Anda di halaman 1dari 10

1.

0 PENDAHULUAN

Membaca Al-Quran dengan betul merupakan Ibadah. Mengamalkannya akan
memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Mempelajari ilmu Tajwid
merupakan fardhu kifayah dan membaca Al-Quran dengan bertajwid adalah
fardhu ain bagi setiap muslim. Sesunguhnya Al-Quran yang digunakan dengan
betul dapat mengisi fikiran dan jiwa dengan hikmah dan kemuliaan.

Mempelajari Ilmu tajwid bertujuan agar dapat memelihara lidah daripada
kesalahan menyebut ayat-ayat Al-Quran ketika membacanya serta menjaga lisan
dalam melafazkan setiap huruf dari makhrajnya memenuhi hak-hak setiap huruf.
Ilmu tajwid juga memberikan ruang kepada kita untuk mencapai kejayaan dan
kebahagiaan serta mendapat rahmat pada keredhaan Allah di dunia dan akhirat.
Dalil yang mewajibkan mempraktikkan tajwid dalam pembacaan Al-Quran:
Firman Allah SWT dari surah Al-Muzammil ayat 4 :
gE>4O4 4p-47O^- EOg>O> ^j
Maksudnya : Bacalah Al-Quran itu dengan Tartil ( bertajwid ).

Ayat ini jelas bahawa Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW
membaca Al-Quran yang diturunkan kepadanya itu dengan Tartil iaitu
mengelokkan sebutan setiap huruf-hurufnya yakni bertajwid. Maka ini
membuktikan bahawa Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah SAW adalah
pembacaan secara bertajwid.









1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Saya mengajar di Sekolah Kebangsaan Sungei Way, Petaling Jaya,
Selangor. Saya diberi tugas untuk mengajar tahun 3 Bakawali. Pada 5 Ogos 2014
saya telah mengajar bidang Al-Quran iaitu hukum tajwid yang bertajuk Alif Lam
Qamariah dan Alif Lam Syamsiah. Saya mengajar tajuk tersebut kepada murid-
murid kelas 3 Bakawali pada hari Isnin bermula dari jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi
iaitu selama satu jam. Setelah tamat sesi pembelajaran dan pengajaran maka
sempurnalah tajuk Alif Lam Qamariah dan Alif Lam Syamsiah yang perlu mereka
pelajari. Oleh itu saya telah mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid
sebagai latihan bagi mereka untuk saya menguji tahap kefahaman mereka
mengenai tajuk tersebut. Namun begitu, saya berasa amat kecewa kerana hasil
daripada keputusan latihan tersebut menunjukkan ramai murid saya yang yang
kurang menguasai tajuk ini. Dimana mereka tidaak dapat membezakan kalimah
antara Alif Lam Qamariah dan Alif Lam Syamsiah. Oleh itu, mereka tidak dapat
mengetahui apakah tanda yang menunjukkan perbezaan Alif Lam Qamariah dan Alif
Lam Syamsiah.

Hal ini membuatkan saya berasa sedih dan begitu kesal serta tidak berpuas
hati terhadap diri sendiri kerana tidak memberikan tunjuk ajar yang betul kepada
murid saya. Seringkali terdengar perkataan tak faham ya ustazah
macam mana nak buat . Rungutan-rungutan sebegini amat sinonim sekali
setiap kali pembelajaran Pendidikan Islam. Bagi saya mereka terlalu bergantung
kepada guru untuk memberi jawapan, mereka tidak ingin mencuba membuat sendiri.
Tetapi, saya tidak boleh menyalahkan mereka seratus peratus kerana mereka
mempunyai latar belakang keluarga yang kurang didikan agama, kurangnya
perhatian daripada ibubapa serta tidak ada kemudahan seperti khidmat orang
mengajar ilmu tajwid di tempat mereka yang membatasi pembelajaran mereka.

Saya pun menjawab .apalah awak ni yang tu pun tak boleh nak buat
senang saja kan tanpa memberi tunjuk ajar yang betul serta tidak prihatin
kepada masalah yang dihadapi murid-murid. Saya kembali merenung semula di
mana silap saya ketika mengajar tajuk ini. Hasilnya, saya berasa hairan kerana saya
telah berusaha untuk menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik untuk
mereka. Saya telah melaksanakan aktiviti yang menarik yang mana saya
menganggap ia mampu membantu murid-murid saya menguasai tajuk ini. Namun,
apa yang saya peroleh hanyalah kehampaan yang membuatkan saya berasa
bahawa saya perlu memperbaiki semula amalan pembelajaran dan pengajaran saya
bagi tajuk ini agar murid-murid saya dapat menguasai tajuk ini dengan sebaiknya.

