Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

01000 KANGAR, PERLIS




KERTAS KERJA
PENUBUHAN KELAB LESTARI ALAM
IPG KAMPUS PERLIS


SUBJEK : KOKURIKULUM (KELAB)
KOD : WAJ 3113
KURSUS : PISMP TESL B SEMESTER 6
1.0 PENDAHULUAN

Kertas cadangan ini dibentangkan untuk mendapat persetujuan dan perbincangan
bagi menubuhkan Kelab Lestari Alam IPG Kampus Perlis.
Penubuhan kelab merupakan tugasan kepada guru pelatih dalam subjek
Kokurikulum (WAJ 3113) Semester 6. Ia bertujuan untuk mendedahkan guru pelatih dengan
pengetahuan, kemahiran dan nilai profesionalisme keguruan dalam kokurikulum persatuan.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi peluang kepada guru pelatih untuk
meningkatkan kreativiti dan keyakinan diri dalam perancangan dan pengurusan kokurikulum
persatuan di samping melahirkan guru pelatih yang mampu menjadi penasihat persatuan
yang berkesan semasa di sekolah kelak.
Oleh yang demikian, setelah mengadakan perbincangan bersama pensyarah
penasihat, kami bercadang untuk menubuhkan Kelab Lestari Alam . Cadangan penubuhan
adalah bertujuan untuk menjadi badan persatuan yang menjadi contoh dan role model
kepada masyarakat amnya untuk menyemai rasa cinta akan alam sekitar dan menghayati
keunikannya dengan bertindak memelihara dan memuliharanya. Selain itu, cadangan
penubuhan kelab ini antara lainnya untuk melahirkan individu yang menghargai alam
ciptaan Tuhan.
Segala ilmu yang diperolehi sepanjang mengikuti pertubuhan ini diharap dapat
memberi faedah kepada semua ahli dan dapat membantu ahli kelab untuk memperoleh
pengetahuan baru tentang alam sekitar dan menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti masa
lapang.





2.0 ORGANISASI BERTINDAK

PENAUNG : EN. TAN YING KEE
PENASIHAT : PUAN MARIANI BINTI ALI
PENGERUSI : MUHAMMAD HANIF BIN MOHD HASNI
NAIB PENGERUSI : SITI KHAIRUNNISAQ BINTI MOHAMAD FAUDZI
SETIAUSAHA : NUR FATIN BINTI MAHAMAD IDRIS
NAIB SETIAUSAHA : KHAIRIL HUDA BINTI AZMI
BENDAHARI : NUR SYAZA BINTI TOUFID

AHLI JAWATANKUASA:

CENDERAMATA:
1. SITI ANIS ATHIRAH BUX BINTI SHEIKH MUNIR BUX
2. MUHAMMAD NUR AFIFI BIN AHMAD NAZARI
3. AIN FARHANA BINTI ZAINAL

AKTIVITI :
1. MOHAMAD KAMEL HAFIZ BIN SALIM
2. AZNI ZULAIKHA BINTI YAHAYA
3. MOHD ZIKRI BIN ABU BAKAR

TUGAS-TUGAS KHAS:
1. ANIS SUZANNA BINTI MAT REJAB
2. INTAN SYAMIMI BINTI DARWIS
3. AWATIF BINTI ABD AZIZ
DOKUMENTASI:
1. NUR AIMI BINTI REMLI
2. ZAHIRAH BINTI DZANIMI
3. AHMAD ARIF ZAKI BIN TURIN

PERALATAN:
1. MUHAMMAD SYUKRI BIN HARUDDIN
2. MOHAMAD AZMAN BIN SHIDIK
3. MUHAMMAD FAQIH BIN MOKHTAR

PERHUBUNGAN :
1. MOHAMAD HAZWAN BIN MOHAMAD HASHIM
2. SITI NURHUDA BINTI SARMAN

MAKANAN :
1. RUZAIRI BIN RAZALI
2. ATHIRAH BINTI MD YUNUS
3. NABILAH BINTI MANSOR








3.0 MISI DAN VISI
MISI
Menggalakkan, meningkatkan dan mengekalkan pengurusan alam sekitar yang baik dalam
proses pembangunan negara.
VISI
Memastikan keunikan, kepelbagaian dan kualiti alam sekitar dikekalkan bagi menjamin
kesihatan, kesejahteraan, keselamatan dan keselesaan hidup rakyat masa kini dan akan
datang.

4.0 OBJEKTIF PENUBUHAN KELAB

Beberapa objektif utama penubuhan kelab yang telah digariskan setelah difikirkan perlu
untuk memajukan Kelab LestariLestari Alam IPG Kampus Perlis:
Melahirkan generasi yang mempunyai sifat cinta akan keaslian dalam alam semula
jadi.
Membolehkan guru pelatih belajar menghargai hidupan dan alam semula jadi
melalui aktiviti yang diadakan.
Menyebarkan maklumat mengenai kepentingan memelihara sumber alam bagi
mengelakkan kepupusan sumber alam.
Melahirkan generasi yang prihatin terhadap alam semula jadi

5.0 CADANGAN NAMA PERSATUAN

Kelab Lestari Alam IPG Perlis

6.0 MOTO PERSATUAN

Membudayakan Kelestarian Alam
7.0 SASARAN PENUBUHAN PERSATUAN

Keahlian terbuka kepada semua guru pelatih yang bernaung di bawah Jabatan Bahasa IPG
Perlis.

8.0 SYARAT KEAHLIAN PERSATUAN

8.1 Keahlian terbuka kepada semua guru pelatih yang bernaung di bawah
Jabatan Bahasa IPG Perlis.
8.2 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada
perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan aktif bagi menjayakan
tujuan kelab ini.

9.0 YURAN TAHUNAN

- Wang sebanyak RM 10 setiap semester akan dikutip untuk pendaftaran ahli.

10.0 PENUTUP

Kertas cadangan ini dibentangkan dengan harapan agar Kelab Lestari Alam IPG
Perlis mendapat perhatian yang serius daripada semua pihak. Di samping itu, dapat
memberi peluang kepada guru pelatih untuk memupuk kesedaran bahawa alam sekitar
penting kepada kewujudan semua kehidupan dan melahirkan modal insan yang berkualiti
secara holistik termasuk mengamalkan budaya cinta akan alam sekitar.


s.k Ketua Unit Kokurikulum

Disediakan Oleh:





........................................................
SETIAUSAHA
KELAB LESTARI ALAM IPG KAMPUS PERLIS





Disemak Oleh:





........................................................
PUAN MARIANI BINTI ALI
PENASIHAT KELAB LESTARI ALAM IPG KAMPUS PERLIS





Disokong Oleh:





........................................................
PUAN NORYATI BINTI ISMAIL
KETUA UNIT KOKURIKULUM IPG KAMPUS PERLIS




Diluluskan Oleh:





........................................................
EN. TAN YING KEE
PENGARAH
IPG KAMPUS PERLIS























Diluluskan Oleh:





........................................................
TUAN HJ IDERIS B HJ ABU BAKAR
TIMBALAN PENGARAH
IPG KAMPUS PERLIS

Anda mungkin juga menyukai