pengajaran pembelajaran yang selesa dan
kondusif supaya dapat merangsangkan pembelajaran pelajar.
(iii) Peragaan Hasil Kerja
Menyediakan ruang dan kelengkapan yang sesuai untuk memperagakan
hasil kerja pelajar. Langkah ini dapat membina keyakinan dan kepuasan
pelajar dalam menghasilkan kerja seni.

(c) Aspek Sosial
(i) Interaksi Murid
Murid dapat bergerak secara bebas dalam bilik darjah. Ruang yang
disediakan dalam bilik darjah dapat menggalakkan interaksi antara
murid-murid serta interaksi antara murid dan guru.
(ii) Kemudahan Aktiviti Kumpulan
Menyediakan ruang dalam bilik darjah supaya aktiviti kumpulan dapat
dijalankan dengan berkesan.

Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya seperti:
Unsur Seni
Menggambar/Melukis
Warna
Lukisan Alam Semula Jadi
Seni huruf dan sebagainya

Di dalam pengurusan bilik seni, aspek-aspek berikut harus diberi perhatian
sewajarnya:
Keselamatan
Kebersihan
Susunan perabot
Pameran hasil kerja
Kelengkapan bilik seni
Pengagihan tugas
Pengumpulan alat/bahan
Jadual waktu penggunaan bilik seni
TOPIK 3 DERIA DAN SENI

50
Pengurusan bilik seni haruslah melibatkan pelajar dengan tujuan memupuk
sikap bertanggungjawab dan berdisiplin.

Pelan Bilik Pendidikan Seni Visual
Contoh pelan bilik khas seni (ilustrasi) yang disertakan menunjukkan keadaan
sebuah bilik seni yang ideal (sila rujuk Rajah 3.2):

Rajah 3.2: Contoh pelan bilik seni visual
TOPIK 3 DERIA DAN SENI


51
Faktor yang Mempengaruhi Kebolehan Kepekaan Deria dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran, ialah:
(a) Jangkaan (rajah)
(b) Hubungan latar depan dan belakang
(c) Penumpuan
(d) Tempoh masa
(e) Tugasan jelas
(f) Pengalaman
(g) Susunan objek
3.2.3 Perkembangan Nilai Estetika
Proses estetik dan daya kreativiti pelajar dapat dibahagikan kepada empat iaitu:
(a) Daya Intuisi
Merupakan proses individu melalui penajaman daya intuisi.
(b) Persepsi
Persepsi merupakan satu proses kesedaran dan reaksi individu terhadap
rangsangan dalam alam persekitaran. Ia juga merupakan proses
menginterpretasi maklumat yang diterima oleh organ-organ deria manusia.
Contohnya, apabila anda terhidu minyak wangi, otak anda akan membuat
persepsi dan mengaitkannya dengan seorang wanita atau bunga.

Pada peringkat ini, pancaindera manusia (mata, telinga, hidung, lidah dan
kulit) akan menerima maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalam
persekitaran. Kemudian, semua utusan dan rangsangan ini dihantar ke
otak melalui sistem saraf. Contohnya, apabila seseorang individu
mendapat rangsangan dalam bentuk bunyi siren ambulan, bunyi ini
diamati melalui deria dengar dan dihantar ke otak untuk diproses.
Faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi:
(i) Jangkaan
(ii) Hubungan latar depan dan belakang
(iii) Penumpuan
TOPIK 3 DERIA DAN SENI

52
(iv) Tempoh masa
(v) Tugasan jelas
(vi) Pengalaman
(vii) Susunan objek

(c) Imaginasi
Merupakan daya khayalan atau kemampuan menggambarkan sesuatu di
dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan atau bayangan.