Saya bersungguh-sungguh ingin memastikan murid menguasai tajuk ini
kerana saya ingin mereka menyedari kepentingan hukum tajwid ketika membaca Al-
Quran. Saya ingin memupuk nilai ketika membaca Al-Quran hendaklah mengikut
hukum tajwid dengan betul supaya apa yang mereka baca akan mendapat pahala
dari Allah SWT. Dengan ini, secara tidak langsung murid-murid akan memupuk sifat
suka membaca Al-Quran. Pada pandangan saya dalam pembentukan diri dan
sahsiah murid, Al-Quran merupakan panduan hidup untuk setiap muslim serta dapat
membentuk jati diri murid dalam menjadi insan yang kamil. Hakikatnya, saya ingin
murid-murid menjadikan Al-Quran dengan bacaan yang betul sebagai tunjang utama
dalam kehidupan mereka. Bagaimana mereka membaca Al-Quran dengan bertajwid,
begitula cara mereka akan menjaga kehidupan berteraskan Al-Quran dan As-
Sunnah dalam kehidupan seharian.

Saya percaya bahawa sahsiah murid dapat dibentuk dengan baik sekiranya
mereka pembacaan Al-Quran mengikut hukum tajwid dengan sebaiknya. Saya
yakin, dengan penguasaan mempelajari hukum tajwid yang sering dianggap remeh
oleh orang lain mampu membentuk sifat teliti dan bersungguh-sungguh untuk
mempelajarinya dalam setiap perkara yang mereka lakukan dalam kehidupan
seharian mereka. Saya menyedari bahawa sikap tanggungjawab terhadap
kesempurnaan untuk mereka mempelajari hukum tajwid dapat membentuk murid-
murid yang bertanggungjawab terhadap perkara yang lain dalam kehidupan dan
menyedari tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah SWT memegang
tanggungjawab sebagai Khalifah di muka bumi ini.
Berdasarkan kepada kefahaman tersebutlah saya bersungguh-sungguh ingin
memastikan murid-murid saya memahami tajuk ini dengan sebaiknya. Saya ingin
mereka menjaga hukum tajwid ketika membaca Al-Quran dengan sebaiknya dan
dalam masa yang sama mengamalkan adab-adab ketika membaca Al-Quran.
Sebagai kesimpulannya, saya berasa amat bertanggungjawab sebagai seorang guru
untuk memastikan bahawa ilmu tajwid amat penting ketika membaca Al-Quran
supaya bacaan mereka dapat menghayatinya. Oleh itu saya akan menjalankan
kajian sebuah kajian dengan pendekatan simbol dengan menggunakan kad pintar
untuk membantu murid-murid saya mengingati perbezaan Alif Lam Qamariah dan
Alif Lam Syamsiah.

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN

Fokus kajian saya berkaitan dengan masalah murid-murid yang kurang
menguasai ilmu Tajwid terutamanya tajuk Alif Lam Qamariah dan Alif Lam Syamsiah
dimana mereka tidak dapat membezakan simbol untuk kalimah Alif Lam Qamariah
dan Alif Lam Syamsiah. Sehubungan dengan. itu, murid-murid tidak dapat mengenal
pasti simbol ( o ) sukun dan simbol ( w ) syaddah pada kalimah dalam ayat Al-
Quran.
Saya memilih isu ini kerana ianya amat penting untuk membantu
menyelesaikan masalah murid dalam mengenal simbol untuk membezakan Alif Lam
Qamariah dan Alif Lam Syamsiah. Sehubungan dengan itu ianya menepati kriteria-
kriteria pemilihan isu. Kriteria pertama adalah kebolehtadbiran. Kos untuk
melaksanakan penyelesaian dalam penambahbaikan amalan pembelajaran dan
pengajaran saya adalah murah murah dan mampu dibiayai oleh saya sendiri. Bahan
yang digunakan juga mudah diperolehi dan mudah dicari di pasaraya atau kedai
buku. Bahan tersebut juga tidak memerlukan bantuan daripada pegawai teknik untuk
dipasang dan hanya memerlukan tenaga guru sahaja dalam mengendalikannya.

Seterusnya adalah dari segi kepentingan isu ini. Seperti yang saya nyatakan
dalam refleksi pembelajaran dan pengajaran saya, isu ini adalah amat penting bagi
saya kerana membaca Al-Quran hendaklah menggunakan hukum tajwid dengan
betul. Dari aspek kebolehgunaan, bahan yang saya sediakan adalah bahan
berbentuk kad yang pastinya boleh digunakan berkali-kali dan mudah dibawa. Ia
juga selamat dan sesuai digunakan oleh murid-murid. Kad tersebut juga mudah
dibawa bersama sebuah kotak yang akan saya ubahsuai untuk melaksanakan
aktiviti penambaikan saya kelak. Selain itu, ia juga boleh diperbanyakkan oleh guru-
guru lain sekiranya amaaln penambahbaikan saya ini berjaya, maka mudah bagi
saya berkongsi bahan tersebut dengan guru-guru lain agar mereka juga dapat
memanfaatkannya dalam sesi pembelajaran dan pengajaran mereka.