(d) Konsepsi Pelajar
Proses konsepsi pelajar atau pembentukan konsep adalah untuk
menyesuaikan maklumat dalam rangsangan untuk membina perhubungan
yang mempunyai perkaitan dalam bentuk konsep. Konsep boleh
dihuraikan sebagai satu idea yang spesifik tentang peristiwa atau
fenomena, sama ada maujud atau abstrak yang mempunyai ciri-ciri yang
khusus. Contohnya, konsep reptilia merujuk kepada sekumpulan haiwan
yang mempunyai ciri-ciri berikut:
(i) Berkulit keras
(ii) Hidup di air atau di darat
(iii) Menetas telur

Dengan ini, pelajar diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual,
meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu
mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan.
Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang
iaitu menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat
binaan dan kraf tradisional. Murid dilatih untuk melihat sesuatu dengan
perspektif yang lebih luas, sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek
gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat diterapkan dengan
penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan,
terutama dalam meningkatkan nilai hidup. Murid akan didedahkan dengan ilmu
seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya
menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.
AKTIVITI 3.3
Untuk memastikan bahawa deria dapat berfungsi dengan baik dalam kelas Seni
dalam Pendidikan, aktiviti-aktiviti hendaklah selalu dijalankan untuk
memastikan kefahaman tentang seni itu meningkat.

TOPIK 3 DERIA DAN SENI


53
Jadual 3.1 menyenaraikan beberapa aktiviti berdasarkan kepekaan deria:

Jadual 3.1: Contoh Aktiviti Kepekaan Deria Sentuh
MASA
DERIA
EKSPRESI
MELALUI
SENI SUBUH
TENGAH
HARI
MALAM
Sentuh
(Apa yang
anda sentuh)

Seni Visual
(lukis gambar)
Gambar macam
biasa, terdapat
banyak idea
Gambar macam
biasa, idea
kurang
Gambar macam
biasa, idea
banyak
Muzik
(Cipta irama
yang berbeza)
Corak irama
yang
menyegarkan
Corak irama
yang segar
Corak irama
yang lembut
Pergerakan
(Aras: Tinggi,
sederhana dan
rendah)
Pergerakan aras
sederhana dan
ruang yang
dekat
Pergerakan aras
tinggi dan
ruang yang
jauh atau luas
Pergerakan
yang rendah
ruang yang
dekat

Huraian Aktiviti di atas:
Untuk ekpresi melalui seni visual gambar yang dilukis, ia tetap sama tidak
mengira waktu. Perbezaan yang ada cuma dari segi kreativiti atau luahan
perasaan ketika melukis. Melukis pada waktu subuh dan malam memungkinkan
banyak idea datang kerana keadaannya sunyi. Ini berbeza dengan waktu tengah
hari kerana keadaan bising dan aktiviti sibuk menyebabkan kurangnya
tumpuan.

Di dalam muzik pula, corak irama yang dilakukan pada waktu subuh seboleh-
bolehnya biarlah corak irama yang menyegarkan atau aktif. Ini kerana pada awal
pagi, pelajar akan dirangsang dengan muzik yang aktif supaya mindanya
menjadi aktif. Untuk itu, corak irama yang sesuai adalah seperti rentak march.
Berbanding dengan waktu malam, pelajar mula mengantuk dan bersedia untuk
tidur. Maka corak irama yang sesuai adalah seperti asli, masri, slow rock dan
sebagainya. Lagu yang sesuai pula adalah lagu yang mendayu-dayu atau lagu
yang mempunyai mud yang lembut.
TOPIK 3 DERIA DAN SENI

54
Manakala dalam pergerakan pula, pada masa subuh pergerakan yang dilakukan
adalah bercorak sederhana kerana baru bangun dari tidur. Berbanding dengan
masa tengah hari, pergerakan yang dilakukan berada pada aras tinggi iaitu masa
yang aktif.


AKTIVITI 3.2
Berdasarkan Jadual yang diberikan, cuba lakukan penerokaan
berdasarkan deria yang telah ditetapkan.
MASA
DERIA
EKSPRESI
MELALUI
SENI
TENGAH
HARI
MALAM SUBUH
Mendengar
(Apa yang
anda dengar)


Seni Visual
(lukis gambar)

Muzik
(cipta bunyi)

Pergerakan
(bergerak
cepat dan
lambat)


3.3.1 Mengalami Melalui Deria
Semua aktiviti yang dilaksanakan perlulah diolah untuk menajamkan lagi
pengalaman deria pelajar. Untuk itu, aktiviti-aktiviti hendaklah dilakukan
seberapa kerap yang boleh bagi memastikan deria semakin matang.
TOPIK 3 DERIA DAN SENI


55
3.3.2 Penggabungjalinan
Penggabungjalinan bermaksud proses mengintegrasikan berbagai-bagai
kemahiran untuk menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh.
Melalui penggabungjalinan ini, pelbagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran
dapat disampaikan secara harmoni dan bersepadu. Penggunaan
penggabungjalinan ini dapat mengelakkan kebosanan terhadap sesuatu
pelajaran berbanding jika hanya satu kemahiran sahaja yang diajarkan.

Di samping itu, pelajar akan dapat menguasai kemahiran secara bersepadu
seperti yang dialami dalam kehidupan mereka. Misalnya, dalam aktiviti
mewarna, mereka perlu menggunakan kemahiran mendengar, melihat,
menyentuh dan sebagainya. Melalui strategi penggabungjalinan ini, pelbagai
kemahiran dapat saling memperkukuhkan antara satu sama lain.

Rajah 3.3: Penggabungjalinan kemahiran-kemahiran





TOPIK 3 DERIA DAN SENI

56
Ciri-ciri Penggabungjalinan
Berdasarkan Rajah 3.3, beberapa ciri penggabungjalinan dapat dikenalpasti dan
dinyatakan seperti berikut:

(a) Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran yang terdapat dalam satu-satu
kemahiran.

Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu kemahiran melibatkan
kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis,
mewarna dan kemahiran asas yang lain. Dengan ini, proses pengajaran dan
pembelajaran akan menjadi lebih bermakna, menyeronokkan,
meningkatkan motivasi pelajar serta lebih berkesan.

Di samping itu, kemahiran-kemahiran ini boleh dikategorikan kepada dua
kategori iaitu:

(i) Kemahiran Fokus
Kemahiran utama yang hendak disampaikan sebagai yang terdapat
dalam objektif pengajaran dan pembelajaran.
(ii) Kemahiran Sampingan
Kemahiran yang digabungjalinkan dipilih berdasarkan kaitannya
dengan kemahiran fokus. Kemahiran ini dapat membantu
meningkatkan lagi penguasaan kemahiran fokus di samping
menjadikan pengajaran guru lebih bererti dan menarik.

Rajah 3.4 menunjukkan satu contoh penggabungjalinan kemahiran.


Kata Kunci:
A: Alat
N: Nyanyian
G: Gerakan
Rajah 3.4: Penggabungjalinan kemahiran dalam pendidikan muzik
TOPIK 3 DERIA DAN SENI


57
(b) Proses penggabungjalinan berlaku di antara kemahiran yang berkaitan
secara bersepadu dan menyeluruh.
(i) Penggabungjalinan Kemahiran Secara Merentas Kurikulum
Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum adalah
melibatkan kemahiran-kemahiran seperti berikut:
Kemahiran belajar untuk belajar
Kemahiran membaca pantas, mencari dan memilih maklumat,
merujuk, membuat nota, menulis ringkasan, berkomunikasi di
khalayak ramai dan sebagainya diberi penekanan dan
disepadukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
Pelajar akan berupaya untuk mengenal pasti fakta, andaian serta
idea yang berkemungkinan membawa kepada perubahan positif.
Pemikiran kritis juga membolehkan pelajar menganalisa sesuatu
persoalan dan seterusnya mencari jalan untuk membuat
penyelesaian yang tepat. Pelajar juga akan berfikiran kreatif dan
mampu untuk menjana idea atau pemikiran baru, mengeluarkan
cadangan, membina jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah
dan membolehkan seseorang untuk menghasilkan satu produk
atau inovasi baru.
Kemahiran pelbagai kecerdasan
Bagi kemahiran pelbagai kecerdasan, Howard Gardner telah
menyenaraikan lapan kecerdasan yang pelbagai:
Kecerdasan bahasa
Kecerdasan logik-matematik
Kecerdasan muzik
Kecerdasan ruang
Kecerdasan kinestetik
Kecerdasan interpersonal
Kecerdasan intrapersonal
Kecerdasan naturalistik