Selain itu, dari aspek kebolehkawalan pula, bahan yang saya gunakan mudah
untuk dikendalikan. Saya sendiri mudah untuk menerangkan prosedur penggunaan
bahan tersebut. Bahan tersebut juga boleh digunakan oleh murid dengan mudah
dan saya mudah untuk mengawal murid kerana bahan yang saya sediakan tersebut
melibatkan hanya lima orang murid dalam satu-satu masa. Sekiranya ingin
digunakan untuk bilangan murid yang ramai, saya juga boleh menggunakan bahan
tersebutuntuk aktiviti berkumpulan. Saya telah memikirkan sedalam-dalamnya
sebelum merancang bahan yang saya akan sediakan dimana bilangan murid terlibat
merupakan perkara utama yang saya fikirkan agar tidak timbul masalah pergaduhan
atau ketidakpuashatian dalam kalangan murid.

Dari aspek kolaboratif pula, melalui isu ini saya dapat mewudkan jaringan
sosial dengan guru-guru lain untuk meminta pendapat mereka tentang idea saya.
Selain itu, saya juga perlu meminjam laminating machine guru-guru sekolah
tersebut memandangkan saya memerlukannya untuk menyediakan kad saya. Oleh
itu, saya perlu berhubung dengan mereka bagi meminta izin untuk
menggunakannya. Saya juga akan meminta pandangan daripada guru-guru
Pendidikan Islam yang lain tentang tajuk ini. Saya juga akan berkolaborasi dengan
rakan sekelas PPG saya utuk berbincang mengenai pelaksaan aktiviti pembelajaran
dan pengajaran saya dari masa ke semasa.

Selain itu aspek kerelevenan kepada sekolah pula, isu ini bersesuaian
dengan tajuk dalam Sukatan Pelajaran Tahun 3. Isu ini juga relevan dengan
keperluan dan kewajipan setiap individu ketika membaca Al-Quran secara bertajwid
dalam kehidupan seharian. Dalam masa yang sama, saya boleh menerapkan tajuk
ini ketika dalam program Majlis Tadarrus Al-Quran peringkat sekolah yang
sememangnya menjadi program tahunan disekolah anjuran Panitia Pendidkan Islam
bagi mencungkil bakat murid dalam pertandingan tilawah Al-Quran. Oleh itu, hasil
daripada kejayaan dalam pelaksanaan amalan penambahbaikan ini akan dapt
digunakan oleh murid-murid sehingga ke akhir hayat mereka.

Sehubungan dengan itu, isu yang telah saya pilih memenuhi kriteria-kriteria
pemilihan isu yang ditetapkan dan ini membuatkan saya berasa lebih yakin dan
bersedia untuk melaksanakan penambahbaikan dalam proses pembelajaran dan
pengajaran saya pada masa akan datang berdasarkan idea yang telah saya fikirkan
dan renungkan berdasarkan pemerhatian saya terhadap kegemaran kanak-kanak
sekolah rendah. Saya telah melakukan sedikit temubual terhadap beberapa orang
kanak-kanak tentang permainan yang mereka gemari. Berdasarkan temubual
tersebut, saya dapati bahawa kebanyakkan dari mereka menyukai permainan
berbentuk kad. Oleh kerana itulah dapat kita lihat pelbagai jenis kad permainan yang
dijual dipasaran. Selain itu, banyak jenis kad yang pelbagai bentuk dan warna yang
dapat menarik minat murid untuk bermain kad tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa
permainan kad sememangnya disukai oleh murid-murid. Berdasarkan kad-kad itulah
saya mendapat idea untuk menjalankan kajian tindakan saya kelak.

Berdasarkan fokus kajian saya untuk membantu murid-murid membezakan
simbol pada Alif Lam Qamariah dan Alif Lam Syamsiah pada kalimah, saya
mendapat satu peluang penambahbaikan melalui permainan kad. Saya kan
memikirkan cara untuk menyediakan bentuk kad yang sesuai untuk saya gunakan
dalam amalan penambahbaikan saya kelak.

Pada permulaanya, saya menyedari akan permasalahan ini apabila saya
menanda jawapan murid pada latihan di dalam buku tulis yang saya berikan. Saya
dapati terdapat hampir sepuluh orang murid yang tidak dapat menjawab soalan
tersebut dengan betul. Oleh itu, saya memilih lima orang sahaja daripada daripada
mereka untuk menjadi responden saya berdasarkan kepada jumlah kesilapan yang
paling banyak dilakukan oleh murid. Saya telah mengumpul data murid yang akan
saya jadikan responden saya dengan cara merujuk hasil jawapan mereka pada
lembaran kerja yang saya berikan. Melalui lembaran kerja tersebut, ia dapat
membuktikan bahawa isu ini sememangnya wujud dan masalah tersebut perlu
diambil perhatian. Bukti lembaran kerja tersebut akan saya letakkan dibahagian
lampiran.

Sebagai kesimpulannya, saya telah menetapkan fokus kajian saya terhadap isu
kekeliruan murid dalam membezakan simbol yang terdapat pada kalimah Alif Lam
Qamariah dan Alif Lam Syamsiah berdasarkan bukti-bukti permasalahan yang telah
saya selidik melalui latihan di dalam buku dan sesi soal jawab di dalam kelas yang
membuktikan bahawa tajuk ini agak sukar untuk mereka fahami kerana terdapat
banyak lagi hukum tajwid yang mereka perlu ketahui ketika membaca Al-Quran.


3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

Objektif Kajian

1. Guru mengenal pasti masalah perbezaan simbol Alif Lam Qamariah dan
Alif Lam Syamsiah dalam kalimah ayat Al-Quran dalam kalangan murid
tahun 3.

2. Guru menggunakan Smart card untuk membantu mengatasi masalah
simbol Alif Lam Qamariah dan Alif Lam Syamsiah dalam kalimah ayat Al-
Quran.

3. Penggunaan simbol dapat membantu mengubah amalan pembelajaran
dan pengajaran guru dalam membantu murid membezakan Alif Lam
Qamariah dan Alif Syamsiah.



Soalan Kajian

1. Bagaimanakah guru dapat mengenal pasti masalah perbezaan simbol Alif
Lam Qamariah dan Alif Lam Syamsiah dalam kalimah ayat Al-Quran?

2. Bagaimanakah guru membantu mengatasi masalah simbol Alif Lam
Qamariah dan Alif Lam Syamsiah dalam kalimah ayat Al-Quran?

3. Bagaimanakah penggunaan simbol dapat membantu mengubah amalan
pembelajaran dan pengajaran guru dalam membezakan Alif Lam
Qamariah dan Alif Syamsiah?

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan lima orang murid daripada 16 orang murid tahun
3 Bakawali Sekolah Kebangsaan Sungei Way, Petaling Jaya. Murid-murid ini
terdiri daripada dua orang lelaki dan tiga orang perempuan. Antara faktor
mengapa saya memilih murid-murid tersebut adalah mereka menepati ciri-ciri
kajian yang saya perlukan dalam pencarian isu pembelajaran dan pengajaran di
sekolah. Ciri-ciri tersebut adalah tahap penguasaan dan kefahaman mereka
mengenai hukum tajwid Alif Lam Qamariah dan Alif Lam Syamsiah ketika
membaca Al-Quran melalui bacaan latih tubi dan lembaran kerja yang telah saya
berikan.

Berikut merupakan butiran berkaitan dengan kumpulan sasaran :
Bil Aspek Catatan
1 Bilangan responden Lima orang
2 Jantina responden a) 3 orang lelaki
b) 2 orang perempuan
3 Nama Kelas 3 Bakawali
4 Nama Sekolah Sekolah Kebangsaan Sungei Way
5 Maklumat Responden
Nama Responden Maklumat Diri Responden
Responden 1
Muhammad Ali Firdaus bin Salleh
Jantina : Lelaki
Jawatan : Murid biasa
Prestasi Akademik :
Sering memberikan jawapan yang
salah.
Ciri-ciri Unik :
Suka bercakap seorang ketika
bermain.
Responden 2
Muhammad Fariz Syahmi b Faizal
Jantina : Lelaki
Jawatan : Ketua Kelas
Prestasi Akademik :
lambat menjawab soalan yang
diberi dan sentiasa mengharapkan
bantuan rakan lain untuk menjawab
soalan.
Ciri-ciri Unik :
suka berangan di dalam kelas
sambil tersenyum.
Responden 3
Nur Atieka Amanda bt Zazali
Jantina : Perempuan
Jawatan : Murid biasa
Prestasi Akademik :
Rajin menjawab soalan walaupun
jawapan itu salah.
Ciri-ciri Unik :
Suka memandang ke luar tingkap.
Responden 4
Danish Irfan b Mohd Aladdin
Jantina : Lelaki
Jawatan : murid biasa
Prestasi Akademik :
Sering memberikan jawapan yang
kurang tepat.
Ciri-ciri Unik :
Suka mengganggu rakan lain agar
mereka tidak fokus terhadap guru
yang mengajar.
Responden 5
Nurul Hidayah bt mad Sahirul
Jantina :Perempuan
Jawatan : murid biasa
Prestasi Akademik :
Rajin memberikan jawapan yang
tidak pasti.
Ciri-ciri Unik :
Suka melakukan kerja lain ketika
guru mengajar.


5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

Anda mungkin juga menyukai