Jika usaha memperkembangkan pelbagai kecerdasan yang ada
pada pelajar berjaya dilaksanakan, ia akan dapat melahirkan
individu yang holistik, seimbang dan harmonis.


TOPIK 3 DERIA DAN SENI

58
Kemahiran generik
Ini termasuklah kemahiran berkomunikasi dengan berkesan,
mahir dalam penggunaan teknologi, kebolehan membuat
perancangan dan mengelolakan aktiviti, mampu melakukan kerja
dalam kumpulan, berupaya untuk menyelesaikan masalah,
berkebolehan mengurus, memilih dan menganalisis maklumat,
berkebolehan menggunakan idea dan teknik matematik,
kebolehan memahami budaya, dan mempunyai literasi maklumat.
Ini mampu untuk menyediakan satu generasi yang akan menjadi
pekerja yang cekap, mahir dan berketrampilan di tempat kerja dan
alam pekerjaan di samping mengekalkan budaya dan etika yang
baik.

(ii) Kebaikan Penggabungjalinan dalam Pengajaran
Terdapat beberapa kelebihan jika penggabungjalinan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran terlaksana.

Antara kebaikan tersebut ialah:
Sebagai pengukuhan kepada kemahiran yang telah diperolehi
daripada mata pelajaran lain.
Kemahiran sampingan yang terdapat dalam penggabungjalinan
dapat membantu penguasaan kemahiran fokus seperti yang
dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran.
Pelajar berpeluang untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran
yang perlu dalam kehidupan.
Penggabungjalinan berupaya menimbulkan suasana pembelajaran
yang menarik dan mengelakkan kebosanan.
Menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan pelajar
secara seimbang, harmonis dan bersepadu.


1. Apakah itu penggabungjalinan?
2. Apakah kelebihan-kelebihan penggabungjalinan sesuatu
matapelajaran yang diajar?

SEMAK KENDIRI 3.1
TOPIK 3 DERIA DAN SENI


59

Deria dan seni lebih tertumpu kepada kepekaan deria terhadap
perkembangannya.
Di samping itu, pengaruh persekitaran dan pengalaman juga dapat
mempertingkatkan lagi ketajaman sesuatu deria dan perkembangannya
terhadap nilai-nilai estetika.
Aktiviti-aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan secara tidak langsung
melatih deria mengalami pelbagai peristiwa. Dengan mengadakan
penggabungjalinan aktiviti, kefahaman terhadap bidang Seni dalam
Pendidikan dapat dipertingkatkan lagi.

1. Nyatakan deria-deria manusia.
2. Jelaskan kepentingan deria terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan deria mata, bagaimanakah pengajaran dapat dijalankan,
terutamanya dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual?

Lowefeld, V., & Brittain W. L. (1986). Creative and mental growth. New York:
Macmillan.
Penny, S., Ford, R., Price, L., & Young, S. (2002). Teaching arts in the primary
schools. United Kingdom: Learning Matters Ltd.
Reiner, B., & Smith, R. A. (1992). The arts, education, and aesthetic knowing.
Chicago: The University of Chicago Press.
Schmeer, G. (1994). Movement improvisation in the words of a teacher and her
student. Illinois: Human Kinetics.
Shanahan, T., Robinson, B., & Schneider, M. (1995). Integrating curriculum. The
Reading Teacher, 48 (8), 718-719.

Anda mungkin juga menyukai